You are on page 1of 16

Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula

diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan


Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk
Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada
tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru). Almarhum
menetapkan supaya baju perempuan labuhnya hingga
bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak
berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang
dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat,
tulang belut dan insang pari.
Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni
Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut
cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad,
Menteri Besar Johor Pertama, satu kocek pada baju
perempuan. contoh jahitan mata lalat. Baju kurung teluk
belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada
dasarnya adalah sama kecuali
; a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas
punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek
iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah
hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh
kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu
kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek. pemakaian Baju
Melayu Teluk Belangan.
b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang
samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita
pula memadankannya bersama kain samada kain dari
jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat
dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu

dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau


kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang
apabila dipakai dengan baju kurung ini.
Hari ini, Baju Kurung Teluk Belanga menjadi sinonim
dengan baju kurung tradisional yang standard. Ia
mengenakan kain yang disusun di sebelah kiri.

Baju tradisional Melayu


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju
Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan
selendang.
Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang
dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal
masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada
pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan
digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki
yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular
termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju
Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti
Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.[1]

Baju Riau
Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja
Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis.
Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan
kain Songket.

Baju Belah Kebaya Panjang[


Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga
dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.
Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi
potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju
ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini
terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali
sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan
panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau
kerongsang tiga.

Baju Melayu Cekak Musang


Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher
tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang
bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat
dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan
Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Baju Teluk Belanga[

Baju "Cekak Musang" lengkap


Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor
khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka
oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk
Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas
masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.

Baju Kurung[sunting | sunting sumber]


Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada
bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek
serta perbezaan daripada segi pemakaian.[2] Pengertian kurung secara tidak langsung telah
membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara
Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa
dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju
kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciriciri tersendiri

Pakaian Tradisional Melayu

Pakaian Orang Melayu mempunyai banyak


jenisnya. Antaranya ialah baju kurung, baju
Kebaya, baju Melayu.

Baju Kurung

Baju Kebaya
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada yang mengatakan
perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang
bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Baju kebaya yang asal
direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar.
Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula.
Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak
berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan
kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang
dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing
seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah
seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah

kancingnya yang berbutang itu.


Baju kebaya dipakai dengan kain sarung atau kain batik. Biasanya, baju
kebaya dipakai dalam majlis rasmi atau majlis perkahwinan. Orang yang
memakai baju kebaya kelihatan sopan dan menarik. Baju kebaya juga dijadikan
sebagai pakaian pengantin perempuan Melayu.

Baju Melayu
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis
iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya
dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan
juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai
dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu
kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada
acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai
bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.Baju Melayu merupakan pakaian

tradisional lelaki Melayu. Baju Melayu digayakan bersama samping dan


songkok. Biasanya, baju Melayu dipakai dalam majlis rasmi atau majlis
perkahwinan. Orang yang memakai baju Melayu kelihatan segak dan bergaya.
Baju Melayu juga dijadikan sebagai pakaian pengantin lelaki Melayu.

.
.
.
.
.

.
.
"" ""
.
.
.
.
.
.

.
.
.


.
-
.


.

.
.

.

.
.
""
""
.

.

.
.

.

.

.
.

.



.

-
.


.
.

.

.

.

.


.
"" .

.
.

.
.

.


.
.

.




.


-
.

........................................................
.............
............................

.1
.2
.3
.4
.5

You might also like