You are on page 1of 3

KERTAS KERJA HARI KESEDARAN KERJAYA (CAD) BAGI MURID-MURID

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CLIFFORD


KUALA LIPIS PAHANG
1.0

PENDAHULUAN

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya merupakan salah satu


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sangat penting dan kritikal terutama
di sekolah menengah. Perkhidmatan ini bukan sahaja mendapat perhatian khusus di
kalangan para guru bimbingan dan kaunseling malahan juga oleh ibu bapa. Bagi
membolehkan para murid membina cita-cita kerjaya pada masa hadapan, mereka
perlu didedahkan dengan program-program atau aktiviti aktiviti bimbingan,
kaunseling dan pendidikan kerjaya di sekolah dengan baik. Sehubungan dengan itu,
Program Hari Kesedaran Kerjaya (CAD) ini dirasakan amat perlu dilaksanakan bagi
tujuan tersebut.
2.0

MATLAMAT

Program ini dijalankan untuk membantu para murid SMK Clifford menambah
kesedaran diri dan mengukuhkan kesedaran individu tentang kebolehan yang
dimilikinya.
3.0

OBJEKTIF

Selepas program ini dilaksanakan, diharapkan para murid SMK Clifford akan
dapat :

4.0

3.1

Mengenali jenis personaliti mereka

3.2

Mengenali jenis kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka


(berdasarkan Teori Dr. John Holland)

3.3

Meluaskan pengetahuan mereka mengenai kerjaya-kerjaya terkini


yang boleh diceburi pada masa hadapan

SASARAN
Seramai 500 orang murid (Tahun 4 6 & Tingkatan 1,2, 4 & 6 Rendah) SMK
Clifford Kuala Lipis yang terdiri daripada :
4.1
Tahun 4 6
4.2
Tingkatan 1,2, 4 & 6 Rendah
4.3
Ahli Kelab Bimbingan & Kerjaya
4.4
Pembimbing Rakan Sebaya

5.0

TARIKH PELAKSANAAN
27 Ogos 2013 (SELASA)

6.0

TEMPAT
Dewan Tun Abdul Razak (TAR) SMK Clifford Kuala Lipis

7.0

REKABENTUK PELAKSANAAN
7.1
7.2
7.3
7.4
7.5
7.6
7.7
7.8

8.0

KOS PERBELANJAAN
8.1
8.2

9.0

Aktiviti Ujian Kerjaya


Aktiviti Kad Kemahiran
Aktiviti Kad Nilai
Aktiviti Kad Hobi
Aktiviti Kad Pekerjaan
Meneroka Ciri-Ciri Personaliti
Meneroka Dunia Kerjaya berdasarkan Kod Holland
Bagaimana merancang kerjaya dan membuat keputusan

Kos bengkel
RM 10.00 x 500
=
Kos makan & minum
RM 2.00 x 500
Jumlah Keseluruhan
=

RM 5000.00
=
RM 1000.00
RM 6000.00

SUMBER KEWANGAN

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Clifford masih lagi berusaha mencari
dana bagi merealisasikan program ini. Justeru itu, pihak Unit Bimbingan Dan
Kaunseling amat berbesar hati sekiranya ada individu-individu persendirian atau
syarikat-syarikat swasta dalam atau pun luar yang sudi untuk menyumbang secara
penuh atau pun sebahagian daripada kos perbelanjaan program ini.
10.0 PENUTUP
Sebagai rumusan dan kesimpulan, program ini perlu dilaksanakan agar para
murid sedar tentang kerjaya mereka pada masa hadapan. Kegagalan murid
merancang kerjaya atau tidak tahu tentang impian dan kerjaya pada masa hadapan
hanya akan merugikan potensi diri dan seterusnya mengurangkan modal insan
atau tenaga kerja Negara pada masa akan dating. Unit Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Clifford berasa amat yakin kaedah interaktif yang digunakan dalam Program
Hari Kesedaran Kerjaya (CAD) ini dapat menarik minat murid-murid untuk menjalani
inventori dan suasana yang ceria juga dapat meningkatkan minat murid-murid
membuat pilihan kerjaya. Sesungguhnya program ini dangat wajar dijalankan
kepada murid-murid SMK Clifford.
Disediakan oleh:

.
PN. ROZLINE BT. MOHD ROSMI
Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Clifford Kuala Lipis


Pahang Darul Makmur

You might also like