You are on page 1of 2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK INOVASI

DADU TISUKAWA

Penggunaan teknik bermain menggunakan bahan dijadikan fokus utama dalam


melaksanakan projek inovasi kali ini. Bahan bantu mengajar berbentuk dadu yang bersaiz
besar beserta manila kad yang telah dibentuk menjadi tikar suku kata yang berwarna warni
menjadi pilihan.
Projek inovasi ini telah diaplikasikan ke atas murid tahun 1 USM di Sekolah
Kebangsaan Taman Kota Kulai 2. Projek ini amat sesuai untuk mereka kerana ia dicipta
selaras dengan tahap kemampuan mereka yang masih lagi mempelajari suku kata terbuka
kv+kv. Ia direka dengan penambahan penggunaan kertas warna warni yang tertulis suku
kata terbuka kv di atasnya. Begitu juga pada dadu, ia telah diubahsuai menjadi dadu gergasi
yang berwarna dan mesra pengguna. Keselamatan murid juga diutamakan semasa
penggunaan bahan.
Walaupun pelaksanaan projek ini berjalan lancar dan memperlihatkan kekuatan dan
keberkesanannya terhadap kemahiran membaca murid namun masih terdapat beberapa
perkara yang dilihat memerlukan penambahbaikan. Penambahbaikan ini untuk melicinkan
serta menjadikan projek ini lebih berkesan semasa pelaksanaannya. Selain itu, ia mampu
memberi kesan kepada prestasi murid agar lebih mahir membaca agar dapat menguasai
kemahiran membaca yang lebih susah dan beraras tinggi.
Semasa saya mengaplikasikan Dadu Tisukawa dalam pengajaran kelas yang
terpilih.

Terdapat

beberapa

kelemahan

yang

telah

dikenal

pasti

memerlukan

penambahbaikan agar keberkesanan penggunaan bahan inovasi ini diperkukuhkan. Antara


kelemahan yang perlu difokuskan ialah arahan guru. Murid memerlukan arahan sebagai
panduan dalam melakukan sesuatu jika arahan tidak jelas murid akan keliru dan tidak dapat
melakukan apa yang disasarkan oleh guru.
Guru perlu memberi penerangan dan arahan yang jelas tentang peraturan permainan
perlu dilakukan secara terperinci kepada murid sama ada melalui paparan di skrin
menggunakan LCD. Jika guru memilih untuk memberi penerangan secara manual, guru
perlu menjelaskan kepada murid satu persatu arahan dan objektif yang guru sasarkan di
akhir aktiviti.
Selain itu, guru perlu menyediakan tayangan video cara penggunaan bahan dadu
gergasi dan tikar suku kata berwarna kepada murid. Selepas penerangan berpandukan

tayangan video berlangsung, guru boleh melakukan simulasi dan tunjuk cara secara manual
di hadapan murid cara permainan dimainkan.
Murid-murid kelas 1 USM terdiri dari kalangan murid yang aktif dan ada masanya
sukar dikawal ia ditambah dengan kehadiran dua orang murid yang hiperaktif. kedua-dua
sikap kanak-kanak ini ada masanya sukar diduga sehubungan dengan itu guru perlu
menyediakan perancangan lain untuk murid-murid ini agar tingkah laku mereka dapat
dikawal dan tidak mengganggu murid lain di dalam kelasa sepanjang aktiviti berlangsung.
Bagi penyediaan carta kosa kata yang digunakan untuk menulis suku kata yang
diperolehi, ia perlu lebih relevan dan memudahkan murid menggunakannya. Guru perlu
mengubahsuai carta tersebut agar mempunyai dua ruang lajur bagi suku kata pertama dan
kedua yang didapati semasa permainan ini dilaksanakan. Rekaan ini bertujuan memudahkan
murid menulis dengan jelas dan tidak keliru dengan kehendak guru.
Diharap segala penambahbaikan ini mampu mengubah permainan ini menjadi lebih
berkesan dan lebih inovatif. Ia bukan sahaja permainan yang mampu menarik minat murid
untuk menyertai aktiviti bahkan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid.

You might also like