You are on page 1of 25

Kerajaan Khmer terletak di utara Tasik Besar Tonle Sap,

keluasannya meliputi 232 km2 dan terdiri daripada kulil-kuil


dinding-dinding batu, parit-parit, jalan-jalan dan takungan air.
Kerajaan Khmer telah diasaskan oleh Jayavarman I yang
memerintah dari tahun 802-850 M.
Ia bertapak di lembangan Sungai Mekong dan memulakan
pemerintahannya di ibukota Indrapura.
Oleh itu, Jayavarman I dikatakan sebagai pengasas Kerajaan
Angkor.
Angkor Wat
Angkor Wat telah dijumpai oleh Mouhot, seorang Peranchis
pada tahun 1880an.

Tinggalan yang terbesar ialah Angkor Wat yang merupakan


bangunan ibadat terbesar yang dibina oleh manusia.
Angkor telah dibina pada zaman kerajaan Angkor sewaktu
pemerintahan Suryavarman II iaitu sekitar tahun 1113-1150M.
Angkor Wat mempunyai ketinggian 130 kaki dengan teres
empat segi dan keluasannya 750 atau seluas 1km panjang dan
800m lebar.
Angkor Wat dikelilingi oleh parit berukuran 200m lebar
yang berfungsi sebagai sistem saliran dan juga untuk
tujuan pertahanan.

Dikatakan bahawa Angkor Wat merupakan kuil Khmer yang paling


luas di Asia Tenggara dan juga di dunia. Yang menariknya, dindingnya
diukir dengan imej-imej yang tertentu.
Ukiran-ukiran yang terdapat di dinding wat ini menggambarkan
kisah-kisah seperti yang terdapat di dalam epik Ramanyana dan
Mahabrata iaitu epik India yang masyhur dalam sastera di Asia
Tenggara. Ukiran yang terdapat pada dindingnya sangat halus
dan tinggi mutunya.
Menaranya pula disaluti emas dan ukiran timbulnya dicat berwarnawarni.
Kuil ini begitu unik kerana berbeza daripada kuil-kuil lain yang
terdapat di Angkor kerana hanya Angkor Wat sahaja yang
menghadap ke barat sedangkan kuil kuil yang lain menghadap ke
timur.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa keadaan sedemikian


berlaku kerana disebabkan oleh pembinaannya sebagai kuil yang
dibina khusus untuk tempat persemadian Suryavarman II yang
telah meninggal dunia lalu rohnya bersatu dengan tuhan Vishnu.
Kehebatan reka bentuk Angkor ini dianggap setanding dengan
bangunan atau monumen dunia barat yang dibina sezaman
dengannya
Di dalam Angkor Wat terdapat galeri yang rendah dan ruangruang yang terbuka dengan tiang-tiangnya mengelilingi kuil
tersebut.
Dinding-dinding diukir lengkap dengan epikepik dan lagenda
Hindu.

Boleh dikatakan kesemua monumen yang ada di Angkor


merupakan monumen-monumen yang dikhususkan untuk tujuan
keagamaan.
Pada awal pertemuannya ia dianggap sebagai istana raja.
Sebenarnya istana raja mempunyai struktur yang ringkas
sahaja iaitu terdiri daripada kayu-kayu dan batu-batu.
Hanya istana yang diperbuat daripada batu konkrit sahaja yang
terletak di Bayon.
Batu-batu dan bahan laterit merupakan material yang tahan
lama digunakan untuk pembinaan kuil.
Kepercayaan agama orang Khmer boleh dilihat dari segi
arkitektur Hinduisme yang mendominasikan pembinaan candi
Angkor ini.
Para pengkaji mendapati bahawa pelan struktur bangunan kuilkuil itu ditiru secara langsung dari negara India.

Ia juga dikatakan ukiran batu yang terpanjang di dunia dan ia


juga direka dengan mengikut pusingan arah lawan jam.
Kebanyakan pelawat akan memulakan perjalan dari pintu
utama dan meneruskan perjalanan mengikut arah tersebut.
Di dalam kompleks Angkor terdapat empat buah ruang yang
dikatakan sebagai takungan kecil yang berbentuk seperti kolam
yang mana pada awalnya mungkin mengandungi air yang
digunakan untuk tujuan bersuci.
Yang menariknya ialah ruang yang menempatkan lima buah
menara.
Pada ruang tersebut dikelilingi oleh galeri-galeri sebagai mana
yang terdapat pada candi-candi Angkor yang lainnya.
Dinding-dinding dan tiang-tiangnya turut dihiasi dengan
gambar-gambar para penari sedang menghiburkan dewa-dewa
dan diukir dengan 1700 ukiran di dalam bentuk-bentuk yang
berlainan.

Pemerintah Angkor telah mengimport secara langsung teknik


dari India dengan sedikit percampuran unsurunsur dan teknikteknik dari Jawa.
Orang Khmer ini akhirnya membuat interpretasi sendiri tentang
kuil dan monumen yang dibina ini.
Kuil besar yang dibina ini tidak semata-mata digunakan untuk
tujuan penyembahan sahaja tetapi dibina juga untuk
menunjukkan kekuasaan raja sebagai tuhan atau anak tuhan di
muka bumi ini dan dikenali dengan konsep devaraja.
Monumen yang dibina ini juga sebagai memperingati orangorang yang disayangi dan keturunan mereka.
Menerusi konsep Devaraja ini raja akan bersama Tuhan
apabila mati.
Di sebalik kepercayaan ini, wujud satu keperluan bagi setiap
raja untuk membina kuil yang direka mengikut imejnya sendiri
yang bergabung dengan unsur-unsur ketuhanan.

Semua kehidupan dan kebaikan raja tersebut bergantung


kepada keunikan hubungan Raja itu dengan Tuhan.
Semasa hidup amalan raja berkait rapat dengan sifat-sifat
ketuhanan, di mana ia akan menghubungkan raja terus kepada
tuhannya.
Oleh itu, yang menyatukan kedua-dua hubungan ini ialah
dengan pembinaan kuil-kuil.
Di dalam konteks ini, terdapat raja atau pemerintah yang
berumur panjang dan mampu membina kuil-kuil yang besar dan
cukup indah.
Walaupun pembinaan kuil-kuil tersebut penting untuk tujuan
keagamaan, tetapi ia juga memainkan peranan di dalam
penubuhan empayar dan kuil utama seperti Angkor Wat dan
Bayon yang juga dikenali sebagai "state temple".
Kuil ini sebenarnya menggantikan kuil yang lama telah
diridirikan sebelum ini.

Bagi state temple, para arkiteknya cuba memperbaharui apa


yang diingini oleh pemerintah.
Dalam konteks ini, bentuk yang asal adalah seperti kuil gunung
atau mountain temple yang berbentuk piramid.
Pembinaan Angkor Wat melambangkan kekuasaan pemerintah
Angkor pada masa itu.
Angkor Wat dapat dibina dengan indah, luas dan unik kerana
sudah wujud para arkitek yang mahir dalam mereka bentuk
struktur-struktur bangunan yang cukup indah.
Tujuan-tujuan Angkor Wat dibina adalah untuk tujuan
penyembahan, pengkebumian raja atau meperingati sejarah
keturunan dan salasilah mereka.
Semakin lama, semakin banyak berlaku perubahan kepada
struktur-struktur Angkor Wat dan monumenmonumen lain selaras
dengan peredaran masa kerana reka bentuk monumenmonumen ini mula meniru dan mengadunkan reka bentuk asing.

Pada Angkor Wat ini terdapat 8 buah menara kecil yang


mengelilingi satu bentuk piramid yang lebih besar yang
berilhamkan Gunung Mahameru.
Puncak Mahameru atau dikenali juga sebagai Hon Of Gold
atau puncak gunung emas merujuk kepada pusat kuil itu sendiri
yang merupakan tempat yang paling suci.
Tempat pemjuaan di tengah kuil ini terdapat patung Vishnu
yang menunggang Garuda.
Simbolisme susunan piramid ini ialah raja dikelilingi oleh
Brahmin-brahmin dan sami-sami yang setia kepada raja.
Lapan buah menara batu yang mengelilingi piramid ini
meupakan pengawal iaitu simbolisme kepada raja serta samisami Hindu.
Simbolisme ini diperkembangkan lagi dengan hasil lim puncak
gunung Mahameru sebagai lima buah menara.
Satu puncak pusat dikelilingi oleh empat menara yang lain.

Angkor merupakan kuil yang terbesar yang mempunyai


simbilisme dalam skil yang lebih besar yang mana dikelilingi oleh
parit, galerigaleri mewakili gunung-gunung dan menara
yang masyhur
Pada puncak Gunung Mahameru terdapat laluan dalam barisan
teras dengan batu-batu yang berkepala naga yang membentuk
sebuah jambatan yang menghubungkan antara manusia dengan
dunia tuhan.
Ada teori yang mengatakan semua ukiran yang penting pada
kuil ini dilukis pada bilangan yang sama iaitu meniru segenap
apa yang terdapat dalam kosmos logikal Hindu.
Semasa Jayavarman VII, agama negara bertukar kepada
Buddha tetapi simbolisme ini masih kekal.
Dari segi falsafah, Angkor Wat yang dibina oleh Suryavarman II
merupakan kuil yang lengkap berbanding kul Hindu yang lain
kerana menyerupai satu bandar yang bina sebagai representasi
dunia yang lebih luas.

Jika diteliti Angkor Wat merupakan siri tangga untuk sampai ke


puncak, ianya dibina secara berteres-teres.
Puncak yang tertinggi pada Angkor Wat merupakan tempat tertinggi
mewakili Gunung Mahameru yang dipercayai tempat tinggi para
dewa.
Oleh itu, tanda titik pada dasar adalah tempat tinggal Raja yang
diletakkan imej Vishnu.
Dewaraja atau Raja terletak di tempat tertinggi sekali dalam
pembinaan Angkor yang bertingkat-tingkat dan bertangga-tangga
yang mesti didaki dari satu ruang merupakan simbolik dalam amalan
agama mereka.
Tangga yang kecil dibina menyebabkan seseorang terpaksa berjalan
perlahan-lahan untuk naik sebagai menghormati berhala.
Ukiran pula memaparkan badan-badan dari lagenda Vishnu dan
imej-imej Raja mereka yang bersatu dengan Tuhan.
Gambar Apsara iaitu gambar penari yang menghiburkan dewa tidak
hanya menyedapkan mata tetapi juga melambangkan situasi syurga.

Mengiktu lagendanya, wat ini bukan dibina oleh tangan manusia


tetapi oleh Dewa Indera iaitu Dewa Kayangan yang telah turun ke
dunia untuk tujuan ini.
Hal ini memberikan gambaran simbolik tentang Angkor Wat sebagai
pusat ibadat Hindu.
Selain itu, ukiran-ukiran timbul di dinding dan patung patung besar
jelas menceritakan pemerintahan raja mereka ketika itu, contohnya
Angkor Wat yang dibina oleh Suryavarman II yang telah meluaskan
empayar sehingga menawan Champa.
Di sini didapati Angkor pada ketika itu telah mempunyai ketua
pemerintah yang akan dibantu oleh ketua agama atau Brahmin dan
rakyat sebagai tentera.
Konsep Dewaraja yang menjadi asas kepada pembinaan Angkor ini
meletakkan kesetiaan rakyat kepada raja mengatasi segalanya. Hasil
persetiaan itu digambarkan melalui pembinaan Angkor Wat itu sendiri.

Ukiran-ukiran dinding juga menggambarkan sistem


perundangan iaitu Hinduisme berdasarkan konsep Dharama
(rohani) dan konsep Artha (fizikal) telah digunakan. Hal ini
dibuktikan apabila terdapat 33 jenis hukuman bagi pesalah
dan tawanan termasuklah hukuman pancung.

You might also like