You are on page 1of 3

~~Waffle Rangup ~~.....ni baru menjadi ! ! ..memang mablesss..

Bahan-bahan - dpt dlm 8 - 9 keping waffer:

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil yis kering (Aida guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang Aida bagitau tadi)

1 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

3 sudu besar mentega yang dicairkan

1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Aida guna brand Dutch Lady Full Cream Milk)

1 biji telur dalam suhu bilik.

1 sudu besar esen vanila

1/2 cawan Air panas hangat / suam ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara-caranya :

1.

Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan
kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air
suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi
terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu Aida letak 1/2 cawan air panas/suam je dan
Aida tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai lah adjust ok..heheh ..

2.

Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil
tunggu tu korang boleh le cuci bekas2 yg telah digunakan..@ layan FB jap...sambil tu jangan lupa
panaskanlah waffle maker tu ...

3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya
merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai,
jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.
4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit
penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi
satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripadawaffle maker. (Tips ni!)
5. Kebiasaannya masa untuk buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi nak ingatkan, korang selalu-selalulah
jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses
memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.
6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masaklah tu.

You might also like