You are on page 1of 2

Pengenalan

Kawalan Dalaman
Kawalan Dalaman adalah suatu proses dihasilkan dan dikuatkuasakan oleh pihak
Lembaga Pengarah dan Pengurusan atau pihak berkenaan untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Kawalan dalaman dirancang untuk mencapai objektif-objektif dalam satu atau lebih
kategori yang bertindih. Ia dibentuk bagi tujuan berikut:
a) Memastikan jabatan anda berada pada landasan untuk mencapai misinya.
b) Mengalakkan keberkesanan
c) Mengalakkan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan.
d) Mengurangkan risiko kehilangan aset-aset dan memastikan kebolehpercayaan
data.
Sistem Kawalan dalaman yang baik dapat mengurangkan risiko dan melindungi
kerugian.
Ketiadaan satu sistem kawalan yang kukuh, boleh menyebabkan kesilapan dan
kesalahan berlaku tanpa dikesan. Kawalan yang diwujudkan boleh menjadi
penghalang kepada ketidakkesempurnaan tumpuan kepada tugasan.
Sistem kawalan yang baik perlu mengandungi perkara-perkara berikut:a) Kakitangan yang ditugaskan mempunyai pengetahuan dan latihan yang
mencukupi ;
b) Individu yang berintegriti, amanah dan bertanggungjawab ;
c) Pemantauan yang bebas.
d) Pengasingan tugas.
e) Kelulusan & Pengesahan.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan atau pihak berkenaan untuk
mengekalkan sistem kawalan yang mencukupi didalam bidang kuasa mereka.
Perubahan persekitaran boleh menyebabkan keberkesanan kawalan merosot,
ataupun kecenderungan pematuhan akan berubah.
Sebagai tindakbalas kepada perubahan, pengurusan perlulah mengadakan kawalan
tambahan atau mengubah kawalan sediada bagi melindungi daripada kerugian.

Article AMMB Holdings .


Didalam sebuah article syarikat AMMB Holdings menerangkan tentang
tanggungjawab kawalan dalaman.
Tanggungjawab kawalan dalam di dalam syarikat AMMB Holdings
dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Pengarah AMMB Holdings.Lembaga
Lembaga Pengarah perlu memastikan kecukupan dan
keberkesanannya.Lembaga Pengarah AMMB Holdings telah mewujudkan
beberapa proses sepanjang tahun kewangan di kaji. Antara proses-proses :
Mengenal pasti
Menilai
Menguruskan risiko-risiko penting.
Proses ini dilakukan oleh Lembaga Pengarah secara kerap dan perlu
mematuhi panduan kawalan dalaman. Pengarah akan mempertimbangkan
kepentingan risiko yang berkenaan , contohnya kemungkinan kerungian yang
akan ditanggung dan kos kawalan dan ia dilakukan semasa pembentukan dan
penyemakan sistem kawalan dalaman.
Tujuan sistem kawalan dalaman ini adalah menguruskan dan bukannya
menghapuskan risko kegagalan mencapai dasar dan objektifnya. Ia dapat
memberikan jaminan yang munasabah tetapi ianya tidak memberi jaminan
mutlak terhadap yang munasabah dan bukannya jaminan mutlka terhadap
risiko kerugian besar.
Pengurusan dipertanggungjawabkan membantu Lembaga Pengarah dalam
kawalan dalaman dengan mengenal pasti dan menilai risiko-risiko yang dihadapi
oleh organisasi .Pengurusan juga dikehendaki untuk merangka,mengendali dan
memantau sistem kawalan dalaman yang akan dipertimbangkan oleh Lembaga
Pengarah. Setelah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah untuk tahun yang
dikaji , Lembaga akan bersetuju bahawa sistem kawalan dalaman tersebut
adalah mantap dan mencukupi untuk melindungi pemegang-pemegang saham
serta asset organisasi.

You might also like