You are on page 1of 1

PANDUAN PENGGUNAAN BIO-BOKASHI & BIO TANI

(baja organik bermikrob untuk pertanian)

Rawatan Tanah Sebelum Penanaman

1. Seluruh kawasan disembur dengan cairan Bio-Tani 1:500 @ 200ml/m²


sebelum digembur/plough
2. Selepas digembur, sembur semula keseluruh kawasan dengan cairan Bio-
Tani pada kadar 1:1000 @ 200ml/m²
3. Waktu sesuai aplikasi adalah di waktu pagi (sebelum jam 11.00 pagi) dan
selepas 3.00 petang (kerana mikrob adalah sensitif kepada pancaran
terus matahari)
4. Setelah dibuat batas, taburkan sebanyak 200gm Bio-Bokashi bagi setiap
lubang tanaman dan biarkan selama 7 hari sebelum anak benih
dipindahkan.

Penyediaan Media/Tanah Dalam Polybag

1. Semburkan Bio Tani dengan cairan 1:1000 kepada media (media asal dari
musim yang lepas juga boleh digunakan semula) dan gaulkan sebelum
dimasukkan ke dalam polybag.
2. Letakkan pada kadar 100gm/per bag baja Bio-Bokashi pada media dan biarkan
selama 7 hari sebelum anak benih dipindahkan ke dalam polybag.
3. Pindahkan anak benih ke polybag dan buat siraman Bio Tani (mengikut jadual
penggunaan Bio Tani)

Panduan Aplikasi Pada Kelapa Sawit

1. Semburkan Bio Tani pada pokok kelapa sawit dan kawasan sekitar
dengan cairan 1:100/1-2 liter sepokok pada setiap 3 bulan/4 kali setahun
2. Letakkan pada kadar 2 kg/pokok Bio-Bokashi pada setiap 3 bulan/4 kali
setahun

Panduan Aplikasi Pada Getah

1. Semburkan pada pokok getah dan kawasan sekitar dengan Bio Tani
dengan cairan 1:100/1-2 lietr sepokok pada setiap 3 bulan/4 kali setahun
2. Letakkan pada kadar 2kg/pokok Bio-Bokashi pada setiap 3 bulan/4 kali
setahun

Panduan Aplikasi Pada Pokok Buah-Buahan

1. Bio Tani disembur dengan cairan 1:1000 pada setiap 2 minggu.


2. Bio-Bokashi ditabur sebanyak 2 kilo setiap pokok setiap bulan.

You might also like