You are on page 1of 2

Pergerakan Zarah Dalam Jirim

Zarah-zarah dalam jirim (dalam sebarang bentuk fizikal) adalah sentiasa


bergerak.
Walaupun demikian, kadar (rate) dan jenis pergerakan (type of movement)
zarah
dalam
setiap
bentuk
fizikal
adalah
berbeza.

Berikut adalah jenis-jenis pergerakan zarah dalam:


Pepejal
(solid).
Zarah tidak bergerak bebas kerana daya tarikan antara zarah adalah sangat
kuat. Zarah-zarah hanya boleh bergetar dan berputar di sekitar kedudukan tetap
mereka.

Cecair
(liquid).
Zarah bergerak bebas kerana daya tarikan antara zarah kurang kuat. Zarahzarah berlanggar (collide) antara satu sama lain.

Gas.
Zarah bergerak dengan bebas dan secara rawak kerana daya tarikan antara
zarah sangat lemah. Zarah-zarah juga bergerak pada kelajuan yang sangat
tinggi.

Gerakan bebas atau gerakan Brown (Brownian motion) adalah gerakan zarah
dalam semua arah pada kelajuan yang tinggi.
Gerakan bebas adalah disebabkan oleh perlanggaran antara zarah-zarah,
atau antara zarah-zarah dan bekas (container) mereka.
Pergerakan bebas berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah melantun
(particles rebound), iaitu zarah bergerak melantun dan berterusan berikutan
perlanggaran.
Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja. Zarah cecair
juga
adalah
bergerak
bebas.
Walau bagaimanapun, pergerakan zarah cecair adalah lebih perlahan daripada
zarah gas.

Gerakan Brown zarah asap.

You might also like