You are on page 1of 12

PERUMAHAN

Pensyarah:En.Saad b.Halil.
Pembentang:Muhammad Azizi b.Shaari
Pengenalan/Definisi.
 Perumahan merupakan suatu keperluan asas
kehidupan manusia.
 Pembangunan ekonomi dan jumlah penduduk yang
semakin bertambah telah menjadikan kawasan
perumahan semakin meningkat.
 Permasalahan perumahan secara realitinya semakin
meruncing ,walaupun masalah ini mendapat perhatian
daripada pihak kerajaan.
 Dalam tempoh tiga tahun iaitu tahun 1996 hingga
tahun 1998 bilangan rumah yang siap dibina
berjumlah 401943 buah rumah.
Kepentingan perumahan.
1 Menampung penduduk.
-Penduduk Malaysia yang semakin
bertambah,iaitu lebih 20 juta penduduk
memerlukan rumah yang lebih banyak.
2 Meningkatkan taraf hidup.
-Semakin ramai penduduk yang memiliki
rumah ,menunjukkan negara kita mempunyai
taraf hidup yang tinggi.
3 Imej negara.
-Perumahan juga akan membentuk imej
negara kita.Semakin ramai penduduk yang
memiliki rumah,menunjukkan imej negara
maju dari segi ekonomi dan sosial.
4 Pelaburan.
-Pelaburan ini merujuk kepada syarikat-
syarikat perumahan,iaitu sekiranya rumah
banyak dibina maka pelaburan juga
meningkat.
-Contohnya,pada tahun 1990,pelaburan
perumahan adalah sebanyak RM2.1 billion.
5 Peluang pekerjaan.
-Pembinaan rumah juga akan membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
-Menurut penyiasatan Jabatan
Buruh,sebanyak 745900 orang bekerja dalam
sektor pembinaan pada tahun 1998.
Masalah-masalah yang dihadapi.
1 Harga rumah yang mahal.
-Umumnya,harga rumah semakin meningkat
tahun demi tahun.Menurut Presiden Persatuan
Pemaju Perumahan Malaysia,harga rumah
seperti di Bangsar dan Damansara mencecah
sehingga lebih RM1 juta.
2 Sukar mendapat pinjaman.
-Kesukaran mendapat pinjaman daripada
bank juga merupakan satu masalah kepada
golongan berpendapatan rendah untuk
membeli rumah.
3 Pemaju tidak menepati janji.
-sesetengah pemaju tidak menepati janji
tentang tarikh siap sesebuah rumah.
-Contohnya,kira-kira 88 pembeli apartmen
terbengkalai dalam projek yang mengandungi
250 unit di Kota Kinabalu.
4 Pemaju tidak memenuhi piawai.
-Pemaju yang tidak memenuhi piawai
menyebabkan keadaan rumah mudah rosak dan
tidak berkualiti.
5 Tidak mampu membeli rumah.
-Bagi rakyat yang berpendapatan rendah,mereka
menghadapi masalah tidak mampu membeli rumah
dengan harga yang tinggi.
6 Tapak yang tidak sesuai.
-Sesetengah pemaju perumahan membina rumah
di kawasan yang tidak sesuai seperti di kawasan
berhampiran bukit dan bekas kawasan lombong.
Langkag-langkah mengatasi
masalah.
1 Campur tangan kerajaan.
-Kerajaan perlu campur tangan sama ada
kepada pengusaha ataupun pembeli agar
semua rakyat dapat memilikinya.
-Contohnya,penyediaan Tabung Amanah
Golongan Miskin,Tabung Pembinaan Rumah
Kos Rendah dan Tabung Pinjaman Rumah
Kos Rendah.
2 Institut kewangan.
-Institut kewangan harus lebih banyak
menawarkan pinjaman perumahan dengan
kadar faedah yang berpatutan.
3 Menguatkuasakan Undang-undang.
-Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-
undang tentang perumahan agar pemaju
perumahan dapat membina rumah mengikut
piwaian dan peraturan.
4 Memperuntukkan kawasan perumahan dengan
banyak.
-Kerajaan perlu lebih banyak
memperuntukkan kawasan perumahan.
-Pada tahun 1999 hingga tahun
2000,bilangan unit rumah yang siap dibina
adalah sebanyak 343500 buah rumah.
5 Membuka kawasan perumahan di pinggir
bandar.
-Oleh sebab tanah semakin semakin mahal
di bandar,maka rumah perlu dibina di luar
bandar bagi megurangkan kos.
Kesimpulan/Penutup
 Semua pihak perlu prihatin bagi mengatasi
masalah perumahan.
 Teras dasar perumahan adalah untuk
menyediakan akses kepada perumahan yang
mencukupi,berkualiti dan mampu dibeli oleh
semua rakyat Malaysia.

You might also like