You are on page 1of 4

Pergerakan Bukan Lokomotor

Definisi:
-Keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat.
-Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan
otot-otot kecil.
-Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi bukatutup dan pusing-putar
-Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pergerakan.Cth
melambung,membaling,menggolek (menggunakan bola) dan menampar alat
kecil atau besar(menggunakan kompang)
-Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas
seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Pergerakan Bukan Lokomotor adalah seperti mengilas
badan,memusing,meregang
,menunduk,menghayun,mengangkat,menolak,menarik,menjatuh,mengoncang,m
elantun,membuai badan,dan lain-lain lagi.

Konsep pergerakan bukan lokomotor.


Konsep pergerakan lokomotor adalah merupakan konsep pergerakan dalam
keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan
bukan lokomotor ini dapat membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk
badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang
fleksibel dan seimbang. Aktiviti gerakan mestilah dibuat dalam keadaan yang
tenang dan kurang tekanan.
i. Bentuk-bentuk pergerakan bukan lokomotor
a. Membongkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain.
Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi
terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan
ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku
dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan
dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan.
Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan
bahagian lengan atas dan bahu.

b. Meregang
Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi
didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang
selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan
melebihi 180'.
Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang

Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan

bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki
kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan
belakang.

Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan

bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.


c. Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang
tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn
arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagianbadan yang boleh
dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksipanjang.
d. Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh
badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.
Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.

Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan,

badan, dan leher.

Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan

berlainan sebagal dasar menyokong.

e. Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak
menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini
dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu,
dan pinggul.

f. Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan.
Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.
Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik

Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang

berlainan

Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .

Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan

yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki

g. Hayun
Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik
tengah yang tetap
h. Berbuai-buai
Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan
Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai

Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan didada

Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain

Hayun dengan bergayut pada palang

Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri


dan ke kanan

Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan


menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

i. Rebah
Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .Rebah
mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk
merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan
dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk
keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati
semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan
terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar
menyokong baru didapati.

j. Bangun
Aktiviti bangun, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar
menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan
pusat bumi.

You might also like