You are on page 1of 1

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya a

gar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.


Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan s
elamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengura
ngkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada kan segala kewajipan yang tertinggal, i
aitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk m
ati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kenci
ng merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering ber
kata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam a
malan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara , bantu orang
beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.
t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak
.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada
t., sabar menerima bala dan bertaubat.

ALLAH s.w.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda,
berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia d
aripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melaku
kan kejahatan.
_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang l
ain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mend
engar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU k
epada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

You might also like