You are on page 1of 12

MENYEMAI BENIH CILI

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

MENYEMAI BENIH CILI merupakan satu aktiviti penting


didalam proses untuk penyediaan bahan tanaman
anakbenih Cili (Capsicum annum) yang berkualiti.
Menyediakan anakbenih yang bebas dari serangan
perosak dan penyakit adalah asas untuk menanam cili
dimana ramai diantara kita kurang memahami faktur ini.
Saya menerima banyak aduan daripada mereka yang baru
berkecimpong dengan tanaman cili dan gagal kerana
pokokny diserang dengan pelbagai jenis penyakit
terutama Penyakit Kerinting disebabkan oleh patogen.
Penyediaan anakbenih cili yang sihat dan subur akan
menjamin tanaman CILI kita sihat dan mampu untuk
meningkatkan hasil. Pernah saya dipanggil oleh FELDA
Wilayah Selatan untuk memberi ceramah mengenai postmortem masaalah projek tanaman cili di bawah Program
Gedung Makanan Negara pada tahun 2008 kepada ramai
pengurus-pengurus FELDA. Mereka kurang kefahaman
mengenai kerja peringkat awal penanaman iaitu
penyediaan anak benih berkualiti menyebabkan peratus
kematian yang tinggi semasa penanaman cili dikawasan
keliling rumah. Kebanyakannya terus menanam tanpa
merujuk kepada amalan teknikal pentingnya penyediaan

anakbeni cili. Artikel tengahari ini saya menulis dalam


"Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi
menyemai benih cili untuk dikongsi bersama anda semua.

Langkah pertama dalam aktiviti menyemai anakbenih cili


adalah mendapatkan sumberBIJI BENIH. Biji benih boleh
diperolehi melalui membeli terus dari kedai, buat sendiri
atau minta dari rakan-rakan. Terdapat beberapa varieti
Cili dipasaran seperti benih hybrid oleh GreenEagle F1228, F1- 223, F1-568, F1-826, F1-828 dan F1-128. Benih
yang popular seperti F1-568 dan juga Cili Kulai Ipoh yang
sekarang ini mendapat pasaran yang baik. Pemerhatian
saya mendapati benih cili F1 Hibrid lebih digemari petani
kerana peratus percambahan yang tinggi, seragam,
kurang masaalah dan anakbenih yang sihat. Biji benih
hubrid yang dibeli dari kedai tidak perlukan apa-apa
rawatan dan boleh terus disemai didalam dulang
semaian. Benih yang dibuat sendiri melalui pemilihan di
pokok (buah matang) atau membuat pilihan dari buah
yang dijual dipasar (pilih yang baik sahaja) perlu
diproses, dikeringkan dan dirawat dengan racun Kulat
(Thiram dan sebagainya). Kita lazimnya perlu
menyediakan dan menyemai bijibenih cili 20 - 30% lebih
dari keperluan sebenar untuk pemilihan benih sihat,

buang benih terbantut, berpenyakit dan kerja untuk


sulaman.

Teknologi terkini menyemai benih cili adalah dengan


menggunakan dulang semaian (sowing tray). Ada juga
yang masih menggunakan teknik konvensional iaitu
menyemai diatas tapak semaian dengan media tanah
campuran, tanah bakar atau cocopeat dengan pasir.
Dulang semaian plastik berwarna hitam yang ada 104
lubang sesuai digunakan untuk semaian cili. Dulang ini
berharga sekitar RM 3.00 satu unit boleh digunakan
banyak pusingan semaian. Isikan lubang tray semaian
dengan media semaian yang sesuai seperti cocopeat,
peatmoss atau Holland Peat. Elakkan daripada
menggunakan tanah campuran atau tanah bakar kerana
untuk mengelakan serangan penyakit terutama pada
akar dari patogen 'soil borne'. Kadar media tanaman
peatmoss atau Holland Peat diisi sehingga 90-95% penuh
dan ditekan sedikit dengan jari tangan untuk
memadatkannya. Jangan tekan terlalu kuat dan terlalu
padat kerana ia akan menganggu pertumbuhan akar
benih tanaman yang menyebabkan lambat membesar.

Benih yang telah kering dimasukkan ke tengah-tengah


lubang pada tray semaian diatas media tanaman. Ini
adalah bagi mempastikan anakbenih akan mendapat
ruangan mencukupi untuk membesar dengan seragam.
Bijibenih perlu dimasukkan kedalam media tanaman
sedalam 3-5 mm ditengah-tengah lubang. Cara
memasukkan biji benih adalah dengan menggunakan alat
khas seperti pencungkil gigi. Alat pencungkil gigi ini
ditandakan dengan pen atau pensil pada aras 3-5 mm dan
jika ada biji yang berada ditepi lubang perlu dialihkan
kebahagian tengah lubang. Pastikan diletak setiap lubang
dengan satu biji benih cili dan elakan dari ada yang
tertinggal atau diletakan lebih dari satu biji selubang.
Buat penyiraman duakali sehari dengan berhati-hati agar
bijibenih tidak beralih tempat menggunakan pam
spray (mist spray) kesemua bahagian lubang.

Dulang semaian perlu dijaga dengan rapi daripada


gangguan. Lazimnya ia diletakkan dikawasan pondok yang
terlindung daripada cahaya matahari, hujan dan juga

serangan musuh serangga perosak. Cahaya panas


matahari menyebabkan peatmoss cepat kering dan ini
akan melambatkan proses percambahan bijibenih. Apa
yang saya perhatikan teknik terbaik peringkat awal
penyemaian bijibenih cili adalah dengan meletakkan
dulang semaian kosong (empty tray) diatas dulang yang
telah dimasukkan bijibenih. Ini akan melindungi
peatmoss dari terdedah kepada matahari, meningkatkan
kelembapan, memudahkan pemeriksaan dan penyiraman
dijalankan. Dalam masa 3-5 hari lazimnya biji benih cili
bercambah dan tray kosong perlu dialihkan. Teruskan
aktiviti penyiraman dan lakukan pemeriksaan benih yang
tidak bercambah. Selepas 5-7 hari selalunya sebanyak 2
helai daun akan keluar dari semaian.

Apabila daun semaian telah terbuka, digalakkan agar


dialihkan dulang semaian kelokasi yang ada cahaya
matahari tetapi jangan terdedah kepada hujan. Ada
petani yang menyediakan rumah semaian cili khusus iaitu
dengan struktur kalis serangga, kalis hujan dan juga
mendapat cahaya matahari mencukupi. Rumah semaian
ini didapati sangat praktikal jika dibuat khusus untuk
semaian cili. Apabila anakbenih berumur 12-14 hari kita
perlu berikan baja kerana masa ini bekalan nutrien dalam
peatmoss sudah habis. Larutan baja fertigasi atau

semburan baja foliar boleh dibuat. Aktiviti pembajaan


perlu berhati-hati agar abakbenih tidak rosak akibat
kaedah pembajaan yang tidak betul. Anakbeni cili akan
matang dalam masa 3 minggu atau 25 hari selepas
disemai. Apabila anakbenih mempunyai 6 helai daun,
maka anakbenih boleh dipindahkan kedalam polibeg
semaian. Bagaimana pun pengalaman saya mendapati
petani akan mengubah anakbenih kedalam polibeg pada
hari ke 30 kerana benih lebih tegap dan sesuai. Selamat
Menyemai benih cili!
SEMAIAN CLI... BAIK TUJUANNYA...
BENIH BERKUALITI.. LEBIH KERJANYA...
DIDALAM DULANG... DITENGAH DUDUKNYA...
SIRAM SELALU... SERAGAM TUMBUHNYA...
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(6 Zulhijjah 1433H)

Manual Penanaman Cili Merah

PANDUAN MENANAM CILI MERAH

PENGENALAN
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik perlu
mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan seranganserangan serangga.
Varieti MC 11
Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan
sehingga musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili
dipetik setiap dua hari. Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan.
Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai
persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
Varieti MC 12
Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya
mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap. sifatnya yang
cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari.
Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit. Dalam tempoh 2 bulan
penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya yang rendah dapat
mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan. Buahnya yang
panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.
MC 4
Varieti ini dibiakkan oleh MARDI. Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas. Jangkamasa
pengeluaran adalah pendek. Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas
menanam. Sederhana tahan pada penyakit antraknos, rentan pada virus. Hasilnya ialah
12-20 tan/hektar. Sesuai untuk ditanam secara besar-besaran.
MC 5
Varieti ini dibiakkan oleh MARDI, saiz buah 10-15 sm, 10-15 g/biji, variasi dari segi bentuk
buah kurang, tinggi pokok 100-200 sm, sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga.
Jangkamasa pungutan adalah panjang (5 bulan). Pungutan hasil selama 12-32 minggu
selepas menanam. Rentan pada virus antraknos dan virus. Hasil adalah sebanyak 15-25
tan/hektar.

Kulai
Saiz buahnya 12-15 sm, tirus, mesocap tebal, tinggi pokok adalah 60-180 sm, rasanya
sangat pedas. Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar.
KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT
1.
Antraknos (MC 11 & 12 : rentan)
Rawat biji benih dengan Thiram. Sembur racun kulat Mancozeb.
Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus)
MC 11 rentan ; MC 12 escape. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun. Musnahkan
pokok yang berpenyakit.

2.

Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan; MC 12: rentan)


Sembur racun kulat Benomyl (Benlate).

3.

PENANAMAN
Penyediaan Tanah:
1.
Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas
berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas
mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam
reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau
kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm
(2 inci) dari permukaan pasu.

2.

Menyediakan Anak Benih:


Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22
cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran
mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5
gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis
tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.
Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian
mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih
ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak
benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
Menanam:
1.
Di Ladang
Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut,
basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih
dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci)
antara pokok dan 150 cm antara baris

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Tinggalkan
hanya sepokok.

2.

MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN


Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi
perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah
satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili
mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan
pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya
juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.
PENJAGAAN:
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
1.

2.

Membaja
Di Ladang
Tabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar
atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling
pokok setiap minggu.
Sungkupan
1.
Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai
sungkupan

2.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi
tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga
perosak dan penyakit. Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang
tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan.

PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI


Bintik daun (Cercospora capsici)
Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman giliran. Sembur dengan
racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji benih dengan racun kulat.
Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)
Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk. Rawat
biji benih dengan racun kulat.

Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)


Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput.

Rawat biji benih dengan racun kulat.

Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)


Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuh. Anak benih layu, rebah dan mati.

Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)


Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau batang dipotong atau
direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut dan bakar pokok yang
berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Perlu saliran yang baik.

Antraknos Buah
Sembur racun kulat seperti Mancozeb

Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid

Perosak
Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.
Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga cili. Serangan
menyebabkan daun berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut. Selain itu, afid
ialah pembawa penyakit virus.
Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga. Akibatnya daun
menjadi kecil dan bentuk daun melengkung ke atas. Kutu trip juga boleh menyebar virus.
Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.
Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.
Ulat Ratus: Makan daun dan buah.
Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. Larva merosakkan bahagian dalam buah
mengakibatkan buah menjadi busuk dan berair.
Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih cili hendaklah disemai di
dalam rumah jaring kalis serangga. Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga
perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain
yang boleh merosakkan tanaman cili. Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak
diubah ke ladang mestilah sihat. Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh
dipulihkan semula. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat
semaian sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.
Di ladang, batas-batas mestilah disungkup dengan plastik bersinar. Pantulan cahaya
daripada plastik bersinar ini mampu menghindarkan dan mengurangkan afid bersayap dan
juga kutu trip hinggap pada tanaman cili. Ini amat penting terutama pokok sekurangkurangnya sehingga minggu ke -5 selepas diubah ke ladang. Peringkat ini dianggap kritikal
kerana jika jangkitan virus berlaku hasil akan berkurangan sebanyak 30% hingga 60%.

Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus, penggunaan


sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti:Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput;

Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;

Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.

Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti
stomata dan fotosintesis.
Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh
rimbunan pokok cili. Oleh itu, pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang
hinggapan afid bersayap dan kutu trip. Selepas tempoh ini, dicadangkan supaya racun
serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja. Seelokeloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi.
Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh
dirosakkan oleh perosak buah dan lalat buah. Racun perosak terpilih yang berkesan boleh
digunakan mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosakperosak tersebut. Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat
berbuah ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.
Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang, kurakura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan. Serangga-serangga ini gemar
makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal seranggaserangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.
Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan, sistem tanaman
berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan. Sistem ini berupaya
mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit
virus sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga. Sistem ini menggalakkan
kehadiran kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung. Secara tidak langsung,
kumbang kura-kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili. Bagi
petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung
dengan cili, perlu diingat bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih
awal sebelum anak benih cili diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk
penanaman secara komersial kerana terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.
Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili harus sedar bahawa
aspek pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi
menentukan pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.

MEMUNGUT HASIL
(1)
Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4
hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
Cili HIjau
Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.
Cili Merah
Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.
Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg
sepokok.
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH
Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan.
Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.

Indeks 1:
Tidak matang - Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau. Kulit cili berkenaan berwarna
hijau muda.
Indeks 2:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai
cili merha.
Indeks 3:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna merah dan hijau (hijau merah).
Indeks 4:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman (hampir masak) tetapi msih
diterima oleh pasaran di peringkat runcit.
Indeks 5:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.
Indeks 6:
Terlalu matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman.
PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
Pembugkusan
Cili merah dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai
supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa
pengendalian dan pengangkutan.
Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor
pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.
PERSAMPELAN
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan
kepada MS 1187:1990 Method of Sampling for Fresh Vegetables, atau kaedah statistik yang
dipersetujui.

You might also like