You are on page 1of 24

KEBERKESANAN SUATU KEM MOTIVASI

MATEMATIK (PMR) TERHADAP PELAJAR-PELAJAR


TINGKATAN DUA SEKOLAH LUAR BANDAR
DISELANGOR

BIRO PENYELIDIKAN D A N P E R U N D I N G A N
INSTITUT TEKNOLOGI M A R A
40450 SHAH A L A M , SELANGOR
MALAYSIA

MOHAMAJD-ALI HASSAN
HAMIDAH MAIDINSAH
RAZED AH ISMAIL
WAN ENY ZARINA WAN ABDUL RAHMAN

1998

COPYRIGHT @ UiTM

KEBERKESANAN SUATU KEM MOTIVASI


MATEMATIK (PMR) TERHADAP PELAJARPELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH LUAR
BANDAR DISELANGOR

DISEDIAKAN OLEH
MOHAMAD-AII HASSAN
HAMIDAH MAIDINSAII
RAZIDAH ISMAIL
WAN ENY ZAJRIN A WAN ABDUL RAHMAN

1998

COPYRIGHT @ UiTM

Tarikh
No. Fail Projek

30 Ogos 1998.
20094

Ketua
Biro Penyelidikan dan Perundingan
ITM Shah Alam

Puan
Laporan Akhir Penyelidikan
Keberkesanan Suatu Kem Motivasi Matematik (PMR)
Terhadap Pelajar-Pelajar Tingkatan Dua
Sekolah Luar Bandar Di Selangor
Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan tiga (3) naskah Laporan
Akhir Penyelidikan bertajuk "Keberkesanan Suatu Kem Motivasi Matematik
(PMR) Terhadap Pelajar-Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Luar Bandar Di
Selangor" oleh penyelidik-penyelidik dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains
Kuantitatif dan Jabatan Sains Kejuruteraan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar

Prof Dr Mohamad Ali Hassan


Ketua
Projek Penyelidikan
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif

disertakan:

COPYRIGHT @ UiTM

KUMPULAN PENYELIDIK

PROF DR MOHAMAD ALI HASSAN


KETUA PROJEK

HAMIDAH MAIDINSAH
AHLI

RAZIDAH ISMAIL
AHLI

WAN ENY ZARINA WAN ABDUL RAHMAN


AHLI

COPYRIGHT @ UiTM

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada


semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
bagi membolehkan Penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna

Di antaranya:

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Pengetua, Guru Pengiring Serta Murid-murid


Dari
Sekolah Menengah Bagan Tekap, Sungai Besar
Sekolah Menengah Syed Mashor, Batang Kali
Sekolah Menengah Dato' Harun, Tanjong Karang
Sekolah Menengah Seri Desa, Tanjong Karang
Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam
Sekolah Menengah Sungai Burong, Tanjong Karang
Sekolah Menengah Gedangsa, Hulu Selangor
dan
Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam

Pensyarah Matematik
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, ITM

Pensyarah Matematik
Jabatan Sains Kejuruteraan, ITM

Pelajar-Pelajar Kelab Matematik


Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, ITM

i
COPYRIGHT
@ UiTM

ABSTRAK

Sebuah kem motivasi matematik untuk pelajar tingkatan dua telah diadakan selama
tiga hari. Laporan ini membentangkan hasil penilaian kem motivasi tersebut dari segi
keberkesanannya menukar sikap peserta terhadap matematik.

Aspek-aspek sikap

yang diukur adalah keyakinan pelajar terhadap matematik, persepsi pelajar tentang
kegunaan matematik, kegerunan pelajar terhadap matematik, dan motivasi pelajar
untuk mempelajari matematik.

Peserta kem diminta memberikan respon kepada

soalselidik sebelum dan selepas kem.

Analisis menunjukkan bahawa peserta

memberikan respon yang lebih positif selepas kem berbanding dengan sebelum kem,
terhadap 20 daripada 24 pernyataan dalam soalselidik yang diberikan. Ujian tanda
menunjukkan, lapan daripada pernyataan itu memberikan perbezaan positif yang
bererti.

Enam daripada pernyataan ini adalah yang berkaitan dengan keyakinan

pelajar terhadap matematik dan kegerunan pelajar terhadap matematik. Kem tersebut
juga dinilai dari segi perjalanan setiap aktivitinya dan perjalanan kem secara
menyeluruh.

COPYRIGHT
ii @ UiTM

I s i KANDUNGAN

MUKA SURAT
PENGHARGAAN

ABSTRAK

ii

ISI KANDUNGAN

iii

SENARAILAMPLRAN

iv

1.0

LATAR BELAKANG

2.0

KEPENTINGAN MENILAI PROJEK KEM MOTIVASI


MATEMATIK PMR

2.1

Sikap

3.0

KAEDAH PENILAIAN

4.0

ANALISIS DATA

10

4.1

Perubahan Sikap

10

4.2

Keberkesanan Aktiviti Kem

16

5.0

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

18

6.0

PENUTUP

20

RUJUKAN

iii @ UiTM
COPYRIGHT

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA
SURAT

MIN DAN PERATUS

CERAMAH:
Apa Itu Matematik
Kegelisahan
Matematik

B1
B2

PERTAND INGAN
Bakat Matematik
Burumatik
Kreativiti Matematik

CI
C2
C3

BENGKEL
Mari Buat Matematik
Mari Berfikir

D1
D2

A1 - A2

SOALSELIDIK
Sikap Peserta

E1-E5

SOALSELIDIK
Keberkesanan Pengisian Kem

F1 - F3

iv @ UiTM
COPYRIGHT

LATAR BELAKANG

Akhir-akhir ini kemerosotan pencapaian para pelajar dalam peperiksaan


matematik PMR dan SPM sering menjadi perbincangan.

Peratus kelulusan

matematik SPM 1994 ialah 52.8%, iaitu pencapaian yang terendah berbanding
dengan mata pelajaran lain.

Peratus kelulusan matematik PMR 1994 pula

ialah 87.6%. Menurut kajian Kementerian Pendidikan, jurang yang wujud di


antara pencapaian pelajar luar bandar dan pelajar di bandar agak ketara (Berita
Harian, 4/9/95).

Hasil daripada keputusan yang tidak memuaskan ini, Kementerian Pendidikan


meletakkan sasaran untuk meningkatkan kelulusan matematik SPM 1995
hingga 70% (Dandan Abdullah, 1995).

Berbagai aktiviti telah dirancang

untuk meningkatkan prestasi pencapaian matematik para pelajar. Di antaranya


ialah Projek Gerak Gempur, Klinik Matematik, Latih Tubi, Kiraan Pantas,
Seminar dan Kem Motivasi.

Keputusan matematik SPM untuk tahun 1996

meningkat kepada 70% lulus.

Sikap para pelajar terhadap sains, khususnya matematik, semakin merisaukan.


Ramai daripada para pelajar semakin menjauhkan diri daripada mengambil
bidang sains, termasuklah pelajar yang cemerlang. Mereka tidak mahu lagi
belajar matematik

dengan

lebih

mendalam.

Kadangkala

usaha

untuk

meningkatkan pencapaian matematik boleh menimbulkan pandangan dan


COPYRIGHT @ UiTM

sikap yang negatif terhadap matematik. Apa yang lebih penting yang ingin
diserapkan dalam diri pelajar tersebut ialah sikap yang positif terhadap
matematik.

Salah satu sikap yang sering dikaji ialah keyakinan diri dalam

mempelajari matematik

(Kulm,

1980;

McLeod,

1992;

Reyes,

1984).

Keyakinan diri dalam mempelajari matematik dikatakan berhubungkait rapat


dengan kejayaan pelajar dalam matematik.
diharap

para

pelajar

mahu

Dengan sikap yang positif juga

meneruskan

bidang

pembelajaran

yang

berorientasikan matematik dan seterusnya memilih kerjaya yang dapat


memenuhi era kemajuan teknologi yang ingin dikecapi.

Sebagai satu usaha tambahan untuk meningkatkan prestasi matematik di


sekolah, pensyarah-pensyarah Matematik di Institut Teknologi MARA (ITM),
Shah Alam telah mengambil inisiatif untuk- mengadakan suatu program yang
dinamakan Kem Motivasi Matematik PMR. Di antara objektif kem ini ialah
untuk memperlihatkan kepada peserta, yang terdiri daripada pelajar sekolah,
bahawa matematik itu menyeronokkan.

Penghayatannya dalam kehidupan

harian boleh diperlihatkan melalui pelbagai aktiviti.

Dengan cara ini akan

menggalakkan para pelajar mempelajari matematik ke peringkat yang lebih


tinggi dan membantu pelajar mengatasi sindrom kegelisahan atau keresahan
terhadap matematik, jika ada.

Kem Motivasi Matematik PMR ini akan dicadangkan supaya dijadikan aktiviti
tahunan dan dijalankan di semua cawangan ITM.

Oleh itu keberkesanan

program yang dijalankan seharusnya dinilai supaya semua pihak yang terlibat
mendapat manfaatnya. Sekiranya program ini dapat memberi gambaran yang

2 @ UiTM
COPYRIGHT

positif terhadap matematik dan sesungguhnya matematik itu menyeronokkan,


maka harapan supaya para pelajar itu suka kepada matematik juga dirasakan
akan cerah.

Mengikut McLeod (1992) pencapaian matematik dan sikap

pelajar terhadap matematik mempunyai korelasi yang positif dan kuat. Oleh

itu, jika sikap pelajar terhadap matematik dapat dijadikan lebih positif,
pencapaian matematik pelajar berkenaan juga secara tidak langsung, akan
dapat ditingkatkan. Jika sikap yang positif terhadap matematik

dapat

dipertingkatkan melalui kem ini maka kem yang serupa bolehlah diteruskan di
samping diperbaiki programnya.

Kem motivasi matematik yang dinilai ini ialah kem yang kedua yang
dijalankan dan telah diadakan pada 26 hingga 28 November 1995 di kampus
ITM Shah Alam. Kem ini telah dihadiri oleh 123 orang pelajar tingkatan dua
(dalam lingkungan umur 13-14 tahun). Daripada 123 orang pelajar ini, 63
orang adalah pelajar lelaki dan 60 orang adalah pelajar perempuan.

Mereka

dipilih dari 8 buah sekolah luar bandar. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah
Sekolah Menengah Bagan Tekap, Sungai Besar, Sekolah Menengah Syed
Mashor, Batang Kali, Hulu Selangor, Sekolah Menengah Dato' Harun,
Tanjong Karang, Sekolah Menengah Seri Desa, Tanjong Karang, Sekolah
Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam, Sekolah Menengah Sungai
Burong, Tanjong Karang, Sekolah Menengah Gedangsa, Hulu Selangor dan
Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam. Para pelajar
tersebut menginap di Kolej Jati, ITM dan mengikuti program yang telah
dirancang oleh pensyarah matematik ITM dan dibantu oleh pelajar ITM.
Seramai lebih kurang 40 orang pelajar ITM dan 20 orang pensyarah telah

3 @ UiTM
COPYRIGHT

terlibat. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Senamatik, Sesi


Mari Berfikir, Ceramah, Bakat Matematik, Kreativiti Dalam Matematik dan
Mari Buat Matematik.

2.0

KEPENTINGAN MENILAI PROJEK


KEM MOTIVASI MATEMATIK PMR
Penilaian mempunyai berbagai-bagai takrif dan kegunaan. Mengikut Kamus
Dewan (1994), penilaian ialah perihal menilai, yang mana nilai bermaksud
taksiran harga, kadar, nisbah, darjat, kualiti, mutu, atau taraf.

Dengan itu,

penilaian bolehlah ditafsirkan sebagai satu proses untuk meletakkan nilai


kepada sesuatu melalui pemberian amaun, kualiti, atau keberkesanan ke atas
perkara yang dinilai itu.

Yap, Wan dan Ismail (1985) mentakrifkan

"penilaian" dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk


mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran atau pembelajaran. Mereka berpendapat proses penilaian
melibatkan pengukuran, analisis dan penilaian.

Oleh itu, dalam proses

menilai, seseorang penilai perlu mengumpul data melalui pengukuran sesuatu


aspek hasil program yang dinilai, kemudian membuat analisis ke atas data
yang dikumpul itu, dan akhirnya barulah penilai itu boleh menginterpretasi
data dan memberi nilai kepada program yang dinilai.

Sebagai manusia kita sentiasa terlibat dalam proses menilai.


apabila kita membeli-belah.

Kita menilai

Kita juga menilai apabila kita memilih kawan

atau pasangan hidup. Apabila kita hendak mengundi dalam satu pilihanraya,

4 @ UiTM
COPYRIGHT

kita menilai calon yang bertanding dan parti yag diwakili calon berkenaan.
Dalam konteks yang disebutkan di atas, penilaian ialah satu tindakan
persendirian di mana seseorang itu memberikan nilai yang dia sendiri rasakan
kepada sesuatu perkara yang dinilai. Orang lain mungkin memberikan nilai
yang berlainan kepada perkara yang sama mengikut perasaan mereka pula.

Dari segi profesional pula, penilaian telah menjadi satu bidang pengkhususan
yang memerlukan latihan dan kepakaran yang tertentu.

Ianya memerlukan

seseorang menghurai, membuat pertimbangan dan menulis cadangan yang


boleh dipertahankan.

Penilaian menjadi satu aktiviti penting atas sebab-sebab profesional dan juga
politik.

Pengurus dan perancang profesional menilai kerana mereka mahu

meningkatkan kualiti perlaksanaan dan seterusnya mempastikan keberkesanan


program yang dilaksanakan. Dari segi politik pula, penilaian diperlukan untuk
menggalakkan kebertanggungjawaban (accountability) secara keseluruhan.

Penilaian boleh dilakukan secara dalaman (oleh pelaksana program sendiri)


atau secara luaran (oleh satu kumpulan luar yang dilantik). Penilaian Kem
Motivasi

PMR

yang

dijalankan

oleh

pensyarah

matematik

ITM

ini

dilaksanakan secara dalaman oleh kerana ianya menggunakan sumber yang


agak kecil dan juga hasil penilaian boleh digunakan terus untuk memperbaiki
keberkesanan kem yang berikutnya. Penilaian luaran boleh dilaksanakan jika
sumber kewangan ada dan juga jika ianya diperlukan oleh pihak yang
membiayai program ini.

5 @ UiTM
COPYRIGHT

Dalam laporan ini, penilaian bermaksud suatu aktiviti atau proses yang
dijalankan untuk membuat pertimbangan dan memberikan kualiti atau mutu
kepada setiap aktiviti yang dijalankan dalam program yang dinilai dan juga
keberkesanan program dari segi pencapaian objektif program. Di antara lain,
objektif penting kem yang hendak dinilai ialah sama ada kem tersebut telah
dapat menukar sikap peserta kem terhadap matematik. Walau bagaimanapun,
sikap melibatkan perasaan, iaitu satu pengalaman yang abstrak dan dengan itu
sukar diketahui dan diukur (Abu-Bakar, 1995).

Selain daripada menilai hasil program dari segi kesannya kepada peserta,
penilaian juga dibuat ke atas setiap aktiviti kem. Dengan itu, setiap aktiviti
kem dinilai untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan aktiviti tersebut dan
manfaat yang didapati oleh peserta kem melalui aktiviti itu.

Seperti yang disebut sebelum ini, Kem Motivasi Matematik PMR ini akan
dicadangkan untuk dijadikan aktiviti tahunan dan diadakan di
cawangan

ITM.

Oleh

itu

keberkesanan

program

yang

semua

dijalankan

seharusnyalah dinilai supaya semua pihak yang terlibat mendapat manfaatnya.

2.1

Sikap
Kajian

mendapati

sikap

(attitude)

pelajar

berhubung rapat dengan pencapaian matematik.


menghasilkan pembelajaran yang positif.

terhadap

matematik

Sikap yang positif

Sikap-sikap yang biasa

diukur ialah keyakinan, kegelisahan/kegerunan, minat/motivasi dan


kesedaran terhadap kepentingan matematik (White, 1959).
6 @ UiTM
COPYRIGHT

Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan matematik melalui


aktiviti yang menghubungkaitkan matematik dengan kehidupan harian
boleh meningkatkan pencapaian dan keberterusan (persistence)

dalam

pembelajaran matematik pada masa akan

1991).

datang

(Iben,

Hubungan antara pencapaian matematik dan sikap pelajar terhadap


matematik agak kuat (Mohamad-Ali, 1994). Pelajar yang mendapat
pencapaian yang baik mempunyai skor (mata) yang tinggi dalam
kesedaran tentang kepentingan matematik daripada pelajar yang lemah
matematik.

Keyakinan adalah satu faktor pembelajaran yang sangat berkesan


dalam

meningkatkan

motivasi

dan

pencapaian

matematik.

Kloosterman (1988) mendapati bahawa pelajar yang mempunyai


keyakinan yang tinggi juga menunjukkan pencapaian yang lebih baik
daripada pelajar yang sebaliknya.

Sikap gelisah atau gerun terhadap matematik boleh dikatakan ada


kaitannya dengan keyakinan.

Rasa gerun atau gelisah terhadap

matematik boleh membantut seseorang daripada belajar atau menerima


sesuatu ilmu dengan tenang.

Ramai orang yang mengaku bahawa

mereka amat gelisah atau tidak selesa bila berada dalam situasi yang
ada kaitan dengan matematik (Fennema, 1976). Untuk menghilangkan
rasa takut itu maka matematik haruslah dijadikan sesuatu yang seronok
dan selalu dibuat, dialami dalam kehidupan seharian.

COPYRIGHT7@ UiTM

Minat atau motivasi terhadap matematik boleh diukur dari segi


bagaimana sikap seseorang menyelesaikan sesuatu masalah.

White

(1959) menyatakan bahawa salah satu faktor penggerak kendiri


manusia ialah motivasi.

Kekuatan faktor motivasi/minat itu boleh

diukur daripada kurangnya seseorang itu membuat latihan/masalah


matematik hinggalah ke peringkat di mana seseorang itu berasa
seronok dan sentiasa suka rasa tercabar dengan masalah matematik.

KAEDAH PENILAIAN

Maklumat untuk penilaian telah diperolehi melalui soalselidik yang diedarkan


semasa Kem Motivasi Matematik. Dua jenis soalselidik telah disediakan; satu
untuk mengukur perubahan sikap peserta dan satu lagi untuk mengukur
keberkesanan pengisian kem (Lampiran E dan F).

Untuk mengukur perubahan sikap peserta, satu soalselidik yang mengandungi


24 pernyataan mengenai sikap yang telah diedarkan kepada 123 peserta kem
di awal kem dan soalselidik yang mengandungi pernyataan yang sama juga
diberikan di akhir kem. Sikap yang diukur adalah Keyakinan pelajar

terhadap

matematik (YAKIN), Persepsi pelajar tentang kegunaan matematik (GUNA),


Kegerunan pelajar terhadap matematik (GERUN) dan Motivasi pelajar untuk
mempelajari

matematik (MOTIV).

Setiap sikap ini diukur melalui respon

peserta kepada 6 pernyataan; 3 pernyataan positif dan 3 pernyataan negatif.

8 @ UiTM
COPYRIGHT

Pernyataan yang dipilih itu (Fennema & Sherman, 1976; Mohamad-Ali, 1995)
disusun secara rawak. Bagi setiap pernyataan, peserta diminta memilih dan
menanda satu daripada lima pilihan jawapan yang disediakan, iaitu Amat
Setuju (AS), Setuju (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Setuju (TS), dan Amat Tidak
Setuju (ATS). Setiap respon diberi kiraan mata seperti berikut:

Res poii/
Pernyataan

Amat
Sctuju
(AS)

Sctuju
(S)

Tidak
Pasti
(TP)

Tidak
Sctuju
(TS)

Amat Tidak
Setuju
(ATS)

positif

negatif

Untuk mengukur keberkesanan

pengisian kem, peserta diberikan

satu

soalselidik yang mengandungi 7 pernyataan bagi aktiviti berbentuk ceramah, 5


pernyataan bagi aktiviti berbentuk peraduan dan 9 pernyataan bagi aktiviti
berbentuk bengkel. Kiraan mata yang sama digunakan untuk soalselidik ini.

Perisian SPSS (Statistical

Package for Social Science)

menganalisis data yang diperolehi.

digunakan untuk

Analisis frekuensi dan ujian tak

berparameter (non parametric test) digunakan untuk menentukan perubahan


sikap sebelum dan selepas kem.

Analisis kebolehpercayaan

(reliability

analysis) digunakan untuk mengukur kekonsistenan setiap pernyataan, secara


individu atau gabungan (Norusis, 1986).

Analisis reliabiliti yang mengira pekali reliabiliti (Cronbach's a), dilakukan


terhadap setiap skel untuk menentukan yang setiap pernyataan dalam sesuatu
skel itu memberikan keputusan yang konsisten.

9 @ UiTM
COPYRIGHT

Cronbach's a memberikan

ukuran ke atas kekonsistenan (consistency) setiap pernyataan dalam sesuatu


skel.

Nilai a = 1.0 memberi makna bahawa respon yang diberikan kepada

semua pernyataan bagi suatu skel itu adalah berkorelasi secara sempurna
(perfect).

Reliabiliti sifar bermakna skel itu tidak berguna langsung dan

pernyataan yang digabungkan dalam skel itu tidak berkaitan antara satu
dengan lain. Oleh itu, pernyataan yang dikumpulkan dalam skel berkenaan
tidak mungkin mengukur sikap yang sama.

Biasanya, pekali reliabiliti .70

atau lebih dikira sebagai baik tetapi pekali yang lebih rendah juga telah
diterima oleh banyak penyelidik, walaupun ianya mungkin melemahkan
keyakinan terhadap keputusan yang boleh diambil berasaskan data yang
didapati daripada penyelidikan itu (Henerson, Morris, & Fitz-Gibbon, 1978).

ANALISIS DATA

Penganalisisan data dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu perubahan sikap


peserta dan keberkesanan aktiviti kem.

4.1

Perubahan Sikap
Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan sama ada sebuah kem
motivasi matematik bagi pelajar-pelajar tingkatan dua dari beberapa
buah sekolah di negeri Selangor, yang diadakan pada 26-28 November
1995 memberi kesan kepada sikap pelajar tersebut terhadap matematik.
Empat aspek sikap yang dinilai diukur melalui respon peserta kem

10 @ UiTM
COPYRIGHT

kepada enara pernyataan bagi setiap satu sikap. Perbandingan dibuat


di antara respon sebelum kem dan respon selepas kem. Pada mulanya
setiap sikap ini dinilai dengan menggunakan enam pernyataan secara
bergabung dalam satu skel. Kebolehpercayaan (reliability) pernyataan
diuji dengan mengira pekali reliabiliti.

Keputusan

analisis

kebolehpercayaan

menunjukkan yang

reliabiliti (Cronbach's a ) bagi skel Kegerunan

Pelajar

pekali

Terhadap

Matematik (GERUN) ialah .57 bagi analisis sebelum kem, .66 bagi
analisis selepas kem. Bagi skel Persepsi Pelajar Tentang

Kegunaan

Matematik (GUNA) pula, pekali reliabiliti untuk analisis sebelum kem,


analisis selepas kem dan data berkumpul ialah masing-masing .52, dan
.60. Pekali reliabiliti bagi skel Motivasi Pelajar Untuk

Mempelajari

Matematik (MOTIV) adalah masing-masing .73, dan .74.

Akhirnya,

pekali reliabiliti untuk skel Keyakinan Pelajar Terhadap

Matematik

(YAKIN) ialah masing-masing .28, dan .75. Keputusan bagi pekali


reliabiliti ini menunjukkan bahawa skel yang diukur itu memberikan
reliabiliti yang terlalu rendah kecuali skel MOTIV.

Ini bermakna,

selain daripada skel MOTIV, pernyataan yang dikumpulkan tidak


boleh dikatakan mengukur aspek yang sama. Umpamanya, dalam skel
GERUN, pernyataan seperti (a) Saya ingin bebas daripada

belenggu

matematik,

mencuba

(b) Saya

berasa

selesa

dan seronok

bila

matematik, (c) Perkataan matematik membuatkan saya rasa loya, (d)


Saya suka jika diberikan kerja rumah matematik yang banyak, (e) Saya
selalu gementar

menghadapai

pelajar an matematik,

11 @ UiTM
COPYRIGHT

dan (f) Ujian

matematik
yang

tidak merisaukan

mewakili

kegerunan

saya, yang dipilih sebagai pernyataan


pelajar

terhadap

matematik,

tidak

menghasilkan respon yang konsisten dari responden dan dengan itu


tidak boleh dianalisis sebagai satu skel. Keputusan yang didapati ini
tidak menghairankan kerana pernyataan yang dikumpulkan dalam
setiap skel itu banyak yang difikirkan sendiri dan tidak diuji untuk
kebolehpercayaan terlebih dahulu.

Dengan

hasil

yang

diperolehi,

keputusan

dibuat

untuk

tidak

menganalisis data mengikut skel tetapi setiap pernyataan dianalisis


sebagai pernyataan yang berasingan dengan cuma merujuk kepada skel
sebagai panduan kasar. Setiap pernyataan diberikan skor berasaskan
min kepada mata yang diberikan oleh peserta untuk pernyataan itu.
Perbandingan dibuat bagi setiap pernyataan berasaskan skor ini,
sebelum dan selepas kem. Oleh kerana pernyataan ini dianalisis secara
berasingan dan tidak dikumpulkan dalam skel ujian analisis, varians
tidak sesuai digunakan utnuk menentukan perbezaan atau pertukaran.
Untuk menguji sama ada perbezaan yang didapati itu bererti atau tidak,
ujian tanda (Sign test) telah digunakan.

Bagi setiap pernyataan,

hipotesis nol yang diuji ialah bahawa tidak ada perbezaan respon
peserta kem kepada pernyataan itu sebelum dan selepas kem. Ujian
dua hala digunakan dan hipotesis alternatif

ialah bahawa

ada

perbezaan di antara respon peserta kepada pernyataan yang berkenaan


sebelum dan selepas kem dijalankan. Paras keertian yang digunakan
ialah .10.

12 @ UiTM
COPYRIGHT

Dalam aspek Persepsi Pelajar Tentang Kegunaan Matematik (GUNA),


kesemua enam pernyataan memberikan skor lebih daripada 3.7 bagi
soalselidik yang dilaksanakan sebelum kem sementara soalselidik
selepas kem menghasilkan skor yang lebih daripada 3.9 (Lampiran A).
Walau bagaimanapun, cuma satu pernyataan yang menunjukkan
perbezaan yang boleh dikira besar, iaitu pernyataan Matematik
memberikan

kerjaya yang

'glamour'.

boleh

Kebanyakan pernyataan ini

tidak memberikan pertukaran yang besar selepas kem mungkin kerana,


dalam semua pernyataan dalam aspek kegunaan matematik ini, skor
sebelum kem adalah sedia tinggi dan selepas kem, ianya tidak boleh
lebih tinggi daripada itu. Umpamanya, dalam pernyataan

Mempelajari

matematik hanyalah membuang masa sahaja (skor 4.75 sebelum kem


dan 4.68 selepas kem), peratus yang tidak setuju dan amat tidak setuju
sebelum kem ialah 97.6 (120 orang) sementara peratus yang tidak
setuju dan amat tidak setuju selepas kem ialah 96 (118 orang). Skor
sebelum kem bagi pernyataan Matematik boleh memberikan

kerjaya

yang 'glamour' ini ialah 3.77 sementara skor selepas kem ialah 4.02.
Dari segi peratusan pula, 60.2 peratus (74 orang) memberi respon
setuju dan amat setuju dengan pernyataan ini sebelum kem, sementara
peratusan dalam kategori yang sama selepas
orang). Ujian tanda (Sign
Matematik

boleh memberikan

test)

kem ialah 72.3 (89

menunjukkan cuma

kerjaya yang

'glamour'

pernyataan
memberikan

perbezaan yang bererti (P=.054) dengan 43 kes mempunyai perbezaan


positif, 26 kes mempunyai perbezaan negatif, sementara 54 kes seri
(tiada perbezaan).

13 @ UiTM
COPYRIGHT

Pernyataan dalam aspek Keyakinan

Pelajar

Terhadap

Matematik

(YAKIN), pula menunjukkan hasil yang lebih menggalakkan.

Dalam

semua enam pernyataan skor menunjukkan respon selepas kem adalah


lebih tinggi daripada respon sebelum kem. Skor dalam dua pernyataan
adalah lebih daripada 4.0, iaitu pernyataan Saya yakin saya boleh
belajar matematik (4.11 sebelum kem dan 4.23 selepas kem), dan Saya
yakin boleh dapat markah matematik yang baik dalam PMR (4.02
sebelum kem dan 4.13 selepas kem).

Lebih daripada 70 peratus

responden menyatakan mereka bersetuju atau amat bersetuju dengan


kedua-dua pernyataan ini. Walau bagaimanapun cuma dua pernyataan
memberikan perbezaan yang bererti mengikut ujian tanda. Pernyataan
Saya tiada masalah dengan sebarang soalan matematik (2.62 sebelum
kem dan 2.81 selepas kem) menunjukkan perbezaan yang bererti
(P=.013) dengan 36 kes menunjukkan perbezaan positif, 17 kes
perbezaan negatif dan 70 kes tiada perbezaan. Pernyataan Matematik
telah menjadi darah daging saya (3.11 sebelum kem dan 3.35 selepas
kem) menunjukkan perbezaan yang bererti ,(P=.001) dengan 36
perbezaan positif, 11 perbezaan negatif, dan 76 tiada perbezaan.

Dalam aspek Kegerunan

Pelajar

Terhadap Matematik

(GERUN),

semua enam pernyataan menunjukkan pertambahan skor selepas kem


berbanding dengan skor sebelum kem,

walaupun pertambahan ini

dikira kecil. Dua pernyataan memberikan skor lebih daripada 4.0, iaitu
Saya berasa selesa dan seronok bila mencuba

matematik

sebelum kem dan 4.09 selepas kem), dan Perkataan

14
COPYRIGHT @ UiTM

(4.08

matematik

membuatkan saya berasa loya (4.49 sebelum kem dan 4.59 selepas
kem). Respon kepada kedua-dua pernyataan ini menunjukkan bahawa
responden tidak berasa gerun apabila berhadapan dengan matematik
atau apabila disebut perkataan matematik. Lebih daripada 80 peratus
responden bersetuju atau amat bersetuju dengan pernyataan pertama,
iaitu mereka berasa seronok dan selesa bila mencuba matematik.
Cuma 2.4 peratus (3 orang) daripada responden memberikan respon
yang negatif terhadap pernyataan ini, iaitu mereka tidak bersetuju atau
amat tidak bersetuju dengan pernyataan ini selepas dan sebelum kem.
Walau bagaimanapun, dalam aspek yang sama, skor bagi pernyataan
Ujian matematik tidak merisaukan saya boleh dikira agak rendah (2.91
sebelum kem dan 3.24 selepas kem). Peratus responden yang bersetuju
dan amat bersetuju dengan pernyataan ini ialah 36.5 peratus (45 orang)
sebelum kem dan 43.5 peratus (53 orang) selepas kem. Ini bermakna
walaupun mereka seronok mencuba matematik, masih ramai yang
risau apabila berhadapan dengan ujian matematik.

Ujian tanda

menunjukkan bahawa tiga pernyataan memberikan perbezaan yang


bererti pada tahap P bersamaan dengan .1.

Pernyataan

yang

dimaksudkan ialah Perkataan matematik membuat saya berasa loya


(P=.080),

Saya

selalu

gementar

menghadapi

matematik

(P=.099), dan Ujian matematik

mata

pelajaran

tidak merisaukan

saya

(P=.001). Dalam pernyataan yang terakhir ini, 43 kes menunjukkan


perbezaan yang positif, 17 menunjukkan perbezaan yang negatif, dan
62 kes tiada perbezaan.

15
COPYRIGHT @ UiTM

Dalam

aspek

Motivasi

Pelajar

Untuk

Mempelajari

Matematik

(MOTIV), kesemua enam pernyataan memberikan skor yang lebih


tinggi selepas kem berbanding dengan skor sebelum kem.

Namun

begitu cuma satu pernyataan yang memberikan perbezaan yang bererti


mengikut ujian tanda.
'umph'

Pernyataan ini ialah Matematik

tidak ada

bagi saya (P=.055), dengan 30 kes perbezaan positif, 16 kes

perbezaan negatif, dan 76 kes tiada perbezaan.

Bagi pernyataan ini

peratus yang tak bersetuju dan amat tidak bersetuju sebelum kem ialah
86.1 (106 orang), sementara peratus ini naik kepada 91.9 (113 orang)
selepas kem. Skor sebelum dan selepas kem ialah masing-masing 4.16
dan 4.32.

Keberkesanan aktiviti kem


Penilaian aktiviti program berasaskan jenis aktiviti juga dijalankan.
Ada tiga jenis aktiviti dan setiap jenis dinilai dengan meminta peserta
mengisi borang penilaian yang berasingan sebaik sahaja setiap aktiviti
selesai dijalankan. Aktiviti yang dimaksudkan ialah aktiviti berbentuk
ceramah

(Apa itu matematik, dan Kegelisahan

berbentuk peraduan (Bakat

matematik,

matematik),

Burumatik,

dan

aktiviti
Kreativiti

matematik), dan aktiviti berbentuk bengkel (Mari buat matematik, dan


Bengkel mari berfikir).

Peserta diberikan satu soalselidik mengandungi tujuh pernyataan bagi


aktiviti berbentuk ceramah, lima pernyataan bagi aktiviti berbentuk
peraduan dan sembilan pernyataan bagi aktiviti berbentuk bengkel.

16
COPYRIGHT @ UiTM

You might also like