You are on page 1of 2

ng seseorang guru itu akan dapat mengelakan daripada memberikan penilaian kepada seseorang

murid itu secara sesuka hati sahaja.

JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi

kandungan sesuatu ujian itu. Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topiktopik dan aras-aras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topik-topik yang
telah kita ajarDifinisi

Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu

ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks,
pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Penggubalan sesuatu

kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan
pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah
ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan
yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.

Menurut Hale, (1980),

penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini
penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya,
pengukuran yang adil.

Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua

hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut
menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsepkonsep utama yang diajar dan ingin diukur.

Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut

pelbagai proses dengan terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan
mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi
panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu
dicapai pelajar.

Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru

supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.
Apa Pentingnya JSU Seseorang guru wajar membina Jadual Spesifikasi ujian (JSU) sebelum membina
soalan yang akan dijadikan kayu ukur kepada murid-murid. JSU mempunyai peranan yang penting
dalam pembinaan soalan yang kita hasilkan.

Antara kepentingan JSU adalah untuk

mengelakkan daripada seseorang guru membina ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya


dengan adanya JSU, seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh muridmuridnnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan. Antara perkara yang
diambil kira dalam pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid serta bentuk soalan itu
sendiri. Tidak secara langsu dan sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses
menghasilkan JSU, kita akan memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama kita
dapat merasakan kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan.

Seseorang guru juga

dapat menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang akan diuji
kepada murid-muridya sekiranya mereka membina JSU. Selain itu JSU juga dapat memperlihatkan
kertas ujian dapat dibina secara sistematik dan terancang. Kesahan dari segi persampelan sukatan
pelajaran juga adalah terjamin.

Kita tidak dapat mengetahui tahap pencapaian dalam

menguasai satu-satu topik yang telah dipelajari oleh seseorang murid. Melalui penilaian atau
memberikan ujian berkaitan topik itu sahajalah kita dapat melihat tahap penguasaan mereka.
Walaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian mengikut format yang sesuai kepada murid-murid

untuk menilai kebolehan mereka dari pelbagai segi. Untuk menentukan format ujian ini, pembinaan
JSU amat diperlukan. Hasilnya barulah guru dapat menentukan format ujian tersebut.
Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan. Bentuk-bentuk soalan samada
objektif, subjektif, struktur ataupun esei. Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya
satu-satu topik itu atau merujuk pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu,
guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada soalan-soalan yang
telah dijawab murid. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa guru untuk menyemak kertas-kertas
jawapan murid. Contohnya bagi soalan-soalan berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa
yang lebih singkat untuk memeriksa atau menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk
struktur atau esei.

Penilaian dijalankan kepada murid-murid setiap tahun. Soalan-

soalan yang diajukan tentunya berbeza-beza antara satu tahun dengan tahun yang lain. Tanpa adanya
JSU kemungkinan tahap atau aras kesukaran ujian-ujian itu amat berbeza antara tahun ke setahun.
Jadi, JSU berperanan untuk menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Set ujian-ujian itu
sesuai digunakan oleh murid pada bila-bila masa sahaja.

Topik yang diajar kepada murid-

murid sememangnya telah disusun mengikut keutamaan. Bilangan masa yang ditentukan setiap topik
adalah berpandukan kepada banyak atau luasnya sesuatu topik itu. JSU juga mengambil kira masa
yang dieruntukan untuk sesuatu topik. Oleh yang demikian penilaian untuk satu-satu topik itu dapat
dilaksanakan secara adil.

Perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain juga dapat

dibuat sekiranya seseorang guru itu membina JSU. Perbandingan yang dimaksudkan seperti tahap
pencapaian atau penguasaan yang ditunjukkan melalui markah yang diperolehi oleh seseorang murid
itu.

You might also like