You are on page 1of 8

MAJLIS HARI GRADUASI SMK BANDAR EASTER KALI Kelima 2013

SKRIP JURUACARA
BIL
1.0

ATURCARA
Pengumuman perarakan masuk

01

Perarakan masuk pelajar

02

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Abdul Rahman Bin Abban,


Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter dengan diiringi oleh Yang
Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar Easter, GuruGuru Penolong Kanan, Guru Kanan Matepelajaran, Guru Tingkatan dan
seterusnya mengambil tempat di pentas.
(muzik iringan paluan kompang)
(tunggu sehingga VIP naik ke pentas dan berdiri tegak dan lagu Bangsa
Johor akan dimainkan)

Para hadirin dipersilakan duduk.


2.0 Alu-aluan Juruacara
0 Bismillah...
1
Assalammualaikum ...
Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban
Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter
Yang Berusaha Puan Hajah Ramlah Bt. Jaapar
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter
Yang dihormati En.Azali bin Haji Atan
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Easter.
Yang dihormati En. Rashid Bin Jamian
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati Tuan Haji Mohd. Roslim bin Ali
Penolong Kanan KoKurikulum.
Yang dihormati En. Khairul Salleh Bin Haran
Penolong Kanan Pa-Universiti
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter
Yang dihormati,
Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran serta Guru-Guru SMK Bandar Easter,
Para Graduan, tuan-tuan dan puan-puan hadirin -hadirat yang dihormati
sekalian.

02

Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Yang


Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK
Bandar Easter serta para jemputan ke Majlis Hari Graduasi Pelajar
Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter Kali ke 5, Tahun 2013.
Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat besar ertinya
bagi kami seluruh warga SMK Bandar Easter.
Bunga selasih hiasan jambangan,
Indah lagi anggerik gubahan;
Terima kasih di atas kunjungan,
Menambah seri majlis sambutan.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.

3.0
0
0
1

Persembahan Selingan
Hadirin yang dihormati sekelian, mari kita bersama-sama mendengar
bacaan ayat-ayat suci al-quran dan terjemahan dari surah al-alaq yang
akan diperdengarkan oleh Muhammad Firdaus Bin Sulaiman
Terima Kasih
Majlis mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas bacaan alquran itu tadi.
Bacaan doa
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

4.0
0
01

Majlis Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5 & Pra Universiti , SMK Bandar
Easter 2013 pada petang ini, diteruskan dengan bacaan doa. Bacaan doa
ini akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazru Bin Zahari. Dipersilakan.
-bacaan doaAmin.Amin Ya Rabil Alamin. Majlis mengucapkan terima ribuan kasih
kepada Ustaz Mohd Nazru bin Zahari di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

02

5.0

Ucapan Aluan Pengetua dan Perisytiharan

0. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


1
Majlis pada petang ini diteruskan dengan lafaz Pengistiharan Majlis Hari
Graduasi Pelajar Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter Kali ke
5, tahun 2013.

0.2

Untuk itu, majlis dengan penuh hormat mempersilakan Yang Berusaha


Hajah Ramlah Bt. Jaapar untuk mengumumkan perisytiharan Majlis Hari
Graduasi Tingkatan 5 & Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Easter Kali ke -5,2013 dan seterusnya menyampaikan ucapan
dalam majlis yang indah lagi permai ini.
Majlis dengan hormat takzim mempersilakan.
-ucapan pengetua-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Hajah


0. Ramlah Bt. Jaapar atas ucapan dan Perisytiharan Menzahirkan Majlis Hari
3
Graduasi Pelajar Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter Kali ke
5, tahun 2013.

6.0

Ucapan Perasmian

01

Tuan-tuan,puan-puan hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian.


Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa,
Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh dijiwa,
Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Di sini ada pengetua yang berjasa.
Dan Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

02

Dengan itu majlis amat berbesar hati bagi mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar
Easter,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Hari Graduasi Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter pada pagi
yang gilang gemilang ini. Dengan penuh takzim dipersilakan.
-ucapan Perasmian-

03

Demikianlah tadi ucapan Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban. Majlis
merakamkan penghargaan jutaan terima kasih.
Buah selasih di dalam puan,
Dibawa gadis ke tengah laman;
Amat bertuah sumbangsihmu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.

7.0

Penyampaian Sijil Graduasi Oleh Tuan Pengetua

01

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Tibalah kita ke acara Penyampaian Sijil Majlis Hari Graduasi Tingkatan 5 &
Pra Universiti SMK Bandar Easter kelima ,2013.

02

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Azali Bin
Haji Atan bagi mengiringi Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar,
Pengetua SMK Bandar Easter untuk menyampaikan sijil kepada para
graduan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

03

04

(Dijemput Ting 5 Sains)


.........dipersilakan ****baca nama
(muzik iringan gamelan )
(Dijemput Ting. 5 Tek)
.........dipersilakan*** baca nama
(muzik iringan gamelan )
(Dijemput Tingkatan 5 SPT)
.........dipersilakan****baca nama
(muzik iringan gamelan )

05

(Dijemput Tingkatan 5 Vokasional)


.........dipersilakan...*****baca nama
(muzik iringan gamelan )

06

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt.
Jaapar atas kesudian menyampaikan sijil kepada para graduan sebentar
tadi.

8.0

Persembahan Selingan

01

Untuk memeriahkan majlis pada pagi ini, dipersilakan Kumpulan Anak


Seni / Mohd Hakim Esa untuk menyampaikan sebuah persembahan yang
bertajuk Terima Kasih cikgu. /
Seterusnya dipersilakan
Untuk memeriahkan majlis pada pagi ini, dipersilakan Kumpulan Anak
Seni / Mohd Hakim Esa untuk menyampaikan sebuah persembahan yang
bertajuk Terima Kasih cikgu. /
Dipersilakan....

Majlis mengucapkan penghargaan terima kasih.


9.0

Penyampaian Sijil Graduasi Oleh Perasmi

01

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian


Penyampaian Sijil Majlis Hari Graduasi Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK
Bandar Easter 2013 pada pagi ini diteruskan.

02

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha


Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar Easter untuk
mempersilakan serta mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman
Bin Abban bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan
Pra Universiti SMK Bandar Easter.
Dengan segala hormatnya dipersilakan....

03

(Dijemput Tingkatan Pra Universiti Atas 1


Dipersilakan .... (muzik iringan gamelan)
(Dijemput... Tingkatan Pra Universiti Atas 2.....
.....Dipersilakan...
(muzik iringan gamelan)

04

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Khas .

05

Kategori pertama:Anugerah Khas Jauhari.

06

Anugerah ini merupakan pengiktirafan pihak sekolah menerusi pencapaian


akademik terbaik di kalangan pelajar tingkatan 5 dan Pra Universiti Atas.
Dengan itu diumumkan Penerima Anugerah Khas Jauhari Tingkatan 5
Dipersilakan- Mohamad Aqmarul Fitri bin Md Sholeh
Beliau memperoleh 4 (A+) 2(A) 2(A-) 1(B+) C (C+) dalam peperiksaan
Percubaan SPM baru-baru ini.

07

Anugerah Khas Jauhari Pra Universiti


Dipersilakan- Nur Faradila Binti Awang Chik.
Beliau memperoleh:
PNGK 3.29 Pada Penggal pertama
PNGP2 3.50 pada penggal kedua peperiksaan STPM

08

Kategori kedua: Anugerah Khas Bahaduri;


Anugerah Khas Bahaduri pula diberikan bagi mengiktiraf sumbangan
terbaik pelajar dalam bidang kokurikulum.
JemaahPanel Penilai memutuskan Anugerah Khas Bahaduri Tingkatan 5
disandang oleh:
Muhammad Shahrul Hisyam Bin Muhammad Piah
dijemput Muhammad Shahrul Hisyam Bin Muhammad Piah untuk
menerima anugerah berkenaan. Pencapaian beliau adalah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Menyertai perkhemahan Integrasi Peringkat Kebangsaan


Aktif di dalam bidang pidato dan perbahasan
Mewakli sekolah dalam bola tampar
Mewakili Daerah dalam bola tampar
Mewakili sekolah dalam Drama Bahasa Inggeris

09

Anugerah Khas Bahaduri Pra Universiti


Nadzim Shah Bin Bohari.

10

Dipersilakan- Mohamad Nadzim Shah Bin Bohari. untuk menerima


anugerah berkenaan. Pencapaian beliau dalam bidang kokurikulum adalah
seperti berikut :1.
2.
3.
4.
5.

diberikan kepada: Mohamad

Ketua Murid untuk majlis perwakilan pelajar Pra Universiti


Pengawas SMK Bandar Easter
AJK Persatuan Bahasa dan Kebudayaan
Mewakili Daerah dalam Badminton
Mewakili Daerah dalam Bola tampar

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul
Rahman Bin Abban di atas kesudian menyampaikan sijil dan anugerah
khas kepada para graduan sebentar itu tadi.
9.0

Perisytiharan Penangguhan Majlis Graduasi

01

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,


Dengan penyampaian sijil itu tadi, maka berakhirlah Majlis Hari Graduasi
SMK Bandar Easter kali kelima untuk tahun 2013. Untuk itu, majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Ramlah Bt. Jaapar,
Pengetua SMK Bandar Easter untuk mengumukan perisytiharan
penangguhan Majlis Hari Graduasi SMK Bandar Easter kali kelima tahun
2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-perisytiharan penangguhan-

02

Majlis mengucapkan terima kasih.


Tuan-tuan dan puan-puan ,
Majlis amat menjunjung budi di atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Haji
Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter, yang
sudi hadir serta menyempurnakan Majlis Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5
& Pra Universiti SMK Bandar Easter pada hari ini.
Untuk itu dengan rasa tulus ikhlas dan terima kasih kami, dipersilakan Yang
Berusaha Hajah Ramlah binti Jaapar,Pengetua SMK Bandar Easter untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul
Rahman Bin Abban. Dipersilakan.....
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Sumbangsih tuan jadi sanjungan.

Tanam languna tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk melati;
Budi tuan kami tak lupa,
Akan terpaku di dalam hati.
10.
0

Perarakan Keluar

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian


0 Sebagai mengakhiri majlis pada hari ini, marilah kita sama-sama
1
menyanyikan lagu Negaraku. Para hadirin diminta berdiri.
-Lagu NegarakuKalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Majlis Graduasi tahun hadapan bersua lagi.

02

Mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul


Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter, dengan
diiringi Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar
Easter, guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan matapelajaran dan
guru-guru SMK Bandar Easter.
( muzik iringan gamelan )
Arahan Majlis Bersurai

11.0 (setelah dif kehormat keluar dewan)


Mengumumkan pegerakan keluar ibu bapa para graduan.
01

Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan menemui guru-guru bertugas di luar


dewan bagi menerima bungkus juadah minum pagi daripada pihak
sekolah.
Para graduan diminta terus berada di dewan bagi sesi fotografi.
Sekian, wassalam......

You might also like