You are on page 1of 2

PENYATAAN PROFESSIONAL

Praktikum

merupakan

satu

program

yang

dilaksanakan

oleh

pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).


Di dalam konteks program ini, penglibatan guru-guru pelatih dari PISMP semester 5
hingga semester 7 dikehendaki wajib menjalani praktikum ini. Hal ini kerana,
program praktikum ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada guru-guru pelatih terhadap persekitaran sekolah sebagai seorang guru,
meninjau situasi seseorang murid dan memberi pendedahan mengenai infrastruktur
dan prasarana yang terdapat di setiap sekolah.
Untuk melaksanakan tugas program praktikum yang telah diberikan kepada
saya ini, Bahagian Unit Praktikum IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah
menempatkan saya di sebuah sekolah di kawasan Kuala Muda, Kedah untuk
melaksanakan praktikum fasa ke-2. Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam ini
merupakan sekolah yang berada dalam kawasan kampung. Praktikum fasa ke-2 ini
dijalankan selama 8 minggu iaitu bermula pada 26 Julai 2015 dan berakhir pada 17
September 2015. Pensyarah major Pendidikan Seni Visual yang bertanggungjawab
dalam menyelia saya ialah Encik Borhan bin Hashim manakala pensyarah elektif
bagi subjek Bahasa Malaysia pula ialah Puan Rodiah binti Ahmad.Saya dibimbing
oleh seorang guru yang berpengalaman dan peramah orangnya iaitu Puan Sabariah
binti Saad.
Program praktikum ini memerlukan saya untuk mempraktikkan segala ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang saya

pelajari di sekolah. Saya

perlu

mengaplikasikan pengetahuan saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran


malahan dalam setiap aspek pengurusan sekolah. Praktikum fasa pertama yang
terdahulu telah banyak membantu saya dalam melakukan persediaan untuk terus
menjalani praktikum fasa ke-2 ini. Saya berasa lebih yakin dan bersedia dalam
menjalankan tangungjawab sebagai seorang guru pelatih untuk kali kedua.
Sebagai persediaan yang lebih sistematik dan tersusun, saya perlu membuat
perancangan yang lebih rapi untuk menjalankan tanggungjawab dan tugasan yang
diberikan kepada saya di sekolah berkenaan. Saya membuat Rancangan
Pengajaran

Harian

(RPH)

sebelum

melaksanakan

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran (PdP) agar sesi PdP dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang
gangguan. RPH ini akan menjadi panduan bagi saya sebagai persedian untuk PdP
seperti kenalpasti bahan bantu mengajar yang sesuai, strategi, teknik, kaedah dan
sebagainya.
Bukan itu sahaja, saya juga perlu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
sekolah seperti Unit Beruniform, Kelab/Persatuan, dan Sukan/Permainan. Ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang saya peroleh semasa melibatkan diri dalam
aktiviti Gerko di IPG membantu saya untuk berkongsi pengalaman bersama guruguru dan murid-murid di sekolah. Perhubungan siraturrahim yang baik bersama staf
dan kakitangan sekolah serta murid memberikan saya perasaan sebagai seorang
ahli keluarga SK Bukit Meriam yang akrab. Sekaligus menghalang daripada
wujudnya jurang sosial antara guru pelatih dan kakitangan di sekolah. Dalam
konteks ini, memudahkan saya untuk berinteraksi dan bergaul dengan semua warga
SK Bukit Meriam ini.
Saya sedia menerima bimbingan, kritikan dan nasihat dari mereka yang
berpengalaman dan berpengetahuan luas. Harapan saya juga agar semua warga
sekolah dapat memberikan kerjasama dan mewujudkan hubungan yang baik antara
saya dan warga SK Bukit Meriam. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab ini
dengan sebaik mungkin untuk dapat memuaskan hati semua pihak. Semoga segala
harapan saya ini dapat direalisasikan dengan baik kelak.
Insyallah.

You might also like