You are on page 1of 48

AIR

PENGENALAN
Air merupakan sumber kehidupan yang
tidak dapat digantikan dengan apa-apa
pun juga. Tanpa air manusia, haiwan
dan tanaman tidak akan dapat hidup.
Air merupakan sumber yang
mempunyai pelbagai kegunaan kepada
manusia.

JENIS JENIS AIR


Air di bumi dapat digolongkan
kepada dua, iaitu :
1. Air di bawah tanah
2. Air di atas permukaan

1. Air Tanah
Air tanah adalah air yang berada di bawah
permukaan tanah. Air tanah boleh
dibahagikan kepada air tanah preatis dan
air tanah artesis.

a. Air Tanah Preatis


- Air tanah preatis ialah air tanah yang
letaknya tidak jauh daripada permukaan
tanah serta berada di atas lapisan kedap air
/ impermeable.

b. Air Tanah Artesis


- Air tanah artesis letaknya sangat
jauh ke dalam tanah serta berada di
antara dua lapisan kedap air

2. Air Permukaan
Air pemukaan adalah air yang berada
di permukaan tanah. Air ini boleh
didapati dengan mudah dan dapat
dilihat oleh mata kita.
Contohnya air permukaan seperti laut,
sungai, danau, kali, rawa, empangan,
dan sebagainya.

Air permukaan dapat dibezakan menjadi


dua jenis iaitu :
a. Perairan Darat
- Perairan darat adalah air permukaan
yang berada di atas daratan misalnya
seperti rawa-rawa, danau, sungai, dan
lain-lain.
b. Perairan Laut
- Perairan laut adalah air permukaan
yang berada di lautan luas. Contohnya
seperti air laut yang berada di lautan.

KEPENTINGAN AIR
1. Pembinaan empangan.
Empangan yang dibina dapat
menjana kuasa hidroelektrik.
Contohnya Empangan Temenggor.
Empangan Kenyir dan Empangan
Chenderoh di Sungai Perak.

KEPENTINAGN AIR
2. Membekalkan air untuk keperluan

domestik dan perindustrian

Manusia menggunakan air untuk


memasak membasuh memasak dan
sebagainya. Begitu juga dengan
kawasan perindustrian, menggunakan
air untuk pemprosesan pengeluaran
Empangan Sungai Batu, Klang Gates,
Sungai Semenyih, dan Hulu Langat
membekalkan air di kawasan
perindustrian.

KEPENTINGAN AIR
3. Mengairi kawasan pertanian.

Hal ini membolehkan padi ditanam dua


kali setahun sekali gus dapat
meningkatkan hasil padi, contohnya
Projek Pengairan Muda, Kemubu dan
Krian-Sg Manik.

KEPENTINGAN AIR
4. Tempat rekreasi dan industri

pelancongan

Air dijadikan tempat rekreasi dan


pelancongan seperti Tasik Kenyir, Tasik
Banding, Tasik Pedu dan sebagainya

5. Mengawal banjir.

Pembinaan Empangan juga dapat


mengawal bencana banjir

KEPENTINGAN AIR
6.Sumber asli
Sungai merupakan sumber asli yang
penting dan unik. Keunikannya dapat
dilihat apabila sungai digunakan untuk
menjana hidroelektrik dan wujudnya
sumber ekonomi seperti bijih timah dan
emas di sungai.

KEPENTINGAN AIR
7. Sumber protein
Dalam lautan, sungai dan sebagainya
merupakan tempat pelbagai hidupan air
seperti ikan, udang, ketam, sotong dan
lain-lain yang membekalkan sumber
protein kepada manusia.

KEPENTINGAN AIR
8. Perkembangan bandar
Sungai penting untuk perkembangan
sesebuah bandar.
Contohnya, Bandar raya Kuala Lumpur
dibina di cabang Sungai Klang dan
Sungai Gombak

KEPENTINGAN AIR
9. Alat Pengangkutan
Sungai merupakan alat pengangkutan
utama dari satu tempat ke satu tempat
yang lain.
Contohnya Sungai Euphrates dan Tigris
yang menjadi alat pengangkutan bagi
bandar-bandar Ur, Eridu, Erech, Ubaid,
Nippur, Langash dan Babylon

PENCEMARAN AIR
Penurunan kualiti air terjadi melalui 2
cara iaitu:
Melalui proses semula jadi
Melalui tindakan atau perbuatan
manusia

Pencemaran secara semula jadi


1. Proses hidrologi
Proses ini melibatkan kitaran air di
hidrosfera. Pergerakan tersebut
memindahkan bahan pencemar yang
berada di atmosfera dan seterusnya jatuh
ke permukaan tanah yang kemudiannya
mengalir ke sungai.

Pencemaran secara semula jadi


Di atmosfera terdapat pelbagai bahan
pencemaran seperti gas berasid, bahan
radioaktif bakteria dan debu. Hujan akan
memindahkan bahan tersebut ke
permukaan bumi menyebabkan
pencemaran kepada air sungai tasik dan
paya. Pencemaran ini sukar untuk dirawat
kerana meliputi kawasan yang luas.

Pencemaran secara semula jadi


2. Proses Geologi
Berkaitan dengan batuan melalui proses
luluhawa. Proses luluhawa kimia terhadap
batuan adalah satu proses yang
menyumbang bahan pencemar yang
merendahkan kualiti air kerana batuan
mengandungi unsur kimia. Keadaan ini
menghasilkan bahan larut yang
mengubah ciri-ciri kimia air.

Pencemaran secara semula jadi


3. Proses biologikal
Melalui pereputan bahan organik akan
menghasilkan bahan yang berunsur
organik dan mengubah ciri-ciri kimia air
seperti kawasan paya. Hasil proses
pereputan menghasilkan asid humik yang
menurunkan Ph air di persekitarannya.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air
A. Aktiviti pertanian:

penggunaan baja kimia, racun serangga dan


racun rumpai yang mengalir ke sungai
mencemarkannya.
najis daripada binatang ternakan seperti khinzir
yang disalurkan ke dalam sungai mencemarkan
Sungai Juru, Sg. Klang, Sepang, Linggi, dan
Merbok. Oksigen yang diperlukan dalam
pereputan najis mengurangkan kandungan
oksigen dalam air sungai; hal ini akan
menjejaskan tumbuhan dan hidupan dalam air
kerana sungai tercemar dan najis juga
membawa penyakit.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air
Seterusnya,ladang baru yang dibuka
untuk pertanian juga telah mendedahkan
permukaan tanah kepada hakisan yang
akan menambahkan muatan sungai;
kuantiti kelodak meningkat dan dasar
sungai menjadi cetek menyebabkan
banjir berlaku dan ikan dalam sungai
berkurangan atau mati.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air
B.Aktiviti perlombongan:
air sungai akan tercemar oleh kelodak yang
banyak yang disalurkan ke sungai dari palung
bijih timah seperti Sungai Kinta, Klang dan
Gombak.
pembalakan di cerun bukit juga mendedahkan
kawasan tersebut kepada hakisan alur yang
menambahkan muatan sungai.
Contohnya di Cameron Highlands

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air
C. Aktiviti perindustrian:

Aktiviti perindustrian seperti proses


pengetinan makanan dan minuman,
pemprosesan bahan mentah, tekstil dan
bermacam-macam lagi boleh menyebabkan
air tercemar.
Bahan buangan sisa industri dialirkan ke
badan sungai seperti kilang kelapa sawit
dan getah yang mengurangkan kadar
keperluan oksigen biokimia sungai
tersebut.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air
Contohnya, kawasan perindustrian di Kuala
Lumpur, Petaling Jaya,dan Shah Alam yang
banyak mengeluarkan bahan pencemar
seperti nitrogen ammonia, jumlah pepejal
dan pepejal terampai juga menghasilkan
pencemar logam seperti raksa,plumbum,
zink dan kromium.
Bahan sisa berbahaya ini membahayakan
kesihatan manusia dan hidupan air.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air

D. Aktiviti pembangunan
Aktiviti pembangunan
menyumbangkan bahan organik dari
sisa pepejal, bakteria dan virus dari
sisa manusia, bahan soda dan
ammonia dari aktiviti pembasuhan,
bahan terampai dan lain-lain yang
berkaitan aktiviti harian manusia.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air
E. Aktiviti pembalakan
Aktiviti ini menyebabkan permukaan tanah
terdedah kepada hujan yang
mengakibatkan hakisan. Proses ini
memindahkan partikel tanah ke tempat lain
termasuk badan air. Keadaan ini
menyebabkan air menjadi keruh dan
berlaku proses pemendapan. Aktiviti ini
juga menyumbang bahan pencemar
berupa bahan organik dan nutrien ke
badan air.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air
F. Tumpahan minyak

Merupakan pencemaran yang teruk di laut dan


memberi kesan yang besar kepada hidupan di
laut dan di darat.
Pelanggaran kapal tangki Nagasaki dengan kapal
kontena Ocean Blessing di Belawan Sumatera
telah menyebabkan 40 000 tan minyak mentah
tumpah.
Pelanggaran kapal tangki Exxon Valdez dengan
batu karang di Prince William, Alaska telah
menyebabkan berjuta-juta gelen minyak mentah
tertumpah dan mencemarkan Teluk Parsi.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air

G. Aktiviti pelancongan:
pembuangan sampah sarap dan sisa
makanan ke dalam sungai oleh para
pelancong menyebabkan pencemaran
air berlaku, contohnya di Sungai
Tembeling,Sungai Bertam dan Sungai
Johor.

Tindakan manusia yang


menyebabkan pencemaran air

H. Aktiviti perikanan:
penggunaan tuba atau bahan letupan
yang beracun untuk menangkap ikan
mencemarkan air sungai.

KESAN-KESAN PENCEMARAN
AIR
1. Menjejaskan ekosistem
Tumpahan minyak menyebabkan
permukaan laut dilapisi minyak. Keadaan
ini menghalang cahaya matahari sampai
ke dasar laut. Hal ini mengakibatkan
tumbuhan tidak dapat menerima cahaya
matahari untuk melakukan

KESAN-KESAN PENCEMARAN
AIR
Wabak penyakit tersebar
Pembuangan sampah-sarap, bangkai haiwan
dan najis di sungai telah menggalakkan
pembiakan bakteria dan cacing. Pencemaran
telah menyebabkan cirit-birit, kolera, taun dan
muntah-muntah di samping mengakibatkan
penyakit kulit jika air itu digunakan untuk
membasuh dan mandi. Terbaru, penyakit
daripada tikus atau kencing tikus yang boleh
membawa maut seperti di taman rekreasi
yu,taman rekreasi Bukit Hijau

KESAN-KESAN PENCEMARAN
AIR
Menjejaskan industri pelancongan
Pencemaran menyebabkan pusat
peranginan seperti pulau dan pantai
akan terjejas. Kedatangan pelancong
merosot krana kerosakan alam semula
jadi. Contohnya, tumpahan minyak dari
kapal Nagasari menyebabkan minyak
bergerak ke Pantai Tioman kerana
dibawa arus gelombang

KESAN-KESAN PENCEMARAN
AIR
Menjejaskan sumber protein dan
ekonomi nelayan

Menjejaskan hasil tangkapan nelayan


pantai dan nelayan perairan dalam
kerana nelayan tidak mendapat
tangkapan yang banyak.
Hal ini kerana ikan mati akibat tidak
mendapat oksigen disebabkan liputan
minyak pada permukaan laut. Keadaan
ini akan mengurangkan sumber protein

LANGKAH-LANGKAH
MENGAWAL PENCEMARAN AIR
KAWALAN PENGURUSAN LAUT
Mengekalkan kualiti persekitaran laut dan
melindungi hidupan air mengenalpasti
pencemaran dengan segera. Sistem
pembersihan tumpahan minyak yang
berkesan dan cepat akan mengurangkan
jumlah kemusnahan hidupan laut.

LANGKAH-LANGKAH
MENGAWAL PENCEMARAN AIR
KAWALAN PERTANIAN PINDAH
Menjalankan rancangan petempatan
semula pertanian pindah ke
perkampungan supaya menjalankan
pertanian tetap. Situasi ini mengelakkan
hakisan tanah berlaku yang mencemarkan
badan air
Aktiviti pembalakan juga perlu dihadkan
supaya sungai tidak tercemar.

LANGKAH-LANGKAH
MENGAWAL PENCEMARAN AIR
MENGEHADKAN PENGGUNAAN
RACUN SERANGGA
Racun DDT dalam pertanian seperti yang
dilakukan di Amerika Syarikat dan
Sweden. Penggunaan bahan kimia
dihadkan dan menggalakkan penggunaan
tahi bintang sebagai baja dan kompos.

KESIMPULAN DARIPADA
PENCEMARAN AIR
Pencemaran air yang semakin berleluasa
dewasa ini telah menyebabkan kos
rawatan air menjadi semakin tinggi. Oleh
itu, walaupun negara menerima jumlah
hujan yang banyak, masyarakat perlu
berhemat dalam penggunaan air. Langkah
berjimat cermat dalam penggunaan air
akan memastikan bekalan air yang
berterusan di samping dapat menjimatkan
kos sara hidup keluarga khususnya di
kawasan bandar.

Air Bawah Tanah

PENGENALAN
Apabila air hujan turun ke bumi,
sebahagiannya akan mengewap dan
sebahagian lagi mengalir di permukaan
tanah menjadi air permukaan manakala
sebahagian lagi akan masuk ke lapisan batubatuan menjadi air tanah.
Air yang terdapat dalam jumlah kuantiti yang
banyak dibendung oleh lapisan batuan di
bawah permukaan tanah dan sukar dilihat
dengan mata kasar.

Fungsi air bawah tanah


1. membekalkan air pada musim
kemarau
2. membekalkan air kepada tumbuhtumbuhan
3. bekalan minuman

Kepentingannya

A. kegunaan domestik
B. mengairi kawasan pertanian
C. kegunaan industri
D. sumber air yang berkhasiat
E. sumber alternatif
F. daya tarikan pelancong
G. sumber ekonomi

Masalah-masalah Air Bawah


Tanah
Kesan aktiviti pertanian
Pencemaran produk pertanian seperti
racun perosak, baja kimia bernitrogen
dan baja buangan haiwan seperti tahi
ayam menyebabkan peningkatan
kepekatan nitrat, logam berat dan juga
sebatian organik toksik dalam air tanah

Masalah-masalah Air Bawah


Tanah
Kesan perindustrian
Pencemaran air bawah tanah berlaku
disebabkan tempat pembuangan yag tidak
berlapik, misalnya pembuangan sisa-sisa
toksik dari kilang-kilang.
Larut resapan sisa toksik boleh masuk ke air
tanah menyebabkan pencemaran air tanah
oleh bahan kimia seperti hidrokarbon, pelarut
berklorin, PCBs, nitrat plumbum, bakteria,
virus dan sebagainya.

Masalah-masalah Air Bawah


Tanah
Kebocoran tangki minyak dan sisa kumbahan
Kumbahan enap cemar yang bocor dan
kebocoran tangki simpanan bawah tanah
terutamanya minyak petrol boleh
mencemarkan air bawah tanah
Pencemaran kilang atau ladang
Kolam-kolam atau lagun untuk simpanan atau
rawatan air buangan daripada kilang dan
ladang jika tidak berlapik, air buangan ini akan
menyusup ke bawah tanah.

Langkah-langkah mengatasi
masalah
Kajian kualiti berterusan
Penggunaan tanah perlu dikawal dan
penggunaan air bawah tanah perlu kerap diuji
untuk memastikan tiada pencemaran berlaku
dan selamat digunakan untuk minuman
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menubuhkan
program rangkaian pemantauan kualiti Air Tanah
Kebangsaan untuk memantau kualiti air tanah di
merata tempat berdasarkan jenis guna tanah
dan sebagainya.

Langkah-langkah mengatasi
masalah
Membangunkan sumber air bawah tanah
Aktiviti-aktiviti eksplorasi telah dimulakan dalam
pembangunan dan pengurusan air bawah tanah
di Malaysia di bawah selenggaraan beberapa
buah agensi kerajaan seperti Jabatan Mineral
dan Geosains (JPG), Jabatan Kerja Raya (JKR),
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

KESIMPULANNYA
Perkembangan dalam sektor perindustrian
dan pembangunan negara yang begitu
pesat serta taraf ekonomi yang meningkat
telah menyebabkan peningkatan
permintaan terhadap bekalan air bersih
yang tinggi. Hal ini menyebabkan
kekurangan sumber air bersih daripada
permukaan tanah seterusnya telah
meletakkan kepentingan yang lebih tinggi
terhadap sumber air dalam tanah.

TERIMA KASIH

You might also like