You are on page 1of 8

CHANDRAROSHINI SUPPIAH

PISMP SEM 3 PEMULIHAN

A. ESEI PENDEK

Sudah banyak diperkatakan tentang impak era teknologi maklumat dan globalisasi
dalam kehidupan manusia sama ada dalam aspek ekonomi, politik, sosial mahupun
pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal daripada usaha berfikir yang
rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini
sudah tentu akan menjadi hala tuju rakyat yang memberi pedoman kepada segala usaha
pendidikan di samping bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna di samping
menyeluruh dari aspek JERI supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Justeru,
dalam dunia pendidikan, era ini dikatakan dapat mencetuskan satu reformasi baru.
Semua pelajar,para pendidik dan rakyat Malaysia kini telah pun sedar akan
kepentingan membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan pengekalan tahap pencapaian
akademik demi menandingi impian negara kita sejurus kepada Wawasan 2020. Bagi
mencapai matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang bermutu, kebanyakkan
daripada kita dan guru-guru berfikiran sempit di mana kita hanya tertumpu kepada skor
peperiksaan sahaja. Selain itu, murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tidak
begitu diutamakan dan diketepikan begitu sahaja oleh sebahagian para pendidik. Rata-rata
masyarakat amnya, guru dan pelajar, apabila ditanya tentang bagaimana hendak mengukur
tahap pencapaian, hanya satu jawapannya, iaitu melalui peperiksaan. Ini disebabkan oleh
pendedahan kita hanya tertumpu kepada peperiksaan semata-mata sebagai kayu pengukur
tahap pencapaian seseorang pelajar. Semua lapisan masyarakat memerlukan anjakan
paradigma apabila berhadapan dengan isu ini. Murid-murid yang bermasalah dalam
pembelajaran seperti murid-murid pemulihan juga merupakan generasi muda dan aset
utama dalam memandu negara ke arah abad ke-21 setanding dengan negara-negara maju
yang lain.

Apabila kerajaan dan pakar-pakar pendidikan membuat kajian tentang

kebergantungan kita kepada peperiksaan, didapati para pendidik lupa akan matlamat asal
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping baru tersedar sebenarnya terdapat pelbagai
kaedah pentaksiran lain bagi mengukur tahap pencapaian seseorang pelajar serta muridmurid pemulihan boleh dipulihkan sepenuhnya melalui kaedah pentaksiran tersebut.

Apakah itu pentaksiran? Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin


yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon.
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman serta pertimbangan tentang produk

proses

pendidikan. Pentaksiran juga

boleh didefinisikan sebagai apa-apa sahaja kaedah yang diguna untuk lebih memahami
pengetahuan, kemahiran, dan adab, nilai ,akhlak yang dimiliki oleh seseorang murid sama
ada melalui atau tanpa melalui proses proses pengajaran dan pembelajaran. (Dari bahan
oleh Dr. Jamil Adimin, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Peperiksaan Malaysia).
Selain itu, David Lambert dan David Lines, (2000), berpendapat bahawa,

pentaksiran

merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat


mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Seterusnya, Gearheart (1990),
mengetengahkan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara
saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila
bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Justeru, Salvia dan
Yseldyke (1978), mengemukakan bahawa penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses
pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar
serta untuk membuat keputusan. Menurut noraini idris (2008) pula, pentaksiran dirancang
dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang
diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar di samping Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2000) berpendapat bahawa penaksiran dalam pendidikan ialah suatu
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu.
Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat
bagi tujuan tertentu di samping satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
Proses pentaksiran ini sangat penting dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Menurut Azizi Ahmad (2010), pentaksiran
membantu guru untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan setiap murid dari semua aspek
seperti kinestetik, taktil, dan kemahiran lisan. Hal ini membantu guru untuk mengenali muridmuridnya secara lebih mendalam di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Pentaksiran juga adalah proses bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
murid di dalam pembelajarannya dan boleh mendapatkan maklumat secara berterusan
berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran murid tersebut di dalam kelas. Seterusnya,
pentaksiran penting untuk menilai tahap penglibatan murid-murid dalam segala pendekatan,
strategi, dan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Sesungguhnya, pentaksiran juga penting bagi guru untuk memperbaiki segala kelemahan
yang ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selepas membuat refleksi kendiri, guru
boleh mengatur intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah murid melalui
skor pentaksiran yang diperoleh bagi memperkukuhkan sesi pembelajaran di dalam kelas
pada keesokan harinya. Lantaran itu, pentaksiran penting untuk guru merancang segala
aktiviti bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan seseorang murid itu. Hal ini akan menyenangkan
murid-murid yang berprestasi lemah untuk terus mengikuti pengajaran guru, kerana ianya
berperingkat dan sesuai dengan tahap IQ mereka. Pentaksiran juga adalah penting bagi
guru melibatkan semua atau sebahagian besar murid di dalam kelas secara efektif.
Pengajaran

berpusatkan

perbincangan,

aktiviti

murid

main

seperti

pembelajaran

peranan,permainan

koperatif,kerja

bahasa,

dan

kumpulan,

simulasi

dapat

memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Rentetan itu,guru juga
boleh merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul dengan berkesan dengan proses
pentaksiran ini.
Secara

keseluruhannya,

kepentingan-kepentingan

pentaksiran

yang

telah

disenaraikan ini telah membantu saya untuk mendalami teori perbezaan individu oleh
Papalia (2001). Teori ini mengatakan mengatakan bahawa manusia berbeza dari segi
jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi. Slavin (1997)
pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan bahawa, kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar,
gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Maka setiap
individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini disebabkan setiap individu adalah unik
dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya walaupun kembar seiras.
Jadi kesimpulannya, saya telah

dapat mengkaji kepentingan pentaksiran dan membuat

refleksi bahawa , seorang guru harus memahami perkara ini dalam kalangan murid-murid
kerana ia boleh mempengaruhi kualiti dan peningkatan pembelajaran di dalam kelas. Saya
juga mempelajari bahawa guru harus menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai
untuk mengajar murid-murid mengikut keupayaan, jantina, gaya belajar, personaliti,
kesihatan, sosial, kecerdasan otak, afektif dan sosial.
Sehubungan dengan itu, secara umumnya terdapat tiga kaedah pentaksiran iaitu
pemerhatian, lisan dan penulisan. Pemerhatian merupakan kaedah pentaksiran yang paling
subjektif kerana kaedah ini bergantung kepada sikap peribadi dan emosi seseorang penilai.
Guru memainkan peranan yang paling penting bagi menjalakan kaedah pemerhatian ini.
Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung atau secara langsung dalam
keadaan formal mahupun tidak formal iaitu di dalam bilik darjah dan semasa di luar bilik

darjah. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan
misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula
jadi dan perubahan tingkah laku. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang
dijalankan di bilik darjah, guru juga dapat mengumpul data secara terancang untuk
mengesan kelemahan dan kekuatan seseorang pelajar secara spesifik di samping data yang
telah di analisis akan memberi gambaran jelas tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar
tersebut. Sesuatu yang dirasakan baik oleh seseorang penilai tidak semestinya baik bagi
seorang penilai yang lain . Oleh yang demikian, kaedah pemerhatian dikatakan merupakan
kaedah pentaksiran yang paling tidak adil. Walau bagaimanapun, pemerhatian ini boleh
dilakukan melalui tingkah laku murid ataupun sahsiahnya semasa kehadiran di dalam kelas
mahupun di luar kelas, kemahiran-kemahiran murid dan juga hasil kerja murid seperti
pertuturan,penulisan, kinestetik, kraf tangan,hasil kerja amali, lukisan dan buku skrap murid.
Pentaksiran secara lisan diaplikasikan bagi menaksir kebolehan pelajar mengingat
dan memahami konsep, kemahiran mendengar, dan kemahiran lisan bahasa. Pentaksiran
secara lisan ini boleh ditadbir dengan beberapa cara. Antaranya ialah antara murid dengan
guru di mana guru akan mengemukakan soalan dan murid menjawab soalan tersebut atau
guru memberikan satu tajuk kemudian murid menceritakan tentang tajuk tersebut. Hal ini
secara langsung dapat membina hubungan guru murid di samping mempengaruhi
perkembangan dan prestasi pembelajaran murid. Sesungguhnya, proses pengajaran dan
pembelajaran juga akan menarik minat murid-murid dan berkesan kerana mempunyai
komunikasi dua hala, variasi rangsangan dan kepelbagaian pedagogi dalam pembelajaran.
Pentaksiran secara lisan juga boleh ditadbir antara murid dengan murid.Guru boleh
mengaplikasikan pendekatan berpusatkan murid bagi memastikan penglibatan semua murid
secara aktif dalam pembelajaran koperatif. Kaedah ini dapat dijalankan dengan memberi
sesuatu tajuk perbincangan kepada murid-murid kemudian murid-murid yang terlibat
membincangkan tajuk tersebut dalam satu kumpulan kecil. Aktiviti lawatan, bermain,
simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah antara kaedah yang juga
menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid .
Pendekatan pengajaran berasaskan bahan pembelajaran juga merupakan suatu
kaedah pentaksiran secara lisan. di mana guru memberikan sesuatu bahan pembelajaran
kepada murid contohnya sekeping gambar bersiri dan murid dikehendaki untuk
menceritakan gambar tersebut. Pendekatan ini juga boleh menggunakan bahan-bahan
seperti, buku kerja, buku teks, video,penggunaan pita, CD, bahan berasaskan komputer,
persidangan perkomputeran,CD-ROM,multimedia; dan cakera video interaktif. Pembelajaran
berasaskan bahan ini amat berguna dalam membantu guru memenuhi kehendak
kepelbagaian murid. Pendekatan ini juga menyediakan cara bagi murid mempelajari sesuatu

mengikut kehendak atau kadaran sendiri,pada bila-bila masa. Dalam pendekatan ini,murid
akan melibatkan diri sepenuhnya untuk mencari penyelesaian apabila menhadapi
masalah,dan berinteraksi dalam kerja.
Kaedah pentaksiran yang ketiga ialah kaedah penulisan. Kaedah penulisan
merupakan kaedah pentaksiran yang sering digunakan dan ditadbirkan sebagai peperiksaan
di sekolah. Ini kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah ditadbir dan
diuruskan. Selain itu, satu jumlah calon yang besar dapat diuji pada satu-satu masa tertentu.
Pentaksiran ini dijalankan secara meluas untuk menguji penguasaan kemahiran bahasa,
iaitu

satu

kemahiran

atau kecekapan

seseorang

untuk

menerima

dan

mentafsir

maklumat seterusnya mengeluarkan idea tersebut dalam bentuk penulisan serta kemahiran
intelek pelajar. Bagi kaedah pentaksiran ini, guru

terlibat dalam aktiviti menyemak dan

memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian
bertulis,kuiz, laporan projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Guru memainkan
peranan

yang

penting

dalam

mengendalikannya sendiri dan

kaedah

pentaksiran

ini

di

mana,

mereka

perlu

menilai pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil

pembelajaran ,dan objektif pembelajaran yang telah ditentukan. Ujian bentuk ini melibatkan
penggunaan perkataan dan secara tidak langsung juga menguji penguasaan bahasa murid.
Melalui kaedah-kaedah pentaksiran yang telah saya senaraikan, para pendidik boleh
mengkaji dan mendalami tentang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kebanyakkan
murid-murid pemulihan dalam pembelajaran asas, Bahasa Melayu, iaitu dalam aspek
lisan,bacaan dan penulisan serta matematik. Aspek lisan terbahagi kepada dua kemahiran
iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Kebanyakkan

murid-murid

pemulihan

didapati

menghadapi

masalah

dalam

kemahiran pendengaran. Didapati mereka menghadapi kesukaran untuk mengecam,


mengenal dan mengamati serta mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.
Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktorfaktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan
pengamatan pendengarannya. Selain itu, mereka kurang berupaya untuk mendiskriminasi
bunyi-bunyi bukan bahasa, unit-unit bunyi bahasa, memahami perkataan, konsep dan
kemahiran mendengar perkataan. Justeru, mereka berasa sukar untuk memahami ayat
serta lain-lain elemen linguistik bahasa, auding, mengikut arahan, memahami urutan atau
sekuan, mengingat kembali dan menentukan idea utama atau yang penting selepas guru
membacakan sesuatu teks pembelajaran.

Seterusnya, murid pemulihan yang

bermasalah pembelajaran juga menghadapi

kesukaran dalam kemahiran bertutur. Hal ini kerana, kebanyakkannya mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah di mana kanak-kanak yang lembap bercakap dan organ-organ
vokal yang kurang sempurna atau rosak .Sesungguhnya ini akan menyebabkan perkataan
yang dikeluarkan tidak kemas,teratur dan lancar. Selain itu, mereka akan kerap keliru akan
penggunaan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik.
Maka, pelajar yang lemah dalam lisan akan gagal untuk memahami perkataan yang di
sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan
dan sebagainya. Antara masalah lisan utama yang sering dihadapi oleh murid-murid
pemulihan semasa bertutur ialah menggugurkan huruf dalam sesuatu perkataan.
Contohnya, laci disebut aci.Selain itu, menambahkan huruf dalam perkataan seperti
pensel menjadi penseli, menggantikan huruf konsonan dalam sesuatu perkataan
dengan huruf konsonan lain seperti belalang kepada berarang serta sengau di mana
pengeluaran udara melalui nasal yang disebabkan oleh sumbing atau kerosakan alat
artikulasi sehingga menjejaskan mutu bunyi yang dihasilkan.Justeru, kebanyakkan
murid-murid pemulihan adalah gagap di mana mengulang suku kata awal atau huruf awal
dalam perkataan tanpa kawalan seperti meja kepada me-me-me-meja dan hal ini
disebabkan oleh masalah fungi otak.Selanjutnya, masalah intonasi

iaitu penggunaan

intonasi yang salah pada masa, keadaan dan tempatnya, perbendaharaan kata yang sedikit
disebabkan oleh tiada pendedahan awal dalam kalangan ahli keluarga di samping enggan
bercakap kerana tiada keyakinan diri untuk mengeluarkan bahasa kerana mempunyai
sejarah silam yang merendahkan motivasi diri. Selanjutnya hal ini boleh memberikan impak
negatif kepada murid-murid pemulihan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran untuk
menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan
sebaya yang baik untuk ditiru.
Diteruskan lagi dengan masalah pembelajaran asas iaitu bacaan. Ini boleh
dibahagikan kepada dua kategori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah
memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ). Sebaliknya, murid-murid
pemulihan yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah
dalam menguasai kedua-dua kategori ini. Murid-murid pemulihan kebanyakkannya boleh
membaca tetapi tidak faham akan apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan
perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Dia
perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh
penulis. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca
supaya mereka memahami apa yang dibacanya . Manakala ketidakupayaan murid
menguasai kemahiran asas dalam bacaan menjadikan murid murid pemulihan tidak

berkemahiran membaca secara mekanis, iaitu bacaan pantas dengan dan murid cepat
berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama. Selain itu, didapati
kebanyakkan murid-murid pemulihan tidak dapat memahami maksud ayat yang dibaca
dengan baik dan tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata .Kegagalan
memahami kemahiran asas ini menjadikan murid tidak berkeupayaan menguasai kemahiran
menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Kadang
kala , murid-murid ini mengalami masalah dan tidak faham apa yang dibaca kerana
kelemahannya untuk memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak
difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami
konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks dan penggunaan
perkataan yang aras tinggi. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan guru pemulihannya. Kerap
kali murid-murid pemulihan juga menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang
dibacanya dan perlu mengulang membaca beberapa kali.
Sementalahan itu, antara masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid
pemulihan dalam aspek penulisan ialah kesukaran memegang pen atau pensel ketika
menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak
menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang
menggunakan struktur ayat yang kompleks. Hal ini kerana kemahiran pergerakan tangan,
otot dan jari mereka didapati lembap .Sesungguhnya, mereka tidak dapat mengawal tulisan
di samping, mengambil masa yang lama untuk menulis, dan tulisan sukar dibaca .
Bagaimana pun, kemahiran menulis pelajar pemulihan boleh dipertingkatkan jika intervensi
awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.
Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran
untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang
merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia
bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Sehubungan dengan itu ,murid-murid pemulihan
juga kurang berupaya untuk mengaplikasikan lima tonggak utama dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik , iaitu penyelesaian masalah,komunikasi,penaakulan, perkaitan
dan aplikasi matematik. Contohnya, mereka lemah dalam pengiraan asas seperti tambah,
tolak, darab dan bahagi dan sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai,
wang, jarak atau cecair. Maka guru boleh menggunakan pembelajaran kontekstual di mana
penggunaan masalah matematik pada situasi sebenar. Hal ini dapat membantu murid-murid
untuk menghayati pembelajaran dengan merasai dan mengetahui matematik sebagai
sebahagian daripada kehidupan sebenar. tidak menguasai sepenuhnya

Maka

dirumuskan

bahawa,

pentaksiran

merupakan

proses

pengumpulan,

menterjemah, merekod dan perlaksanaan proses pentaksiran amatlah penting di samping


sebagai seorang bakal guru, pengetahuan tentang pentaksiran amatlah diperlukan untuk
menilai dan membentuk semula kelemahan-kelemahan anak-anak bangsa negara kita ,
Malaysia. Maka, sebagai seorang pendidik, guru sentiasa bertanggungjawab untuk mencari
ilmu dan mencurahkannya kepada generasi muda bagi mengubah dirinya daripada jahil
kepada berpengetahuan, lembap kepada cerdik, mundur kepada maju, dan derita kepada
bahagia sesungguhnya mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan
dan juga pada masa hadapan

You might also like