You are on page 1of 2

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


BIL. 3/2014
Tarikh
: 23 Jun 2014 ( Isnin )
Masa
: 1.15 tengahari
Tempat : Bilik Pengurusan KAA , SMK Tunku Abdul Rahman Putra
Pengerusi : Pn. Mariana binti Abdul Manaf
Kehadiran : Rujuk Lampiran
Tidak Hadir : - TIADA 1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah
Tindakan : Makluman Guru
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru pada mesyuarat kali ke-3
ini.
Tindakan : Makluman Guru
1.3 Pengerusi berharap agar mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan baik
Tindakan : Makluman Guru
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Pn Noraini mencadangkan agar minit yang lalu disahkan dan disokong oleh
Pn Norharidawati.
Tindakan : Makluman Guru
3. Perkara Perkara Berbangkit
3.1 Perkara 7.6 pengerusi mohon kerjasama agar Program Imam Remaja dipertingkatkan
lagi dari aspek pengendalian dan pelaksanaannya di peringkat sekolah agar bakat
murid-murid yang berpotensi dapat diasah dan digilap dengan lebih baik lagi.
Tindakan : Makluman Guru
4.0 Pembentangan Isu-Isu
4.1 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun
4.1.1 Pengerusi membentangkan analisa keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun
adalah seperti dalam Lampiran.
Tindakan : Makluman Guru
4.1.2 Post mortem/SWOC bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah seperti
Dalam Lampiran.
Tindakan : Makluman Guru

4.2 Program Peningkatan


4.2.1 Ahli mesyuarat sepakat untuk meneruskan program seperti yang dirancang iaitu :
a) Program Kecemerlangan PT3 dilaksanakan di dalam kelas
b) Bijak Tajwid - dilaksanakan di dalam kelas oleh semua guru
c) Cepat Hafaz/Soal Jawab dilaksanakan di dalam kelas
Tindakan : Guru Matapelajaran
5. Hal-Hal Lain
5.1 Soalan Peperiksaan Percubaan SPM untuk Tingkatan 5 digubal oleh guru
matapelajaran sendiri mengikut JSI yang diberi oleh JPNJ . Tiada soalan setara negeri
atau daerah.
Tindakan : Makluman Guru
PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar
dapat melaksanakan tugas masing masing dengan baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(KHAFIFAH BINTI SADIKIN)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Islam,
SMK Tunku Abdul Rahman Putra,
Kulaijaya, Johor.

You might also like