You are on page 1of 18

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR


DENGAN ALATAN

PENGENALAN
Pergerakan asas ialah proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan
pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan
menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan,
penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai
belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan
kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri
daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan
manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek
yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran
gimnastik.
Pergerakan lokomotor diistilahkan sebagai aktiviti gerak edar dalam ruang am
iaitu berubah dari satu tempat yang lain. Contoh pergerakan lokomotor ialah
berjalan, berlari, merangkak, mengguling, skip, galop serta polka.
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan statik dalam ruang diri. Ia
melibatkan keupayaan pergerakan bahagian tubuh badan atau anggota badan
seperti melakukan regangan, fleksibiliti, putaran, kilasan tubuh perubahan daya.
Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan
alatan. Misalnya, melambung dan menyambut bola, meleret gelung rotan, ketinting
sepanjang sepanjang tali, berlari sambil menggerakkan reben, membaling dan
menangkap pundi kacang dan sebagainya.
Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan sama ada secara individu,
berpasangan atau berkumpulan. Pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah
untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan
kuasa graviti dalam suasana yang sengaja dipilih.

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


MATLAMAT
Matlamat penghasilan kertas kerja ini ialah meningkatkan pengetahuan tentang
pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawa tubuh
badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Antaranya ialah untuk melahirkan
murid yang sihat dan aktif serta berpengalaman dengan menumpukan kemahiran,
nilai dan amalan disamping mendapat pengalaman asas pergerakan fizikal. Perkara
ini juga bersesuaian dan selaras dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan
iaitu melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah.

OBJEKTIF
Kertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
1. Memberi kebebasan untuk mencurahkan idea dan parasaan.
2. Memberi peluang untuk menjana pemikiran kreatif, mereka cipta serta meneroka
pergerakan yang melibatkan tubuh badan.
3. Meningkatkan kesedaran tentang pergerakan yang sesuai digabungkan dengan
manipulasi alatan.
4. Mempelajari bagaimana menyusun atur pergerakan mengikut aliran dan ruang.

TARIKH
03 September 2012
MASA
8.30 pagi
KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 3
SENARAI PERALATAN BERAT
Peti lombol, kon, tilam, bangku panjang dan papan anjal

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


SENARAI PERALATAN RINGAN
Gelung

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONTRASI


PERGERAKAN 1

: Berjalan memegang gelung (Lokomotor)

PERGERAKAN 2

: Melakukan imbangan bangau sambil memutarkan


gelung dia atas lantai (Bukan lokomotor)

PERGERAKAN 3 (TILAM) : Melakukan gulingan balak di atas tilam. Gelung


diletakkan di atas tilam di tempat akhir gulingan
(lokomotor & manipulasi alatan)
PERGERAKAN 4

: Gallop menggunakan tangan (lokomotor &


manipulasi alatan)

PERGERAKAN 5

: Memusingkan badan 3600 dengan imbangan satu kaki


(bukan lokomotor & manipulasi alatan)

PERGERAKAN 6 (BANGKU) : Melakukan gripwine di atas bangku dan


tangan memegang gelung (manipulasi alatan)
PERGERAKAN 7

: melakukan imbangan di atas satu kaki (bukan


lokomotor & manipulasi alatan)

PERGERAKAN 8

: Skipping menggunakan gelung (Lokomotor)

PERGERAKAN 9

: Melentik ke belakang sambil tangan kanan memegang


gelung dan diletakkan di hujung kaki manakala tangan
kiri memegang tumit kaki kiri (Bukan lokomotor)

PERGERAKAN 10

: Melambung gelung dan melompat serta menyambut


kembali gelung tersebut. (Lokomotor)

PERGERAKAN 11

: Melakukan regangan tangan dengan membuka sedikit


kaki sambil kedua-dua tangan memegang gelung dan

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


diangkat ke atas (Bukan lokomotor)
PERGERAKAN 12

: Berdiri sambil mengilas badan ke belakang. Gelung


digerakkan ke hadapan . Badan kembali normal dan
tangan kiri menahan gelung tersebut dengan
pantas.(Bukan lokomotor)

PERGERAKAN 13

: Lentik Sisi (Bukan lokomotor)

PERGERAKAN14 (KON) : Ketinting (lokomotor )


PERGERAKAN 15

: Berjalan sambil memusing gelung di tangan


(Lokomotor)

PERGERAKAN 16 (PAPAN ANJAL) : Lompatan layang (Lokomotor)


PERGERAKAN 17 (PETI LOMBOL) : Imbangan (Bukan lokomotor)
PERGERAKAN 18

: Berjalan sambil menggelek gelung(Lokomotor)

PERGERAKAN 19
lokomotor)

: Melutut dan badan tunduk ke hadapan (Bukan

PERGERAKAN 20

: Duduk bertinggung di dalam gelung rotan (bukan


lokomotor & manipulasi alatan)

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


Prosedur pergerakan
Pergerakan 1: lokomotor
1) Melakukan polka sambil membawa gelung rotan.
2) Sebelah tangan memegang gelung rotan.
3) Gelung rotan digerakkan bersama.

Pergerakan 2: bukan lokomotor


1) Melakukan imbangan bangau.
2) Kaki belakang diluruskan dan tangan yang memegang gelung rotan juga
diluruskan.
3) Sebelah tangan lagi di depakan dan diluruskan.
4) Gelung rotan diputar di atas lantai.
5) Imbangan dilakukan untuk beberapa saat.

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan 3: lokomotor
1) Gelung rotan dilempar di hujung tilam.
2) Melakukan gulingan balak di atas tilam.
3) Badan diluruskan dan kedua-dua tangan dirapatkan ke dada.

Pergerakan 4: lokomotor
1) Melakukan gallop.
2) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan di hadapan.

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan 5: bukan lokomotor
1) Memusingkan badan 360 dengan imbangan satu kaki.

Pergerakan 6 : lokomotor
1) Melakukan gripwine di atas bangku.
2) Tangan kanan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas.

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan 7 : bukan lokomotor
1) Melakukan imbangan di atas satu kaki.
2) gelung dipegang dari arah belakang
3) Kaki yang melakukan imbangan diluruskan
4) Gelung rotan dipegang dalam keadaan pegun tanpa ada pergerakan.

Pergerakan 8 : lokomotor
1) Melakukan skipping dalam gelung rotan.
2) Badan sedikit dibongkokkan supaya dapat melalui gelung rotan.

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan 9 : bukan lokomotor


1) Melentik ke belakang.

Pergerakan 10 : lokomotor
1) Melambung gelung rotan.
2) Melompat serta menyambut kembali gelung rotan tersebut.

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan 11 : bukan lokomotor


1) Melakukan regangan.
2) Kaki di buka sedikit seluas bahu mengikut keselesaan.
3) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan.
4) Dari bawah, gelung rotan yang dipegang di bawa ke atas dalam keadaan
meregang.

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan 12 : lokomotor
1) Berdiri sambil mengilas badan ke belakang
2) gelung dibawa ke hadapan

Pergerakan 13 : bukan lokomotor


1) Lentik sisi

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan 14 : lokomotor
1) Ketinting

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan 15 : bukan lokomotor
1) Berjalan sambil memusing gelung di tangan

Pergerakan 16 : lokomotor
1) Lompatan layang

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan 17 : bukan lokomotor
1) Imbangan

Pergerakan 18 : lokomotor
1) Berjalan sambil menggelek gelung

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan 19 : bukan lokomotor
1) Melutut dan badan tunduk ke hadapan

Pergerakan 20 : bukan lokomotor


1) Duduk bertinggung di dalam gelung

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS

PETUNJUK :

PETI LOMBOL

BANGKU PANJANG

KON

PAPAN ANJAL

TILAM

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


RUMUSAN
Melalui kertas kerja dan ujian amali kali ini, ia telah banyak meningkatkan
kefahaman saya tentang pergerakan asas. Saya telah banyak memperoleh
pengetahuan dalam bidang ini kerana telah banyak mencari maklumat ketika dalam
proses menyiapkan kertas kerja ini.
Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesenstesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti saya dengan menjana idea yang baru.
Saya mendapati bahawa gimrama ataupun pergerakan asas adalah amat menaik
sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.

REFLEKSI
Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kerana saya diberi peluang
untuk mempelajari pergerakan asas yang amat menarik ini. Kami jarang mempunyai
peluang untuk mempelajari teknik-teknik ini. Namun sekarang, kami dibekalkan
dengan ilmu serta bimbingan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang ini.
Melalui aktiviti ini, saya telah memahami teknik-teknik pergerakkan asas
serta kecantikan setiap pergerakan. Setiap pergerakan adalah unik dan melibatkan
keseragaman serta kelinciran pergerakan. Walaupun saya bukan ahli gimrama, saya
juga berlatih bersungguh-sungguh agar mencapai tahap yang memuaskan.
Selain itu, aktiviti ini telah meningkatkan kreativiti saya terutamanya dalam
mencipta pergerakan-pergerakan bagi setiap stesen yang disediakan. Saya
mencipta cara unik untuk memanipulatifkan alatan, tukar alatan serta pergerakan
yang cantik. Jadi, saya rasa ini alah peluang yang baik untuk menguji kreativiti serta
menambah nilai estetika kami.
Saya juga belajar untuk berani mencuba. Jika kita berani mencuba, barulah
kita akan mendapat hasil. Pada permulaannya, saya malu membuat pergerakan di
depan orang ramai. Namun atas bimbingan pensyarah, saya berani mencuba setiap
pergerakan dan akhirnya berjaya mengatasi halangan mental dalam diri saya.
Pensyarah juga sabar dan prihatin dalam mengajar, memberi idea serta
memperbetulkan setiap pergerakan kami.

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR


Keseluruhannya, saya memang telah banyak mempelajari serta mendapat
ilmu pengetahuan tentang pergerakan asas daripada aktiviti ini sama ada dari buku,
bimbingan pensyarah, siaran langsung gimrama dari Sukan Olimpik, latihan serta
ujian amali pergerakan asas. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah.

You might also like