You are on page 1of 5

POKOK NEEM

Bagi amali kali ini saya dan ahli kumpulan saya telah mengkaji tentang Pokok
Neem. Berikut adalah ciri-ciri pokok neem. Pada asalnya pohon ini terdapat di
negara-negara Asia dan Afrika, kini ia juga ditanam di negara-negara barat. Pohon
neem dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia. Berikut adalah senarai nama
bagi pokok neem di seluruh dunia.

Pakistan - nimmi dan limbo

Burma - tamaka atau tama

Indonesia - mindi dan mimbo

Thailand kwinin

Jerman - niem atau nim

Perancis - azadirac dan margousier

Australia, Papua New Guinea, Fiji, Amerika dan Britain - neem

Ciri-ciri fizikal Pokok Neem

sebatang pokok hijau berdaun lebat terbahagi kepada helaian-helaian daun


dimana setiap daun menyamai daun yang matang.
Ia mempunyai bunga putih kecil di hujung ranting
buah berukuran 1.2 to 1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap
satunya berbiji.
Pokok ini boleh membesar sehingga 10 ke 10.5 meter tinggi dengan lilitan
berukuran lebih kurang 2 hingga 3 meters.
Batangnya adalah bertonik pahit dan berangsangan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri
yang sama dengan kulit batang.

Kegunaan Sebagai Makanan

Bunga dimasukkan ke dalam masakan kari.


Di India, bunga pokok bambu/semambu/mambu/neem dan gula merah dibuat gula2.
Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India, Vietnam dan Myanmar.

KHASIAT POKOK NEEM/MARGOSA


Terdapat beberapa kegunaan pokok neem yang dikenali sebagai pokok
margosa juga. Ianya memberi banyak manfaat kapada manusia untuk mengubati
banyak penyakit tanpa menggunakan ubat-ubat yang moden. Berikut merupakan
perubatan-perubatan tersebut.

1
Pokok Margosa dianggap sebagai pembersih udara dan mencegah dari
penyakit demam Malaria dan kolera.Infusi atau air rebusan daun segarnya
adalah

merupakan

tonik

sayuran

pahit

dan

alternatif

terutama

bagi

mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balasnya ke atas hati.
Ianya hendaklah diambil dengan kadar 15 ke 60 grams.

2
Seterusnya ialah Daun Margosa digunakan atau disapu dibahagian luaran sangat
berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar
(smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan luka. Ianya boleh digunakan secara
tuam, rebusan atau sapuan.

3
Menggunakan 3 grams kulit kayu bahagian dalam Margosa dengan 6 grams gula
kelapa atau kabung setiap pagi sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir.
Untuk mengatasi buasir berdarah, 3 atau 4 biji buah Margosa boleh dicampur
dengan air dan diminum

4
Salap (oinmen) yang disediakan dari daun Margosa sangat berguna untuk
mengubati ulser dan luka. Salap ini disediakan dengan menggoreng 50 grams
daun Margosa bersama dengan 50 grams minyak sapi dan melenyek campuran
tersebut dengan baik sehingga salap diperolehi dengan serata. Pes yang
disediakan dari kulit kayunya dengan menggosoknya di dalam air juga boleh
digunakan untuk menggubati luka.

5
Air dari pokok Margosa telah didapati berguna untuk mengubati penyakit kusta
apabila diambil dengan kadar 60 gram setiap hari. Sekaligus badan pesakit di
urut dengan air dari pokok ini. Cara ini diteruskan untuk selama 40 hari. Jika air
dari pokok Margosa ini tidak boleh didapati, 12 gram daunnya dan 3
decigram lada hitam ditumbuk bersama dengan air dan dimakan.

6
Membasuh rambut dengan air rebusan daun Margosa dapat menghalang
rambut dari gugur atau hilang. Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan rambut
dari gugur malah ianya membantu penumbuhan rambut. Penggunaan minyak
neem/margosa juga dapat menghapuskan serangga/kutu dikepala.

7
Neem juga berguna pada penyakit mata. Menitiskan jus daun neem/margosa ke
mata setiap malam sangat berkesan untuk mengubati penyakit buta waktu
malam. Daunnya hendaklah ditumbuk sehinggal halus dan dicampurkan dengan
air. Jus tersebut dikeluarkan dengan memerah nya melalui kain yang bersih and
dititiskan kedalam mata dengan menggunakan rod penitis mata.

Jus yang dikeluarkan dengan menggosok beberapa helai daunnya dengan


sedikit air dan diperah dengan kain yang bersih sangat berguna untuk
mengubati sakit pada mata akibat konjunktivitis. Ianya disuamkan dan dititiskan
beberapa titis kedalam telinga bertentangan dengan mata yang sakit
untuk melegakan kesakitan. Mata akan menjadi baik setelah diulangi beberapa

9
Membersih gigi selalu dengan ranting neem/margosa dapat mengelakkan dari
penyakit gusi. Ia mengukuhkan gigi yang longgar, melegakan sakit gigi,
menghilangkan bau busuk dan melindungi mulut dari pelbagai jangkitan.

10
Margosa

sangat

berguna

semasa

bersalin.

Penggunaan

jus

daun

neem/margosa kepada wanita yang hendak bersalin sebelum kelahiran dapat


mewujudkan

kontraksi

normal

pada

rahim

dan

dapat

menggelakkan

kemungkinan keradangan. Ia juga membetulkan pergerakkan perut dan


mengawal demam

dan dengan itu membantu bersalin secara normal.

Menggunakan air suam rebusan daun margosa untuk membasuh faraj dapat
menyembuhkan luka akibat dari bersalin dan menggelakkan jangkitan dalam
lorong faraj.

11
Margosa juga adalah pemusnah serangga yang kuat untuk membunuh nematod
tanah dan parasit tumbuh-tumbuhan yang lain.

12
Fomentasi wap hasil dari rebusan daun Margosa dapat memberikan kelegaan
bagi kes-kes sakit telinga. Beberapa helaian daun margosa hendaklah direbus
dekatkan teliga kepada wap yang keluar dari rebusan tersebut. Jus daun
margosa dicampur dengan sama banyak kuantiti madu lebah amat berkesan
untuk mengubati bisul didalam telinga. Jus tersebut disuamkan dahulu dan
kemudian dititiskan beberapa titisan kedalam telinga. Diulangi beberapa hari
akan melegakan sakit akibat bisul tersebut.

Bibliograf
Khasiat Daun Semambu. (2014). Diperoleh dari
http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-daun-semambu.html
Uthaya Sankar. (2012). Neem: Legenda yang Hidup. Diperoleh dari
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/03/12/neemlegenda-yang-hidup/

You might also like