You are on page 1of 3

MESYUARAT JK ICT SK KOMPRA KALI KEDUA 2014

Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

22 April 2014
1.00 p.m.
Pejabat

Kehadiran

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pn. Rabiah bt Ismail (Penasihat)


En. Razali bin Omar (Pengerusi)
En. Mohd Azmi bin Saliman (Penyelaras Bestari)
Pn. Zaiton Bt Muda (AJK)
En. Helmi bin Omar (Juruteknik)
Pn. Nurhaliza bt Haron (EIO)

Agenda 1. Ucapan Pengerusi.


Majlis dimulai dengan bacaan al-Fatihah.
1.1
1.2

1.3

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat


meluangkan masa menghadiri mesyuarat.
Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada EIO yang baru dilantik
iaitu Puan Nurhaliza Haron yang baru bertukar daripada SK Serdang bagi
menggantikan EIO lama yang telah bertukar ke SK Kampung Bukit Kuala
Terengganu.
Unit ICT perlu mengemaskini Makmal Komputer dan Makmal Maya sebagai
persediaan bagi pemantauan dialog prestasi.

Agenda 2. Ucapan Penyelaras


2.1

Setakat hari ini pusat akses masih belum boleh beroperasi kerana 8
komputer mengalami kerosakan. Proses pelupusan tidak boleh dijalankan di
Pusat Akses kerana difahamkan tiada penggantian akan dibuat dalam masa
terdekat. Laporan telah dibuat oleh juruteknik di dalam sistem STS.
Tindakan: Makluman

2.2

Dua buah komputer daripada pusat akses telah beralih ke bilik Guru Besar
dan PK HEM. Pergerakan ini perlulah di catat di dalam kad KEW.PA 2.
Tindakan: Juruteknik

2.3

Penggunaan Makmal Maya agak mengecewakan. Tindakan perlu dilakukan


bagi mempromosi penggunaan Makmal Maya dikalangan guru-guru. Satu
latihan penggunaan makmal maya telah diadakan oleh TESDEK kepada
semua guru.
Tindakan: Makluman

Agenda 3. Pengesahan Minit Mesyuarat


Minit mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan.

Agenda 4. Perkara Berbangkit


4.1

En. Hilmi menyatakan perisian MBMMBI masi belum dipasang ke dalam


makmal komputer oleh syarikat yang berkenaan. Hal ini sepatutnya
diselesaikan pada tahun lepas. Satu laporan telah dibuat berhubung perkara
ini.
Tindakan: Makluman

4.2

En. Azmi memberitahu walaupun perisian MBMMBI belum dipasang, program


MBMMBI telah dijalankan sejak awal tahun dengan menggunakan
kemudahan di makmal komputer. Jadual penggunaan telah diwujudkan bagi
memastikan semua guru masuk mengikut jadual yang ditetapkan.
Tindakan: Makluman

4.3

En. Hilmi memaklumkan satu laporan telah dibuat berhubung dengan


networking yang tidak tersusun di dalam makmal komputer menggunakan
sistem STS.
Tindakan: Makluman

4.4

En. Razali mengarahkan juruteknik menampal papan tanda Kelas Maya


dan Makmal Komputer di pintu masuk kedua-dua makmal.
Tindakan: Juruteknik
En. Azmi menyatakan Daftar harta modal bagi makmal maya masih belum
dibuat. Tindakan segera perlu diambil oleh juruteknik.
Tindakan: Juruteknik
En. Hilmi memaklumkan zoom yang rosak telah dibuat penggantian oleh
pihak YTL.
Tindakan: Makluman

4.5

4.6

Agenda 5. Hal-hal Lain


5.1

En. Azmi mengarahkan juruteknik mencetak rekod penggunaan makmal


komputer menggunakan sistem log setiap hujung bulan. Pada tahun lepas
rekod penggunaan mencecah sebanyak 1800 kali dan merupakan rekod
pencapaian penggunaan yang cukup baik.
Tindakan: Juruteknik

5.2

En. Azmi memberitahu tugasan EIO sebelum ini akan diambil alih oleh EIO
yang baru. Bidang tugasan EIO ada dinyatakan didalam jadual yang telah
dibekalkan.
Tindakan: EIO

5.3

Guru besar meminta supaya Blog SK Kompra dikemaskini oleh EIO seminggu
sekali dengan mengemaskini aktiviti yang berlaku di sekolah.
Tindakan: EIO

5.4

En. Hilmi mencadangkan pihak sekolah melanggan majalah PC supaya ia


menjadi bahan rujukan murid.
Tindakan: Pengurusan

5.5

Guru besar menyatakan pembelian bolehlah dibuat melalui pusat sumber


sekolah. Perkara ini hendaklan dimaklumkan kepada guru media, Pn.
Nooraliza.
Tindakan: GPB

Mesyuarat diakhiri dengan surah al-As dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh.
..
( EN. MOHD AZMI SALIMAN)
Penyelaras Bestari,
SK KOMPRA,
Dungun Terengganu.

Disahkan oleh.

(PN. RABIAH ISMAIL)


Guru Besar,
SK KOMPRA,
Dungun Terengganu.

You might also like