You are on page 1of 30

ISI KANDUNGAN

PENGHARGA
AN

PENGAJARAN MAKRO-RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

PENERANGAN LENGKAP AKTIVITI PERMAINAN


DAM ULAR

REFLEKSI

LAMPIRAN &
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, bersyukur saya kehadrat allah s.w.t kerana dengan izinnya akhirnya saya
dapat menyempurnakan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan.

Jutaan terima kasih, saya ucapkan kepada Pn. Norlela Binti Ali iaitu selaku pensyarah
untuk subjek ELM 3023-Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral, kerana
beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan input-input berkaitan subjek ini khususnya
dalam proses penyempurnaan tugas yang diberi.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyempurnakan tugasan yang diberi terutamanya kepada Encik Syakir bin Ahmad
Sawal, kerana beliau telah banyak mengajar saya dalam menyiapkan rancangan
pelajaran harian serta beliau juga yang telah meminjamkan kepada saya DSKP
Pendidikan Moral Tahun 1.

Tidak ketinggalan juga, penghargaan saya kepada suami yang disayangi Encik
Muhaidin Bin Hj. Ahmad, yang telah banyak membantu serta memberi dorongan,
pendapat serta semangat untuk saya memurnikan lagi hasil tugasan saya.

Akhir kalam. Semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan oleh
semua pihak diakhiri dengan jutaan terima kasih.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL.

Matapelajaran

: Pendidikan Moral

Kelas

: 1 Amanah

Tarikh

: 25. Ogos 2014

Hari

: Isnin

Masa

: 11.55-12.55 tengahari (1 jam)

Bil murid

: 10 orang

Modul

: Teras

Tajuk

: Ayuh Bekerjasama

Tunjang Utama

: 12.0 Kerjasama

Standard Kandungan
kerjasama kepada

: 12.1 Beersedia memberi


Individu yang memerlukan.

Standard Pembelajaran
kerjasama.

: 12.1.1 menyatakan kebaikan


12.1.2 Menyenaraikan aktiviti yang
boleh
dilakukan bersama-sama.
12.1.3 Menceritakan perasaan setelah
melaksanakan aktiviti.
12.1.4 Menjalankan aktiviti bersamasama.

Kesepaduan Tunjang
memberi respon

: BM 1.1.13 Mendengar dan


terhadap perbualan, permintaan, cerita
atau lagu.

Objektif Pembelajaran
pelajar dapat :

: Pada akhir pembelajaran ini, para


Penaakulan moral : menyatakan kebaikan

bekerjasama.
Perasaan moral : menunjukkan
kefahaman tentang
erti bekerjasama.
Perlakuan moral : dapat memnjalankan
aktiviti
bekerjasama bersama-sama didalam
kelas.
Pengetahuan sedia ada
sesama mereka

: Murid-murid pernah bekerjasama


sebelum ini. Contohnya dalam aktiviti
berkumpulan.

Kemahiran berfikir
menaakul.

: Menganalisis, menghubungkaitkan dan

Penerapan Nilai
berdisiplin.

: Bekerjasama, bertolak ansur, dan

Bahan bantu mengajar


perkataan, dam ular

:powerpoint , gambar, kad-kad


Dadu, 20 kad-kad soalan.

Masa /

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan

Langkah

Catatan

pembelajaran

Set

Video :

1.Guru menayangkan

Appendix A

induksi

WonderPet : Apa yang

video Wonderpet

Lirik lagu.

beserta lirik lagu di

Powerpoint(Youtube)

hadapan kelas.

PN : Berdisiplin

( 5 minit ) penting kerjasama.

2. Guru
mempertontonkan video
tersebut kepada muridmurid.
3. Murid diminta
menyanyi lagu `Apa
yang penting kerjasama
bersama-sama guru.
4. Menerusi tayangan
video tersebut, guru
memperkenalkan tajuk
pengajaran pada hari
tersebut.

Langkah

Gambar bekerjasama.

1.Guru mengaitkan lirik

BBM : tayangan

1.

lagu dengan tajuk yang

gambar powerpoint.

akan dipelajari.
( 15 minit

2.Guru menunjukkan

contoh beberapa gambar


bekerjasama.
3. Guru bertanyakan
2.

kepentingan
bekerjasama kepada
murid-murid.
4. Guru menunjukkan
peta buih kepada para
pelajar.

PETA BUIH

Langkah
2

Permainan dam ular

1.Guru menerangkan
kepada para pelajar cara

surat

bermain dam ular.

mengandungi

2. Setiap pelajar di beri

set-set soalan

token berupa

mengenai

pengenalan diri mereka

amalan

sewaktu bermain dam


ular.
3. Jika pelajar berhenti di

Dam ular
20 sampul

bekerjasama
Dadu
Token

kotak ular, pelajar

pengenalan

tersebut dikehendaki

diri.

menjawab soalan, jika

tidak dapat menjawab


akan turun mengikuti
alunan badan ular
tersebut. Dan jika dapat
menjawab soalan
dengan betul, maka tidak
perlu turun dari kotak
ular.
4.Jika pelajar membaling
dadu dan terkena pada
kotak tangga, maka
pelajar dikehendaki juga
untuk menjawab soalan
yang disediakan, jika
dapat menjawab soalan
dengan betul, pelajar
terbabit boleh naik
tangga, tetapi jika
jawapan yang diberikan
salah, maka pelajar
terbabit tidak boleh
menaiki tangga.
5. Set-set
soalan yang disediakan
adalah semuanya
berdasarkan soalan
KBAT selari dengan
kehendak tuntutan masa
kini.
Langkah

Hasil Dapatan

1.Guru memberikan hasil

Permainan.

dapatan daripada
permainan tersebut.
2. Guru meminta muridmurid menyenaraikan
kepentingan
bekerjasama.
3. Guru meminta muridmurid untuk
mengamalkan amalan
bekerjasama dalam
kehidupan seharian
mereka.

Langkah

Lembaran kerja.

1.Guru mengedarkan

BBM: lembaran

lembaran kerja kepada

kerja.

murid-murid.

MI: kecerdasan

2.Guru menerangkan

linguistic

cara menyiapkan kerja


yang diberi.

PN: Berani

3.Selepas murid-murid
menyiapkan tugasan
yang diberi, guru
membincangkan
jawapan bersama muridmurid.

Penutup
( 5 minit )

Tiupan belon.

1.Guru memberikan

PN: Berdisiplin,

murid-murid belon.

bekerjasama dan

2.Murid-murid

yakin diri

dikehendaki meniup

(mendengar arahan)

belon tersebut sehingga

MI: Naturalis

pecah.
3.Jika belon tersebut
sudah pecah, muridmurid dikehendaki untuk
membaca keretan yang
terdapat didalam belon
yang pecah itu.
4.Murid membacakan
keratan tersebut.
5.Guru sekali lagi
menghubungkaitkan
pelajaran dengan
amalan bekerjasama
dalam kehidupan
seharian.

GAMBAR BEKERJASAMA

PERMAINAN DAM ULAR GERGASI


SENARAI KEPERLUAN
BAHAN-BAHAN:
Dam ular gergasi
2 biji dadu besar
10 token pengenalan diri.
20 sampul surat berisi soalan-soalan KBAT.
BILANGAN PEMAIN : Tidak terhad.
CARA BERMAIN
1. Guru menghamparkan dam ular gergasi di hadapan kelas.
2. Setiap murid diberikan token sebagai pengenalan diri masing-masing. Dan
digunakan token tersebut sewaktu bermain dam.
3. Murid-murid dikehendaki untuk membaling 2 biji dadu secara serentak, dan akan
memulakan permainan dam ular.
4. Sekiranya balingan dadu tersebut, terhenti di kotak ular, maka murid dikehendaki
menjawab soalan didalam sampul surat, jika betul, murid terbabit tidak perlu
turun kotak mengikut alunan badan ular, tetapi jika salah murid tersebut perlulah
turun dari kotak mengikut alunan badan ular.
5. Sekiranya balingan dadu terhenti di kotak tangga, maka murid dikehendaki
menjawab soalan (didalam sampul surat) untuk menaiki tangga tersebut, jika
jawapan yang diberikan tepat dan betul maka, murid tersebut boleh menaiki
tangga, sekiranya salah, murid tersebut tidak boleh sama sekali untuk menaiki
tangga.
6. Permainan dam ular ini, diteruskan sehingga ada pemenang.

Faedah yang diperolehi.

Aspek perkembangan fizikal


Aktiviti seperti memegang token pengenalan diri, membaling dadu, berdiri, duduk serta
menjalankan token di papan dam adalah antara pergerakan yang dilakukan oleh muridmurid sepanjang permainan dam ular ini. Ia dapat memberi membantu perkembangan
fizikal kanak-kanak.

Aspek Perkembangan Sosioemosi.


Melalui aktiviti permainan ini, dapat memupuk sifat bekerjasama diantara rakan serta
mewujudkan sifat berdaya saing dan kesungguhan yang tinggi di kalangan murid-murid.
Murid-murid juga berlumba-lumba untuk menberikan jawapan yang betul dan tepat.

Aspek Perkembangan Kognitif


Murid-murid dapat belajar konsep nombor melalui mengira jumlah situasi yang
dikategorikan serta dapat membuat perbandingan hasil permainan mereka.

Aspek Perkembangan Bahasa


Dengan memerhati, menganalisis serta memikirkan jawapan daripada set-set soalan.
Ini dapat membantu murid-murid memperkembangkan pemahaman Bahasa Melayu
dikalangan murid-murid.

REFLEKSI
Tugasan moral pada semester ini memerlukan saya untuk membina satu rancangan
pengajaran

dan

pembelajaran

berdurasi

60

minit

berdasarkan

format

yang

mengaplikasikan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sehubungan dengan itu,
saya telah memilih para pelajar dari kelas 1 Ikhlas berkapasiti 10 pelajar moral, untuk
melaksanakn sesi PdP Pendidikan Moral ini. Untuk itu, saya telah memilih tajuk Ayuh
Bekerjasama. Melalui pemerhatian saya, murid-murid sangat teruja menyanyikan lagu
Wonderpets-apa yang penting kerjasama. Semua murid amat seronok kerana mereka
faham amalan kerjasama melalui lagu dan video yang dipaparkan beserta gambargambar aktiviti bekerjasama untuk memahamkan lagi pemahaman mereka tentang
konsep bekerjasama. Ia amat bersesuaian dengan kenyataan Willian James, (Yusof
Boon 2000) bahawa terdapat dua jenis ingatan yang dialami oleh manusia iatu ingatan
jangka masa pendek dan panjang.dan dapat dilihat murid-murid sering menyanyikan
lagu Wonderpets ini dimana-mana sahaja. Di sini kekuatan pengajaran dan
pembelajaran saya adalah melalui lagu dan video. Penggunaan teknologi maklumat
sangat menarik minat pelajar disamping memudahkan murid melihat paparan gambar
dengan lebih jelas. Murid-murid melibatkan diri secara aktif disamping mewujudkan
suasana kelas yang kondusif sekaligus melancarkan lagi proses pengajaran saya.
Kesannya kawalan kelas baik dan tidak terdapat gangguan daripada para pelajar
semasa pengajaran makro dijalankan. Dengan menggunakan lagu@muzik dalam
aktiviti PdP dapat menguatkan ingatan para pelajar, ini dibuktikan dengan hasil dapatan
daripada Dr Georgi Lozanov iaitu muzik dapat menguatkan daya ingatan dan
mmemudahkan pembelajaran sekiranya digunakan dengan baik (Radin, 2003)
Selain daripada itu, kepelbagaian sumber PdP juga memainkan peranan, disini saya
menggunakan interaksi murid-guru serta sumbangsaran melalui sumber paparan grafik
peta buih yang berwarna-warni, sejajar dengan kehendak tugasan ini. Peta minda
ataupun peta buih merupakan suatu lakaran grafik pemikiran individu yang
membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa,
merancang aktiviti dan membuat sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alat
berkesan yang mendorongkan pemikiran kreatif. Selain itu, bentuk peta minda atau

peta buih juga berbagai-bagai bergantung kepada kreativiti seseorang guru tersebut.
Melalui aktiviti sumbangsaran saya dapati murid-murid aktif berinteraksi serta masingmasing teruja memberikan buah fikiran ataupun idea mereka mengenai kepentingan
bekerjasama. Murid-murid menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif berdasarkan jawapan yang mereka berikan. Walaupun ada segelintar para
pelajar yang masih kurang mahir membaca tetapi dengan bantuan video dan lagu yang
dinyanyikan mereka faham konsep bekerjasama.
Tulisan memainkan peranan yang besar dalam dunia pendidikan. Tulisan yang
besar dan kemas memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga
dengan tulisan saya. Semasa PdP saya, saya memang mementingkan aspek tulisan
yang bersih, besar dan kemas. Agar murid-murd saya lebih mudah memahami dan ia
juga menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran.
Saya telah mengajar selama 13 tahun, jadi saya tiada masalah dari segi lontaran
suara yang kuat. Suara, memainkan peranan yang penting dalam penyampaian
pengajaran dan pembelajaran, sewaktu PdP saya juga menggunakan teknik menyoal.
Menurut Mel Silberman, 2010: 127- ia mewujudkan pembelajaran aktif dengan
merangsang pelajar supaya bertanya tentang perkara yang ingin dipelajari kerana sikap
itu adalah kunci kepada kejayaan pembelajaran. Ternyata soalan-soalan yang saya
tanyakan kepada murid-murid memang menurut spesifikasi topik pada PdP pada hari
itu. Menurut Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009: 129 iaitu elemen-elemen isi
kandungan pelajaran yang akan / dan / atau sedang diajar. Penyoalan yang terancang
secara induktif, konstruktif dan berstruktur boleh mneyebabkan pelajar mencapai hasil
pembelajaran yang optimum.
Walaupun saya telah menjadi guru selama 13 tahun, namun itu tidak bermakna
saya tidak melakukan kesilapan dan kecuaian. Semasa aktiviti PdP ini dijalankan,
kelemahan utama saya adalah, saya tidak menguji terlebih dahulu LCD yang
disediakan. Saya terlupa untuk membawa wayar kabel LCD, jadi slide powerpoint saya
tidak dapat pancarkan di hadapan kelas begitu juga dengan lagu yang saya pasang
volumenya perlahan walaupun saya telah mengatur sehingga ke paras maksimum
tetapi, disebabkan suasana yang bising (iaitu peralihan masa pelajar sesi petang) maka

lagu tersebut perlahan. Untuk mengatasinya pada masa hadapan, saya akan lebih
bersedia dengan segala kemungkinan yang tidak diingini.
Selain daripada itu, kelemahan saya juga adalah dalam pengurusan masa.
Semasa aktiviti permainan dam dimainkan, saya telah menggunakan masa yang lebih
untuk aktiviti bermain ini. Sepatutnya tempoh yang diperuntukkan untuk bermain dam
adalah selama 20 minit tetapi saya telah terlajak sehingga ke 35 minit. Ia berlaku
kerana, terdapat segelintir pelajar yang tidak faham cara bermain dam ular ini.
Akibatnya saya perlu mendemostrasikan cara bermain dam ular ini. Walaupun saya
terlajak, tetapi saya puas kerana pada akhirnya permainan dam ular ini ada
pemenangnya. Dan saya juga berpuashati kerana para pelajar dapat menjawab soalan
yang berunsurkan elemen KBAT dengan tepat. Untuk mengatasi kelemahan
pengurusan masa, saya perlu mendisiplinkan diri mengikut masa yang diperuntukkan
dengan tepat dan betul yang telah dicadangkan dalam penulisan rancangan pengajaran
harian saya. Saya perlu memastikan setiap langkah dalam proses PdP mengikut masa
yang ditetapkan supaya aktiviti PdP yang berikutnya tidak terjejas. Tindakan ini
bertujuan untuk memastikan proses PdP berjalan dengan lancar, berkesan dan
bermakna. Bukan setakat itu sahaja, saya harus menepati masa bagi memudahkan
peerjalanan
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), kemahiran berfikir aras
tinggi KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi ke dalam diri pelajar bukan satu tugas yang mudah. Guru perlu
merujuk kepada objektif pengajaran Bloom Taxonomy (1956) sebagai bantuan. Bloom
Taxonomy membahagikan kemahiran berfikir kepada pengetahuan aras rendah dan
aras tinggi iaitu bermula dengan pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Manakala
kemahiran berfikir aras tinggi pula adalah analisis, sistesis dan penilaian. Kemahiran
berfikir aras tinggi ini dilihat sebagai satu kepentingan untuk menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan. Dalam menyediakan peluang kepada pelajar untuk melatih
kemahiran berfikir aras tinggi, pelajar mestilah berada dalam kaedah pembelajaran aktif

(Pawani,2002). Pembelajaran aktif boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti


problem-based learning, project based learning, discovery learning, inquiry-based
learning, simulations, games, writing papers, debating, dan lain-lain. Semua bentuk
pembelajaran aktif adalah berasaskan learning by doing iaitu belajar daripada
perbuatan (learning by doing) dan pelajar terlibat secara aktif di dalam pembelajaran
mereka. Oleh yang demikian, saya telah menerapkan elemen KBAT didalam PdP saya
melalui set-set soalan (seperti dalam lampiran) sewaktu aktiviti permainan dam ular
dijalankan. Menurut King & Kitchener (1994), sekiranya aktiviti di dalam kelas hanya
bersandarkan pengaplikasian aras rendah yang mana hanya menuntut pelajar
mendengar secara pasif dan mengingati semula maklumat, maka ini sudah semestinya
menyebabkan pemikiran kritikal tidak wujud. Keadaan seperti ini hanya menyebabkan
kerugian kepada sekolah khususnya dan kerugian kepada negara secara amnya.
Kerana kita tidak dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang
tinggi seperti yang diharapkan oleh mereka dan semestinya tidak dapat memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan yang akan mengambil mereka bekerja
kelak.
Selain daripada itu, umum telah diketahui, bahawa keberkesanan pengaplikasian
elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, selari dengan
aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang berbudaya dan mempunyai nilai-nilai
sopan santun dan mempunyai moral yang tinggi. Saya menyokong sepenuhnya elemen
KBAT diaplikasikan di sekolah. Sewajarnya elemen KBAT dipraktikkan kerana dari situ,
murid-murid boleh menggunakan kemahiran berfikir mereka untuk membuat perkaraperkara yang berfaedah dan sekaligus meninggalkan perkara-perkara yang ditegah dan
dilarang. Akibatnya, peratusan masalah sosial dikalangan pelajar akan menurun.
Di samping itu, penggunaan elemen KBAT dalam Pendidikan Moral sebenarnya
merentas kurikulum. Di mana para pelajar secara tidak formal belajar Bahasa Malaysia
dengan penggunaan soalan yang berunsurkan KBAT. Contohnya semasa PdP saya
set-set soalan yang saya sediakan mencakupi elemen bahasa dimana soalan yang
saya sediakan mengkehendaki pelajar untuk berfikir dan menggunakan penggunaan
ayat yang betul. Contohnya

pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk bekerjasama dengan ibu bapa

kita,
Apa yang penting kerjasama daripada lirik lagu tersebut, nyatakan kepentingan
bekerjasama.

Dapat dinyatakan disini, bahawa banyak kebaikan dan keberkesanan penggunaan


elemen KBAT di sekolah tidak tertakhluk pada subjek Pendidikan Moral sahaja
tetapi, ia mencakupi semua subjek di sekolah dan para guru perlu mempersiapkan
diri secukupnya dengan pengetahuan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Konklusinya,

tugasan ini menyedarkan saya bahawa matapelajaran

Pendidikan Moral

adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang

harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu, serta mempunyai nilai-nilai dan
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi sesuai dengan kehendak, cabaran dan
pengabungjalinan sukatan pelajaran di sekolah.

APPENDIK

RUJUKAN
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Berfikir. Bentong: PTS
Publication and Distribution Sdn Bhd.

N.S. Rajendran (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesesiaan


Guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Projek
KBKK: Poster warisan Pendidikan-Wawasan anjuran Pusat Perkembangan
Kurikulum, KPM, dari 1 hingga 2 Ogos.

Som Hj Nor dan Mohamad Dahalan Mohd Ramli ( 1998). Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Abdullah Zhidi Bin Omar dan Mahdi Bin Shuid (2014) Pedagogi dan Pentaksiran Moral.
Puchong :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
MODUL PPG semester 6
Dunia pendidikan IPG jenis-jenis permainan
Sukatan pelajaran kurikulum standard KSSR Pendidikan Moral tahun 1.
Buku teks Pendidikan Moral Tahun 1
www.youtube.wonderpets//lagu bahasa melayu
www.ehow

SOALAN SOALAN KBAT SEMASA BERMAIN DAM ULAR


1. Pada pendapat kamu, nyatakan bagaimana caranya kamu bekerjasama dengan
2.

guru kamu.
Pada pendapat kamu, nyatakan bagaimana caranya kamu bekerjasama

dengan ibubapa kamu


3. Pada pendapat kamu, nyatakan bagaimana caranya kamu bekerjasama dengan
rakan kamu.
4. Pada pendapat kamu, nyatakan bagaimana caranya kamu bekerjasama dengan
5.
6.
7.
8.

jiran kamu.
Melalui lagu Apa yang penting kerjasama, nyatakan kepentingan bekerjasama.
Bagaimanakah caranya kamu bekerjasama dengan pakcik jaga di sekolah.
Berdasarkan gambar, nyatakan kebaikan bekerjasama.
Sebagai seorang pelajar cemerlang, bagaimanakah kamu hendak

mempengaruhi rakan kamu agar mengamalkan budaya bekerjasama.


9. Apakah kebaikan bekerjasama.
10. Berikan 2 contoh aktiviti bekerjasama di kawasan sekolah.
11. Berikan 2 contoh aktiviti bekerjasama di dalam rumah kamu.
12. Apakah yang kamu faham, konsep bekerjasama.
13. Kepentingan bekerjasama ialah dapat menjimatkan masa. Dari pernyataan
tersebut apa yang kamu faham.
14. Nyatakan kepentingan bekerjasama sesama rakan.
15. Apa akan terjadi sekiranya kita tidak mengamalkan kerjasama.
16. Pada pendapat anda, adakah amalan bekerjasama ini penting.jika ya kenapa
dan tidak tidak berikan alasan.
17. Adakah anda berpuashati dengan amalan bekerjasama di dalam kelas anda.
18. Berikan 2 contoh kebaikan bekerjasama.
19. Berdasarkan gambar, berikan kebaikan bekerjasama.
20. Apakah kepentingan bekerjasama sewaktu aktiviti sukan tahunan diadakan di
sekolah anda.

You might also like