You are on page 1of 9

TUGASAN 1 : SOROTAN PENYELIDIKKAN TINDAKAN

Bil

Sumber 1

Nama Sumber

Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) (2009 ) : 111-129


Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan

Judul Artikel

Pembelajaran Berasaskan Web Webquest bagi Mata


Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest
for Information and Communication Technology Subject)
Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong

Penulis

Jurnal ini menyatakan tentang proses pembangunan dan penilaian


Jenis Kajian

bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT


Tingkatan Empat, iaitu Webquest
Menjelaskan bahawa Webquest berfungsi sebagai rangka kerja yang

Tujuan Kajian

boleh digunakan guru untuk pembinaan bahan pembelajaran


berpusatkan pelajar menggunakan internet
Dijalankan dalam dua fasa :
berasaskan

webquest.

Fasa pembangunan sistem P&P

(analisis,

implementasi, penilaian)

reka

bentuk,

pembangunan,

Fasa penilaian sistem P&P berasaskan

webquest. (antara muka webquest, isi kandungan webquest, struktur


P&P webquest) Instrumen : soal-selidik bagi mengukur persepsi
pelajar terhadap webquest.

Kaedah

Pengumpulan

dan Analisis Data

Pengumpulan data : pelajar Tingkatan Empat , dua buah sekolah


yang mengambil mata pelajaran ICT , homogenous dari aspek
umur , kemudahan prasana sekolah , tenaga pengajar terlatih ,
mendapat sekurangnya-kurangnya 3A dalam keputusan PMR
Analisis kajian menggunakan program SPSS Versioan 11.5
Menggunakan statistik deskriptif untuk melihat taburan kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai bagi menerangkan demogradi dan
persoalan kajian yang dikemukakan.

Dapatan Kajian
Persepsi pelajar terhadap webquest adalah tinggi.

Responden

memberikan respon yang baik dan menyatakan ia sesuai dan


menarik perhatian pengguna. Rekabentuk antara muka pengguna
yang konsisten memudahkan pengguna sistem P&P berasaskan
webquest. Web ini mesra pengguna kerana butang kawalan yang
digunakan mudah dinavigasikan.

Pelajar seronok kerana web

mengaplikasikan unsur- unsur hipermedia seperti animasi, grafik,


bunyi dan warna.

Bil

Sumber 2
KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN

Nama Sumber

DIKALANGAN PELAJAR JURUSAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN


VOKASIONAL DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI NEGERI JOHOR

Pengunaan e-pembelajaran dikalangan pelajar jurusan


Judul Artikel

pendidikan teknikal dan vokasional di institut pengajian tinggi


negeri Johor.

Penulis

Ting Kung Shiung

Jenis Kajian

Kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik.


Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kecekapan diri (self-efficacy)
terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan dalam menggunakan
e-pembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri dengan
halangan-halangan

Tujuan Kajian

dalam

penggunaan

e-pembelajaran

oleh

siswazah yang menyikuti kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional.


Penumpuan

kajian

kepada

dua

pembolehubah

utama

iaitu

kecekapan diri terhadap e-pembelajaran dan halangan-halangan


dalam penggunaan e-pembelajaran. Kajian ini akan memberi
manfaat kepada kementerian pendidikan tinggi, pensyarah dan
siswazah sendiri.

Kaedah

Pengumpulan Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan pengumpulan

dan Analisis Data

maklumat

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan


pembolehubah halangan-halangan
dalam penggunaan e-pembelajaran

dan

kecekapan

diri

terhadap e-pembelajaran adalah rendah memandangkan nilai


pekali korelasi sebanyak -0.38 iaitu dalam lingkungan 0.20
hingga 0.40. Nilai pekali korelasi yang negatif memberitahu
pengguna bahawa perkaitan atau perhubungan yang wujud
antara

kedua

pembolehubah

tersebut

merupakan

satu

hubungan yang negatif. Ini menunjukkan bahawa sekiranya


kecekapan diri pengguna terhadap e-pembelajaran adalah
tinggi maka halangan-halangan yang akan dihadapi dalam
penggunaan e-pembelajaran adalah kurang.

Halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran untuk


kajian ini menggunakan kerangka konsep yang dihasilkan oleh
Schilkes (2001). Terdapat empat halangan utama yang dikaji
dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi,
halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempatempat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang
tertinggi iaitu 4.06. Hasil kajian menunjukkan masalah utama
yang

dihadapi

oleh

pelajar

semasa

menggunakan

e-

pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet. Ini


menunjukkan bahawa masalah utama dalam pelaksanaan epembelajaran adalah kekurangan kemudahan ICT. Nisbah
bilangan komputer dengan bilangan pelajar masih pada tahap
yang rendah.
Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu
2.57. Hasil kajian adalah sama
dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et
al. (2003) mengenai kesediaan
pelajar Universiti Malaysia menggunakan e-pembelajaran
sebagai satu alat pembelajaran oleh
pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

Masalah

peribadi

termasuk seperti tidak minat terhadap


aplikasi komputer, dan tidak selesa dengan ICT.

Bil

Sumber 3
Koleksi artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari

Nama Sumber

2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012,


ms 1-15

Judul Artikel

Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkat Kefahaman Murid

Tahun 5 Bagi Mengusai Konsep Sains


Penulis

Amanda Ting Yii

Jenis Kajian

Kajian Berbentuk Kuantitatif dan Kualitatif

Tujuan Kajian

Kaedah

Pengumpulan

dan Analisis Data

Bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda


dalam meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains.
Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan catatan nota
lapangan, ujian Pra dan ujian Pasca, temu bual, borang soal
selidik, hasil kerja murid, dan gambar.

Hasil analisis data mendapati bahawa kelapan-lapan


Dapatan Kajian

responden telah mendapat kemajuan. Penganalisisan data


menunjukkan bahawa kaedah peta minda sangat berkesan
dalam meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains
Methods of Dispersal of Seeds and Fruits.

Bil
Nama Sumber
Judul Artikel
Penulis
Jenis Kajian
Tujuan Kajian

Sumber 4

Kaedah

Pengumpulan

dan Analisis Data


Dapatan Kajian

Bil

Sumber 4

Nama Sumber
Judul Artikel
Penulis
Jenis Kajian
Tujuan Kajian
Kaedah

Pengumpulan

dan Analisis Data

Dapatan Kajian

TUGASAN 2 : ULASAN SUMBER


Dalam penyelidikan ini saya banyak tertumpu dalam penggunaan peta minda sebagai salah
satu kaedah pembelajaran yang menarik dan sekaligus dapat meransang minat pelajar
untuk mempelajari subjek Reka Bentuk Teknologi. Bagi mengumpul dan menganalisis data
yang lebih tepat dan jelas saya memilih untuk menumpukan pada salah satu topik dalam
subjek ini iaitu Pemilihan Biji Benih Yang Baik. Bagi membantu saya melakukan kajian ini
saya telah merujuk kepada beberapa buah jurnal dan artikel sebagai sumber rujukan saya.
Sumber rujukan ini telah diperolehi dari perkongsian di laman sesawang. Kesemua artikel
dan jurnal ini banyak membantu saya dalam pemahaman konsep pengajaran mengguna
peta minda dan memberikan saya pandangan yang lebih jelas dengan proses pelajar
memproses maklumat menjadi sebuah peta minda.

Pada pemerhatian saya, murid-murid sukar untuk mengingat apa yang guru telah ajar dan
apabila guru memberikan lembaran kerja, murid sering memberikan jawapan yang salah.
Mereka juga kelihatan kurang memberikan perhatian yang sepenuhnya sewaktu guru
mengajar. Saya telah mengenal pasti beberapa punca-punca berlakunya pengajaran dan
pembelajaran yang tidak berkesan. Antara punca-punca yang utama ialah kaedah
pengajaran guru yang kurang sesuai untuk murid yang lemah daya ingatannya. Guru boleh
menggunakan kaedah yang lebih mudah dan menarik seperti kaedah simulasi, perbincangan
ataupun peta minda ini agar murid-murid dapat mengingat dengan lebih mudah dan cepat.
Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap pencapaian murid di dalam
kelas tersebut.
Menurut hasil kajian Amanda Ting Yii, penggunaan peta minda mampu meningkatkan
pencapaian skor murid semasa ujian dan peperiksaan. Ini kerana dengan kaedah peta
minda, murid mula memahami dan merasakan subjek tersebut mudah untuk dipelajari.
Pengunaan peta minda juga sekali gus membantu murid meningkatkan daya ingatan
mereka.
Liew (2009), beliau menyatakan peta minda ialah teknik grafik yang hebat yang
menyediakan kata kunci yang universal untuk menghuraikan potensi otak. Justeru itu,
penggunaan teknik peta minda ini telah dibuktikan sebagai teknik yang dapat
merangsangkan otak ke tahap yang maksimum dalam proses mengulang kaji nota pelajaran.

Gregg A. Condon (1990) berpendapat peta minda rupakan suatu pembinaan yang dibuat di
atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah sebagai pusat utama dan idea lain
yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan,
bongkah geometri, warna dan sebagainya.

Berdasarkan kajian Mohd Zamri bin Ibrahim, peta minda mampu meningkatkan penguasaan
pelajar dalam subjek yang dipilih. Ini adalah kerana berdasarkan kajian beliau telah berjaya
menunjukkan prestasi pelajar dalam subjek yang dipilih telah meningkat dan keputusannya
setanding malah ada yang lebih baik berbanding murid yang diajar secara kaedah biasa.
Berdasarkan kajian Mohd Zamri ini sedikit sebanyak membuat saya yakin dengan fokus
kajian saya.

Selain itu kajian yang dilakukan oleh Wong Leng Sim dan Amir Hamzah Sharaai pula telah
menunjukkan minat pelajar terhadap subjek pembelajaran dan membuat ulang kaji dengan
menggunakan nota berbentuk peta minda juga telah meningkat berbanding nota bentuk
linear. Kajian tersebut juga telah dapat membuktikkan bahawa kaedah penggunaan peta
minda untuk membuat catatan nota dapat meningkkatkan pencapaian dan minat belajar
pelajar dalam subjek yang dipilih untuk kajian ini. Maka dengan itu ia akan lebih
memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran.
Perkara ini juga sebenar berhubung kait dengan subjek mata pelajaran yang ingin di kaji. Ini
adalah kerana pemilihan kaedah pembelajaran yang tepat dan bersesuaian dengan subjek
yang diajar mampu memberikan impak yang berbeza pada hasil kajian. Kaedah yang sesuai
mampu menbantu memberikan data yang positif dalam kajian.

Subjek Pemilihan Biji Benih Yang Baik dalam mata pelajaran RBT tahun 5 ini sememangnya
memerlukan kaedah pembelajaran yang mudah difahami dan menarik. Ini adalah kerana
mempelajari pemilihan biji benih yang baik dan berkualiti mampu untuk meningkatkan hasi
tanaman di negara kita. Berdasarkan petikan artikel yang diambil di laman sesawang Harian
Metro, majoriti biji benih di negara kita ini telah diimport dari dari luar terutamanya sayur sayuran. Manakala berdasar kan Laporan Perseketuan Biji Benih Kebangsaan (ISF) di
dalam artikle tersebut mendapati saiz pasaran biji benih dunia sebanyak RM78 billion pada
tahun 2005 dan jumlah makin meningkat pada tahun- tahun berikutnya. Perkara ini mampu
menjadi satu potensi besar bagi negara kita dalam bidang pertanian. Memberi peluang pada
generasi muda mempelajari menimba ilmu dalam bidang ini mampu menjadi pelaburan
jangka masa panjang kepada negara.Maka dengan itu pendedahan yang jelas pada
peringkat awal akan membantu murid lebih dekat dengan dunia pertanian. Dengan adanya
kaedah pembelajaran menggunakan peta minda, ia mampu membantu pelajar untuk
membezakan ciri- ciri biji benih yang baik atau biji benih yang rosak. Bagi melahirkan
generasi yang mampu berdaya saing haruslah para guru mencari alternatif kaedah
pembelajaran yang lebih interaktif dan inovatif berbanding kaedah tradisional.

You might also like