You are on page 1of 36

1 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

BAB 1:
PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN
KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1.0

Pendahuluan
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan

etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah
maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan
masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak
begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan
Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama
sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah
berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat yang pelbagai budaya.
Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102,
kepelbagaian

ialah

perihal

berbagai-bagai jenis.

Kepelbagaian

merangkumi banyak
benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu
tempat atau
kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang
dibentuk

supaya

dapat

dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam


sekitar.

berinteraksi

2 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

Perkataan budaya
berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan
Melayu, iaitu budhi dandaya

(Shamsul Amri Baharuddin,2007:13).

Perkataan
budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan
fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia
yang bermakna kekuatan
kuasa, tenaga danpengaruh

(Shamsul

Amri

Baharuddin,2007:13).

Mengikut
Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya
membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan
masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup
dalam masyarakat yang berbilang kaum, etnik dan budaya. Tanpa
pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan
mengenali jati diri masyarakat.

Hal ini demikian kerana budaya

merupakan

warisan

sebahagian

daripada

yang

diperturunkan

dan

dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada


generasi akan datang (Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi, 2005:1).

1.1

Konsep Ketaksamaan Peluang Pendidikan


Maksud Ketidaksamaan menurut Kamus Dewan edisi ke-3 , boleh

dikaitkan dengan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran

3 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

dan hakikat. Menurut Noran Fauziah Yaakub ketaksamaan bermaksud


keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang
sama.Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan,
perbezaan darjat atau taraf seperti keupayaan mental, bakat dan
kekuatan bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat. Penilaian
tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa
panjang. Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain
yang memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan.
Berdasarkan

Kamus

Dewan,

perkataan

pendidikan

berasal

daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan


memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan
kecerdasan fikiran. Pendidikan pula bermaksud proses mengubah sikap
dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut.
Maka,

jelasnya

pendidikan

bolehlah

ditakrifkan

sebagai

proses

penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang.


Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu
proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi
keperluan diri dan masyarakatnya, ia berlaku samada secara formal
ataupun non-formal. Ini adalah kerana, setiap individu, telah ditetapkan
secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12 menyebutkan
tentang Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya iaitu hak
mendapatkan pendidikan. Ia boleh dilihat melalui konsep demokrasi yang

4 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

mana demokrasi ini membawa maksud peluang, tindakan atau proses


berdasarkan defines mengikut kamus Dewan. Dalam konteks pendidikan,
pendemokrasian pendidikan bererti memberi peluang yang sama untuk
semua kanak-kanak mendapatkannya.
Justeru

secara

tuntasnya

maksud

ketaksamaan

peluang

pendidikan menerusi buku Budaya dan Pembelajaran yang ditulis oleh


Noriati A. Rashid,Boon Pong Yong, Sharifah fakhriah Syed Ahmad dan
Zuraidah

A.Majid

mendefinisikan

Ketaksmaan

peluang

pendidikan

merupakan pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya


perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan
atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan,
peluang kerjaya dan sebagainya. Jadi kesimpulanya ketaksamaan dalam
pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang atau sesuatu etnik untuk
mengembangkan potensinya.

5 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

BAB 2 :
ISU ISU UTAMA KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
2.0

Pengenalan
Terdapat tiga isu utama yang dikenalpasti menjadi punca

ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia iaitu isu isu ketaksamaan


peluang pendidikan murid orang asli, pribumi dan murid di pedalaman.
2.1 Orang Asli
Orang Asli di negara ini dilindungi di bawah Perlembagaan
Negara di mana sama kedudukannya dengan orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai hak di negara ini di

6 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini,


hak Orang Asli, anak-anak dan keturunan mereka dijamin oleh Yang diPertuan Agong selaku pelindung mereka tanpa menafikan hak-hak kaum
lain di negara ini.
Orang

Asli Orang

Asli

merujuk

kepada

masyarakat

yang

kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran yang


sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu
ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar
pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang
terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang
pengurusan alam semula jadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni
dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah
yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara
pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam
kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002) Orang Asli dibahagikan
kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi,Negrito dan Melayu Asli. Dalam
semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum.
Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan
jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain
di Malaysia. Kebanyakkan

orang

Asli

masih

terpinggir

dalam

arus

pendidikan kerana infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di


kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air
bersih

dan

jalan,

masih tidak

diadakan.

Biasanya

pembekalan

7 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

kemudahan-kemudahan

seperti

ini

terhenti

sebelum

sampai

keperkampungan orang Asli.


Bagi isu yang pertama yang dikenalpasti

iaitu isu kurangnya

infrastruktur dan prasarana. Pihak kerajaan telah melaburkan jutaan


ringgit untuk meningkatkan infrastruktur dan prasarana di sekolah
pedalaman. Dari apa yang dipetik di Utusan Online bertarikh 7 Mac 2010,
kerajaan akan melaburkan sebanyak RM150 juta untuk meningkatkan
prasarana penempatan Orang Asli. Di dalam peruntukan yang dinyatakan
ini, kerajaan akan membuat penempatan-penempatan baru kepada
masyarakat

Orang

Asli.

Penempatan-penempatan

ini

akan

dibina

berdekatan dengan kawasan bandar dan kampung. Selain penempatan,


kerajaan juga berusaha dan mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang
pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan
Tinggi Awam. Daripada 112 orang tersebut, kerajaan akan memilih
seramai lima orang yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar
Negara. Selain itu, kerajan juga berusaha untuk memasukkan pelajarpelajar Orang Asli yang cemerlang di sekolah untuk dimasukkan ke
Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula akan diberikan
pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara.
Kedua ialah berkenaan taraf sosio-ekonomi mereka yang agak
rendah, penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga
pengajar yang benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli
begitu kurang diberi perhatian. Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan

8 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

latar belakang akademik yang rendah (Mustafa Omar, 2004). Munurut


JHEOA

(1998),

minat belajar

dalam

kalangan

orang

Asli

masih

berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada
tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar
nasional 6.4 %).Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu
terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih
semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang
ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan
orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam serba kekurangan.
Isu ketiga ialah berkenaan persepsi dan amalan Ibu-bapa orang
Asli. Amalan hidup yang memburu, masuk ke hutan dan lain lain
membantutkan pembelajaran murid murid. Ibu-bapa Orang Asli juga
tidak boleh sesuka hati membawa keluar anak mereka dari sekolah untuk
mencari

hasil

hutan

sepanjang

waktu

persekolahan

kerana

ini

mengganggu tumpuan dan minat anak-anak belajar walaupun tidak dapat


dinafikan bahawa mereka hidup di bawah paras kemiskinan dan terpaksa
meneruskan kehidupan. Untuk itu, infrastruktur pendidikan, sistem serta
model pembelajaran khusus, kemudahan asas dan bantuan kewangan
yang

sewajarnya

juga

perlu

disediakan

dengan

sempurna

bagi

membolehkan kanak-kanak Orang Asli mudah dalam pembelajaran dan


mempunyai akses ke sekolah

2.2 Indigenous/Pribumi

9 | K E TA K S A M A A N P E LU A N G P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A

Indigenous merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman


Sabah dan Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri
daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan
tempat tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku
kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang
Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh.
Penan dan Kelabit. Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok
masyarakat danetnik yang tinggal jauh di pendalaman dan masih belum
menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada
sistem kehidupan masyarakat yang telah mereka bina sejak dari dulu
lagi. Ketaksamaan

dalam

pendidikan

tetap

berlaku

dalam masyarakat indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang


dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem belajar asli
(indigenious learning system) masyarakat tradisional.
Isu pertama ialah kurangnya infrastruktur dan prasarana di
sekolah-sekolah pedalaman. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan
infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan Bandar. Yang
paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha
untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan
pedalaman. Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di
kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat
juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator
untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi

10 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada


bekalan

elektrik,

kemudahan

lain

kerajaan
yang

juga

boleh

perlu

menyediakan

melancarkan

kehidupan

kemudahanmasyarakat-

masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga


klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu
sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru.
Seterusnya adalah isu berkenaan kurangnya tenaga pengajar. Isu
ketaksamaan peluang pendidikan yang jelas adalah berkenaan kurangnya
guru terlatih. Antaranya terdapat kurangnya guru dalam bidang kritikal
seperti

Sains,

Matematik

dan

Bahasa

Inggeris;

kurangnya

guru

berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan


masalah pengendalian aktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran
Tidak Terlatih (GSTT) masih ramai di sekolah pedalaman. Kerajaan perlu
befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman.
Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa
sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana.
Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak
kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke
kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan
mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif.
Isu ketiga ialah berkenaan ketaksamaan peluang pendidikan bagi
masyarakat pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang
berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang

11 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

lembab turut memberi kesan kepada sistem pendidikan di kawasan


berkenaan. Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan
pendalaman juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud
iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan
penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.
Pengunaan

bahasa

sendiri

oleh

murid

setempat

turut

menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru. Guru harus cuba


mempelajari dan menggunakan bahasa tempatan bagi menarik minat
mereka

untuk

belajar

disamping

meningkatkan

tahap

pencapaian

akademik mereka. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara


jenis sekolah,kaum jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan
murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian
murid,penyediaan

kemudahan

fizikal

dan

bukan

fizikal

serta

keciciranmurid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada


keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara
penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus
mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3):
merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara
kaya dengan yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui
pembahagian

sumber-sumber

dengan lebih saksama.

dan

kemudahan-kemudahan

negara

Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid,

secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk
menuntut ilmu.Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak

12 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka
sendiri.Sikap ibu bapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran
anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi
kesan.

2.3 Pedalaman

merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara


bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang
kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ;
agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan
negara.
YB Dato Seri Hishamuddin Tun
Hussein
( Perutusan Tahun Baru, 2006 )

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal


sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar
dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber
mencukupi.
Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami
pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas, guru serta sokongan

13 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan
pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan
yang disediakan.
Isu pertama ialah isu tentang kekurangan guru terlatih dimana
kekurangan guru terlatih masih wujud di sekolah rendah di kawasan
pedalaman dan luar bandar. Antaranya, terdapat kekurngan guru terlatih
dalam bidang - bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris. Selain dari kekurangan guru dalam bidang kritikal,kekurangan
guru guru Pendidikan Khas, guru guru lelaki mengikut opsyen dan
bilangan guru sandaran yang tidak terlatih yang masih ramai menjadi
punca ketaksamaan peluang pendidikan berlaku.
Isu kedua ialah isu berkenaan kekurangan Infrastruktur. Sekolah
luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur di
sekolah. Pada tahun 2005, terdapat 5,077 (66.8%) buah sekolah rendah
dan 792 (39.0%) buah sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah
dan menengah khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur
serta kemudahan. Terdapat 5,951 (78.3%) sekolah rendah dan 870
(42.9%) sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan memerlukan
penyelenggaraan tinggi. (P elan Induk Pembangunan Pendidikan, 20062010).
Isu ketiga ialah isu berkaiatan ketidaksamarataan daripada segi
penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah
Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Ketidaksamarataan dan jurang

14 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu


kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan
berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.Terdapat seramai
190,336 orang guru di sekolah rendah dan 136,598 orang gurudi sekolah
menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895
guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran. TidakTerlatih (GSTT),
guru dalam latihan dan guru sambilan/sementara. KPM menghadapi
kesukaran

menempatkan

guru-guru

terlatih

dan

berpengalaman,

terutamanya bagi mata pelajaran kritikal dikawasan luar bandar dan


pedalaman. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010)
Isu keempat ialah
daripada

segi

akses

jurang digital yang merupakan perbezaan

kepada

kemudahan

ICT

antara

lokasi

dan

penguasaan kemahiran dalam kalangan pelajar dan guru. Di kalangan


sekolah tersebut, terdapat 767 buahsekolah rendah dan 28 buah sekolah
menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam.
Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi
untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi
kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang
jauh dipedalaman.
Isu kelima ialah berkenaan dengan kekurangan motivasi untuk
belajar dantiada daya saing kerana bilangan pelajar yang sedikit. Ini
ditokok tambah dengan taraf sosioekonomi yang rendah dan ibu bapa
yang

mempunyai

pendapatan

rengah

tidak

mampu

menyediakan

15 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

kelengkapan asas untuk anak anak mereka. Juga, murid murid di


pedalaman

kurang

minat

belajar

kerana

ibu

bapa

mereka

tidak

menekankan kepentingan belajar dalam diri anak anak. Oleh itu,


kerajaan berusaha merapatkan jurang pendidikan antara masyrakat
bandar dengan luar bandar melalui pembahagian sumber dan kemudahan
dengan adil dan saksama.

BAB 3:
PERANAN GURU MENANGANI ISU ISU KETAKSAMAAN PELUANG
PENDIDIKAN DALAM BILIK DARJAH
3.0 Pengenalan
Guru
menangani isu

memainkan

peranan

yang

sangat

penting

dalam

isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan

murid pelbagai etnik dan budaya. kelancaran dan penyampaian

P & P

yang baik oleh guru mampu membentuk perkembangan minda murid dan

16 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

menarik minat murid untuk terus mengikut serta secara aktif dalam
pendidikan salam bilik darjah tanpa berasa diskriminasi antara etnik dan
budaya. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam
menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama rata terhadap semua
murid pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini haruslah
ditekankan untuk kelancaran sesuatu p&p.

3.1 Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang


sesuai
Guru haruslah memahami budaya orang Asli, peribumi dan
masyarakat pedalaman. hal ini demikian kerana gaya pembelajaran
meraka adalah berbeza daripada masyrakat bandar dan budaya lain.
Sekiranya guru silap dalam memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, hal ini akan menjadi piunca murid murid ini kurang
berminat dan tidak berjaya dalam pembelajaran mereka.
Aspek aspek seperti kurikulum yang tudak mesra budaya ,
ketidakhadiran

murid

dan

kadar

pertukaran

guru

yang

tinggi

menyebabkan murid menghadapi masalah pembelajaran, Maka, guur


haruslah mendalami gaya pembelajaran dan kognitif murid murid orang
Asli, pribumi dan murid pedalaman supaya meraka dapat mengajar
dengan lebih berkesan. Guru juga perlu

berusaha menangani masalah

komunikasi dalam bahasa ibunda murid dan belajar adat resam mereka

17 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

bagi memastikan salah paham sehingga menimbulkan persepsi tidak baik


pada pandangan mereka berlaku.
Kepekaan guru terhadap kepaercayan murid dengan alam
semulajadi, keagamaan dan kerohanian adalah amat penting. Justeru
guru haruslah mengunakan kaedah pembelajaran yang interaktif serta
relerven dengan asyrakat orang Asli dan masyrakat pribumi. Menurut
Sparks (2000) mencadangkan pembelajaran koperatif, bahan pengajaran
visual, pendekatan menggunakan cerita dan lagu. hal ini demikian kerana
masyrakat orang Asli dan pribumi sangat suka bercerita tentang peristiwa
lampau mereka. justeru pembelajaran secara kontekstual amat berkesan
dilaksanakan. Selain itu, pembelajaran seperti koperatif dan kerja projek
secara berkumpulan dalam persekitan yang agak bebas mampu menarik
minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Hal ini
demikian kerana murid orang asli dan pribumi ini tidak suka akan
kongkongan dan biasa hidup dalam situasi bebas dalam kehidupan
mereka seharian.
Untuk murid murid orang asli yang kinestetik, pembelajaran
holistik amat berkesan di mana pembelajaran holistik adalah berkaitan
dengan aktiviti sedia ada murid. Pendekatan ini mampu merangsnag
kreativiti

dengan

penggunaan

visual

ruang

dan

sentuhan.

walaubagaimanapun, mereka tudak suka bersaing.


Secara

kesimpulanya,

guru

haruslah

memahami

tentang

pedagogi pribumi iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi

18 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

kumpulan etnik yang terdiri daripada orang Asli dan lain lain kaum
pribumi Sabah dan Serawak. Guru jugak harus menyesuaikan diri dengan
kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran

supaya

pengetahuan

dan

kemahiran yang disampaikan dapat diterima oleh murid murid orang asli
dan pribumi.

3.2 Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan


sensitiviti

agama

Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam


sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang
banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekolah rendah terbahagi
kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Namun begitu, terdapat juga murid Cina dan India yang belajar di Sekolah
Kebangsaan

yang

menggunakan

bahasa

Malaysia

sebagai

bahasa

perantara.
Oleh itu, guru yang cekap mestilah bijak menyesuaikan diri
dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuan dan tutur kata
supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan
sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan
dalam bilik darjah. Hal ini kerana, sekiranya guru tersilap memberi fakta
tentang sesuatu kaum, murid-murid lain akan menerima konsep yang

19 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan mewujudkan jurang
perbezaan sosial yang ketara.
Akibatnya, masalah sosial dalam pembelajaran mereka seperti
tiada kerjasama dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan berlaku. Maka, rancangan pengajaran yang awal dan
rapi perlu direka terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati supaya guru
dapat

meminimumkan

kesilapan

sewaktu

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran.

3.3 Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India


mempengaruhi

kefahaman konsep

Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat


dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik
pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan
penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya
adalah jelas dan tepat.
Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan
kekeliruan

maklumat

sebenar

yang

ingin

disampaikan

oleh

guru.

Kepekaan guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa


amat dituntut. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang
mempunyai masalah bahasa dan bertutur. Guru perlu menggalakkan
murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India

20 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid Melayu untuk


memantapkan lagi pertuturan mereka.
Selain itu, kelas pemulihan yang berfungsi membantu muridmurid

yang

lemah

dari

aspek

akademik

juga

dapat

membantu

mengukuhkan lagi pertuturan mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu


yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa
Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga.
Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid
Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India
yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini
dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik
seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru
dengan berkesan.

3.4 Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain.


Selain

itu,

pengetahuan

tentang

adat

resam,

budaya,

kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia


perlulah dikaji dan diteliti bagi menambahkan dan meluaskan ilmu
pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di
dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya muridmuridnya

amat

penting

dalam

menyusun

aktiviti

pembelajaran

terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik


dan Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan

21 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya


mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia.
Justeru, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid
adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang
melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini,
perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan
berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang
perkauman antara murid dapat dihapuskan. Penjelasan dan penerangan
guru juga amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan
yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan dalam setiap
budaya mampu membentuk hubungan yang harmonis sesama sendiri
setelah murid-murid dewasa kelak.

3.5 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif


Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis
antara murid-murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah
yang

kondusif.

Kelancaran

pengajaran

dan

pembelajaran

banyak

disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid


semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebarang gangguan
dari murid akan menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru.
Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik
darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat
melakukan

pelbagai

aktiviti

bersama-sama

di

sepanjang

sesi

22 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

persekolahan. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah


terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi
mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh
pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes
serius yang dapat merosakkan imej negara.
Jadi, penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan
di dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral
pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk
dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan
datang.

3.6 Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum


dalam bilik darjah.
Perancangan

pengajaran

dan

pembelajaran

guru

perlu

melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta
interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan
saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain.
Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai
aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada
setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap kumpulan yang terdiri
daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk
menjayakan tugasan yang diberi.

23 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk


rapo yang positif dalam kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang
dirangka dengan baik, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid
yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif
yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik
terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin,2007:12).
Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan
dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid dalam
bilik darjah.

3.7

Mengenalpasti Gaya Pembelajaran Murid


Gaya pembelajaran murid haruslah dikenalpasti bagi mengetahui

kecenderungan mereka. Guru haruslah mengesan gaya pembelajaran


mereka dengan mentadbir ujian untuk membantu murid mengenalpasti
jenis pelajar. Dengan adanya pengetahuan tentang gaya, cara ini amat
bersesuaian untuk memastikan kesesuaian gaya pembelajaran murid
dengan strategi dan kaedah pengajaran guru.
Tinjauan literatur (Rasmussen et al., 2004) telah menunjukkan
bahawa kebanyakan orang Asli mempunyai kebolehan visual- ruang
kerana cara hidup, latar belakang dan persekitaran di tempat mereka
berada. Di samping itu, murid murid orang Asli lebih cenderung
terhadap pembelajaran interaktif dan kinestetik dalam modaliti visual,

24 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

kerja kumpulan dan suka bekerjasama. Masyarakat pedalaman dan


masyarakat indigenous serta masyarakat orang asli tinggal di kawasan
pedalaman dan mereka harus mengimbas dan mengingat maklumat
visual ruang untuk meninjau persekitaran selain berburu di dalam
hutan.

.
BAB 4:
AMALAN AMALAN YANG DAPAT MENGHAPUSKAN KETAKSAMAAN
PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
4.0 Pengenalan
Kepentingan pendidikan di dalam membangun sebuah negara
apatah lagi sesebuah peradaban adalah tidak dapat disangkal sama
sekali. Melalui wadah pendidikan ianya akan melahirkan manusia berilmu
yang pasti beriman dan beramal dengan didikan yang diperolehinya.
Menyedari akan hakikat ini, pihak kerajaan dibawah Rancangan Malaysia

25 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

ke-9 telah merangka satu pelan serta bertungkus lumus bagi memajukan
sektor pendidikan di dalam mempersiap negara kita untuk menjadi
Negara maju pada tahun 2020.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada
pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan
dan memupuk perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan
menghormati budaya kaum lain dalam kalangan masyarakat haruslah
bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, guru-guru sekolah
rendah amat memainkan peranan yang besar bagi membentuk dan
memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap muridnya
tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-murid mampu
mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama
dan bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat
dan organisasi yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari
pelbagai aspek lain.

4.1 Menambahbaik infrastruktur dan prasarana sekolah yang


sedia ada
Bagi langkah yang pertama, iaitu menambahbaik Program
Pembangunan Pendidikan Luar Bandar, orang Asli, pedalaman dan
peribumi. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang
terdapat di sekolah-sekolah kawasan Bandar. Yang paling penting sekali

26 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan


bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Pada apa yang
kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa
sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di
pedalaman

hanya

menggunakan

generator

untuk

bekalan

elektrik

mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan


pembelajaran di sekolah akan terganggu.
bekalan

elektrik,

kemudahan

lain

kerajaan
yang

juga

boleh

Selain daripada

perlu

menyediakan

melancarkan

kemudahan-

kehidupan

masyarakat-

masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga


klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu
sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru.
Kerajaan juga harus menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM).
Di Malaysia, sekolah yang bersaiz kecil adalah merujuk kepada sekolah
kurang murid
(SKM) dengan yang bilangan murid yang kurang daripada 150 orang.
Kebanyakan sekolah sekolah ini adalah sekolah luar bandar di pedalaman
seperti sekolah orang asli dan sekolah pedalaman di Sarawak.
Kewujudan

sekolah

bersaiz

kecil

ini

sangat

diperlukan

terutamanya untuk menyempurnakan tuntutan dan tanggung jawab sosial


kerajaan yang perlu memastikan bahawa setiap individu rakyat mendapat
pendidikan percuma tanpa mengira perbezaan taraf ekonomi, sosial,
politik dan kaum

27 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah


yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang
daripada 150 orang. Hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan
daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan
guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan
keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu,
penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada
jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan
SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching
iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun
persekolahan.
Jurang digital merupakan salah satu bentuk kemiskinan yang
perlu ditangani di sekolah luar bandar dan pedalaman. Pemahaman
situasi sebenar di peringkat akar umbi serta

pengumpulan sumber

adalah elemen yang perlu dalam menangani masalah jurang digital.


Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
menuntut KPM mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan
murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman.
Dalam RMKe- 8, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal
atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer komputer riba,
projektor LCD dan pelayan (server), membangunkan perisian khusus dan
program

TV

Pendidikan

bagi

membantu

p&p,

melatih

guru

bagi

28 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p dan melatih


pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.
Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar,
KPM telah menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui
kerjasama

Kementerian

merangkaikan

Tenaga

infrastruktur

dan

Air

dan

Komunikasi

perkakasan

ICT

(KTAK)

melalui

serta

rangkaian

setempat atau teknologi tanpa wayar.


Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur,
perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolahsekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT
berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah,
semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer,
bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga
akan

dirangkaikan

dengan

akses

jalur

lebar

SchoolNet

dan

bagi

sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan


dibina.

Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik

kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan


video teleconferencing sebagai kaedah untuk

menyampaikan ilmu

pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di kawasan


pedalaman.

4.2 Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko


keciciran

29 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Kadar penyertaan pelajar dalam sistem pendidikan adalah


sebanyak 96.0 peratus bagi sekolah rendah, 84.4 peratus bagi sekolah
menengah rendah dan 71.7 peratus bagi sekolah menengah atas.
Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kadar penyertaan di sekolah
rendah dan menengah khususnya di kalangan Orang Asli dan kaum
minoriti.
Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit
akademik kumulatif dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar.
Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan program rintis Kelas
Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun
2004. Pada tahun 2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak
melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas.
Kadar
menunjukkan

keciciran
penurunan

di

sekolah

rendah

sepanjang

dan

tempoh

menengah
RMKe-8.

telah
Walau

bagaimanapun, data yang ada menunjukkan jumlah pelajar yang cicir dan
terkeluar daripada sekolah di bawah KPM sahaja. Data tidak mengambil
kira pelajar yang telah menyambung persekolahan di sekolah-sekolah di
luar KPM seperti di Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat,
Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa atau ke luar negara.
KPM juga menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar
kurang upaya yang terdiri daripada pelajar bermasalah penglihatan,
pendengaran dan pembelajaran. Pelajar yang dikategorikan bermasalah

30 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah kognitif ringan,


masalah tingkah laku, autisme, sindrom down, Attention Deficit Disorder
(ADD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah
pembelajaran khususnya disleksia. Sehingga 2005, terdapat 28 Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan
Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)
dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi.
Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun
2004 di semua SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 Program
Pendidikan

Khas

Integrasi

untuk

pelajar

bermasalah

pembelajaran

diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-kanak kurang upaya memasuki


sistem pendidikan KPM seawal umur 4+ tahun, iaitu pada peringkat
prasekolah jika ada kekosongan. Kanak-kanak kurang upaya yang berusia
kurang daripada 4 tahun mendapat pendidikan intervensi awal di pusat
kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di pusat-pusat
kelolaan badan sukarela.

4.3 Memberi peluang pelajar untuk mendapatkan pendidikan


pada tahap

tertinggi.

Kerajaan haruslah memberi peluang pelajar mengikuti program program


pembelajaran pada tahap yang tertinggi. Apa yang kita sedia maklum,

31 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

kerajaan telah berusaha dan mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang


pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan
Tinggi Awam. Daripada 112 orang tersebut, kerajaan akan memilih
seramai lima orang yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar
Negara. Selain itu, kerajan juga berusaha untuk memasukkan pelajarpelajar Orang Asli yang cemerlang di sekolah untuk dimasukkan ke
Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula akan diberikan
pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara. Strategi sebegini adalah usaha
yang baik dan harus dikekalkan dan mungkin perlu diperluaskan untuk
sekolah sekolah pedalaman yang lain dengan lebih meluas.

4.4 Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di


kawasan

pedalaman

Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di


kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan
pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk
mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang
diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar
yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu
diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih
kondusif.
Pada pendapat saya, pihak kerajaan harus mewajibka guru baru
berkhidmat di kawasan peadalaman. Hal ini demikian adalah supaya guru

32 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

tersebut diberi pendedahan awal terhadap masalah masalah pendidikan


yang berlaku di sekolah pedalaman. Pengalaman ini penting bagi guru
guru baru memantapkan lagi pengetahuan baru dalam opsyen mereka
dari semasa ke semasa. Disebabkan guru baru ini baru sahaja keluar dari
institusi pendidikan maka, ilmu yang mereka pelajari semasa belajar
adalah baru dan terkini. Justeru adalah sangat sesuai bagi mereka
mempraktikan segala ilmu yang dipelajari disekolah di pedalaman.
Selain itu, guru guru sedia ada haruslah diberi khusus tertentu
bagi memperkaya ilmu berkenaan opsyen mereka. Hal ini adalah penting
kerana setiap beberapa tahun kemungkinan terdapat penambahan dalam
pengisian sesuatu mata pelajaran.
Bagi menarik minat dan keselesaan guru yang mengajar di
pedalaman, pihak kerajaan haruslah menyediakan rumah guru yang
mempunyai kemudahan yang sempurna. hal ini dalah kerana tidak semua
guru mampu menyesuaikan diri dalam situasi tertentu. Keperluan
keperluan asas seperti bekalan air, eletrik dan kemudahan internet wajar
disediakan. Hal ini adalah untuk guru sentiasa berhubung dengan dunia
luar dan boleh mencari maklumat terkini untuk disajikan kepada murid
murid mereka yang sangat kekurangan ilmu.
\

4.5 Mempertingkatkan kemahiran ICT guru


Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21
dan

33 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

perubahan daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada


era

masyarakat bermaklumat

cabaran baru kepada

(information society) menimbulkan

institusi pendidikan. Perkembangan ini

telah

mempengaruhi dunia pendidikan terutamanya dalam kaedah pengajaran


dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, beberapa pengubahsuaian perlu
dibuat dari segi penggunaan media pengajaran dan pembelajaran.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and
Communication Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan
internet, laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam
pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran
pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah
dan bahan

pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991). Kementerian

Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan


dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan
sistem pendidikan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Secara logiknya, guru haruslah mempelajari serta menguasai
kemahiran ICT dalam p&p. Hal ini adalah untuk merapatkan jurang
pendidikan antara murid bandar dan luar bandar. Apabila guru mahir
dalam penggunaan ICT, hal ini mampu memberi peluang kepada murid
pedalaman

atau

luar

bandar

berkenaan

isu

isu

semasa

dan

meningkatkan daya pemikiran murid kearah yang lebih urban dan


meluas.

34 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah


guru-guru dapat menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di
dalam proses pengajaran dan pembejarannya di dalam kelas. Menurut
Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada gunanya jika komputer digunakan
tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan baik dan pelajar tidak
mendapat manfaat. Selain hanya tahu menggunakan computer dan ICT,
guru perlu memahirkan diri dengan komputer supaya pengajaran yang
disampaikan menjadi lebih berkesan.

Selain itu, guru mesti mampu

mewujudkan suasana di mana pelajar lebih

seronok belajar dengan

menggunakan komputer. Sebenarnya, ia berkaitan dengan

beberapa

halangan yang timbul untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran


Berbantukan Komputer (PPBK)
Tidak kira pihak kerajaan mehupun pihak swasta, pihak-pihak ini
kena bergabung dan mencari jalan penyelesaian untuk mengubah
pemikiran-pemikiran

kolot

masyarakat-masyarakat

peribumi

untuk

mereka berfikir untuk masa hadapan. Untuk membantu dalam proses ini,
golongan-golongan peribumi yang telah berjaya perlu memberikan
motivasi dan bimbingan kepada mereka yang masih kuat berpegang
kepada prinsip hidup mereka yang kolot tersebut. Mereka ini perlu
menggerakan minda-minda masyarakat merka untuk berubah. Apa yang
paloin penting sekali adalah, golongan-golongan yang telah berjaya ini
mestilah tidak lupakan daratan.

35 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

5.0
PENUTUP ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar


dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan
yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar

36 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga


manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Bukannya kerana tiada
usaha, tetapi kerana tiadanya komitmen yang telus dalam menangani isu
ini. pelbagai bantuan, dana dan program-program telah dicetuskan oleh
kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat menikmati
peluang pendidikan yang sama bagi semua orang.
Sebagai Wargenegara Malaysia yang berdaulat, masalah mereka
juga harus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak
tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu
memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah-masalah
ketaksamaan

peluang

pendidikan

di

kalangan

masyarakat

yang

ketinggalan dalan bidang pendidikan. Semua pihak juga perlu sedar dan
saling bantu-membantu dalam kita memajukan golongan ini. Anak-anak
ini adalah asset negara pada masaakan datang. Jatuh bangunnya
sesebuah negara itu bergantung kepada majunya golongan mudamudinya. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan fokus
membina

masyarakat

Malaysia

yang

berilmu

dan

progresif

tidak

tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan Malaysia sebagai


sebuah negara maju pada tahun2020.

You might also like