You are on page 1of 10

PENGGUNAAN MODUL AM UNTUK MENINGKATKAN KEKEMASAN

TULISAN MURID TAHUN TIGA ARIF

Oleh :
Muhammad Radhi bin Wahyid , Nik Harun Aminarrashed bin Nik Mahmood
Jabatan Pengajian Melayu , IPG Kampus Dato Razali Ismail
Radhiyayang@yahoo.com , nharun@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan modul Am
dalam membantu memperbaiki kekemasan tulisan tiga orang murid Tahun Tiga
Arif di SK Sungai Pergam, Kemaman. Selain itu, penyelidikan ini juga turut
memberi ruang kepada saya untuk menambah baik amalan keguruan saya dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu berhubung kekemasan tulisan. Data dikumpul
melalui pemerhatian, analisis dokumen dan ujian dan seterusnya dianalisis
melalui analisis kandungan dan pemerhatian. Data kemudiannya disemak
menggunakan kaedah triangulasi. Hasil analisis mendapati penggunaan modul
AM dapat membantu peserta kajian menulis dengan lebih baik dan kemas.
Penyelidikan tindakan ini juga meningkatkan amalan kendiri melalui pengenalan
modul AM dalam membantu membaiki kekemasan tulisan murid yang bermasalah
dalam kekemasan menulis.
Kata kunci: modul AM, kekemasan tulisan, murid Tahun Tiga Arif

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pengkaji ialah seorang guru pelatih bagi opsyen Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Pengkaji telah menjalani praktikum
sebanyak tiga fasa sepanjang menjalani latihan perguruan ini. Pengkaji telah mengikuti tiga
kali praktikum di tiga buah sekolah yang berlainan. Setiap sekolah tempat pengkaji
berpraktikum masing-masing mempunyai persekitaran dan budaya yang berbeza sekali. Pada
praktikum Fasa I pengkaji telah menjalani latihan praktikum di sebuah sekolah yang terletak
di tengah bandar Kuala Berang. Secara keseluruhannya masyarakat di sini terdiri daripada
golongan yang agak berada dengan rata-rata ibu bapa murid di sekolah tersebut bekerja
dengan syarikat TNB dan tidak kurang yang bekerja dalam sektor awam seperti guru.Semasa
praktikum Fasa 1 ini murid pengkaji mempunyai tulisan yang kurang memuaskan. Namun
pada ketika itu pengkaji kurang menekankan aspek menulis dengan kemas dan betul kerana
pengkaji melihat murid-murid ini akan dapat membaiki kekemasan tulisan mereka apabila
semakin meningkat tahun.

Pada praktikum Fasa II pula pengkaji telah menjalani latihan mengajar di sekolah yang
terletak di kawasan kampung yang agak jauh dari kawasan bandar.Rata-rata murid di sini
datang daripada keluarga yang sederhana dan susah dengan kebanyakan ibu bapa bekerja
sebagai petani dan pekerja kuari. Semasa menjalani praktikum pada kali ini murid kelas
pengkaji memang menghadapi masalah tulisan yang sukar dibaca baik dari segi huruf
mahupun nombor.
Pada praktikum Fasa III pengkaji telah menjalani latihan mengajar di SK Sungai Pergam
yang merupakan sekolah orang asli. Setelah tiga minggu menjalani praktikum di sekolah ini
pengkaji mendapati bahawa tulisan murid tahun tiga yang diajar oleh pengkaji di sekolah ini
sangat kurang memuaskan. Keadaan ini memang berlaku semasa pengkaji menjalani dua sesi
praktikum yang lepas namun memandangkan semua murid sekolah ini terdiri daripada kaum
asli, maka penguasaan mereka dalam kemahiran 3M sangatlah lemah terutamanya dalam
kemahiran menulis. Mereka menghadapi masalah dari segi penulisan abjad dengan betul,
saiz abjad yang berbeza, masalah huruf besar dan huruf kecil, kecondongan tulisan dan jarak
antara perkataan dengan perkataan yang lain. Tugas untuk membuat penyelidikan tindakan
diberikan untuk praktikum fasa ketiga ini. Pengkaji telah menggunakan tempoh masa yang
diberikan iaitu tiga bulan untuk menggunakan kaedah dan pendekatan bersesuaian dengan
pengajaran dan pembelajaran pengkaji bagi membantu murid kelas pengkaji menguasai
kemahiran menulis dengan baik. Pengkaji memilih untuk kemahiran menulis abjad dengan
betul supaya apabila murid telah dapat menguasai cara dan teknik dan menulis abjad dengan
betul maka secara tidak langsung mereka dapat memperbaiki kekemasan tulisan mereka
terutamanya dari segi aspek huruf besar dan huruf kecil dan juga jarak huruf antara
perkataan.

SOROTAN LITERATUR

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh muridmurid di sekolah rendah. Dalam dokumen Panduan Guru KSSR (2012) ada menyatakan
bahawa kandungan kemahiran menulis menentukan keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.
Menurut kamus Dewan edisi keempat (2010) menulis didefinisikan sebagai mencatat katakata dengan huruf dan memakai pena ( kalam, kapur, pensel, dll) manakala tulisan
didefinisikan sebagai hasil daripada menulis, sesuatu yang ditulis.
Mok Soong Sang ( 2010 ) merumuskan bahawa strategi merupakan sesuatu tindakan atau
operasi yang teratur. Oleh itu, strategi dalam melaksanakan kajian tindakan ini oleh pengkaji
perlulah lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh peserta kajian dengan
perancangan yang teliti serta pemilihan kaedah yang sesuai berdasarkan pendekatan yang
difikirkan sesuai oleh pengkaji.
Shahdatul Syazzana Binti Faid (2013) merumuskan bahawa bagi mengatasi masalah
kekemasan tulisan murid, adalah penting latihan yang banyak perlu diberikan kepada
murid.Hal ini bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran yang diajar.Latihan yang

ingin diberikan kepada murid juga perlulah bersesuaian dengan tahap perkembangan da
kemahiran murid supaya latihan dan kaedah yang dibuat oleh guru berjaya mengubah
tingkah laku murid untuk menulis dengan lebih kemas.
Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar ( 2011) menyatakan bahawa kecekapan
menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana kegagalannya boleh
membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik. Oleh itu, sangatlah
penting untuk pengkaji merangka satu jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kekemasan
tulisan yang dihadapi oleh peserta kajian dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji.
Menurut Nur Syamimi Md Rani (2013), masalah murid dalam pembelajaran terutamanya
dalam penulisan merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh
membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Isu ini merupakan
masalah yang umum bagi murid-murid sekolah. Masalah kemahiran tulisan mekanis
merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran.
Noor Idayu Binti Ismail (2013) dalam kajiannya menyatakan tulisan yang tidak kemas
menyukarkan guru-guru kelas biasa untuk menyemak hasil kerja murid-murid ini. Hal ini
adalah sangat benar kerana salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan
menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah, bukan
sekadar dipraktikkan dalam mata pelajaran bahasa Malaysia semata-mata.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid menulis
dengan menumpukan kepada aspek kekemasan tulisan murid agar lebih kemas dan mudah
dibaca pembentukan huruf yang sempurna dengan menggunakan modul AM murid tahun
tiga Arif Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu.
Objektif
Meningkatkan kekemasan tulisan murid tahun tiga Arif dengan lebih kemas supaya mudah
dibaca dengan menggunakan modul AM.
Persoalan Kajian
Bagaimanakah tulisan murid yang tidak kemas dapat diubah dengan modul AM yang akan
diterapkan kepada murid ?.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang murid lemah tahun tiga yang terdiri daripada
seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih
berdasarkan kepada analisis dokumen lepas yang telah diambil daripada hasil kerja dalam
buku latihan murid. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen,dan
pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Kajian

tindakan ini mengambil Model Kajian Tindakan Lewin(1946) dan Laidlaw (1992) yang
mempunyai lima tingkat langkah.

Mengenal
pasti aspek
amalan

Merancang
tindakan

Refleksi

Melihat
kesan
tindakan

Melaksana
tindakan

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Peringkat 1: Mengenal Pasti Aspek Amalan


Pada peringkat ini, maklumat diperoleh untuk pengkaji cuba mengenal pasti aspek dan
amalan yang ingin menjalani proses penambahbaikan.Melalui pemerhatian dalam kelas,
pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Apabila pengkaji
mengedarkan lembaran kerja yang berupa teks mudah untuk disalin semula ke dalam buku
tulis, pengkaji telah mendapati terdapat tiga orang murid yang mengalami masalah untuk
menulis semula teks tersebut. Mereka juga mengambil masa yang lama untuk menulis. Selain
itu, pengkaji juga mendapati murid-murid tidak menulis pada baris yang sepatutnya yang
telah disediakan dalam buku latihan.
Peringkat 2: Merancang Tindakan
Pada peringkat ini, pengkaji telah memikirkan kaedah dan tindakan susulan yang sesuai
untuk diambil bagi mengatasi masalah. Antara tindakan awal yang dilaksanakan oleh
pengkaji adalah dengan merujuk kembali kepada nota-nota dan buku yang berkaitan dengan
literasi murid dan prabacaan. Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh, pengkaji telah
memutuskan untuk membina satu modul yakni modul AM (Awal Menulis) bagi membantu
peserta kajian meningkatkan kualiti tulisan mereka. Dalam modul ini peserta kajian akan
didedahkan dengan latihan pra tulisan bermula dengan kaedah memegang pensel dengan
betul, cara membentuk objek dan bentuk secara rawak, menyambung garis-garis putus
membentuk lengkung dan garisan, latihan membentuk huruf dengan bentuk yang betul dan
kaedah yang sesuai sehinggalah latihan menyalin kembali ayat dalam ruangan jawapan
bergaris empat.

Peringkat 3: Melaksanakan Tindakan


Pengkaji telah menggunakan dua intstrumen dalam kajian tindakan ini. Instrumen pertama
yang digunakan adalah ujian pemerhatian awal dan ujian pemerhatian akhir. Selepas
menjalankan ujian pemerhatian awal, pengkaji telah memperkenalkan modul AM kepada
peserta kajian yang terlibat. Instrumen yang kedua digunakan oleh pengkaji adalah
pemerhatian. Pengkaji telah melakukan pemerhatian tidak berstrukur terhadap kekemasan
tulisan murid pada modul yang dibina sama ada terdapat perubahan ke arah lebih baik dan
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam aspek kekemasan tulisan
mereka sepanjang melaknakan proses intervensi ini.

Peringkat 4: Melihat Kesan Tindakan


Pada peringkat ini, pengkaji telah menganalisis maklumat yang diperoleh bagi melihat
samada penggunaan modul AM mampu meningkatkan kualiti tulisan murid. Sekiranya
peratus ujian pemerhatian akhir lebih tinggi berbanding peratus ujian pemerhatian awal,
keputusan tersebut telah membuktikan penggunaan modul AM berkesan bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh peserta kajian berkaitan kekemasan tulisan yang kurang
memuaskan serta sukar dibaca yang dialami oleh peserta kajian sebelum intervensi
dimulakan.
Peringkat 5: Refleksi
Data yang diperoleh perlu dianalisis bagi membolehkan pengkaji membuat refleksi berkaitan
kekuatan dan kelemahan tindakan yang diambil. Pada peringkat ini, pengkaji telah melihat
sejauh manakah keberkesanan modul AM dalam meningkatkan kekemasan tulisan peserta
kajian dengan mereflek kembali isu dan kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan
intervensi pengkaji untuk proses penambah baikan pada cadangan kajian akan datang.

SPESIFIKASI INTERVENSI
Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan
pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Dalam proses penggunaan modul AM ini, pengkaji
telah membahagikan proses pelaksanaan intervensi kepada beberapa bahagian. Peringkat
pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan
peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa peserta
kajian disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan
kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi
tangan dan mata dilaksanakan dalam kalangan peserta kajian sejak awal-awal lagi. Peserta
kajian dilatih untuk memegang pensil dengan kaedah yang betul dan disesuaikan mengikut
keselesaan peserta kajian. Kemudian, peserta kajian akan diminta untuk membentuk corak
dan sebarang bentuk pada bahagian modul yang disediakan dengan kaedah memegang
pensil yang sesuai dan selesa bagi mereka bagi melatih peserta kajian menggunakan pensil
dengan betul.

Rajah 2 : Latihan memegang pensel dengan betul dan membentuk corak di udara
Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas
dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancang adalah sistematik, bertitik-tolak daripada aktivitiaktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa
perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti
mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan pada kertas.Tujuannya ialah
supaya peserta kajian dapat menguasai gerak tangan yang bebas untuk menulis dengan selesa
dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, meja dan lantai tanpa
mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga telah dilakukan.
Setelah peserta kajian menguasai kemahiran asas, sesi intervensi diteruskan kepada aktiviti
latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk
garisan lurus, latihan menyambung titik rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan dan
seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.

Rajah 3: Latihan menyambung titik dan membentuk corak


Seterusnya peserta kajian mula membentuk huruf berpandukan panduan dan gambar rajah
yang tekah disediakan dalam modul AM. Peserta kajian diminta untuk membentuk huruf a
sehingga z mengikut panduan yang telah disediakan dalam ruangan jawapan garisan empat
yang disediakan secara latih tubi. Bagi satu huruf, peserta kajian dikehendaki untuk menulis
sekurang-kurangnya sepuluh kali dengan mengikut panduan yang telah disediakan. Setelah
selesai intervensi membentuk huruf, peserta kajian telah beralih ke fasa seterusnya dimana

peserta kajian akan menulis perkataan mengikut contoh dan panduan yang telah disediakan
dalam modul AM sebagai lanjutan kepada intervensi pembentukkan huruf yang telah
dijalankan sebelumnya.

Rajah 4 : Latihan membentuk setiap huruf dengan teknik yang betul

DAPATAN KAJIAN
Untuk proses permulaan, pengkaji telah melakukan pemerhatian dan analisis dokumen ke
atas lembaran kerja yang telah dilaksanakan oleh peserta kajian pada sesi pengajaran dan
pembelajaran lalu. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis dokumen yang
menggunakan senarai semak berstruktur untuk memilih murid yang lemah dalam aspek
menulis dan memerlukan intervensi. Ketika proses intervensi dijalankan, pengkaji telah
menggunakan kaedah pemerhatian bagi melihat sejauh manakah penggunaan modul AM ini
dapat meningkatkan kekemasan tulisan pada akhir kajian. Berikut adalah jadual yang
menunjukkan keputusan analisis awal pengkaji berdasarkan pemerhatian terhadap dokumen
kerja murid yang telah dijalankan di dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran yang lalu berdasarkan senarai semak yang telah disediakan oleh pengkaji
sebelum intervensi dan ujian pra dijalankan keatas peserta kajian yang terlibat dalam kajian
ini dan keputusan pemerhatian pada ujian akhir yang telah dijalankan.
Jadual perbandingan keputusan sebelum dan selepas intervensi dijalankan
Item

Sebelum

Selepas

Jarak antara perkaataan yang sesuai.

Tidak

Ya

Menulis diatas garis yang disediakan dengan betul.

Tidak

Ya

Huruf tidak terlalu condong atau bengkang-bengkok.

Tidak

Ya

Tulisan jelas dan mampu dibaca dengan baik.

Tidak

Ya

Huruf yang sempurna dan tidak menyerupai huruf lain.

Tidak

Ya

Berdasarkan jadual diatas, secara keseluruhannya, terdapat peningkatan bagi item yang
diperhatikan selepas intervensi dijalankan. Bagi item satu, iaitu masalah dalam penggunaan
jarak dan ruang, peserta kajian sangat bermasalah dalam aspek ini dengan jarak antara tulisan
yang tidak sekata dan terlalu rapat antara perkataan. Selepas intervensi dijalankan, pengkaji
mendapati responden dapat menulis dengan jarak yang baik dan sekata.
Bagi item kedua iaitu menulis dengan betul di atas garisan pula, pada sebelum intervensi
dijalankan, peserta kajian menunjukkan penguasaan aspek ini berada pada tahap lemah. Hal
ini kerana peserta kajian sukar untuk mengkoordinasikan tangan dan matanya bagi
membolehkannya menulis di atas garisan. Namun begitu, setelah intervensi koordinasi mata
dan tangan dijalankan dengan serentak, peningkatan dapat dilihat dimana penguasaan
terhadap menulis di atas garisan menunjukkan tahap pencapaian baik. Peserta kajian juga
telah berjaya menulis dengan betul di atas garisan yang disediakan.
Seterusnya pada akhir kajian jelas peserta kajian berjaya menulis huruf dengan betul dan
tidak terlalu condong ke atas atau ke bawah seperti yang biasa dilakukan oleh peserta kajian
sebelum intervensi dijalankan. Bagi aspek yang keempat, peserta kajian adalah terdiri
daripada murid yang sangat bermasalah dalam penulisan dalam tahun tiga di Sekolah
Kebangsaan Sungai Pergam. Oleh itu, kesemua tulisan peserta kajian adalah sukar untuk
dibaca dengan baik dengan kadang kala pengkaji terpaksa untuk meneliti beberapa kali
lembaran kerja murid bagi memahami apa yang ditulis oleh mereka. Aspek yang terakhir,
pembentukkan huruf yang dibentuk oleh peserta kajian jelas menunjukkan kelemahan yang
sangat ketara dalam aspek ini dengan beberapa huruf dilihat seakan membentuk huruf lain
seperti huruf a seakan huruf g, huruf p seakan huruf b dan huruf m seakan huruf
w.Namun pada akhir kajian, peserta kajian telah berjaya meningkatkan aspek kekemasan
tulisan dengan tulisan lebih kemas dan mudah dibaca berbanding dengan tulisan yang
dihasilkan sebelum sesi intervensi dijalankan.

Jadual perbezaan tulisan peserta kajian sebelum dan selepas menjalani intervensi.
Ujian Pra( Sebelum menjalani intervensi )

Ujian Pos ( Selepas menjalani intervensi)

Hasil dapatan pengkaji melalui analisis yang telah dibuat menunjukkan wujud peningkatan
dan kemajuan dalam kekemasan tulisan setiap peserta kajian. Pengkaji mendapati setelah siri
intervensi menggunakan modul AM dijalankan kepada peserta kajian melalui pemerhatian,
koordinasi mata dan tangan responden semakin meningkat. Pengkaji juga dapat melihat
peningkatan tersebut melalui aktiviti koordinasi mata dan tangan yang diberikan kepada
peserta kajian dan dianalisis melalui foto. Selain itu, melalui pemerhatian yang dijalankan,
pengkaji dapat melihat bagaimana perubahan dalam kekemasan tulisan peserta kajian. Oleh
itu, pengkaji berpendapat bahawa objektif dan persoalan kajian ini sudah terjawab dengan
kadar kekemasan tulisan peserta kajian berjaya ditingkatkan dengan menggunakan kaedah
intervensi yang telah diperkenalkan oleh pengkaji selama empat minggu kepada peserta
kajian.
Pengkaji merumuskan bahawa modul AM telah menjadi suatu alat latihan yang berkesan
untuk peserta kajian meningkatkan kekemasan tulisan mereka. Melalui pemerhatian yang
telah dilakukan oleh pengkaji, beberapa aspek positif telah berjaya ditampilkan oleh semua
peserta kajian pada akhir kajian seperti minat yang meningkat terhadap aktiviti menulis dan
lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti melibatkan kemahiran menulis dimana
sebelum intervensi dilaksanakan peserta kajian sangat tidak berminat dengan aktiviti menulis
dengan pelbagai alasan diberikan seperti tulisan tidak cantik dan tidak tahu cara untuk
menulis huruf dengan betul.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, melalui pemerhatian dan analisis yang dilakukan melalui keputusan
ujian pra, pasca dan ujian pos yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa penggunaan
modul AM dapat meningkatkan kekemasan tulisan peserta kajian Analisis dokumen
daripada ujian yang dilakukan oleh peserta kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh
pengkaji menunjukkan bahawa peningkatan peratusan yang memuaskan di mana kebanyakan
menunjukkan peningkatan.
Hal ini juga dapat membuktikan bahawa peserta kajian berjaya meningkatkan kekemasan
tulisan melalui latihan yang pelbagai yang disediakan dalam modul AM dan membuktikan
bahawa modul AM dapat membantu peserta kajian meningkatkan kekemasan tulisan mereka
kepada lebih baik dan kemas. Melalui pelaksaan kajian ini, banyak perkara baharu yang
dapat meningkatkan tahap profesionalisma pengkaji sebagai seorang bakal guru terlatih
seperti kepentingan kajian tindakan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
serta mengatasi masalah yang biasa berlaku dalam bilik darjah yang mampu merencatkan
proses pembelajaran murid.
Pengkaji juga ingin mencadangkan lagi agar pada kajian yang berkaitan seterusnya pada
masa akan datang agar mana-mana pengkaji yang ingin meneruskan skop kajian ini untuk
mempelbagaikan lagi kaedah yang boleh digunakan seperti memasukkan elemen teknologi
dan penggunaan Komputer. Kajian seterusnya juga boleh mengaplikasikan mana-mana
aplikasi dan perisian komputer yang sesuai bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan
penguasaan serta minat murid dalam aktiviti menulis. Pengkaji juga ingin mencadangkan
agar skop kaedaah ini juga digunakan dalam bidang ilmu lain seperti dalam mata pelajaran
bahasa Inggeris dan pendidikan Islam kerana kedua-dua subjek ini juga mementingkan
penguasaan kemahiran menulis.

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka.(2010) Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur :
Dawama Sdn. Bhd.
Hasnah bt Awang & Habibah Mohd Samin. (2010 )Literasi Bahasa Melayu.
Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2011) Genggaman Pensel
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dalam Meningkatkan Kemahiran
Menulis: Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Idayu Binti Ismail (2013). Penggunaan Kalendar Blok Huruf Bagi
Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid Dan Mengatasi Masalah
Menulis Menggunakan Teknik Latih Tubi : Kuala Terengganu : IPGMKDRI
Nur Syamimi Md Rani & Rosliza Abd Aziz ( 2013). Aplikasi aktiviti multi way
dalam meningkatkan kekemasan tulisan murid bermasalah pembelajaran:
Kuala Terengganu : IPGM KDRI
Rosinah Edinin (PhD). (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan Edisi
Kedua. Freemind Horizons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

You might also like