You are on page 1of 15

MZU3105 TEORI MUZIK II

Tajuk 7

ASPEK-ASPEK MELODI

7.0 Sinopsis
Penulisan melodi yang baik seharusnya mempunyai aspek-aspek melodi seperti
bentuk dan perancangan yang baik, perasaan seimbang, harmoni, kepelbagaian,
menarik dan gabungan pergerakan secara skel dan kord.

7.1 Hasil Pembelajaran


Menganalisis aspek-aspek melodi yang terdapat di dalam skor lagu.

7.2 Kerangka tajuk ini

ASPEK-ASPEK
MELODI

52

Perhubungan antara
not-not

Urutan melodik

Frasa regular

Design in Melodies

Frasa tak regular

Motif

The bass line

Outlined melody

MZU3105 TEORI MUZIK II


7.3

Kandungan

7.3.1 Perhubungan antara not-not


Perhubungan antara not-not dalam melodi dipengaruhi oleh jenis not yang
digunakan dan jeda antara not-not yang digunakan. Sesebuah lagu
diciptakan dengan menggunakan pelbagai jenis not seperti not semibrif, not
minim, not korcet, not kuaver, not semikuaver, not demisemikuaver, not
minim bertitik, not krocet bertitik, not kuaver bertitik dan sebagainya. Jika
sesebuah lagu diciptakan dengan menggunakan hanya sejenis not sahaja,
maka lagu tersebut akan menjadi tidak menarik. Selain itu, jika lagu tersebut
diciptakan dengan menggunakan jeda yang besar, maka lagu tersebut tidak
akan menjadi menarik juga. (Rujuk lagu Y). Contoh jeda pic yang besar
seperti antara not C dengan not D# atas. Not D dengan not C# atas. Not E
dengan not Db atas dan sebagainya. Lihat contoh di bawah:
Lagu X di bawah mempunyai perhubungan antara not yang baik di mana
pelbagai jenis not digunakan dan penggunaan jeda pic antara not yang kecil.
Lagu X

C:

ii

V7

Lagu Y di bawah mempunyai perhubungan antara not yang tidak baik di


mana hanya satu jenis not digunakan dan penggunaan jeda pic antara not
yang besar. Nadanya dalam C major tetapi terdapat beberapa not yang
digunakan bukan dalam skel C major dan kord-kord yang salah digunakan.
Ini adalah contoh sebuah lagu yang tidak menarik kerana perhubungan
antara notnya tidak betul.
Lagu Y

Perhubungan antara not yang baik adalah terdiri daripada not-not yang
berada dalam sesebuah skel yang sama atau not-not yang berada dalam

53

MZU3105 TEORI MUZIK II


sesebuah kord yang sama. Selain itu, jeda pic antara not-not adalah kecil
biasanya jeda 2 atau jeda3 digunakan. (Rujuk lagu X)

7.3.2 Urutan melodik


Urutan (sequence) ialah satu corak not yang diulangi dengan segera pada
pic yang lebih tinggi atau lebih rendah. Ia boleh diulang sekali atau beberapa
kali. Sequence boleh dijelaskan dengan cara pergerakkan picnya iaitu
samada secara menaik atau menurun. Berikut adalah contoh-contoh urutan
melodik diatonik.

Bahagian yang ditanda

adalah urutan menaik secara by step.

Y adalah urutan melodik X

54

MZU3105 TEORI MUZIK II


Terdapat 3 urutan melodik diatonik secara menurun. Urutan melodik di bar
satu di turunkan sebanyak jeda ke 2 di bar 2 dan kemudian diturunkan sekali
lagi jeda ke 2 di bar ke 3.
Urutan di atas ialah urutan diatonik. Selain daripada urutan diatonik, terdapat
satu lagi urutan yang dipanggil urutan sebenar. Dalam urutan ini terdapat
not-not yang tidak terdapat dalam skel diatonik lagu tersebut. Urutan ini
bergerak mengikut jeda yang sama.

Berikut adalah contoh urutan melodik sebenar. Lagu ini dicipta 100 tahun
dahulu. Urutan melodik secara menaik dari C.Cui: Prisoner of the Caucasus
Act III published St Petersburg: W Bessel, 1882.

7.3.3 Frasa regular


Frasa empat bar merupakan frasa yang paling kerap diguanakan dalam
penulisan karya muzik.

Ini adalah beberapa contoh corak irama empat bar.

55

MZU3105 TEORI MUZIK II

Dalam karya muzik yang mengandungi 16 bar, akan terdapat 4 frasa


sepanjang 4 bar. Ini dipanggil frasa regular. Pada kebiasaannya frasa
mempunyai antecedent dan consequent untuk membentuk satu ayat
(sentence).

Antecedent + Consequent = sentence

Ini adalah contoh antecedent dan consequent. Mainkan keratan karya muzik
ini di piano. Dengar dan bincang dengan rakan anda.

56

MZU3105 TEORI MUZIK II


7.3.4 Frasa tak regular
Frasa tak regular juga digunakan dengan luasnya oleh pencipta muzik
sejak zaman klasikal lagi. Lihat contoh lagu An Chloe oleh Mozart.

Keratan muzik ini mempunyai frasa 5 bar.


Lihat satu contoh lagi, Piano Sonata, K330 oleh Mozart.

57

MZU3105 TEORI MUZIK II


Karya ini bermula dengan frasa regular 4 bar dari bar 1 hingga ke bar 8.
Mulai bar 9, antecedent mempunyai 4 bar tetapi consequentnya adalah lebih
panjang. Pencipta telah memanjangkan consequent dengan menambahkan
beberapa bar. Penambahan ini dipanggil interpolation.

7.3.5 Design in melodies


Corak yang paling mudah dalam melodic design ialah melodi yang
mengandungi dua frasa dalam empat bar.
Bersama rakan anda, dengar dan bincang tentang pembentukan frasa
untuk karya muzik Fantastic Symphony oleh Berlioz.

58

MZU3105 TEORI MUZIK II


Dalam bahagian designs in melodies, perkara-perkara berikut harus
diambil perhatian. Pertama, penggunaan motif. Pilih sesuatu motif yang
sesuai untuk ciptaan melodi sebanyak 1 bar atau 2 bar. Kedua,
penggunaan modulasi yang sesuai supaya melodi bertukar ke nada baru
dengan proses yang lancar. Contoh, tukar nada C major ke nada G major
dengan menambah not F#. Jangan tiba-tiba tukar dari nada C major ke Db
major atau dari nada C major ke nada G# minor. Ketiga, penggunaan skel
nada major atau skel nada minor dalam melodi anda. Tentukan nada yang
sesuai untuk melodi anda berdasarkan mud melodi. Biasanya, kalau mud
yang gembira, gunakanlah nada major. Jika mud yang sedih, gunakan
nada minor dan temponya lambat. Keempat, penggunaan kord-kord yang
sesuai dan juga pergerakan kord yang betul. Kelima, tentukan tanda nada
dan tanda masa untuk melodi anda. Keenam, penggunaan kaden-kaden
betul pada tempat yang sesuai. Ketujuh, tentukan panjang sesebuah
melodi seperti 4 bar, 6 bar, 8 bar, 12 bar, 16 bar, 24 bar, 32 bar, 64 bar dan
sebagainya. Kelapan, tentukan frasa untuk melodi samada frasa regular
atau frasa tak regular. frasa regular biasanya merangkumi jumlah nombor
bar yang genap dan frasa tak regular untuk jumlah nombor bar yang ganjil.
Kesembilan, penggunaan hiasan melodik seperti passing notes, anticipated
note, changing notes, apoggiatura, auxiliary note dan sebagainya untuk
menghiaskan melodi. Oleh itu, jika semua perkara tersebut diambilkira
dalam design in melodies akan menyebabkan pendengaran kita terhadap
melodi itu selesa dan juga menyenangkan hati. Jika perkara-perkara
tersebut tidak digunakan dengan sesuai dan betul akan menyebabkan
pendengaran kita kurang selesa.
7.3.6 Motif
Motif adalah unit melodi atau irama yang kecil yang mudah dikenalpasti. Ia
digunakan untuk membentuk frasa yang lebih panjang. Daripada wujud
sesuatu motif atau beberapa jenis motif dalam melodi, pembentukan
melodi akan menjadi lebih menarik dan sistematik. Motif adalah seolaholah satu corak irama yang pendek yang diaplikasikan ke dalam lagu.
Melodi tersebut akan sentiasa diperdengarkan corak irama yang pendek
digunakan berulang-ulang dari mula hingga tamat. Pembentukan motif
mempunyai banyak cara. Rujuk pembentukan motif di bawah.
59

MZU3105 TEORI MUZIK II


a.

Motif secara step-wise

b.

Motif gabungan skel dan kord

c.

Motif not-not berulang

d.

Motif yang mempunyai pergerakan melompat satu oktaf

e.

Motif boleh di perpanjangkan atau di terbalikkan

60

MZU3105 TEORI MUZIK II


Dengar permulaan karya 5th Symphony oleh Beethoven. (Anda boleh
dapatkan lagu ini dari internet atau CD). Dapatkah anda kenalpasti motif
yang terdapat dalam karya ini?

7.3.7 The bass line


The bass line merupakan melodi yang biasanya ditulis di bahagian bass.
Ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Terdapat iringan kord-kord, not-not
harmoni

atau arpeggio pada bahagian soprano untuk bass line yang

dituliskan. Ciri-ciri yang istimewa adalah seperti menghasilkan melodi pada


pic yang rendah di mana iringan adalah menggunakan pic yang lebih tinggi.
Selain itu, pencipta boleh meluahkan perasaannya samada sedih, ceria,
marah atau tenang dengan menghasilkan bass line untuk paparan
perasaan tersebut.

a.

Satu contoh pergerakan bass line dan penggunaan kord-kord


sebagai iringannya.

61

MZU3105 TEORI MUZIK II

b.

ground bass atau basso ostinato


Bass line mempunyai keupayaan mengekspresi sesuatu karya.

Contoh di bawah adalah karya Dido and Aeneas oleh Purcell. Dalam
bahagian ini, pencipta ingin meluahkan perasaan sedih. Ini dapat dicapai
dengan menuliskan pergerakan bass secara menurun dalam bentuk
kromatik. Perhatikan pergerakan bass pada karya ini. Anda akan dapat
dengar ulangan bahagian bes berkali-kali. Ciri ini dipanggil ground bass atau
basso ostinato.

62

MZU3105 TEORI MUZIK II


Contoh-contoh lain untuk bass line adalah seperti berikut:

Dari petikan di atas, bass line boleh dilihat dari bar 3-4 pada klef bes iaitu
not-not CCDEDCCC.

7.3.8 Outlined melody


Muzik yang ditulis untuk alat kibod pada kebiasaannya mempunyai melodi
yang

dihias

dengan

pelbagai

cara.

Hiasan

ini

bertujuan

untuk

menghasilkan muzik yang menarik. Lihat contoh Keyboard Fantasia in C,


HWV 490 oleh Handel.

Semikuaver ditambah kepada melodi sebagai satu variasi kepada karya


tersebut. Melodi yang sebenarnya ialah:-

63

MZU3105 TEORI MUZIK II

Dari petikan di atas, outlined melody boleh dilihat dari bar 1-2 pada klef
trebel di mana not-notnya adalah EEFGGFED.

64

MZU3105 TEORI MUZIK II

Semua latihan perlu disiapkan dan anda dikehendaki membuat salinan


dan dimasukkan ke dalam folio. Bawa folio ini bersama semasa interaksi
bersemuka.
(30 minit)
Latihan:
1.

Tandakan dengan
di bawah.

untuk menunjukkan frasa bagi karya muzik

Anda digalakkan memainkan melodi ini untuk membantu anda dalam


penulisan frasa. Jawapan ada di akhir tajuk ini.

65

MZU3105 TEORI MUZIK II


2.

Bulatkan outline melody untuk keratan karya Intermezzo in A minor oleh


Brahms.

Penghargaan: Taylor, E. (1991). The AB Guide to music theory, part II. London: The
Associated Board of the Royal Schools of Music.

66

You might also like