You are on page 1of 12

PENDAHULUAN

Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau ringkasnya Hassan al-Banna
adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin.
Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak
dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan
al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di
bandar Islamailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat
sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam. Pada tahun 12 Februari 1949 beliau
meninggal dunia setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan
Mesir ketika itu.

BIODATA TOKOH

Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah,
Iskandariah, Mesir (barat lautKaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang
terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati. Ketika
Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan
Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau
telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan alHasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan
dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan
Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa
revolusi 1919 menentangpemerintahan British.
Pada tahun 1923 ketika berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah latihan
perguruan di Kaherah. Kehidupan di ibu negara Mesir menawarkannya peluang yang lebih luas
berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan
bantuan kenalan ayahnya). Walau bagaimanapun, beliau amat terganggu dan tidak senang dengan
pengaruh kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti partiparti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular yang
terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. Hassan al
Banna turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti alAzhar untuk menyuarakan bangkangan mereka terhadap peningkatan atheisme dan pengaruh
mubaligh Kristian.

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat
mengadakan ceramah-ceramah berunsurkan Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan
rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat seperti di kedai-kedai kopi dan
tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan
hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid

Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.


Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, beliau menulis bahawa beliau bercadang untuk menzuhudkan
dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak agar dapat mengajar
mereka mengenai matlamat "agama adalah sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan".
Beliau mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di
sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, sebuah bandar yang terletak di Zon Terusan Suez.

PENDIDIKAN TOKOH

Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri.


Sejak kecil lagi, bapanya telah mendidik beliau dengan agama dan tahfiz al-Quran. 1
Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan dan
galakan kepada beliau untuk mempelajari ilmu Islam. Kehidupan seharian Hasan AlBanna semasa kecil dapat dibahagikan kepada empat bahagian. Waktu pagi, beliau
pergi ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain. Selepas itu, beliau menolong bapanya
1

membuat dan membaiki jam sehingga waktu petang. Kemudian, pada malam hari,
beliau menggunakan waktu lapang untuk mengulang kaji pelajaran. Manakala,
selepas waktu subuh beliau membaca serta mengulang-ulang hafazan al-Quran bagi
memperkukuhkan lagi hafazannya.
Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama
Madrasah Al- Diniyyah Ar-Rasyad. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang
ulamak terpelajar yang bernama Syeikh Muhammad Zahran. Syeikh Muhammad
Zahran mendidik pelajar-pelajarnya termasuk Hasan Al-Banna dengan kaedah yang
agak keras bagi golongan kanak-kanak. Cara didikan yang begitu ketat seperti
bebanan dalam menghafaz al-Quran, pembacaan dan menelaah kitab-kitab besar
Islam ini sebenarnya adalah untuk kebaikan mereka juga. Faedah daripada hasil
didikan tersebut hanya disedari oleh Hasan Al-Banna setelah beliau melangkah ke
alam dewasa. Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya
iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna
pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah Idadiyah dan dalam masa
yang sama bapa beliau terus memantau perkembangan hafazan al-Quran anak
kesayangannya dengan diiringi kesungguhan Hasan Al-Banna sendiri. Beliau
akhirnya berjaya menghafaz al-Quran ketika baru berusia 12 tahun dan ini merupakan
satu pencapaian yang agak luar biasa jika dibandingkan dengan rakan seusianya
ketika itu.
Ketika melangkah usia 13 tahun, Hasan Al-Banna telah berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Madrasah al-Muallimin al-Awwaliyah / Pusat Latihan Guru di
Damanhur untuk mendapat ijazah perguruan. Walaupun kelayakan minimum untuk
belajar di sekolah tersebut ialah 14 tahun. Hasan Al-Banna ternyata terkehadapan
berbanding dengan teman seusianya yang lain. Pengecualian khas diberikan kepada
beliau ekoran pengetua madrasah tersebut dapat melihat dengan jelas potensi Hasan
Al-Banna yang jauh lebih matang berbanding dengan usia sebenarnya. Selepas tiga
tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan.
Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh

Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke


peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Darul Ulum (Universiti Kaherah).
Darul Ulum ditubuhkan pada tahun 1873 sebagai percubaan pertama
pemerintahan Mesir mewujudkan pendidikan moden di peringkat tinggi.2 Hasan AlBanna Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak
memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu
dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Di sini kursus di beri
dengan cara atau kaedah moden. Selain ilmu-ilmu diniyyah, Darul Ulum juga
mengajar pelbagai

ilmu

semasa

seperti

psikologi,

falsafah,

politik,

ilmu

kemasyarakatan, matematik, linguistik dan pedagogi. Disamping metode-metode


pendidikan moden yang diadakan di situ, Darul Ulum juga terkenal dengan panggilan
Al-Azhar As-Saghir di kalangan masyarakat Mesir pada masa itu. Sebaik sahaja
Hasan Al-Banna diterima masuk ke Darul Ulum, beliau dan keluarganya pun
berpindah ke Kaherah.

Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan
diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan
mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan
kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan
membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau
terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri
dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan
Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran,
beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan
dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan
2

bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana
negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru pada waktu itu. Selepas
pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila
beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua
puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah sehingga tahun 1933 M.

SUMBANGAN TOKOH

Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan
tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji
dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat
dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi
seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan
usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid.
Dalam masa yang singkat sahaja, ramai orang telah menjadi pengikutnya.

Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam

Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana
memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan
yang terkenal dengan nama Al-Ikhwan Muslimin. Batu asas pusat gerakan dan
masjid Ikhwanul Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas
itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul
Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.

PENGAJARAN DARI HIDUP TOKOH

Imam Hasan Al-Banna mencatatkan dalam Muzakkirat nya tentang kisah beliau
menyampaikan kuliah agama ketika beliau masih berumur dua puluhan tahun. Beliau
menyampaikan kuliah tersebut antara waktu Maghrib dan Isyak di satu sudut di
sebuah masjid kecil. Setelah sekian waktu, kuliah tersebut telah mendapat perhatian
dan para hadirin yang hadir telah bertambah. Termasuk juga yang hadir adalah di
kalangan mereka yang menyimpan sikap dan pendirian lama dalam masalah khilaf
dan suka membangkitkan api perdebatan.

Sehingga pada suatu malam, Imam Hasan al-Banna merasakan terdapat satu kelainan

terhadap hadirin yang hadir. Seolah-olah terdapat perbezaan kelompok di kalangan


para pendengar termasuk tempat duduk mereka. Pada malam tersebut, belum sempat
Imam Hasan al- Banna hendaklah memulakan kuliahnya, tiba-tiba beliau telah
diajukan satu soalan.

Apakah pandangan ustaz tentang masalah tawassul?" Maka al-Banna menjawab:

Wahai saudaraku, aku berpandangan (bahawa) engkau bukan bermaksud mahu


bertanya tentang masalah ini sahaja, tetapi engkau juga mahu bertanya tentang
selawat selepas azan, membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, lafaz siyadah Rasul
dalam tasyahhud, bagaimana kedudukan ibu bapa Nabi Muhammad s.a.w di akhirat,
sampai atau tidak bacaan al-Quran kepada si mati, adakah perkumpulanperkumpulan yang dibina oleh ahli tariqat itu maksiat atau qurbah, dan pelbagai
masalah lagi."

Al-Banna sengaja menyenaraikan semua perkara-perkara khilaf tersebut yang telah


menyalakan api fitnah sejak sekian lama sehingga membuatkan lelaki penyoal itu
tersentak. Lalu lelaki itu menjawab:Ya, aku mahukan jawapan atas kesemua soalan
itu!

Lalu al-Banna menjawab: Wahai saudaraku, aku bukanlah seorang alim, tetapi aku
seorang guru bandar yang menghafaz sesetengah ayat al-Quran dan sesetengah
hadith Nabi s.a.w dan mengetahui beberapa hukum agama setelah merujuk kepada
kitab-kitab. Lalu aku menawarkan diri untuk mengajarkan ilmu itu kepada orang
ramai. Maka sekiranya engkau bertanya kepadaku soalan yang terkeluar daripada apa

yang aku tahu maka engkau telah menyukarkan aku, sedangkan barangsiapa yang
mengatakan aku tidak tahu dia juga telah berfatwa. Sekiranya engkau merasa puas
dengan apa yang aku sampaikan, dan melihat padanya ada kebaikan, maka dengarilah
ia. Sekiranya engkau ingin mengetahui lebih lanjut maka bertanyalah kepada para
ulama' yang pakar selainku. Mereka mampu memberi fatwa terhadap apa yang kamu
mahu. Adapun aku, maka inilah kadar ilmuku, sesungguhnya Allah Ta'ala tidak
memberatkan ke atas seseorang melainkan apa yang diusahakan.

Itulah jawapan Imam Hasan al-Banna kepada lelaki tersebut dan lelaki itu pada
hakikatnya tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Imam Hasan al-Banna. Namun
dengan ucapan Imam Hasan al-Banna itu para hadirin atau kebanyakan mereka
merasa berpuas hati. Lalu dengan kesempatan yang ada Imam Hasan al-Banna
meneruskan ucapannya dengan berkata:

Wahai saudara-saudaraku, aku amat mengetahui bahawa saudara yang bertanya tadi,
termasuk juga ramai di kalangan kalian, tidak bermaksud daripada soalan seumpama
itu melainkan hanya ingin mengetahui, daripada kumpulan manakah pengajar baru
ini? Adakah daripada kumpulan Syeikh Musa atau daripada kumpulan Syeikh Abdul
Sami?! Sesungguhnya pengetahuan ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada
kamu, sedangkan kamu telah menghabiskan masa dalam keadaan fitnah selama lapan
tahun dan cukuplah sekadar itu. Kesemua masalah itu telah diperselisihkan oleh umat
Islam sejak ratusan tahun dan mereka masih terus berselisih pendapat sehingga ke hari
ini, namun Allah Ta'ala redha kepada kita untuk berkasih sayang dan bersatu padu

serta membenci untuk kita berselisihan dan berpecah-belah. Maka aku ingin mengajak
kamu semua berjanji dengan Allah Ta'ala untuk meninggalkan semua perkara-perkara
ini sekarang, dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari asas-asas agama dan
kaedah-kaedahnya, beramal dengan akhlaknya, kelebihan-kelebihannya yang umum
dan petunjuk-petunjuknya yang disepakati. Dan mendirikan segala kewajipan dan
sunat serta meninggalkan sikap memberat-beratkan dan terlalu rigid supaya hati
menjadi suci. Dan supaya menjadi tujuan kita semua hanya untuk mengetahui
kebenaran, bukan hanya kerana sekadar mahu memenangkan satu pandangan. Ketika
itu, kita mempelajari kesemua ini bersama dalam keadaan kasih sayang, kepercayaan,
kesatuan dan keikhlasan. Aku berharap kamu terimalah pandanganku ini dan agar ia
menjadi perjanjian sesama kita untuk berbuat demikian.

PENUTUP

Berpandukan kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin inilah munculnya Gerakan-Gerakan Islam yang
lain di setiap watan (negara) Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah Jamiat E Islami (Pakistan
diasaskan oleh Sayyid Abul Ala al-Maududi), Parti Refah (Turki diasaskan oleh Najmuddin
Erbakan, telahpun diharamkan dan beliau telah dipenjara. Parti AK yang memerintah Turki pada
hari ini, yang diketuai oleh Recep Tayyip Erdogan, ialah hasil tarbiyyah Najmuddin), FIS Front
Islamique du Salut (Algeria memenangi pilihanraya pada 1990, namun dijatuhkan oleh kuasa
tentera, beribu-ribu ahli dibunuh dan dipenjara), HAMAS - Harakah Muqawwamah Islamiah

10

(Palestin) dan Gerakan- Gerakan Islam lain yang diasaskan berdasarkan ideologi Ikhwan.

Gerakan-gerakan ini bergerak serentak di seluruh dunia, mendepani cabaran mengikut keadaan
dan suasana di watan masing-masing, namun mempunyai wihdatul fikr dan wihdatul amal yang
satu. Muktamar di peringkat antarabangsa sering diadakan dan Gerakan-gerakan Islam kini
bergerak untuk menegakkan khilafah dan membebaskan bumi Islam dari musuh kuffar dan juga
yang bertopengkan Islam.

Seharusnya kita menggabungkan diri dengan Gerakan-Gerakan Islam yang benar (akan hanya ada
satu sahaja Gerakan Islam di antara pertubuhan-pertubuhan Islam yang pelbagai di sesebuah
watan), agar tidak ketinggalan atau bersendirian dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW
yang tercinta.

LAMPIRAN

11

Al-

Banna dalam salah satu muhadharah hadis Ath-Thulasa (pengisian hari selasa) yang
mana ia merupakan antara cara beliau untuk menyampaikan fikrah beliau kepada
masyarakat awam.

12

You might also like