You are on page 1of 6

TAJUK: TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

NURUL ATIQAH BT MOHD AFFINDI


NORNAJLAA BT ROSLI
Abstrak:
Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai pendedahan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) semakin mendapat perhatian di kalangan
komuniti perniagaan. Para pemimpin korporat menegaskan bahawa sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu perniagaan yang efisien jika
mereka memperolehi keuntungan dan memberikan sumbangan penuh kepada masyarakat. CSR merupakan satu langkah berterusan yang
dijalankan oleh organisasi perniagaan atau sektor swasta di mana,mereka akan menyalurkan sumbangan kepada tanggungjawab sosial.
Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad telah mengambil ikhtiar positif membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk membaik
pulih rumah yang rosak. Mereka telah memperkenalkan Program Rumahku Syurgaku atau Baiti Jannati yang bukan sekadar memfokuskan
kepada sebuah negeri sahaja malah seluruh Malaysia dan ianya melibatkan perbelanjaan hampir RM1.7 juta sejak dilancarkan pada tahun
2008. Dari sudut pandangan Islam,penubuhan CSR ini haruslah dipuji dan dititikberatkan oleh setiap para peniaga Islam kerana ianya
melambangkan keimanan seseorang Muslim tersebut.Artikel ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pelaksanaan CSR di Malaysia
dan adakah pelaksanaan ini memberikan impak yang besar kepada syarikat serta masyarakat?Jika ya,mengapa terdapat juga sebilangan
syarikat yang tidak melaksanakannya.Persoalan ini yang akan dibincangkan di dalam tajuk ini.
1.0 PENGENALAN .
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dari segi pendapatannya.Kini,kita dapat melihat pertumbuhan pesat syarikatsyarikat korporat di Malaysia umpama cendawan tumbuh selepas hujan .Seperti yang kita maklum,Malaysia memperolehi pendapatan
daripada dua sektor yang berbeza iaitu sektor awan dan sektor swasta.Walaubagaimanapon,sektor swasta sering dilihat sebagai satu sektor
yang hanya mementingkan keuntungan.Ini kerana,keuntungan yang mereka perolehi akan terus dimiliki mereka.Tetapi,kita tidak harus
beranggapan sedemikian,ini kerana kemunculan mereka membuka banyak peluang-peluang pekerjaan dan kita sebagai pengguna dapat
menikmati kepelbagaian produk yang dihasilkan mereka.Mereka juga tidak harus dipandang sebagai satu sektor yang tamak oleh
masyarakat.Hal ini kerana ,hampir semua syarikat di Malaysia menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat di Malaysia dan ianya
bertujuan untuk memberi manfaat kepada semua masyarakat.Justeru tidak hairanlah apabila syarikat gergasi seperti Aeon Co (M) Sdn. Bhd
turut menganjurkan beberapa program sebagai satu usaha untuk memupuk kesedaran akan pentingnya alam sekitar seperti Aeons Tree
Planting Activity dan No Plastic Bag Campaign pada tahun 2010. Aktiviti-aktiviti seumpama ini akan dapat mendidik masyarakat untuk
lebih bersikap ambil berat terhadap alam sekitar dan merealisasikan impian membentuk sebuah negara maju berkonsepkan bumi hijau
akan terlaksana.
2.0 DEFINISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT.
Terdapat banyak definisi tentang CSR yang harus diketahui. Menurut Frank Abrams 1951 ( Pengerusi Syarikat Standard Oil Of New
Jersey ) di dalam artikelnya Harvard Business Review, beliau menyatakan ,To conduct the affairs of the enterprise to maintain and
equitable and workable balanced among the claims of the various directly interested groups, a harmonious balances among
stockholders,employees,customers and the public at large (Frederick ,2006 ).

Definisi kedua menurut Howert Bowen 1953 di dalam bukunya, The Social Responsibilities of the Businessman.CSR ialah The
obligation of business to pursue those policies to make those decisions or to follow those lines of action which are desirable in term of the
objectives and values of our society (Bowen, 1953).
Manakala definisi yang terakhir ,menurut Archaic Carrol,beliau mendefinisikan CSR dari empat perspektif yang berbeza.Definisi yang
pertama ialahConsistent with the capitalist economic view,a corporation must generate profit in order to operate.Kedua,Corporation
must also obide by the laws within the countries that it operates..Ketiga Operating legally was not sufficient and the corporations have
an obligation to society to act ethically as well.Dan akhir sekali ialah The term ( Social Responsibility ) is a brilliant one,its mean
something but not always the same things to everybody.To some it convey the idea of legal responsibility or liablility,to others,the meanings
transmitted is that of responsibility for , in a casual mode,many simply equate it with a charitable contribution,some take it to mean
socially conscious,many of those who embrace it most fervently see it as a mere synonym for legitimacy in the context of belonging or

being proper or valid, a few see ot as a sort of fiduciary duty imposing higher standard of behavior on businessmen than on citizens at large
(Carroll ,1999 ).
Berdasarkan ketiga-tiga pendapat,dapat disimpulkan disini bahawa CSR ditakrifkan sebagai satu sumbangan yang didermakan oleh
syarikat-syarikat korporat sebagai satu usaha untuk menambahbaik kehidupan masyarakat dan mengekalkan hubungan baik diantara
pemegang saham,pekerja,pelanggan syarikat serta masyarakat amnya.Mereka melihat CSR adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan di
dalam syarikat mereka.
Marcapada ini, kebanyakan sektor korporat telah memainkan peranan mereka dalam pelbagai bidang, ianya merangkumi aspek
kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan ekonomi.Hal ini ternyata memberi impak yang positif kepada setiap masyarakat terutama sekali
kepada mereka yang bergaji kecil.
3.0 SEJAUH MANAKAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT?
Setiap syarikat di Malaysia harus didedahkan dengan pendekatan CSR .Ini kerana,di samping keuntungan yang mereka perolehi,secara
tidak langsung,mereka juga dapat menyumbang sedikit sebanyak keuntungan untuk manfaat masyarakat.Tetapi sejauh manakah manfaat itu?
Ianya hanya akan dilihat oleh masyarakat sendiri.Sektor Korporat banyak memberikan sumbangan di dalam
sektor
pendidikan,kesihatan,pemakanan,persekitaran,bantuan kewangan,perumahan dan lain-lain.
Dari segi pendidikan, Malaysia berhasrat untuk mencapai Wawasan 2020 seperi yang telah direncanakan ,oleh itu,kita sangat
memerlukan pelajar-pelajar yang cemerlang bagi membantu mencapai hasrat negara.Pelajar-pelajar yang cemerlang dapat dihasilkan dengan
adanya kemudahan yang dibekalkan oleh sekolah.Sebagai contoh,setiap sekolah harus memiliki bilik komputer,perpustakaan,kantin,dewan
peperiksaan serta ruang pembelajaran yang selesa agar dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang selesa.Oleh itu,terdapat beberapa
syarikat-syarikat korporat yang telah memberikan sumbangan untuk merealisasikan impian setiap pelajar.
Setiap sekolah diberikan prasarana yang cukup,kemudahan pembelajaran,bantuan makanan dan duit agar mereka lebih bersemangat
untuk belajar dan akhirnya berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.Sebagai contoh, pasar raya Giant melalui program Edufund Giant
telah membantu beberapa buah sekolah melalui sumbangan menaiktarafkan perpustakaan, pembelian komputer, buku rujukan dan
sebagainya. Program berkonsepkan win-win situation ini seharusnya diterima baik oleh semua pihak memandangkan ia dapat
memudahkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Selain itu, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia atau PIDM turut memainkan peranannya sendiri.Mereka banyak membantu dalam
memberikan biasiswa kepada mereka yang tidak berkemampuan tetapi berminat untuk menyambung pengajian.hal ini kerana,PIDM yakin
pelajaran itu merupakan satu perkara yang penting untuk membantu seseorang itu mencapai kejayaan seterusnya memiliki pekerjaan yang
terbaik dan sekaligus dapat memperkukuhkan ekonomi keluarga. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada rakyat Malaysia yang mampu
mengharumkan Nama Malaysia dengan menjadi cendiakawan dan muncul sebagai yang terbaik di mata dunia.
Antara contoh lain ,terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) telah ditubuhkan oleh sektor-sektor swasta
sendiri.Diantaranya termasuklah Universiti Lim Kok Wing,Universiti Tenaga Nasional(UNITEN) serta Universiti Multimedia (MMU).Jika
dari segi dasar,ramai yang berpendapat bahawa penubuhan mereka adalah hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata,tetapi jika dilihat
dari sudut positifnya,penubuhan mereka dapat mengurangkan jumlah pelajar yang tidak tahu arah tuju dan gelap masa hadapan.Diharapakan
,moga dengan sumbangan ini, anak jati Malaysia akan terus mempunyai masa depan yang cerah.
Selain dari sektor pendidikan,banyak sumbangan yang telah disalurkan oleh syarikat korporat dalam sektor kesihatan.Hal ini
kerana,peratus penyakit kronik dilihat meningkat dari hari ke hari . Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, taraf
kesihatan rakyat Malaysia kian menurun dan bilangan yang menghidapi penyakit bukan berjangkit semakin tinggi. Jika kita melihat kembali
dalam tempoh lima tahun yang lalu, bilangan pesakit yang mempunyai masalah kolesterol, obesiti dan diabetes meningkat dengan begitu
ketara. Oleh itu,syarikat korporat terpanggil untuk memberikan bantuan.Mereka merasa bertanggungjawab dalam memastikan semua rakyat
sihat dan cerdas dan ingin mengembalikan taraf kesihatan masyarakat Malaysia.
Sebagai contoh,syarikat gergasi AEON Co (M) Sdn. Bhd telah menganjurkan satu program yang dinamakan World Blood Donar Day
Apprecaition Ceremony pada tahun 2010.Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan awam untuk menderma darah bagi menampung
keperluan darah negara. Hasilnya,masyarakat dapat meningkatkan tahap kesedaran mereka serta memahami kesan positif yang akan mereka
perolehi apabila melakukan pendermaan darah. Selain itu, Telekom Malaysia Bhd secara langsung mewujudkan satu sistem yang dinamakan
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja atau OSHAS.Kerana mereka yakin kesihatan yang baik dapat melahirkan kualiti

kerja yang sempurna.OSHAS secara amnya telah menganjurkan pelbagai jenis aktiviti termasuklah ceramah tentang kesihatan,program
pemeriksaan kesihatan secara percuma dan sebagainya.Program seperti ini,bukan sahaja memberi manfaat kepada kakitangan
Telekom,malah kepada seluruh orang awam kerana ianya terbuka untuk semua.Usaha seperti ini harus dipuji,kerana akan memudahkan
urusan orang ramai dan mereka tidak harus ke hospital,hal ini sekaligus dapat menjimatkan kos mereka.
Kesihatan yang baik,bermula daripada amalan pemakanan yang baik.Jika kita lihat,pada zaman sekarang ,rakyat Malaysia jarang
membuat pilihan dalam memilih makanan.Mereka akan memilih untuk makan segala makanan tanpa memikirkan kesan baik dan
buruknya.Pemakanan yang tidak seimbang ditambah dengan lambakan makanan segera di pasaran menyebabkan masyarakat Malaysia
mudah menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya. Oleh itu,selain dari faktor
kesihatan,faktor pemakanan juga ditekankan oleh sektor korporat.Jika dilihat,sesetengah syarikat begitu mementingkan pengambilan
makanan yang berkhasiat,oleh itu mereka tidak akan memasukkan bahan-bahan yang akan memudaratkan kesihatan masyarakat ke dalam
setiap produk yang dihasilkan.Sebagai contoh,Syarikat Cosway telah menubuhkan ladang organik yang membekalkan sayuran-sayuran dan
daging organik yang boleh dibeli dengan harga yang murah berbanding di pasaran,ianya bertujuan untuk merangsang masyarakat untuk
mengamalkan gaya hidup sihat dan tindakan ini sewajarnya diberi kepujian. Objektif syarikat yang bertindih dengan tanggungjawab sosial
ialah satu strategi yang memberi manfaat sepenuhnya kepada kedua-dua pihak maka ia tidak perlu dipersoalkan.

CSR juga banyak memainkan peranan dalam hal persekitaran.Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan
bersekitaran haruslah bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih.Hal ini kerana,negara yang kotor akan
menyebabkan kurangnya pelancong mahupon pelabur yang ingin melancung dan melawat di Malaysia.Kesannya,ekonomi negara kian
merudum dan sukar untuk kita mencapai hasrat untuk menjadi sebuah negara ke arah berteknologi tinggi dan moden.Antara syarikat yang
menjalankan kaedah CSR ialah Syarikat Telekom Malaysia Berhad ,mereka telah mewujudkan satu polisi yang dinamakan Polisi
Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) yang menumpukan ke arah menangani risiko dan kesan aktiviti syarikat
terhadap alam sekitar. Diantara program-program di bawah polisi OSHE ialah kempen kesedaran alam sekitar yang bertemakan Creating
Habits Today, Safe Enviroment For Tomorrow ,ianya bukan sahaja melibatkan kakitangan Telekom , malah masyarakat juga turut diberi
penekanan akan kepentingan memelihara hutan, menanam pokok, mengurangkan pencemaran dan melindungi kualiti air minuman .
Di samping itu,Telekom telah membuat program Hari Tanpa Plastik ,hal ini dilihat positif oleh kebanyakan pasar raya-pasar raya di
negara ini dan mereka telah bersepakat untuk merealisasikan hal ini untuk menyahut seruan kerajaan untuk menjamin kesempurnaan alam
sekitar. Walaupun kelihatan agak membebankan tetapi masyarakat bukan sahaja akan dapat menikmati kehidupan di dalam persekitaran
yang menghijau malah akan melahirkan rakyat yang lebih sihat dan positif. Justeru tidak hairanlah apabila syarikat gergasi seperti Aeon Co
(M) Sdn. Bhd turut menganjurkan beberapa program sebagai satu usaha memupuk kesedaran akan pentingkan alam sekitar seperti Aeons
Tree Planting Activity dan No Plastic Bag Campaign 2010. Manakala kumpulan Hypermarket Giant bersetuju untuk menempatkan logo
kempen 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan. Aktiviti-aktiviti seumpama ini akan dapat
mendidik masyarakat untuk lebih bersikap ambil berat terhadap alam sekitar dan merealisasikan impian membentuk sebuah negara maju
berkonsepkan bumi hijau .
Oleh itu, jika ditanya dengan persoalan, sejauh mana tanggungjawab sosial korporat memberi manfaat kepada masyarakat? Jawapannya
sangat mudah dan ringkas, iaitu ianya sudah terang lagi bersuluh memberikan manfaat yang cukup besar kepada masyarakat yang meliputi
pelbagai sudut merangkumi sudut pendidikan, kesihatan, alam sekitar dan ekonomi.

Berdasarkan rujukan yang dibuat, kami mendapati bahawa 34 daripada 45 buah syarikat telah melaksanakan CSR di dalam syarikat
mereka.Ini jelas membuktikan bahawa CSR memberikan manfaat yang besar baik kepada syarikat mahupun masyarakat.

Lampiran

BI
L

SYARIKAT
MENJALANKAN CSR

TAHUN
JALANKAN
CSR (ANNUAL
REPORT)
2012
2014

BI
L

SYARIKAT
YANG
MENJALANKAN CSR

1
2
3

AMMB Holdings Bhd


Amsteel Corporation Bhd
Berjaya Sports Toto Bhd

1
2
3

2009,2011
2014

4
5

6
7
8
9

Boustead Holdings Bhd.


Commerce Asset-Holding
Bhd
CIMB Group
Faber Group Bhd
Genting Bhd.
Johor Port Berhad

2014
2013
2013
2014

6
7
8
9

10

Land & General Bhd.

2014

10

11

Magnum Corporation Bhd.

2014

11

Affin Holdings Bhd


Amway (M) Holdings Bhd.
Bandar Raya Developments
Bhd
Farlim Group (Malaysia) Bhd.
Golden
Hope
Plantations
Bhd. Sime Darby Plantations
Golden Plus Holdings Bhd.
Hicom Holdings Bhd
Malayan Banking Bhd
Lafarge Malayan Cement
Bhd
Malayan United Industries
Bhd
Malaysian Airline System
Bhd

4
5

12

2014

19
20
21
22

Malaysia
International
Shipping Corp. Bhd
Malaysia
Mining
Corporation Bhd
Malaysian
Industrial
Development Finance Bhd
Malaysian
National
Reinsurance Bhd
The New Straits Times
Press (M) Bhd.
Padi Beras Nasional Bhd
Perusahaan
Otomobil
Nasional Bhd.
RHB Capital Bhd
Telekom Malaysia Bhd.
Tabung Haji
Bank Negara Malaysia

23
24
25
26
27
28
29
30
31
32

Prudential BSN Takaful


Petronas
AEON Co. (M) Sdn. Bhd.
Telekom Malaysia Berhad
Giant
Tesco
Mydin
Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Ambank Group
Proton Holding Berhad

2011
2014
2010
2008
2014
2014
2014
2014
2014
2010

13
14
15
16
17
18

YANG

2012
2014
2014
2010
2014
2014
2009
2011
2012
2014

TIDAK

33
34

Mc Donald
Kentucky Fried Chicken (KFC)

2014
2014

4.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASIH ADA SYARIKAT YANG MASIH TIDAK JALANKAN CSR
Hasil daripada pemerhatian data yang dikumpulkan, dapat disimpulkan bahawa majoriti syarikat sudah menjalankan aktiviti CSR ini,
akan tetapi masih wujud sesetengah syarikat lagi yang masih tidak menghiraukan akan CSR ini, antara faktor utama yang menyebabkan
mereka tidak menjalankan CSR ialah , mereka tidak mahu mencampurkan urusan perniagaan mereka dengan memikirkan hal yang berlaku
di luar dari fokus penjualan perniagaan mereka, di antara alasan-alasan yang diberikan ialah mereka akan merasa terbeban dengan CSR
yang akan di jalankan, sebagai contoh apabila mereka menjalankan program-program kemasyarakatan, akan membawa kesan kepada
perniagaan mereka disebabkan tidak fokus dan lari dari kitaran kewangan pernigaan pada setiap bulan dan menyebabkan kerugian dari
keuntungan yang mereka peroleh pada keuntungan bulanan atau tahunan mereka. padahal, mereka sebenarnya langsung tidak memikirkan
kesan pada jangka masa panjang, bagi mereka hasil penjualan mereka hanya untuk mereka pusing modal kembali perniagaan mereka.
kemudian mereka menyatakan ia adalah perkara yang membung masa dan tidak memberikan kesan pada waktu yang cepat, bagi mereka
perlukan keuntungan secepat yang mungkin untuk mereka kaya. sepatutnya, peniga yang tidak menjalankan CSR harus sebenarnya
menanamkan prinsip dan mencontohi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berpendapat dan punyai prinsip hidup dalam perniagaan bahawa
"kaya itu bukanlah kepada diri sendiri, kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai.saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja" apabila ada kesedaran seperti ini barulah pemegang syarikat yang tidak menjalankan CSR ini akan
turut serta dalam menjalankan CSR. pandangan ini harus dicontohi oleh semua peniga agar mereka mampu melihat kesan pada masa akan
datang, dengan penglibatan mereka di dalam CSR ini. Antara faktor lain yang menyebabkan mereka tidak jalankan CSR ini ialah tidak
pernah wujud kesedaran dalam kehidupan mereka akan kepentingan CSR bahkan merekamenyatakan mengapa harus mereka lakukan
walhal dalam keadaan mereka tidak ikhlas, ikhlas atau tidak itu perkara kedua, itu adalah lumrah manusia yang pada mulanya harus di
paksa lama-kelamaan baru akan ikhlas, ia memang dianjurkan agar kita ikhlas dalam membuat sesuatu, akan tetapi pembelajaran dari
sesuatu itu menyebabkan kita akan menjadi lebih baik. Walaubagaimanapun, perkara pokok yang perlu ditanam dalam diri usahawan adalah
keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial yang sudah tentu akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T dalam bentuk pahala dan
keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan. Bukankah, Nabi Muhammad S.A.W pernah menyatakan seelok-eloknya peruntukkan satu
pertiga (1/3) daripada pendapatan untuk sedekah atau kebajikan. memang tidak rugi bagi seorang usahawan melibatkan diri dalam
melaksanakan tanggungjawab sosial.
5.0 KESIMPULAN.
Ironinya, CSR ini banyak mendatangkan faedah kepada syarikat sebenarnya jika dilihat pada jangka masa yang panjang, dan ia
memberi banyak peluang khususnya bagi memajukan syarikat berkenaan, jadi bagi syarikat yang masih belum menjalankan CSR haruslah
mengambil inisiatif belajar dari syarikat-syarikat yang berjaya hasil daripada penggunaan kaedah CSR ini, ia supaya , syarikat mereka akan
jauh lebih berjaya dari sebelumnya, serta CSR ini mampu menjadikan sama-sama dalam situasi Win-Win Situation kerana semua akan
hidup dalam keadaan yang lebih baik hasil daripada kaedah ini dijalankan.

6.0 Rujukan

Jurnal diperoleh daripada http://umrefjournal.um.edu.my/public/article-view.php?id=4422


CSR Prubsn diperoleh daripada https://www.prubsn.com.my/bm/index.php?
mm=news_events&sm=pressreleases&pg=62( Prudential)

CSR (Utusan Sarawak Online) diperoleh daripada http://www.utusansarawakonline.com/news/18961/Ta-Annberi-sumbangan-RM100000/( Ta Ann pelita silas plantation sdn bhd.

Artikel CSR diperoleh daripada http://ieeexplore.ieee.org.eserv.uum.edu.my/stamp/stamp.jsp?


tp=&arnumber=6679461

Artikel CSR diperoleh daripada http://ieeexplore.ieee.org.eserv.uum.edu.my/stamp/stamp.jsp?


tp=&arnumber=6236441
Artikel CSR diperoleh daripada http://ieeexplore.ieee.org.eserv.uum.edu.my/stamp/stamp.jsp?
tp=&arnumber=5668356
Artikel CSR diperoleh daripada http://ieeexplore.ieee.org.eserv.uum.edu.my/stamp/stamp.jsp?
tp=&arnumber=5553078
Tanggungjawab sosial korporat diperoleh daripada http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CB4QFjAA&url=http
%3A%2F%2Fipgksm.edu.my%2Fjabatan%2Fjks%2Fblogjks%2Fwp-content%2Fuploads
%2F2013%2F11%2FTanggungjawab-SosialKorporat.doc&ei=3VcyVL65AoyXuATupIGIDg&usg=AFQjCNGfx5WjQa3Ts3nPl5XFpTUyGQb5Uw&
bvm=bv.76802529,d.c2E
Tanggungjawab Sosial Korporat diperoleh daripada
http://tomorrowiscertain.blogspot.com/2011/08/penyelidikan-laporan-tanggungjawab.html
Annual report Bursa Malaysia diperoleh daripada
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f0017
a6bf/ad5a58aa148546ed4825715c001af733/$FILE/SHELL-AnnualReport(BM)(Part%203)ProxyForm(810KB).pdf
Journals diperoleh daripada http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CB4QFjAA&url=http
%3A%2F%2Fejournals.ukm.my%2Fpengurusan%2Farticle%2Fdownload
%2F323%2F289&ei=qZgyVNPCCMygugTW7YDQAg&usg=AFQjCNEYgwF9RG9pjtPUHNOyrq5S6iF7g&bvm=bv.76802529,d.c2E
Public relation Group diperoleh daripada
https://www.facebook.com/PublicRelationsGroup/posts/148812935283953
Info Usahawan diperoleh daripada
http://terengganu.uitm.edu.my/v1/images/stories/buletin/info_keusahawanan/infousahawan_ja
napril2014.pdf
Annual Report Am bank Negara diperoleh daripada
http://www.ambankgroup.com/en/AboutUs/InvestorRelations/AnnualReports/Documents/2011/E
ng/26CorporateSocialResponsibility.pdf
CSR Berjaya diperoleh daripada http://www.berjaya.com/csr/csr-2014.html
CSR Bousted diperoleh daripada
http://www.boustead.com.my/v2/misc/media_releases/NewsRelease09/mr080609.html
CSR Johor Port diperoleh daripada http://www.johorport.com.my/about/csr-initiavites
CSR MMC diperoleh daripada http://www.mmc.com.my/social.asp
CSR NSTP diperoleh daripada http://www.nstp.com.my/category/csr/
CSR RHB diperoleh daripada
http://www.rhb.com.my/corporate_profile/about_us/social/learn.html
CSR diperoleh daripada
https://www.tm.com.my/AboutTM/CorporateResponsibility/Documents/TM2011_CSR.pdf#search
=CSR
CSR Telekom Malaysia diperoleh daripada Telekom Malaysia Bhd.
CSR Tabung Haji diperoleh daripada http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest//usahatanggungjawab-sosial-korporat-oleh-anak-syarikat-th
CSR Bank Negara Malaysia diperoleh daripada
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2010/cp05_002_rencana.pdf

You might also like