You are on page 1of 17

MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Friday, January 29, 2010

Dilema Melayu dan Siam

Dilema Melayu dan Siam

Sementara menunggu tulisan-tulisan di makam dan kuil permaisuri Firaun

dinyahkodkan,mari kita ikuti ulasan dari Srikandi tentang kekeliruan

sesetengah pihak tentang nama 'Melayu' dan dalam artikel ini juga,

Srikandi akan membuat kesimpulan atau menyelesaikan sebahagian

misteri Ayutthaya,sebagaimana dakwaan blog Sejarahnagarakedah.

Ini adalah artikel pengiring ATBM 'X' Edition,kesinambungan dari artikel

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (1 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

'Melayu:Bahasa atau Bangsa' dan 'The Tombs of Ayutthayan Kings'.

-M.O

Kekeliruan tentang asal-usul orang Melayu bukan sahaja dijangkiti


oleh orang bukan Melayu malah merebak kepada orang Melayu sendiri dan

juga orang yang mendakwa dari rumpun Melayu.Kekeliruan ini terjadi

kerana kadangkala kita percaya kepada satu sumber saja,dan tidak

merujuk kepada sumber-sumber yang lain.Inilah yang terjadi kepada

pandangan penulis blogsejarahnagara kedah,juga blog yang sealiran

dengan mereka.Dalam artikel ini,saya (Srikandi) akan mengulas beberapa

pandangan penulis blog Sejarahnagarakedah tentang orang Melayu dan

Siam.Dan perlu diingatkan,'Siam' di sini merujuk kepada era Ayutthaya dan

bukan merujuk kepada orang Thai.'Siam' ini juga merujuk kepada

keturunan pemerintah Ayutthaya sebagaimana yang didakwa oleh penulis

blog berkenaan di mana keturunan mereka menggunakan pangkal nama

'Nai'.

Dalam artikel ini juga,saya akan cuba menyelesaikan 'puzzle' yang

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (2 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

menghantui pembaca blog berkenaan tentang nama semenanjung Melaka,

semenanjung Siam dan asal-usul nama 'Melayu' yang didakwa Anai-anai

(penulis blog tersebut),'tiada keputusan muktamad'.

Pertama sekali mari kita dengar dahulu dakwaan Anai-anai tentang orang

Melayu dan warisannya.Saya akan petik pandangannya kemudian saya

akan jawab satu-persatu berdasarkan pengetahuan saya dalam bidang

sejarah Nusantara.

Dari blog beliau dalam artikel bertajuk 'Renungan' April 2008,merujuk

soalan-soalan yang ditanya oleh penulis The Malay Press (TMP) dalam

ruangan komen:

Quote:

"Bagi kami, hari ini kita di melayukan kerana menggunakan bahasa Melayu

dalam wilayah penjajah yang memelayukan kita melalui penguasaan

mereka. Ungkapan Bahasa Jiwa bangsa ini pun propaganda juga untuk

menegakkan ketuanan Melayu. Apabila bahasa Melayu sebagai bahasa

perdagangan menggantikan bahasa daerah, kita pun menerima pakai

ungkapan ini. Macam betullah bunyinya. Kenapa penjajah inggeris dahulu

belajar bercakap bahasa melayu? Sebab mudah untuk berniagadan

menguasai wilayah.Tulisan kita pun berkembang dari Pali>kawi>jawi dan

akhir sekali rumi.

Di UK atau United Kingdom (united sebab 4 wilayah yang disatukan)

mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur akan tetapi mereka

sebenarnya terdiri dari 4 bangsa iaitu English (England), Irish (Ireland),

Welsh (Wales) dan Scottish (Scotland). Bahasa Irish di Ireland, bagi saya

yang mahir bahasa Inggeris tidak dapat fahami, macam bahasa Jawa

bunyinya. Inggeris @ English hanya merujuk kepada England sahaja

sementara British merujuk kepada gabungan kesemua/keseluruhan

wilayah"

Ulasan:

Orang Melayu bukan 'dimelayukan'.Orang Melayu bernama 'Melayu' kerana

itu memang nama mereka.Mengapa orang Melayu tidak memanggil nama

bangsa mereka 'MALAY' kerana itu baru tepat nama yang disebut Inggeris,

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (3 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

jika teori memelayukan oleh Inggeris diterimapakai.Bahasa Melayu sebagai

bahasa perdagangan sahaja,bukan bahasa suatu kaum?Jadi siapa yang

terlampau bijak ini boleh menciptakan bahasa perdagangan untuk seluruh

nusantara?Kemudian memaksa seluruh nusantara memakai bahasa

perdagangan yang dicipta olehnya?BAHASA MELAYU SEBENARNYA ADALAH

BAHASA ASAS ATAU BAHASA INDUK NUSANTARA,kemudian terpecah-pecah

mengikut slang atau loghat di tempat-tempat berlainan di seluruh

Nusantara.Pakar linguistik dalam kajian mereka mendapati terdapat

kelompok bahasa yang menepati tatabahasa dan ciri-ciri yang sama,dan

ini dinamakan kelas bahasa Malayo-Polynesian.Setiap bahasa dalam

kelompok ini dari Hawaii,Samoa dan sebagainya di Kepulauan Pasifik

sehingga ke Afrika mempunyai tatabahasa dan corak bahasa yang sama

dengan bahasa Melayu.Kosakata mereka pun sama ada berbunyi bahasa

Melayu atau pun bahasa Jawa.Dan bahasa Melayu dan Jawa tergolong

dalam Malayo-Polynesian Barat.Bahasa Latin juga adalah bahasa

perdagangan dan sastera namun semua orang tahu ia berasal dari Itali dan

dikembangkan oleh Empayar Rom.Begitu juga bahasa Melayu.Ia

dikembangkan dan dimajukan oleh Empayar Melayu Srivijaya,kemudian

disambung oleh Majapahit,walaupun Majapahit adalah 'pure' kerajaan

orang Jawa.Prasasti yang mengandungi ucapan Patih Gajah Mada,Perdana

Menteri Majapahit direkodkan dalam bahasa Melayu Lama.Seterusnya

disambung oleh Empayar Melaka dan kerajaan Johor-Riau.Kenapa orang

Inggeris belajar bahasa Melayu?Ini bukan sahaja soal untuk berniaga,tetapi

memudahkan urusan mereka ketika berada di Kepulauan Melayu.Ini

perkara biasa dan hanya logik akal yang umum sahaja.Ini tiada kaitan pun

untuk mengukuhkan Teori Memelayukan Oleh Inggeris sebagaimana yang

dicipta oleh Anai-anai.Lebih baik orang Inggeris 'menginggeriskan' sahaja

orang Melayu,ini lebih untung dan sebagai bonus,mengkristianan

semuanya sepertimana yang dibuat oleh SEpanyol ke atas Filipina.Atau

pun sekurang-kurangnya sebagaimana Thailand mampu 'menthaikan' orang

Melayu,Cina dan India di dalam Thailand.

Contoh yang diberikan oleh Anai-anai memakan dirinya kembali.Anai-anai

mengaku bahasa Inggeris merujuk kepada penduduk England.Mengapa

tidak mengatakan bahawa 'English' itu bahasa perdagangan sahaja?Dicipta

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (4 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

oleh seorang raja Eropah untuk memudahkan dia berniaga di England,

Ireland,Wales dan Scotland?Jadi bagaimana dengan bahasa Melayu?Adakah

Anai-anai akan berkata,ia CIPTAAN INGGERIS UNTUK MEMUDAHKAN

MEREKA BERNIAGA DI NUSANTARA?Ini sungguh melucukan.

INGAT KATAKUNCI INI,DAHULU ORANG MELAYU MENGUASAI SELURUH

NUSANTARA,SEBAB ITU BAHASA MEREKA MENJADI LUAS DARI PASIFIK

HINGGA KE MADAGASKAR.Ini sama juga seperti bahasa Inggeris yang

meluas kini,hasil dari Empayar Imperialis British yang luas dan peranan

orang Inggeris di Benua Amerika.Jika Perancis yang mengambil posisi ini,

tidak mustahil hari ini bahasa kedua kita adalah bahasa Perancis.Jika

kerajaan Siam yang dibangga-banggakan Anai-anai itu sangat luas sehingga

sampai ke Albania dan Australia,mengapa bahasa Siam terpinggir dan

minoriti?Tiada siapa yang mahu berbahasa Siam,kecuali orang Siam dan

Thai.Orang Thai pula didakwa oleh geng Anai-anai mencedok bahasa Siam.

Jadi sebelum itu apa bahasa orang Tai ini?Adakah bahasa orang gua dan

orang hutan?Kasihan orang Thai ini,sudahlah budaya dan tulisan dicedok

dari orang Khmer,bahasa dicedok dari Siam Ayutthaya,senibina dicedok

dari Melayu Tambralingga.Patutlah ada cendekiawan Barat mengatakan

sejarah Thai adalah khayalan sahaja.

Quote:

"Melayu itu akar bangsa atau akar bahasa di nusantara ini, CBT?"

Ulasan:

Ini soalan provokasi,biar saya tolong jawab.'Melayu' adalah nama lain bagi

rumpun Nusantara.Namun telah dipolitikkan oleh Inggeris.Okey,biar saya

bagi contoh.Orang Laos dan Thai,ini sebenarnya dari akar bangsa yang

sama.Namun telah berpecah kerana masing-masing mahu bernegara

sendiri.Menariknya,orang Lao bermati-matian mendakwa berbeza dengan

Tai padahal budaya dan bahasa tidak jauh beza.Orang Lao berasal dari

orang Tai yang berhijrah dahulu ke Indochina dan bercampur dengan orang

Mon dan rumpun Melayu Indochina.Percampuran ini menjadikan sedikit

perbezaan dengan etnik Tai lain (yang menjadi Thailand sekarang) yang

berpindah lebih lewat ke selatan Indochina kemudiannya.SEhinggakan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (5 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

orang Lao mencipta identiti sendiri yang membezakan dengan ciri-ciri Tai

yang menjadi induk mereka.Kemudian ini diburukkan lagi dengan

penjajahan Perancis.Orang Lao pun berjaya bernegara sendiri.Saya sudah

terangkan bagaimana istilah 'Melayu' ini dipolitikkan oleh Inggeris.Namun

bangkai gajah yang cuba ditutup oleh Inggeris tetap berbau kerana

bagaimana orang-orang di Kepulauan INdonesia sekarang memilih bahasa

Melayu sebagai bahasa mereka??Soalan khas saya kepada Anai-anai dan

gengnya,MENGAPA PENDUDUK MALAYSIA DAN INDONESIA TIDAK MEMILIH

BAHASA SIAM AYUTTHAYA SEBAGAI BAHASA PERSATUAN NUSANTARA??

(padahal kata Anai-anai Empayar Ayutthaya-Monggol begitu luas).

Anai-anai boleh menuduh orang penduduk Tanah Melayu di'melayukan'

oleh Inggeris namun bagaimana dengan Indonesia??Adakah Inggeris terlupa

berpesan kepada Belanda supaya menJawakan seluruh Indonesia supaya

propaganda Inggeris 'memelayukan' Tanah Melayu nampak 'smart' dan

sukar dipertikaikan lagi?

Siam Ayutthaya iaitu nenek moyang Anai-anai pernah menguasai seluruh

Nusantara,kata Anai-anai.Tetapi BAHASANYA TIDAK MENJADI TREND DI

NUSANTARA,padahal berapa lama sejarah Ayutthaya tegak memerintah?

Fakta sejarah yang betul,ialah Empayar Melayu Srivijaya pernah

memerintah seluruh Nusantara,sebab itu bahasa Melayu menjadi lingua

franca seluruh Nusantara.Ini tidak boleh disangkal lagi,sama ada sejarah

realiti atau sejarah fantasi.Siap ada manuskrip dan prasasti.

Quote:

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (6 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

"Haha...Saya setuju, tetapi root bahasa melayu bukan semestinya bangsa

Melayu"

Ulasan:

Jadi 'root' Melayu merujuk kepada apa?Bangsa Alien dari planet Zargus?

Quote:

"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja

daerah kita mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah

jadi Sultan negeri. Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam

Undang-Undang Kedah walau pun ia bahasa pengantar Undang –Undang

kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya menjelaskan semula sejarah

kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk dari kedah ini

adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka

dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang

berasal dari Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan

Trang. Di sebelah Yan pula, mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk

Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani Yushak berasal dari Yan,

Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari rumpun

Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan

bukannya melayu"

ulasan:

Yess...inilah agenda sebenar penulisan blog sejarahnagarakedah.AGENDA

MENSIAMKAN SELURUH NUSANTARA.TMP bertanya,jika bukan rumpun

Melayu (kerana kata Anai-anai 'Melayu' itu konsep INggeris),rumpun apa?

Lantas bagaikan mengantuk disorongkan bantal,Anai-anai menjawab

rumpun Siam inilah.Bagaimana adat istiadat raja Siam itu?Sejak bila raja

Siam menakluk seluruh nusantara sehingga semua raja-raja beradatkan

raja Siam?Perkataan 'Melayu' belum jumpa dalam undang-undang Kedah?

SEbab itu menafikan kewujudan 'Melayu' itu malah menuduh kata 'Melayu'

itu ciptaan Inggeris?Baru kita tahu penyakit sebenar Anai-anai ini.Beliau

terlalu berkiblatkan Undang-undang Kedah (UUK).Bacalah buku sejarah

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (7 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

lain.Sumber-sumber lain.Biar saya beritahu mengapa UUK tiada perkataan

'Melayu' jika benar tiada langsung kata itu di dalamnya (saya percaya

kejujuran beliau).UUK adalah lebih kepada manuskrip undang-undang

ketika Kedah berada di bawah pengaruh Ayutthaya.SEbab itu tiada kata

'Melayu' kerana ketika itu politik Siam lebih mempropagandakan budaya

Siam.Namun hujah Anai-anai 'terkantoi' dengan 'kitab saktinya' itu sendiri

kerana kitab asal ditulis di dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu.

Mengapa tidak ditulis dalam bahasa Siam Ayutthaya kebanggaan Anai-anai?

Kenapa 'menyembah' bahasa Melayu yang dipandang serong oleh Anai-anai?

Saya bagi cadangan baik untuk Anai-anai.Tuliskan bahawa bahasa Melayu

itu asal namanya bahasa Siam,namun Inggeris telah 'memelayukan' bahasa

Siam ini. :D

Bagus tak cadangan saya?

Quote:

"Raja-raja daerah ini tak payah kerja dan dengan itu bertindak

menyerahkan wilayah Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Penjajah.

Penjajah ini pula networkingnya bagus,bukannya bodoh macam raja

daerah"

Ulasan:

Amboi,sedapnya bahasa,sultan-sultan Melayu (raja-raja daerah) dikatakan

'bodoh'.Sudahlah direndahkan sebagai hanya raja daerah,kemudian

dituduh bersekongkol dengan Inggeris kemudian menjadi bodoh

menyerahkan wilayah sendiri kepada Inggeris.Jadi ini samalah menuduh

nenek moyang raja-raja Melayu ini pengkhianat bangsa lah ye.

Saya bukan tidak tahu sejarah raja-raja Melayu diperangkap oleh Inggeris.

Namun tuduhan penulis blog ini amat berat dan ada unsur penghinaan.Jika

dilaporkan kepada Suruhanjaya Menyiasat Penghinaan Ke Atas Sultan,

bagaimana agaknya?Jangan sampai penulis blog ini jadi seperti Andika

Teruna.

Dalam ruangan komen itu,selepas jawapan dari Anai-anai itu,TMP

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (8 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

kelihatan mula terpengaruh dengan teori Anai-anai.Pada mulanya karakter

TMP ini seperti bijak,namun akhirnya menjadi 'cair' dan ter'mindcontrol'

dengan sendirinya.Ini disebabkan TMP tidak mempunyai pengetahuan

sejarah yang luas.Ini samalah seperti pengaruh ajaran sesat.Orang yang

tidak punya asas agama yang kukuh akan cepat terpengaruh dengan

dakyah ajaran sesat.TMP mula goyang dan percaya dirinya bukan lagi

Melayu tetapi Siam Islam.Seolah-olah TMP mula malu menjadi Melayu yang

kononnya agenda Inggeris.Mahu 'murtad' dari Melayu dan masuk ke dalam

Siam Islam.Lihat,prinsip ini sama seperti modus operandi ajaran sesat,

mula-mula timbulkan keraguan.Kemudian ruang kosong dari keraguan tadi

diisi dengan dakyah sesat tadi,bukan kebenaran sebenar.

Kita lihat senario TMP ini:

Kembali, satu perkara lagi, apa yang saya cuba faham dari apa yang

saudara cuba sampaikan disini ialah Jawa, Mandailing, Kelantan, Perak,

Johor semuanya adalah daerah yang melahirkan loghat dan bahasa

masing2, tetapi tiada satu pun daerah yang konkrit untuk kaum melayu ,

betul?

Saya akan bersetuju jikalau dikatakan bahawa tiada satu pendapat yang

MUKTAMAD mengenai asal-usul bangsa melayu itu.

Kecuali dari fakta yang saya dapat dari buku sejarah pertumbohan bahasa

kebangsaan kita oleh Drs.Ismail Hussein (1966) yang mengatakan melayu

itu asal dari sg.melayu bertempat di sumatera.

Persoalan, bagaimana pula tempat sebegitu kecil umpama kuala lumpur

(agaknya) boleh mendatangkan bahasa yang sungguh berpengaruh

dinusantara?

Dan bagaimana pula ia mengambil tempat sebagai rumpun bangsa?

ulasan:

Memanglah tiada daerah untuk 'sukukaum' Melayu.Tiada kaum yang

bernama Melayu atau loghat Melayu.SEBAB ETNIK-ETNIK NUSANTARA

YANG BERKAITAN ADALAH SEMUANYA MELAYU.Tiada pendapat

muktamad tentang asal-usul Melayu?Ini nada para orientalis Barat atau

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (9 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

sarjana Barat yang berjaya mengelirukan diri sendiri.Atau nada seorang

anak Melayu yang tidak tahu langsung asal-usulnya.

Melayu berasal dari Sungai Melayu di Sumatera?JIka saya katakan orang

Greek berasal dari Grik di Perak bagaimana?Nama tempat tidak

semestinya melambangkan asal-usul bangsa.JIka hari ini saya namakan

parit kecil dibelakang rumah saya sebagai PARIT JERMAN,adakah 300

tahun lagi orang Jerman mendakwa mereka berasal dari parit kecil

dibelakang rumah saya?

Soalan akhir TMP menampakkan kemusykilan yang menjerat Anai-anai,dan

menariknya,Anai-anai tidak menjawab kemusykilan TMP ini.

Kemudian TMP berjaya direkrut sebagai ejen Anai-anai secara percuma.

Kita saksikan kenyataan dari TMP:

"Saya telah pun menjadikan fakta dalam blog ini sebagai salah satu dari

sumber rujukan dalam penulisan saya.

Saya berharap pihak tuan mengizinkan jika saya mencedok beberapa point

yang saya rasakan dapat menyokong hujah saya. lebih2 lagi bab2 perang"

Lagi pengakuan TMP:

"Jangan takut, dalam banyak2 hal saya akan refer pada blog ni...dalam

membawak citer ni keluar saya pun kena faham fakta juga...sebab ramai

yang bertanya soalan yang bukan2...nak suh refer suh baca kadang2 depa

malas....:-)

Konsep bangsa berasaskan bahasa yang dicanang oleh stamford raffle, dan

sejak bila semenanjung Melaka di tukar ke semenanjung Melayu telah saya

tulis didalam blog saya"

ulasan:

Ini adalah poin yang terbaik untuk membenamkan hujah Anai-anai tentang

peta-peta yang dicanangkannya untuk menidakkan sejarah Melayu dan

lebih aneh lagi,beliau menggunakan peta-peta ini sebagai hujah bahawa

Inggerislah yang 'memelayukan' penduduk 'semenanjung Melaka'.Dan ini

kemudiannya dianut oleh TMP yang mula percaya dirinya bukan Melayu

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (10 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

tetapi Siam Islam.

Saya ingin beritahu lompang dalam dakwaan Anai-anai ini dan rahsia

kerajaan Ayutthaya yang menjadi kiblat Anai-anai.Pertama sekali kita kaji

peta-peta Anai-anai ini.Semua peta-peta Anai-anai adalah peta yang

dilukis oleh penjajah.Antara peta kebanggaan Anai-anai ialah peta

Perancis bertarikh 1730,yang menunjukkan negara Siam.Kemudian satu

peta lain yang merujukkan tanah semenanjung sebagai 'Semenanjung

Melaka'.

Pertama saya nak ulas peta 'SEmenanjung Melaka'.Peta ini digunakan oleh

Anai-anai untuk mencanangkan bahawa kononnya dahulu semenanjung ini

dinamakan 'SEmenanjung Malacca' tetapi Inggeris telah menukarnya

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (11 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

menjadi Semenanjung Tanah Melayu.Padahal peta ini dilukis oleh orang

Eropah,bukannya orang Melayu atau orang Siam Islam versi Anai-anai.Dan

satu lagi,mengapa tidak ditulis sahaja 'SEmenanjung Ayutthaya' atau

'SEmenanjung Siam' sahaja?Bukankah kerajaan Siam besar ketika itu

mengikut dakwaan Anai-anai?Dan hujah yang diberi oleh Anai-anai ini

menjerat dirinya kembali.Ini kerana secara tidak langsung mengakui

bahawa Melaka dahulu mempunyai empayar besar sehingga mencakupi

seluruh Tanah Melayu.Mengapa Syah Alam Yang Maha Mulia (gelaran raja

Siam versi Anai-anai) tidak sempat memberitahu pelukis ini supaya

menamakan semenanjung ini sebagai 'SEmenanjung Ayutthaya Siam

Kedah' ???Tidak cukup gah kah kerajaan Siam Islam itu?SEhingga dilupakan

oleh pelukis peta??Mengapa nama Melaka lebih dikenali??

Dan peta abad ke 16 itu pula menunjukkan bahawa semua dakwaan Anai-

anai mengenai adat Siam,nama Melayu yang dicipta Inggeris dan pelbagai

lagi adalah propaganda sahaja dan andaian Anai-anai yang tidak berpuas

hati menjadi Melayu di Malaysia.Kalaulah Anai-anai diterima menjadi

Perdana Menteri Malaysia,perkara pertama yang dilakukan MUNGKIN

MENSIAMKAN SEMUA MELAYU DI MALAYSIA INI.Membuang semua

perkataan 'Melayu',dan menggantikannya dengan Siam Islam.

Perhatikan tembelangnya semakin pecah dengan menghuruharakan asal-

usul orang Melayu:

"Saya dan rakan-rakan tak kisah pun samada saudara setuju atau tidak

kerana kami pun tidak meminta persetujuan sesiapa. Todahe facts are so

clear. Sila saudara baca kesemua artikel dan ambil faham, itu sahaja.

Ramai pun yang sudah faham apabila meneliti penulisan diblog ini secara

terperinchi.

Saudara hanya menceritakan ketuanan Melayu dalam konteks hari ini

sedangkan sultan-sultan yang ada hari ini dilantik oleh PENJAJAH INGGERIS

DAN THAI. Mereka bukan waris yang sebenar kecuali Raja Perlis , Sultan

Selangor dan Sultan Pahang sahaja.

Saya tidak keliru dengan perkataan “Malay Supremacy”, cuma ramai yang

menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri dan ramai yang tidak

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (12 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

faham pun, pak turut saja. By the way, Malay Supremacy at whose

expense, but if not the Malays themselves who don’t even know their own

history. Melayu tu datang dari mana? Dari Xian, China (disebut Sian). Apa

makna Melayu itu? Maknanya, Mari-lah-sini. Sedarlah sikit, Melayu pun

China juga, Cuma gelombang kedatangan kesini jauh lebih awal saja.You

and many others discover something new here"

ulasan:

Pertamanya,beliau mendakwa sultan-sultan dilantik penjajah,dan bukan

waris sebenar.Nasihat saya,jangan berani berkokok di dalam internet,

usahakan bawa Tuan Nai Long Kassim,pergi jumpa raja-raja Melayu dalam

Majlis Raja-raja dan tanya salasilah mereka...atau kasarnya cabar

salasilah mereka betul atau tidak,kemudian bandingkan dengan salasilah

dalam wasiat.Berani atau tidak?Bawa berbincang dengan mereka (raja-

raja Melayu) untuk menghentikan segala kekeliruan.Jangan terburu-buru

menuduh raja-raja Melayu keturunan pengkhianat,bersekongkol dengan

Inggeris,jika tidak benar...dapat dosa kering sahaja.

Keduanya,ini paling menggelikan hati.Anai-anai mendakwa Melayu itu dari

Xian,China?Kalau dari YUnnan tidak mengapa juga kerana orientalis pun

ada mengatakan begitu.Tetapi dalam profilnya Anai-anai mendakwa

Melayu dari Yunnan pula.Bagaimana ni?Sekejap YUnnan,sekejap Xian?

SEkejap jadi Siam,sekejap jadi Melayu,huru-hara jadinya.Ini macam

Identity Disorder.Kecelaruan identiti.

Dakwaan Anai-anai ini serupa dengan dakwaan golongan Racist dari kaum

bukan Melayu.Saya nak bagitahu,Cina..Cinalah...Melayu Melayulah...ia

tidak sama.JIka kita tanya sesetengah orang Thai,mereka pun ada

mengatakan asal-usul mereka dari Xian.Dan Siam itu bukan dari Siam Islam

ini tetapi merujuk pada Xian,negeri nenek moyang orang Tai (ini saya

ambil dari pengakuan warga Thai dalam sejarahnagarakedag.blogspot).

Jadi segalanya jadi cacamarba di tangan Siam dan Thai ini.Anai-anai mahu

'menghalau' orang Melayu ke Xian,padahal orang Tai kata itu negeri nenek

moyang mereka.DI AKHIR CERITA,ORANG TAI DAN MELAYU DIHALAU KE

XIAN,DAN ANAI-ANAI MENGAMBILALIH SELURUH BENUA SIAM DAN TANAH

MELAYU.Bagus...bagus...

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (13 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

KESIMPULAN

Peta-peta Anai-anai dalam lingkungan abad ke-15 ke 17 Masehi.Melaka

adalah negeri Melayu yang berpengaruh ketika itu,jadi tidak hairanlah

pelukis peta ERopah merujuk kepada kata 'Malacca'.

Peta-peta ini tidak ada kaitan dengan Teori Memelayukan Oleh Inggeris.INI

KERANA REKOD CHINA MENYEBUTKAN PERKATAAN MO-LO-YU SEAWAL

ABAD KE-5 MASEHI LAGI.Belum lagi saya bacakan riwayat sastera Sanskrit

seperti Ramayana dan Arya Purana yang menjangkau 400 tahun SEbelum

Masehi!!Ketika itu tidak wujud langsung orang Siam versi Anai-anai.

Semuanya masih di alam roh lagi.Tiada manuskrip sekurang-kurangnya

seawal abad 5 Masehi menyebutkan perkataan 'SIAM'.Tetapi perkataan

'MELAYU' (dan variasinya bergantung kepada loghat) memang ada!JADI

SIAPA YANG JADI MELAYU SEKARANG?Melayu jadi Melayu atau Siam Islam

yang jadi Melayu di negeri Melayu?

JADI SAYA CABAR ANAI-ANAI KELUARKAN PETA ABAD KE-5 HINGGA KE

11 MASEHI YANG MENUNJUKKAN KERAJAAN SIAM ISLAM INI.Baru

dakwaan Melayu adalah pendatang atau perampas takhta Siam nampak

'authentic'.MEMANG TIADA,DAN JIKA ADA,MUNGKIN DILUKIS OLEH ANAI-

ANAI MENGGUNAKAN PHOTOSHOP.Mengapa?

Biar saya beritahu sejarah Ayutthaya.Ia bermula pada abad ke 12 Masehi,

tepatnya sekitar 1351 sehingga 1767 Masehi.Ketika ini Empayar Srivijaya

sudah mengalami perpecahan.Akibatnya semua wilayah-wilayah

jajahannya membebaskan diri dari pengaruh Srivijaya.Kerajaan Angkor

semakin maju.Di Jawa,muncul Kediri dan Majapahit (Selepas kemangkatan

Hayam Wuruk,pengaruh Majapahit mula merosot dan berpecah menjelang

abad ke 14).Di Sungai Chao Phraya,muncullah kerajaan Ayutthaya ini.

Apabila kuasa kerajaan Ayutthaya semakin kuat,pengaruhnya mencapai

seluruh Indochina dan negeri-negeri Melayu semenanjung.Terutamanya

Kedah,sebab ia mempunyai pelabuhan yang baik.Di masa inilah munculnya

UUK itu.Ketika ini Kedah dibayangi pengaruh Siam Ayutthaya.

Ini samalah seperti hari ini,dahulu British berkuasa dan membayangi

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (14 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

negera-negara di dunia.Kemudian hari ini Amerika tidak dinafikan masih

lagi kuasa dunia dan ia membayangi semua negara dunia pada hari ini.

Jadi sejak Ayutthaya menjadi kerajaan,barulah nama 'Siam' ini

dipolitikkan oleh raja-raja Ayutthaya.Jadi apa yang boleh saya simpulkan,

kerajaan Ayutthaya inilah yang memperkenalkan 'Siam' kepada dunia luar.

Nak harap Sukhotai?Inskripsi RamKhamhaeng pun sudah mula diragui

keasliannya.Dan nama raja itu pun tiada dalam rekod sarjana bangsa lain.

Jadi Ayutthayalah yang membina hubungan antarabangsa pertama secara

besar-besaran bagi Benua Siam selepas kejatuhan Champa dan Funan.Jadi

ini logik mengapa manuskrip atau peta tentang 'Siam' hanya wujud tidak

lebih awal dari abad ke 15.

Melaka tidak disenangi oleh Ayutthaya kerana memotong peluang

Ayutthaya mengaut keuntungan lebih.Ini ibarat raja Pelabuhan Kelang

yang tidak menyenangi Pelabuhan Singapura kerana 'mencuri' kapal-kapal

yang mahu lalu ke Selat Melaka.SEbab itu peta-peta Anai-anai yang

menunjukkan 'Empayar Siam Nagarakedah Pasai Ma' itu antara abad ke 15

hingga 17.TIdakkan ada Siam Islam versi Anai-anai lebih awal dari abad ke

11 atau 12 Masehi.Keturunan Siam Anai-anai hanya wujud kerana

Ayutthaya.Anai-anai adalah Ayutthaya.Ayutthaya adalah Anai-anai.Itu saja.

Saya tidak mahu sentuh pasal sejarah kedatangan Islam (salah satu

senjata Anai-anai).Kerana saya pun tahu Islam telah pun tiba di Nusantara

seawal Rasulullah s.a.w masih hidup lagi.CUma ketika itu,bukan seluruh

umat Melayu mendadak masuk Islam.Ia mengambil proses beransur-ansur

yang memakan jangka masa tertentu.

Saya petik lagi dari artikel 'Siapakah Yang Membuka Melaka?':

"Melaka dikatakan dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400 dan

kononnya putera raja Majapahit tanpa memberi bukti asal usul keturunan

dan salasilahnya. Kefahaman kita mengenai sejarah ini adalah kerana kita

membaca buku-buku yang ditulis dizaman Inggeris menjadi penjajah. Akan

tetapi bukan Inggeris yang menulis sejarah Melaka sebegini kerana Inggeris

datang terkemudian, selepas Portugis dan Belanda tidak banyak yang

merka tahu ketika itu. Penulis sejarah ini tak lain dan tak bukan ialah

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (15 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

Marhum Melaka, Raja Kota Setar yang melarikan diri ke sana dari Kedah

kerana bersubahat membunuh Maharaja Benua Islam Siam, Khalifah Sharif

dalam tahun 1821"

Ulasan saya...salah,salah dan salah.Ini bukti hanya UUK sahaja rujukan

Anai-anai.Melaka dibuka oleh putera raja Srivijaya yang mengalami

perpecahan dan kemerosotan ketika itu,bukan Majapahit.Majapahit adalah

kerajaan Jawa.Jika putera Majapahit

yang membuka Melaka,maka tiadalah Sultan Melaka.Yang ada ialah

Bentara Melaka.Cubalah kaji sejarah secara meluas,jangan duduk di dalam

tempurung Ayutthaya,UUK dan Siam sahaja.JIka Ayutthaya menakluk

seluruh Nusantara,mana nak campak Prambanan dan Borobudur itu?Mana

nak campak candi-candi Srivijaya di Thailand itu?Anai-anai dan

kelompoknya takut sekali nak menyebutkan tentang Srivijaya kerana ia

adalah EMPAYAR NUSANTARA TERBESAR DI ASIA TENGGARA.Tiada kerajaan

di Asia Tenggara sehebat Srivijaya.Yang ada menyaingi sedikit ialah

Empayar Khmer.Apatah lagi Ayutthaya yang berkali-kali gagal menakluk

Melaka.Dan Melaka hanya dapat dikalahkan oleh kuasa Eropah seperti

Portugis,itupun setelah rahsia pertahanan dan jambatan Melaka

dipecahkan oleh pembelot.Tetapi Ayutthaya dikalahkan oleh Burma sahaja

dicampur orang Thai yang memberontak.

Saya bukan menulis untuk menafikan wasiat Anai-anai.Saya menulis bukan

kerana nama...(eh,tersasul pulak).Saya menulis adalah untuk memastikan

penulisan Anai-anai selepas ini lebih mantap dari segi kronologi sejarah.

JIKa persoalan yang ditimbulkan oleh penulis sejarahnegarakedag.blogspot

pun tidak terjawab malah dijawab secara maki hamun (ini dakwaan

Adulyadeh,penulis blog itu) dan emosi,bagaimana untuk menghadapi yang

lain-lain?Saya nampak poin dari penulisan Anai-anai tetapi menjadi

kecewa dengan tuduhan-tuduhan kurang berpelajaran tentang asal-usul

Melayu.

Saya tidak mahu mengesahkan tentang benar atau tidak salasilah

keturunan Nai itu,kerana saya bukan orang Siam dan hanya kerabat

mereka yang faham dan tahu sendiri salasilah keturunan mereka.Saya

tiada masalah jika mereka mendakwa raja-raja Ayutthaya itu adalah

nenek moyang mereka.Lagi pun ini wasiat turun temurun (seperti yang

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (16 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]


MistisFiles: Dilema Melayu dan Siam

dikatakan Anai-anai).Yang ingin saya TEKANKAN IALAH PANDANGAN ANAI-

ANAI TENTANG ASAL-USUL MELAYU ITU.Itu yang memang boleh

dipertikaikan.Dan saya juga bukan mahu mempertikaikan kesahihan UUK.

Bagi saya,kitab ini penuh rahsia dan wajib dikaji oleh pakar sejarah

berkenaan hubungan negeri-negeri Melayu dengan kerajaan di Benua Siam

(Indochina).

Bagi saya,Anai-anai hanya 'expert' dalam sejarah Kedah dan Siam

Ayutthaya,tetapi bukan asal-usul Melayu dan orang Melayu.Kena belajar

lagi,seperti saya yang masih cuba belajar memahami rumpun Siam itu

sendiri.

~Srikandi

Posted by Mistis at 3:39 PM

Organization

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/dilema-melayu-dan-siam.html (17 of 17) [02-Mar-10 5:13:56 PM]

You might also like