Professional Documents
Culture Documents
Teks Pengacara Majlis Hari Guru
Teks Pengacara Majlis Hari Guru
ATUR CARA
7.30 pagi
8.00 pagi
Bacaan doa
Ucapan Pengetua
9.30 10.00
Rehat
10.00 11.00
11.00 12.20
Persaraan
Pelajar Bersurai
Jamuan Hari Guru di kantin sekolah
1
Yang berusaha,
Puan Rozita Binti Ahmad
dikasihi,
Yang dihormati,
Tuan Hj Azman Bin Idris
Hadirin sekalian,
16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu
meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid,
tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk
menjayakan Hari Guru dengan cara kita.
Ikan merah dijual di pekan,
Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.
Bagi memberkati majlis ini, dijemput Muhammad Adam Fauzi untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan...
Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini
akan berjalan dengan lancar.
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh lagu Negeri
Selangor dan Lagu Sekolah.
Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai
lambang kecintaan kita kepada sekolah dan negara.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pengawas SMKCJ, iaitu
Muhammad Danial Bin Asni. Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pelajar SMKCJ.
Acara diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab Guru dan
Kakitangan (KGK)
Dipersilakan al-fazil Ustaz Ab. Razak Bin Hussin selaku Pengerusi KGK untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
Mekar melati diapit kejora,
Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,
Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan
keramat daripada Bonda Pengetua kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan
Puan Rozita Binti Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan....
Tumbuh selirat bunga melati,
Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majls menjadi kenangan.
Semoga para guru akan terus berjuang mendidik kami dengan tekun dan
sabar menghadapi karenah kami. Terimalah kami dengan seadanya dan
usahlah dibandingkan dengan murid-murid yang bersekolah di sekolah yang
bertaraf dunia.
Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap
tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia.
Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke
atas pentas bagi menyampaikan Ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia
yang akan diketuai oleh Pengerusi KGK, Ustaz Ab. Razak bin Hussein.
Menghilau laksana pokok kiambang
Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.
Guru,
Hadirmu sentiasa dinanti,
Sejak kecil kami diajar ABC,
Pelbagai ilmu kami pelajari,
Pelbagai bahasa kami kuasai,
Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,
Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari..
Bidang teknikal tidak ketinggalan,
ICT pula melengkap pengetahuan
Disusul oleh pelbagai kemahiran
Melukis mewarna indah lakaran,
Agama dan akhlak paling ditutamakan,
Kami mengenal adab dan sopan,
Buat bekalan di masa depan.
Bagi menghargai jasa para guru sekalian, dipersilakan ketua-ketua Tingkatan
untuk menyampaikan cenderamata kepada guru tingkatan masing-masing.
4
Dengan ini, diminta semua guru tingkatan Satu hingga Lima bangun untuk
memudahkan Ketua Tingkatan menyampaikan cenderamata.
Indah selendang kebaya nyonya,
Sekali imbas puteri kayangan,
Usah dipandang pada harganya,
Ingatan ikhlas tanda kenangan.
Hadirin sekalian,
Pada hari ini juga, SMKCJ akan mengucapkan selamat berangkat kepada
salah seorang guru yang akan menamatkan perkhidmatannya. Beliau ialah
Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan Kaladevi a/p Arumugam
untuk membacakan biodata Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.
Dipersilakan..
Sekarang dipersilakan dengan segala hormat dan takzimnya, Puan Hajah
Sharifah Noraini Wan Hassan untuk menyampaikan amanat dan pesanannya
yang terakhir sebelum meninggalkan kita semua.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami sementara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Batang selasih permainan budak,
Mari ditambat di hujung titi,
Bercerai kasih bukannya talak,
Kerana tamat tempoh berbakti.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada
Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.
Dipersilakan Puan Nor Anin Ali untuk mengiringi Puan Rozita Binti Ahmad
bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah..
Dipersilakan wakil KGK, Ustaz Ab Razak Hussin
Dipersilakan wakil Anjung Wacana / UBK/ PSS, Pn. Foo Lai Fong
Dipersilakan wakil Unit Kokurikulum, Pn. Salwani.
Dipersilakan wakil Unit HEM, Encik Kumaran
Hadirin yang dihormati sekalian,
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
5