You are on page 1of 17

PUSAT PERMATApintar NEGARA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 BANGI, SELANGOR

PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

TENIS

NAMA: NUR FARRALISA MAISARA BINTI IBRAHIM


NO. MATRIKS: M000345
NAMA INSTRUKTOR: EN. ZAIM

PENGENALAN
Tenis adalah sejenis permainan raket yang dimainkan oleh semua
peringkat umum, lelaki dan wanita. Ia dimainkan oleh dua orang pemain
secara perseorangan atau empat orang pemain secara beregu. Ia dimainkan
di atas gelanggang yang dibahagi dua oleh jaring.

SEJARAH
Ada beberapa pendapat tentang asal usul tenis. Ada yang menyatakan
ianya berasal dari negara Perancis pada kurun ke 11 yang dikenali sebagai
jeu de paume yang bermakna Main dengan tapak tangan. Bola yang
digunakan ialah kulit kambing biri-biri yang digumpal dan bola mesti
melepasi tali seperti jaring badminton. Ada pula yang mengatakan ia berasal
dari England pada kurun ke 19 dan dimainkan oleh orang atasan yang
dikenali sebagai Real Tennis atau Royal Tennis.
Harry Gem dan kawannya Augurio Perera telah mereka satu permainan yang
menggabungkan elemen-elemen raket dan permainan bola lisut pelota, yang
dimainkan di Birmingham, United Kingdom. Pada 1972, bersama dua orang
doctor, mereka menemui kelab pertama tenis dunia di Leamington Spa.
Suruhanjaya Leamington telah merekodkan satu kejohanan pertama tenis
yang diadakan pada 23 Julai 1884 di Dewan Shrubland.
Walau bagaimanapun, pada Disember 1873, Major WC Wingfield seorang
pegawai tentera British telah mengubahsuai dan mengasaskan permainan ini
berdasarkan real tenis yang dimainkan di gelanggang rumput, raket seperti
raket badminton dan jaring setinggi 2.13m. Dari tarikh 1874 inilah tenis terus
berkembangdan popular sehingga kini.
Antara ringkasan perkembangan dan peristiwa penting tenis ialah :

1877 Kejohanan tenis Wimbledon telah diadakan di atas gelanggang rumput.


1878 Servis Overhead diperkenalkan.
1900 Pertandingan Piala Davis (antara negara) diperkenalkan.
1913 Penubuhan International Lawn Tennis Federation.
1926 Kejohanan Pertama Tenis Profesional di Madison Square New York.
1969

Rekod perlawanan paling lama iaitu 5 jam 12 mini di antara P.Gonzoles dari Amerika dan
C.Pasarell di dalam 112 game.

1970 Sisitem kiraan 'tie-break' diperkenalkan untuk menghadkan perlawanan berlarutan.

PERALATAN SUKAN
1. Gelanggang Tenis

Permukaan gelanggang hendaklah rata dan bebas daripada


sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang rumput atau
diperbuat daripada kayu. Gelanggang mestilah dalam ukuran yang
ditetapkan dan garisan putih hendaklah jelas. Umumnya, ukuran
gelanggang tenis adalah 23.77 meter panjang dan 8.23 meter lebar.
2. Jaring

Jaring untuk permainan ini diperbuat daripada pelbagai jenis


dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan pada
kabel yang tahan karat serta dilitupi dengan pita putih. Bahagian
bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atas
berukuran 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada
kedua-dua bahagian tiangnya.

3. Raket

Terdapat pelbagai jenis pilihan raket yang boleh digunakan iaitu


bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan
besi. Berat raket juga berbeza-beza iaitu bergantung kepada jantina
dan umur. Bagi pemain lelaki berat raket adalah di antara 282.7 396.9 g. Manakala bagi pemain wanita, berat raket adalah di antara
368 - 382 g. Pemain hendaklah memilih raket yang sesuai dengan
terutamanya dari segi keselesaan pada pemegangnya.
4. Bola Tenis

Bola tenis kebiasaannya berwarna hijau kekuningan. Berat bola


tersebut adalah di antara 56.7 -58.5 g dan saiznya di antara 6.35 - 5.65 cm
diameter.Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam
keadaan kering.

5. Pakaian

Pakaian tradisi bagi permainan ini adalah seluar pendek, baju-T


berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Bagi pemain wanita pula,
pemakaian skirt digunakan dan biasanya berwarna putih.
6. Pegawai Permainan
Pegawai utama dalam permainan tenis ialah pengadil (umpire) dan
berada ditepi bahagian tengah gelanggang. Biasanya tempat duduk khas
disediakan untuk pengadil utama. Pengadil akan menentukan peraturan dan
undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira mata serta
memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil juga bertanggungjawab
sepenuhnya pada permainan tenis ini. Selain itu, pengadil dibantu oleh
beberapa pegawai lain iaitu pengadil jaring (net-cord jugde), penjaga
garisan dan pengadil servis (foot-fault judge). Tugas pengadil jaring ialah
membantu pengadil utama jika timbul sebarang masalah atau perkara yang
tidak disedari oleh pengadil utama.

CARA BERMAIN
1. Pemilihan Raket
Apabila memilih raket, dua perkara utama harus diberikan tumpuan
iaitu:

Saiz genggaman tangan


Bagi menentukan saiz genggaman, ukur tapak tangan dan
pilih saiz genggaman raket yang sedikit kecil daripada tapak
tangan.

Saiz dan berat raket

Pe m a i n h a r u s t a h u s a i z d a n b e r a t r a ke t y a n g s e s u a i
u n t u k d i r i n y a . Jika terlalu berat dan besar akan menyukarkan
pemain untuk memukul bola. Bagi pemain yang baru adalah
lebih sesuai menggunakan raket yang lebih kecil saiznya dan
lebih ringan.

2. Cara Memegang Raket


Cara memegang raket adalah bergantung pada jenis pukulan
yangdigunakan. Umumnya, terdapat dua jenis cara genggaman raket yang
biasa digunakan iaitu cekak hadapan (forehand grip) dan cekak kilas
(backhand grip). Kedua-dua cara ini boleh digunakan untuk semua jenis
pukulan.

3. Tempoh Permainan

Permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan


untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set
dengan kemenangan dua set dikira pemenang. Bagi wanita pula, satu
permainan mengandungi tiga set dan kemenagan dua set dikira pemenang.
Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set atau permainan tetapi pemain yang
menamatkan pemainan terlebih dahulu daripada lawannya dikira sebagai
pemenang. Masa 10 minit diperuntukkan kepada pemain untuk berehat
selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

4. Pengiraan Mata

Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam


satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan
dimulakan pada kedudukan 0-0, mana-mana pemain yang berjaya
memungut mata pertama dikira, 15-0. Mata kedua yang dipungut dikira 30-0

dan mata ketiga dikira 40-0. Mata seterusnya akan menamatkan permainan
dan kemenangan kepada pemain tersebut. Sepanjang permainan
berlangsung, mata untuk pemain yang melakukan servis dikira dahulu.

5. Memulakan Permainan

Permainan ditentukan secara undian iaitu untuk menentukan pemain


mana yang memulakan permainan. Pemain (A) yang memulakan servis
berdiri dibelakang garisan iaitu di sebelah kanan gelanggang. Manakala
pemain lawan (B) pula akan berada di bahagian kanan gelanggangnya.
Pemain (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke dalam
kawasan servis pemain lawan. Jika terkeluar dari kawasan servis, pemain (A)
masih berpeluang melakukan servis kedua. Jika gagal servis kedua, mata
akan diberikan kepada pemain lawan (B). Selepas membuat servis pertama
di sebelah kanan gelanggang, pemain (A) akan membuat servis di sebelah
kiri gelanggang untuk mata kedua. Seterusnya kedua-dua pemain akan
melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga seorang daripadanya
mencapai kemenangan.

KEMAHIRAN ASAS
1. Cekak

Cekak atau cara memegang raket merupakan kemahiran asas utama


dalampermainan tenis. Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis cekak
yangsesuai untuk membuat pukulan. Jenis cekak yang digunakan
dalampermainan ini adalah:

Cekak Eastern

Biasanya digunakan bagi pukulan hadapan dan dikenali sebagai cekak jabat
tangan. Bagi memastikan cekak yang betul, raket hendaklah dipegang
menggunakan tangan kiri, tapak tangan pula hendaklah diletakkan di atas
tali raket dan gelongsorkan tangan ke bawah sehingga ke pemegang raket
tanpa merubah kedudukan tangan. Cekak jari - jari megelilingi pemegang
seperti berjabat tangan.

Cekak Continental

Cekak jenis ini biasanya digunakan bagi permainan di dalam gelanggang


konkrit yang mempunyai lantunan bola yang tinggi. Cara cekak yang betul
adalah, ibu jari digerakkan mengikut pusingan jam mengahala bahagian ata
pemegang raket. Dengan itu, tapak tangan akan berada di bawah pemegang
dn ini menyebabkan pukulan bola yang rendah susah dilakukan. Oleh itu, ia
amat sesuai untuk pukulan bola melebihi aras pinggang.
2. Pukulan Pepat
Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat pukulan pepat, iaitu
ayunan balik(backswing) , ayunan hadapan (forward swing), kontak dengan
bola dan ikut lajak.
Teknik pukulan :

Diri sedia (stance)


Ayun balik (backswing ) dan tangan pemukul berada di paras

pinggang.
Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing )
Semasa membuat ayunan ke hadapan raket akan ke atas dan ke

hadapan denganmembuat kontak pada bola.


Semasa mebuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus
sepenuhnya,pergelangan tangan hendaklah tegap apabila berlakunya

kontak dengan bola.


Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.
Ikut lanjak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola
akan bergerakkea rah hadapan atau ke atas.
3. Pukulan Kilas

Pukulan kilas ialah pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat


belakang raketyang dilakukan pada bahagian tangan tidak dominan.
Terdapat dua kaedah pukulan kilas, iaitu pukulan kilas satu tangan dan
pukulan kilas dua tangan.

Pukulan Kilas Satu Tangan


Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan iaitu ayun belakang,
ayun hadapan, kontak dan ikut lajak.

Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan bahu

menghala kearah bola yang hendak dipukul.


Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.
Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk

mendapatkan lebih tenaga.


Selepas kontak, ikut lajak.

Pukulan Kilas Dua Tangan


Pukulan kilas dua tangan adalah lebih tepat dan laju. Ketika pukulan ini,
cekak pertama (tangan bawah) ialah tangan dominan dan cekak kedua
(tangan atas) ialah tangan tidak dominan. Ketika membuat pukulan kilas dua
tangan, empat pergerakan utama yang terlibat iaitu diri sedia, ayunan
belakang, kontak dan ikut lajak.

Diri sedia
Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada pada

paras pinggangdengan lutut dibengkokkkan .


Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.
Raket diayun ke hadapan dengan raket diluruskan sedikit untuk

mendapatkkan daya.
Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket

diayunkan keatas.
Selepas kontak , ikut lajak.

4. Voli
Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan
bagi memastikan bola voli tidak memerlukan ayunan belakang. Terdapat tiga
fasa utama dalam melakukan voli iaitu diri sedia, ayunan hadapan dan
kontak.
Teknik voli adalah seperti yang berikut :

Diri sedia
Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan

ke atas kakihadapan.
Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.
Kontak, membuat punch pada bola dengan ketinggian bahu.

5. Servis
Servis digunakan untuk memulakna permainan. Terdapat tiga jenis servis
iaitu servis cantas, American twist dan servis rata. Servis dimulakan di
garisan belakang. Sekiranya menggunakan tangan kanan, letakkan kaki kiri
ke hadapan dan kaki kanan berada 30-35 cm di belakang kaki kiri dan bagi
yang kidal adalah sebaliknya. Terdapat empat fasa utama semasa melakukan
servis iaitu lambungan, ayun belakang, kontak dan ikut lajak.

Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang


raket(bola hendaklah dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit

daripada bahu kiri)


Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan.
Raket ditarik ke belakang disebelah kanan badan.
Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian

maksimum bola menurun dan berada pada aras kontak tertinggi.


Ikut lajak.

6. Smesy
Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di
hadapan jaring.Terdapat empat fasa melakukan smesy iaitu ayunan
belakang, ayunan hadapan, kontak danikut lanjak.
Teknik lakuannya adalah seperti yang berikut :

Raket diayunkan ke belankang. Tangan yang tidak memgang raket

mengimbangibadan. Mta focus kepada bola.


Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat
badandipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola

dikontak.
Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk

memukul boladengan kuat masuk ke gelanggang lawan.


Ikut lajak

7. Lob
Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang
berada dikawasan jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh
pemukul mendapatkan semula posisi mengawal gelanggang.

Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.


Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola.
Ayunan raket bermula dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik

tinggi.
Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak.

RUJUKAN
http://bobezani.tripod.com/tenis.htm
http://dalila-adnan.blogspot.com/2012/04/kemahiran-asas-sukan-tenis.html

You might also like