You are on page 1of 2

Latarbelakang Klinik C&C 1Malaysia

Sebelum ini, setting perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Malaysia adalah berteraskan perundangan dan
berunsur paksaan. Tetapi kini, AADK telah melaksanakan transformasi dengan penubuhan Klinik C&C 1Malaysia
yang berkonsepkan kesukarelaan, tiada ikatan perundangan, tiada pra syarat bagi sesiapa sahaja yang mempunyai
permasalahan berkaitan penagihan dadah,
Atas dasar untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang terbaik, Model C&C telah dibangunkan
oleh sekumpulan pegawai AADK dengan matlamat utama iaitu mengekalkan kepulihan daripada pergantungan
terhadap dadah (abstinence).
Bermula pada 1 Julai 2010, Malaysia telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih
dadah apabila melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengubah PUSPEN kepada Klinik C&C 1Malaysia iaitu
Klinik C&C Sg Besi, Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar.

3 Elemen C&C 1Malaysia


Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik C&C 1Malaysia adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai
permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum
detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan
relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi.
Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa
sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C 1Malaysia.
Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undangundang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan
undang-undang dikenakan kepada klien.

APA

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan

utama
1)

2)
3)
Rawatan
4)
5) Rujukan dan Advokasi

YANG
yang

Detoksifikasi
Terapi

DISEDIAKAN
disediakan

Menggunakan
Rawatan
Gantian
Menggunakan
Program

adalah
Ubat-Ubatan
perubatan
Metadon
Psikososial

MODAL C&C 1MALAYSIA


Model C&C merupakan satu model rawatan dan pemulihan yang komprehensif yang mengandungi gabungan
komponen
model dan teori rawatan dan pemulihan yang telah dibuktikan secara saintifik (evidence based practiced) iaitu
Pharmachotherapy,
Teori Cognitive Behavior Therapy, Motivational Approach dan Intensive Outpatient Matrix Treatment Model.
Kesesuaian tempoh seseorang klien mendapatkan rawatan dan pemulihan adalah bergantung kepada tahap
kebergantungan
terhadap dadah dan keperluan mereka berdasarkan penilaian yang dilakukan kepada klien. Model C&C
dibangunkan bagi klien
yang menjalani rawatan dan pemulihan untuk tempoh 1-3 bulan bagi klien residential dan 4-6 bulan bagi klien
outpatient.

Kajian mendapati klien haruslah berada di dalam program pemulihan sekurang-kurangnya 90 hari bagi residential
program dan
4-6 bulan untuk program aftercare

KEMASUKAN
Kemasukan ke C&C 1Malaysia tertakluk kepada 3 cara:- Walk-in klien datang sendiri secara sukarela
- Rujukan dirujuk oleh pihak ketiga (ibubapa, pasangan, majikan atau lain-lain pihak ketiga yang relevan).
- Temu-seru dirujuk oleh pegawai AADK/NGOs.

You might also like