You are on page 1of 17

MTE3103 Geometri

Topik 3

3.1

Pepejal Sekata dan Semi-sekata

Lima Pepejal Platonik = Polihedra sekata cembung

Polihedron merupakan pepejal yang permukaannya merupakan poligon satah.


Poligon membentuk permukaan bagi pepejal Platonik. Permukaan-permukaan bertemu di sisi
(edge). Titik di mana dua atau lebih sisi bertemu dinamakan bucu (vertex, vertices).

3.1.1 Hubungan antara pepejal Platonik dengan elemen dalam alam


Pepejal Platonik ditemui dalam tempoh Plato (427-347 B.C.). Namun, pepejal Platonik bukan
ditemui oleh Plato. Pepejal-pepejal ini dinamakan sedemikian atas sumbangan Plato dan
pengikut-pengikutnya. Menurut Plato, terdapat kepadanan antara empat daripada pepejal ini
dan empat elemen dalam alam:
Kubus (Cube)

bumi

Tetrahedron

api

Oktahedron

udara

Ikosahedron

air

dan dodekahedron menutupi keseluruhan alam semesta.

3.1.2

Definisi Polihedral

Kesemua polihedra adalah tiga dimensi dengan permukaannya merupakan poligon satah.
poli = banyak; hedra = permukaan.
Satu polihedron sekata mempunyai kesemua permukaannya poligon sekata. Dengan erti kata
lain, permukaannya terbentuk daripada satu jenis poligon sahaja.
Istilah yang berkaitan dengan polihedra:

MTE3103 Geometri

(a) Cembung (Convex):

Jika kita mengambil dua titik di dalam atau di atas sisi poligon,

maka setiap titik di atas garis yang menyambungkan dua titik ini juga terletak di dalam poligon.
Poligon seperti ini dinamakan poligon cembung. Poligon yang bukan cembung dinamakan
poligon cekung (concave).
(a) Poligon cembung

(b) Poligon cekung

Polihedron cembung: Jika kita ambil sebarang dua titik di dalam atau di sisi atau di
satu permukaan sebuah polihedron, maka setiap titik di atas garis yang
menyambungkan dua titik itu juga terletak di dalam poligon.
(b) Poliheron sekata mempunyai kesemua permukaan yang merupakan poligon sekata.

3.1.3 Kenapakah Hanya Terdapat Lima Pepejal Platonik?


Setiap polihedron cembung mesti memenuhi dua syarat:
(a) Hasil tambah sudut-sudut yang bertemu pada sebarang bucu sebuah polihedron
cembung mesti kurang daripada 360o;
(b) Sekurang-kurangnya tiga permukaan mesti bertemu pada setiap bucu.
Keadaan lain:
(a) Semua bucu mesti disambung/tertutup.
(b) Sudut-sudut mesti kongruen
(c) Kesemua permukaan mesti kongruen
(d) Bilangan permukaan yang sama bertemu pada setiap bucunya.
Kita tidak boleh membina satu rajah cembung tiga dimensi dengan enam atau lebih
segitiga sama sisi bertemu pada setiap bucu kerana sudut bagi sebuah segitiga sama
sisi = 600, bererti 6 x 600 = 3600.

Sebaliknya, untuk membina rajah cekung tiga

dimensi, kita boleh menggunakan lebih daripada 6 permukaan, iaitu melebihi 3600.
Sebagai kesimpulan, untuk membina rajah cembung tiga dimensi, bilangan segitiga
sama sisi yang bertemu pada satu bucu ialah 3, 4 atau 5 sahaja, seperti yang
ditunjukkan dalam rajah halaman berikutnya.
Perhatikan bahawa untuk membina satu polihedron cembung sekata, jumlah sudut
pada satu bucu mesti kurang daripada 3600. Ini menerangkan kenapa hanya
terdapat lima polihedra cembung sekata atau lima pepejal Platonik.

MTE3103 Geometri

Bukti:
(i)

Jumlah sudut bagi permukaan-permukaan yang bertemu pada satu bucu adalah

(ii)

kurang daripada 3600.


Jika tiga segitiga sama sisi bertemu pada setiap bucu, maka ini boleh diwakili
dengan menggunakan simbol Schlfli (3,3).
Simbol Schlfli (p,q) bermakna polihedron mempunyai permukaan yang
merupakan poligon sekata bersisi-p, dengan q poligon bertemu pada setiap
bucu.
Simbol Schlfli (p,q)

Poligon sekata bersisi-p

bilangan poligon bertemu pada satu bucu


Tetrahedron:
Tiga segitiga sama sisi pasa satu
bucu: 3 x 600 = 1800
Oktahedron:
Empat segitiga sama sisi pada satu
bucu: 4 x 600 = 2400
Ikosahedrons:
Lima segitiga sama sisi pada satu
bucu: 5 x 600 = 3000

Kubus:
Tiga segiempat sama pada satu
bucu: 3 x 900 = 2700

Dodekahedron:
Tiga pentagram pada satu bucu:

3.1.4 Simbol Schlfli bagi pepejal Platonik

MTE3103 Geometri

Simbol Schlfli {p,q} bererti poligon itu mempunyai p sisi sekata, dan setiap bucu dikelilingi
oleh q permukaan.
p : poligon sekata bersisi p [iaitu: segitiga sama sisi: p = 3; kubus: p = 4; tetrahedron: p = 3;
Oktahedron: p = 3; Dodekahedron: p = 5; Ikosahedron: p = 3]
q : bilangan poligon yang bertemu di setiap bucu

Simbol Schlfli bagi pepejal Platonik:

tetrahedron: {3,3}, permukaan: segitiga, rajah bucu: segitiga

kubus: {4,3}, permukaan: segiempat sama, rajah bucu: segitiga

oktahedron : {3,4}, permukaan: segitiga, rajah bucu: segiempat sama

dodekahedron : {5,3}, permukaan: pentagon, rajah bucu: segitiga

ikosahedron : {3,5}, permukaan: segitiga, rajah bucu: pentagon

3.1.5

Bucu, Permukaan dan Sisi

Isikan jadual di bawah tentang pepejal Platonik.


Lima Pepejal Platonik
Pepejal

Nama Pepejal
Bilangan
permukaan
yang bertemu
di setiap bucu
Simbol
Schlfli
(p, q)
Bilangan
permukaan
(F)
Bilangan bucu
(V)

MTE3103 Geometri
Bilangan sisi
(E)
Konfigurasi
bucu
Dual

3.1.6

Tentukan bilangan bucu, permukaan dan sisi bagi setiap pepejal Platonik.
Apakah rumus umum untuk menghitung bilangan permukaan, sisi dan bucu suatu
polihedron? Jawapan: Bilangan sisi = Bilangan permukaan + Bilangan bucu 2
Contoh untuk menunjukkan hubungan antara bilangan bucu, muka dan sisi:
Dodekahedron mempunyai 12 muka. Oleh itu, jika dikira secara berasingan, akan
diperoleh 5 x 12 = 60 sisi kesemuanya. Akan tetapi, setiap sisi bagi dodekahedron
menyambungkan dua muka, maka dengan cara begini, kita akan mengira setiap sisi
dua kali. Oleh yang demikian, bilangan sisi haruslah 60 2 = 30 sisi.
Setiap sisi menyambungkan dua bucu. Jika kita mengira setiap sisi secara berasingan,
kita akan mendapat 2 x 30 = 60 bucu. Akan tetapi, untuk dodekahedron, tiga sisi
bertemu pada setiap bucu dan kita akan mengira setiap bucu sebanyak tiga kali. Sekali
lagi, ianya harus mempunyai 60 3 = 20 bucu.

Dual
Simbol Schlfli bagi sebuah kubus ialah (4, 3) dan bagi oktahedron ialah (3, 4).
Bilangan sisi bagi kedua-dua pepejal adalah sama, iaitu 12 sisi. Bilangan permukaan
bagi satu kubus adalah sama dengan bilangan bucu bagi sebuah oktahedron, dan
sebaliknya. Jadi, kita kata dual bagi kubus ialah oktahedron dan dual bagi oktahedron
ialah kubus.

Simbol Schlafli bagi dodekahedron ialah (5,3) dan ikosahedron ialah (3, 5). Bilangan
sisi bagi kedua-dua pepejal ialah 30.

Oleh itu, dodekahedron ialah dual bagi

ikosahedron dan dual bagi ikosahedron ialah dodekahedron.

Bagi tetrahedron, kedua-dua nilai p dan q dalam Simbol Schlfli (p, q) adalah sama,
iaitu (3, 3). Kita kata tetrahedron adalah dual kendiri.

Bentangan bagi lima pepejal Platonik

MTE3103 Geometri

kubus (ada 11 bentangan)

tetrahedron (ada 2
bentangan)

oktahedron

3.2

ikosahedron

dodekahedron

Pepejal Semi-sekata: Pepejal Archimedean

Pepejal Archimedean adalah pepejal semi-sekata kerana kerana dibentuk oleh dua atau lebih
poligon cembung sekata dengan bilangan sisi dan bilangan permukaan yang sama, dan
poligon-poligon yang bertemu di setiap bucu mempunyai susunan yang sama.

Terdapat 13 jenis pepejal Archimedean, iaitu:


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

(3, 4, 3, 4) kuboktahedron (cuboctahedron)


(3, 5, 3, 5) ikosidodekahedron (icosidodecahedron)
(3, 6, 6) tetrahedron terpenggal (truncated tetrahedron)
(4, 6, 6) oktahedron terpenggal (truncated octahedron)
(3, 8, 8) kubus terpenggal (truncated cube)
(5, 6, 6) Ikosahedron terpenggal (truncated icosahedron)
(3, 10, 10) dodekahedron terpenggal (truncated dodecahedron)
(3, 4, 4, 4) rombikuboktahedron (rhombicuboctahedron),
rombikuboktahedron kecil)

(juga

dinamakan

MTE3103 Geometri

9.

(4, 6, 8) cuboktahedron terpenggal (truncated cuboctahedron), (juga dinamakan


rombikuboktahedron besar, the great rhombicuboctahedron)
10.
(3, 4, 5, 4) rombikosidodekahedron (rhombicosidodecahedron)
11.
(4, 6, 10) ikosidodekahedron terpenggal (truncated icosidodecahedron)
12.
(3, 3, 3, 3, 4) kubus snub atau koboktahedron snub (snub cube, snub
cuboctahedron (snub bermakna proses menyusun poligon dengan segitiga).
13.
(3, 3, 3, 3, 5) dodekahedron snub atau ikosidodekahedron snub (snub
dodecahedron, snub icosidodecahedron).

Latihan: Namakan pepejal yang mempunyai bentangan berikut:

Pepejal Archimedean mempunyai kaitan dengan lima pepejal Platonik:


a. Jika titik-titik tengah kesemua sisi sebuah tetrahedron sekata disambung
dengan satu siri garisan, akan didapati garis-garis ini mentakrifkan sisi
sebuah oktahedron sekata.
b. Jika titik-titik tengah sebuah kubus atau oktahedron disambung dengan cara
yang sama, satu kuboktahedron terhasil.
c. Jika titik-titik tengah setiap sisi sebuah ikosahedron atau sebuah
dodekahedron disambung dengan cara yang sama, satu ikosidodekahedron
diperoleh.
Rajah-rajah ini dirujuk sebagai rajah dua frekuensi.
d. Jika kita membahagikan setiap sisi kepada tiga bahagian dan titik-titik yang
terhasil disambungkan dengan satu siri garis seperti di atas, lima rajah yang

MTE3103 Geometri

terhasil melalui cara ini ialah tetrahedron terpenggal, oktahedron terpenggal,


kubus terpenggal, ikosahedron terpenggal dan dodekahedron terpenggal.
Rajah-rajah ini dirujuk sebagai rajah tiga frekuensi.
e. Rajah-rajah empat frekuensi dihasilkan dengan menyambungkan titik-titik
tengah bagi sisi rajah dua frekuensi. Pepejal yang dihasilkan dengan cara ini
cara ini ialah rombikuboktahedron kecil, kuboktahedron dan
rombikosidodekahedron kecil.
f. Rajah-rajah frekuensi 6 boleh dihasilkan dengan membahagikan sisi-sisi
setiap rajah frekuensi 2 kepada 3 bahagian. Pepejal yang dihasilkan adalah
rombikuboktahedron besar, oktahedron terpenggal dan
rombikosidodekahedron besar.
g. Kubus snub dikaitkan dengan kubus dan oktahedron, ikosahedron
dikaitkan dengan tetrahedron manakala dodekahedron snub dikaitkan
dengan ikosahedron dan dodekahedron.

Pepejal Archimedean
Nama (Konfigurasi Bentuk
bucu)
lutsinar

Bentuk Pepejal

Tetrahedron
terpenggal
(Truncated
tetrahedron)
(3.6.6)

Bentangan

Permukaan

Sisi

Bucu

18

12

4 segitiga
8

4 heksagon

Kuboktahedron
(Cuboctahedron)
(3.4.3.4)

8 segitiga
6
14
segiempat
sama

24

12

Kubus terpenggal
atau kehsahedron
terpenggal
(Truncated cube
or truncated
hexahedron)
(3.8.8)

14

8 segitiga
6 oktagon

36

24

MTE3103 Geometri

Oktahedron
terpenggal
(Truncated
octahedron)
(4.6.6)

6
segiempat
14
36
sama
8 heksagon

24

Rombikuboboktahed
ron
(Rhombicuboctahedr
on
or small
rhombicuboctahedro
n)
(3.4.4.4 )

8 segitiga
18
26
segiempat
sama

48

24

Truncated
cuboctahedron
or great
rhombicuboctahedro
n
(4.6.8)

12
segiempat
26
sama
72
8 heksagon
6 oktagon

48

Snub cube
or snub hexahedron
or snub
cuboctahedron
(2 chiral forms)
(3.3.3.3.4)

32 segitiga
6
38
segiempat
sama

60

24

Icosidodecahedron
(3.5.3.5)

20 segitiga
32
12
pentagon

60

30

20 segitiga
90
12 dekagon

60

Truncated
dodecahedron
(3.10.10)

32

Truncated
icosahedron
or buckyball
or football/soccer ball
(5.6.6 )

12
pentagon
32
20
heksagon

90

60

Rhombicosidodecah
edron
or small
rhombicosidodecahe
dron
(3.4.5.4)

20 segitiga
30
segiempat
62
120
sama
12
pentagon

60

MTE3103 Geometri

Truncated
icosidodecahedron
or great
rhombicosidodecahe
dron
(4.6.10)

30
segiempat
sama
62
180
20
heksagon
12 dekagon

120

Snub dodecahedron
or snub
icosidodecahedron
(2 chiral forms)
(3.3.3.3.5)

80 segitiga
92
12
150
pentagon

60

Bongkah Archimedean boleh dibentuk daripada bongkah Platonik dengan memotong


bucu-bucunya. Polihedron yang terbentuk melalui kaedah ini adalah:

(1) Truncated tetrahedron: heksagon sekata dan segitiga sama sisi


(2) Truncated cube: segitiga sama sisi dan oktagon sekata
(3) Truncated octahedron: segiempat sama dan heksagon sekata
(4) Truncated icosahedron: pentagon sekata dan heksagon sekata
(5) Truncated dodecahedron: segitiga sama sisi dan dekagon sekata
(6) Truncated cuboctahedron: segiempat sama, heksagon sekata dan oktagon sekata
(7) Truncated icosidodecahedron: segiempat sama, heksagon sekata dan dekagon
sekata.

3.3

Pepejal Kepler-Poinsot = Polihedra bintang sekata

Pepejal Kepler-Poinsot diperoleh dengan melakukan proses stelat ke atas


dodekahedron dan ikosahedron cembung sekata, dan berbeza daripada dua pepejal
ini dengan mempunyai permukaan pentagram sekata atau rajah bucu.

Pepejal Kepler-Poinsot adalah polihedron bukan cembung yang sekata, dengan

10

MTE3103 Geometri

permukaan cekung.
Kesemua permukaan adalah poligon sekata yang kongruen
Bilangan permukaan yang bertemu pada setiap bucu adalah sama.

Terdapat empat jenis pepejal Kepler-Poinsot: Dodekahedron stelat kecil,


dodekahedron besar, dodekahedron stelat besar dan ikosahedron besar.

Dodekahedron stelat kecil dan dodekahedron stelat besar ditemui oleh Johannes
Kepler pada 1619 dengan melakukan stelat ke atas dodekahedron cembung sekata.
Pada 1809, Louis Poinsot menemui dua lagi bintang sekata, iaitu ikosahedron besar
dan dodekahedron besar.

Dodekahderon besar (great dodecahedron) mempunyai bilangan bucu dan sisi yang
sama dengan ikosahedron.
Dodekahedron stelat kecil (small stellated dodecahedron) mempunyai bilangan bucu
dan sisi yang sama dengan ikosahedron besar (great icosahedron). Kedua-duanya
mempunyai bilangan bucu (tetapi bukan sisi) yang sama seperti ikosahedron.
Dodekahedron stelat besar (great stellated dodecahedron) mempunyai bilangan bucu
(tetapi bukan sisi) yang sama seperti dodekahedron.
Keempat-empat pepajal Kepler-Poinsot mempunyai paksi simetri dan satah simetri
yang sama seperti ikosahedron dan dodekahedron.

Simbol Schlfli:
Simbol pecahan {p/q} bermakna rajah satah dengan p bucu di mana setiap bucu ke-q
disambungkan. Oleh itu, 5/2 adalah satu bentuk bintang dengan 5 hujung.

11

MTE3103 Geometri
Bagi dodekahedron stelat besar (great stellated dodecahedron), simbol Schlfli

{5/2,3}, permukaan ialah pentagram, rajah bucu ialah segitiga.


Bagi dodekahderon stelat kecil, simbol Schlfli {5/2,5}, permukaan ialah pentagram,
rajah bucu ialah pentagon.
Ikosahedron besar, dengan simbol Schlfli {3,5/2}, permukaan ialah segitiga, rajah
bucu ialah pentagram.
Dodekahedron besar, dengan simbol Schlfli {5,5/2}, permukaan ialah pentagon, rajah
bucu ialah pentagram.

Ciri-ciri pepejal Kepler-Poinsot:

Nama

Gambar

Schlfli Permukaan
Sisi
{p,q}
{p}

5
,5
2

Dodekahedron
stelat kecil

dodekahedron
besar

Dodekahedron
stelat besar

12
{5}

{5,
}

, 3}

{3,
Ikosahedron
besar

12
{5/2}

12
{5/2}

20
{3}
}

Bucu
{q}

30

12
{5}

30

12
{5/2}

30

20
{3}

30

12
{5/2}

Dual

Dodekahedron
besar

Dodekahedron
stelat kecil

Ikosahedron besar

Dodekahedron
stelat besar

3.4 Prisma dan Anti-prisma

Prisma terdiri daripada dua salinan sebarang poligon sekata (satu di atas dan satu lagi di
bawah), disambungkan dengan segiempat sama di sisi-sisi. Di setiap bucu, dua segiempat
sama dan satu daripada poligon-poligon itu bertemu.

12

MTE3103 Geometri

Anti-prisma juga terdiri daripada dua salinan sebarang poligon sekata tetapi tepinya
disambung dengan segitiga sama sisi yang disusun seperti dalam rajah di bawah. Pada setiap
bucu, tiga segitiga dan satu poligon bertemu.

Prisma segitiga (4,4,3) Prisma segiempat


tepat (4,4,4)

Prisma dekagon

Prisma pentagram

Antiprisma pentagon

Prisma pentagon (4,4,5) Prisma heksagon


(4,4,6)

Prisma heksagram

Antiprisma segiempat
sama (3,3,3,4)

Antiprisma heksagon

Antiprisma dekagon

Antiprisma heptagon
(3, 3, 3, 7)

13

MTE3103 Geometri

Ulangkaji

Soalan Objektif

1.

Apakah simbol Schlafli bagi sebuah oktahedron?


(A) {3, 3}
(B) {3, 4}
(C) {4, 3}

(D) {5. 3}

2. Namakan polihedron yang mempunyai bentangan berikut:


(A) Ikosahedron
(B) Dodekahedron
(C) Cuboktahedron
(D) Ikosidodekahedron

3. Yang manakah antara berikut ialah pepejal Kepler-Poinsot?


(A) Dodekahedron (B) Cuboktahedron (C) Dodekahedron terpenggal (D) Dodekahedron besar

4. Kombinasi segiempat sama, heksagon dan dekagon akan membentuk teselasi satah
yang menarik. Gabungan lanjutan teselasi ini boleh menghasilkan satu sfera. Rajah
berikut menunjukkan satu sfera yang dihasilkan oleh teselasi ikosidodekahedron
terpenggal.
Cari bilangan garis simetri bagi teselasi
ikosidodekahderon satah terpenggal.
(A) 4

(B) 5

(C) 6

(D) 10

14

MTE3103 Geometri

3D: sfera

5. Satu ciri utama pepejal Archimedean ialah bahawa setiap permukaan merupakan
poligon sekata, dan di sekitar setiap bucu, poligon-poligon yang sama muncul dalam
urutan yang sama, iaitu heksagon-heksagon-segitiga dalam tetrahedron terpenggal.
Dua atau lebih poligon yang berbeza muncul pada setiap pepejal Archimedean. Apakah
syarat yang mesti dipenuhi oleh suatu polihedron?
(A) cembung

(B) cekung

(C) sekata

(D) tidak sekata

6. Satu cara untuk menghasilkan bintang adalah dengan melukis satu poligon, kemudian
melanjutkan pasangan sisi hingga bertemu. Permukaan-permukaan pepejal tiga
dimensi dilanjutkan hingga bertemu. Apakah nama yang diberikan kepada proses ini?
(A) Stelat

(B) Teselasi

(C) Pengulangan

(D) Replikasi

7. Pada 1809, Louis Poinsot menjumpai dua pepejal Archimedean. Sesetengah orang
menamakannya pepejal Poinsot. Poinsot mempertimbangkan bucu dan permukaan
bintang, dengan demikian menjumpai dua lagi bintang sekata, dengan salah satunya
ialah ikosahedron besar. Apakah bintang yang satu lagi?
(A) Dodekahedron stelat besar

(B) Dodekahedron stelat kecil

(C) Dodekahedron kecil

(D) Dodekahedron besar

Soalan Berstruktur

1.

Pepejal Platonik merupakan polihedron cembung sekata.


(a) Jelaskan maksud cembung.
(b) Namakan pepejal Platonik yang merupakan dual kendiri.
(1 markah)
(c) Tuliskan simbol Schlafli bagi pepejal Platonik dalam (b).
(1 markah)
(d) Namakan pepejal Platonik yang mempunyai 12 permukaan pentagon.(1 markah)
(e) Nyatakan bilangan sisi dan bucu bagi pepejal Platonik dalam (d).
(2 markah)
(f) Lukiskan bentangan bagi pepejal Platonik dalam (b) dan (d).
(4 markah)
2. Prisma dan antiprisma sekata merupakan polihedra semi-sekata yang mempunyai
tapak yang sekata dan panjang sisinya adalah sama.
(i)
Jelaskan maksud polihedra semisekata.
(1 markah)
(ii)
Nyatakan satu persamaan antara prisma sekata dan antiprisma sekata. (1%)

15

MTE3103 Geometri

(iii)

Nyatakan satu perbezaan antara prisma sekata dan antiprisma sekata. (1%)
(iv) Namakan prisma yang
ditunjukkan.

(1%)

(v) Lakarkan bentangan bagi


prisma yang ditunjukkan. (2%)
(vi) Tuliskan konfigurasi bucu bagi
prisma yang ditunjukkan. (2%)

3. Plato percaya baahwa terdapat kesepadanan antara empat daripada pepejal dengan empat
elemen dalam alam.
(a) Senaraikan hubungan antara pepejal Platonik dengan elemen-elemen alam. (4%)
(b) Namakan poligon yang membina permukaan setiap pepejal Platonik.
(5%)
4. Namakan pepejal yang mempunyai bentangan berikut:

(2%)

5. Berikan dua contoh bagi (i) prisma, (ii) antiprisma.


Bagi setiap contoh, nyatakan bilangan permukaan, sisi, bucu dan lukiskan
bentangannya.

Soalan esei

(a)

1. Pepejal Platonik dibentuk dengan menyambungkan beberapa permukaan poligon.(2%)


Nyatakan dua syarat utama bagi membentuk polihedron daripada poligon.
(b) Bagi setiap pepejal Platonik, jelaskan kenapa pepejal itu boleh dibentuk
daripada poligon.

(10%)

2. Pepejal Archimedean berbeza daripada pepejal Platonik. Namakan dua contoh pepejal
Archemedean. Berdasarkan contoh-contoh anda, huraikan tiga perbezaan antara
pepejal Archimedean dan pepejal Platonik.
(8%)

16

MTE3103 Geometri

3. (a) Bagi lima pepejal Platonik:


(i)
(ii)
(iii)

Senaraikan namanya dan nyatakan bilangan bucu, sisi dan permukaannya.


Nyatakan simbol Schlafli.
Hubungkaitkan kedualan pepejal platonik tersebut.
(6%)

(b) Lukiskan satu bentangan bagi setiap pepejal Platonik.

(10%)

(c) Apakah perbezaan utama antara pepejal Platonik dan pepejal Archimedean? (4%)

4. Bagi kesemua pepejal Kepler-Poinsot:

(a)

Senaraikan nama dan nyatakan ciri-cirinya (bilangan bucu, sisi dan permukaan).

(b)

Nyatakan simbol Schlafli.

(c)

Hubungkaitkan kedualannya.

(10%)

Aktiviti:

Cuba anda cari dari Yuotube cara-cara melipat kertas sehingga terhasilnya pelbagai jenis
pepejal yang anda telah pelajari di atas.

Selain itu, anda juga boleh meneroka bentuk-bentuk lain seperti Kudusama.

Nota tentang lipatan kertas akan diberi dalam kuliah.

17

You might also like