You are on page 1of 15

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional

1.0 Pendahuluan
Sekolah merupakan penggerak kepada sistem pendidikan. Guru- guru adalah pelaksana
segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan. Tanpa penglibatan dan sokongan
guru- guru, maka segala perancangan pendidikan yang telah disediakan tidak akan terlaksana.
Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Golongan guru
bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Hala tuju pendidikan negara yang telah
dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu matlamat iaitu untuk
menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Maka guru merupakan
pelaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan
sistem pendidikan.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Kementerian Pelajaran akan
mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri
aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, pada peringkat
murid-murid pula, pelan ini menyasarkan enam ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.
Dalam merangka Pelan ini, sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada
Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah yang
pertama, memartabatkan profesion keguruan dan yang kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan
sekolah. Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti sebelas
anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat
Malaysia. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju
pendidikan, manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang
dilaksanakan.
Seterusnya,dalam meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah Guru Besar memainkan peranan
yang penting untuk memastikan sekolah berjalan dengan berkesan . Guru Besar adalah pencetus
kepada budaya yang diamalkan di sesebuah sekolah. Tindakan-tindakan diambil olehu Guru Besar
mencerminkan gaya kepimpinannya.

1.1 Definisi Kepimpinan Instruksional


1

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


Gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh seorang pengetua atau Guru Besar di sekolah yang
baik menunjukkan tahap penglibatan tinggi dalam kerja dan berorientasikan akademik. Gaya
kepimpinan berkenaan dikenali sebagai kepimpinan instruksional.
Kepimpinan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah keupayaan memimpin.
Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin.Pimpin bererti bimbing, pandu, atau
tunjuk. Terdapat beberapa definisi tentang kepimpinan instruksional ataupun panduan khusus
berkaitan dengan peranan seorangpemimpin instruksional .
Definisi Kepimpinan Instruksional Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional
sebagai usaha- usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi
kurikulum dan untuk memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan
menjayakan matlamat sekolah.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2010),
telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional di mana pengetua
akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menggalakkan pemupukan budaya belajar di kalangan muridnya. Mengikut garis panduan ini,
sebagai pemimpin instruksional, pengetua perlu melaksanakan tugas-tugas seperti:
Menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus mengenai pelaksanaan
kurikulum sekolah.
ii. Mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan
iii Menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin pelaksanaan
pengajaran secara berkesan di samping menyebarkan amalan terbaik pengajaran dan
pembelajaran kepada gurunya di peringkat sekolah
iv. Mencerap pengajaran dan pembelajaran semua guru di mana pengetua menggunakan
maklum balas pencerapan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
v. Menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan
vi. Menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru berkaitan pengajaran dan
pembelajaran secara tekal
vii .Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi
2

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian
akademik dan sahsiah murid.
vii.

Mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga

sekolah.
Kesimpulannya definisi kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil
peduli iaitu cakna terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya
dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu
kecemerlangan sekolah.Kepimpinan instruksional ialah segala amalan tingkah laku perancangan
pengetua yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi, memberi bimbingan, dan
dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan meningkatkan programprogram berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat akademik
sekolah yang ditetapkan. Ini termasuklah dalam memastikan pelaksanaan sesuatu perubahan
pendidikan berjaya mencapai matlamatnya di sekolah.
1.2 Cadangan
Dalam

permasalahan yang dihadapi oleh Cikgu Norman sebagai guru besar yang baru

dilantik menerajui sebuah sekolah berprestasi rendah di sebuah bandar dan beliau mendapati
kebanyakan guru dan kakitangan sekolah tidak mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi
untuk meningkatkan prestasi sekolah.Cara kepimpinan instruksional yang boleh diamalkan oleh
Cikgu Norman dalam usaha meningkatkan lagi prestasi sekolahnya ialah:
1.2.1 Visi dan Misi
Semua warga sekolah perlu mengetahui visi dan misi sekolah.Sebagai pemimpin
instruksional Cikgu Norman mestilah membina visi dan misi secara kolaboratif visi dengan anak
buahnya bagi membincangkan nilai dan harapan bagi sekolah mereka dan bersama-sama
membina visi yang sesuai untuk sekolah tersebut. Seterusnya visi dan misi tersebut perlulah diwarwarkan kepada semua organisasi sekolah.
Dalam mengurus sesebuah sekolah, adalah penting bagi Cikgu Norman sebagai guru besar
untuk menentukan visi, matlamat dan hala tuju organisasinya, dan memastikan setiap warga
sekolah berkongsi, memahami visi tersebut dengan jelas dan berusaha untuk memastikan setiap
tindakan adalah relevan ke arah pencapaian visi tersebut.
3

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


Pemimpin yang berjaya dan berkesan bertanggungjawab terhadap prestasi diri, semua
warga sekolah dan organisasi sekolah tersebut. Hubungan dan kolaborasi antara

guru besar

dengan warga sekolah dan komuniti samaada dalaman atau luaran mestilah baik dan teguh. Tanpa
hubungan yang baik sudah tentu visi sekolah tidak akan dapat dicapai. Sebagai pemimpin sekolah
iaitu guru besar Cikgu Norman mesti memiliki ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk mengurus
organisasi dan menstruktur organisasi mengikut keperluan dan arus perubahan, agar matlamat
organisasi tercapai.
1.2.2 Ransangan Motivasi
Kepercayaan adalah bentuk tertinggi motivasi manusia dan kemampuan seorang guru besar
pemimpin untuk meraih kepercayaan daripada orang bawahannya mampu meningkatkan motivasi
bekerja. Seorang Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional perlu memberikan satu
bentuk rangsangan motivasi kepada guru, murid dan warga sekolah. Ransangan motivasi yang
tinggi dalam kalangan guru mampu menjana pencapaian cemerlang dalam kalangan murid-murid
pula,ini seterusnya meningkatkan pencapaian prestasi sekolah.
1.2.3 Pemantauan
Sebagai seorang pemimpin instruksional Cikgu Norman perlu memberi penekanan dalam
memantau pencapaian murid. Pemantauan ini mampu memperbaiki mutu kerja, sikap dan
menyelesaikan masalah guru ini akan dapat memastikan setiap warga sekolah mematuhi disiplin
(Lokman & Mohd Anuar, 2011). Di bawah seorang pemimpin instruksional, sekolah mampu
melahirkan murid yang cemerlang kerana peranan utama seorang pemimpin di sekolah adalah
sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran.
Pemimpin instruksional sentiasa menjalankan pemantauan bagi meningkatkan prestasi
sekolah melalui data, analisis data dan rencana aktiviti intervensi. Bagi setiap kelemahan yang
dilihat di sekolah, seorang pemimpin instruksional sentiasa bersedia dengan satu langkah
mengatasi masalah tersebut agar dapat memikirkan cara paling tepat mengatasi masalah
berkenaan.
Pemantauan yang dijalankan adalah bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran, memberi bimbingan, memberi tunjuk ajar dan dorongan. Pemantauan

mampu

mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran guru secara berterusan dan memastikan

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


objektif bilik darjah selaras dengan matlamat sekolah. Pencapaian murid dan sekolah umumnya
dapat dipertingkatkan.
Selain daripada itu Cikgu Norman perlu membuat pemantauan Head Count.Pemantauan
Head Count ini mula dilaksanakan pada tahun 2007 bertujuan memantau prestasi pelajar di
peringkat sekolah, PPD dan JPN. Prestasi setiap murid dipantau dari masa ke semasa. Murid
yang bermasalahakan dilaporkan kepada PPD. Cikgu Norman perlu mesti bekerjasama dalam
menyusun strategi berkesan untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi akademik
terutamanya untuk mata pelajaran asas.

2.0 Cadangkan dua teori kepimpinan yang dirasakan paling sesuai diaplikasikan oleh Cikgu
Norman dalam kepimpinannya dan kemukakan hujah serta contoh yang sesuai tentang
keberkesanan kepimpinan tersebut.
Dua teori kepimpinan yang dirasakan paling sesuai diaplikasikan oleh Cikgu Norman ialah
2.1Teori Tranformasional
Transformasional secara amnya diertikan melalui rujukan Kamus Dewan adalah suatu
perubahan keadaan. Dalam konteks ini transformasi yang dimaksudkan suatu kebiasaan dalam
amalan kepimpinan itu diubah kepada suatu amalan kepimpinan yang baru.
Teori ini diasaskan oleh J.M Burn (1978) dalam bukunya Leadershipyang merupakan
gabungan antara Teori Trait (Sifat) dan Teori Behaviorist (Tingkah laku).
Teori Kepimpinan Transformasional adalah sebagai satu proses yang dinamik apabila para
pengikut rela menerima pengaruh pemimpin.Penerimaan bergantung kepada proses pertukaran
iaitu pemimpin memberi serta memperolehi sesuatu sebagai balasan.Memupuk orang bawahan
supaya lebih baik moral, nilai dan kemanusiaan.
Pemimpin transformasional bertanggungjawab untuk menyampaikan segala misi yang
dibentuk kepada subordinat dibawahnya. Mereka merupakan individu yang bersedia memberi
panduan, petunjuk, membimbing dan mengangkat martabat subordinat di bawahnya. Di samping
itu, pemimpin transformasional juga amat mementingkan pembangunan subordinat atau orang
bawahannya. Pemimpin sanggup berusaha untuk meningkatkan kepekaan subordinat mengenai
keperluan organisasi bagi membolehkan mereka membuat pencapaian yang luar biasa.
5

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


Teras kepada teori ini adalah nilai etika yang ada pada seseorang pemimpin. Oleh sebab
kesan pemimpin transformasional amat besar kepada organisasi, tanpa nilai ini pemimpin mungkin
menyelewengkan keperluan untuk mencapai matlamat organisasi ke arah mencapai matlamat diri
pemimpin itu sendiri. Berani dan boleh menangani tentangan-tentangan dan kerumitan, mengambil
pendirian dan menghadapi risiko dan kenyataan.Dalam teori transformasional meningkatkan
kecekapan kerja berpasukan dan meningkat kepercayaan dan semangat kekitaan.
Teori Transformasional juga dapat memotivasikan orang bawahan melalalui pemberian
habuan atas apa yang mereka lakukan. Pemimpin jenis ini peka dan cakna terhadap:
i.Keinginan orang bawahan
ii.Memberikan habuan atau janji
iii.Responsif terhadap kepentingan orang bawahan
Menurut Bass-Kepimpinan transformasional didapati sebagai yang paling berkesan dalam
mewujudkan tindakbalas yang diperlukan dari kalangan subordinat kerana mempunyai kekuatan
merentasi kepimpinan transaksional terutama secara tidak lansung membentuk kalangan guru
yang sentiasa belajar serta tuntutan mengamalkan konsep kerja

secara berpasukan. Ini

menjadikan para guru di sekolah bukan hanya sebagai sumber tetapi aset penting yang
memungkinkan kecemerlangan sekolah.
Kepimpinan transformasional mampu mencetus perubahan sikap dan pemikiran seseorang
itu terhadap tanggungjawabnya berdasarkan kepada kesedaran yang diwujudkan oleh pemimpin
terhadap

subordinat

transformasional

dan

bukannya

kerana

ganjaran

mahupun

ancaman.

Kepimpinan

memusatkan tumpuan kepada membina matlamat yang dikongsi bersama,

meningkatkan komunikasi serta membuat keputusan secara kolaboratif.Contohnya dalam setiap


program di sekolah semua warga sekolah terlibat dan setiap keputusan yang dibuat berdasarkan
persetujuan bersama yang diputuskan dalam mesyuarat atau perbincangan.
Pemimpin transformasional menjadikan subordinat mampu mengenalpasti cabaran dan
menjadikan mereka orang yang berani menghadapinya.(Abdullah dan Ainon,2007).Pemimpin
transformasional memberi tumpuan dan perhatian terhadap keperluan dan potensi tertentu dalam
membangunkan

pengikut-pengikutnya.

Pemimpin

transformasional

pengikutnya sebagai seorang individu yang perlu dihormati.


6

mengganggap

setiap

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


Guru Besar
menumpukan

transformasional

matlamat

organisasi

adalah seorang individu yang proaktif serta tidak hanya


kepada

peningkatan

pencapaian

sahaja

tetapi

juga

menumpukan usaha dan matlamat ke arah membangunkan warga organisasi terutama dari segi
kebolehan, motivasi, sikap dan nilai.
Subordinat akan lebih bermotivasi apabila mendapati pemimpin mereka mengambil berat
terhadap keupayaan dan prestasi para subordinatnya. Subordinatnya akan merasakan bahawa diri
mereka amat diperlukan dalam mencapai matlamat organisasi. Walaupun ketua atau guru besar
tidak hadir pada waktu-waktu yang tertentu, guru-guru terus menjalankan tugasnya dengan baik
dan berkesan mengikut keupayaan dan caranya tersendiri.
Alimuddin (2006) menggariskan ciri-ciri kepimpinan transformasional yang diamalkan oleh
pengetua atau guru besar di sekolah seperti idealised influence

(pemimpin sebagai role model

kepada guru, staf sokongan dan pelajar) , inspirational motivation (sentiasa memberikan galakan
dan idea-idea bernas), intellectual stimulation ( bijak dalam berfikir, membuat keputusan yang tepat
dan bertindak dengan cara yang cepat) dan individual consideration (sebagai coach atau mentor
kepada seluruh warga sekolah) adalah sebagai suatu usaha menjadikan sekolah mereka
berkesan. Jelasnya kepimpinan transformasional menjadi suatu landasan untuk Cikgu Norman
meningkatkan motivasi dalam kalangan guru dalam untuk menaikan prestasi sekolahnya.
2.2 Teori Situasi
Teori Situasi yang dikemukakan oleh Hersey dan Blanchards (1977,1992) memfokuskan kepada
tingkat kematangan orang bawahan.Kematangan terdiri daripada kematangan kerja atau tugas
iaitu kemahirandan pengetahuan teknikal yang dimiliki dan kematangan psikologi iaitu
keyakinan,kebolehan dan kesediaan menerima tugas yang diarahkan.
Teori ini menjelaskan tentang tahap kesediaan yang meliputi keupayaan dan kesanggupan
pengikut-pengikut dalam melakukan sesuatu tugas yang spesifik.Mengikut teori kepimpinan situasi
semakin matang tahap perkembangan pengikut, semakin tingi tahap penguasaan kemahiran dan
pengetahuan di dalam sesuatu tugasan, semakin tinggi tahap komitmen pengikutnya, pemimpin
seharusnya mengurangkan gaya kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan
yang ketat kepada stail yang berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu memberi sokongan.
Seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang pemimpin yang dapat mengubah gaya
kepimpinannnya mengikut situasi yang berbeza. Gaya mengarah selalunya digunakan terhadap
7

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


guru-guru baru, gaya membimbing terhadap guru-guru yang kurang berpengelaman dan stail
mendelegasi terhadap guru-guru kanan.
Seorang pemimpin situasi itu perlu meneliti keseluruhan orang bawahannya, mendekati
pekerjanya dalam setiap tugasan yang diberi, memilih gaya kepimpinan , berbincang dengan orang
bawahannya dalam situasi yang berbeza dan kemudiannya melaksanakan perancangan secara
bersama.
Dalam tahun 1969 Paul Hersay dan Ken Blanchard, telah membangunkan model kepimpinan
situasi berteraskan kepada dua konsep iaitu gaya kepimpinan dan tahap perkembangan
pengikutnya. Gaya kepimpinan yang diutarakan dalam model ini
i.Directing/Telling
Pemimpin menggariskan peranan dan tugas pengikutnya serta menyelia, memberi arahan
dengan kerap. Segala keputusan ditentukan oleh pemimpin dan perhubungan adalah secara satu
hala. Pengikut mempunyai kemahuan untuk melakukan sesuatu tugas atau bekerja tetapi mereka
kurang pengetahuan dan kemahiran. Pengikut perlu banyak bimbingan daripada pemimpin , perlu
banyak membuat latihan dan pembelajaran.
ii.Menjual (selling)
Pemimpin membimbing dan menentukan peranan dan tugas dan dalam masa yang sama
menerima idea dan buah fikiran pengikutnya Segala keputusan masih ditentukan oleh pemimpin
dalam hubungan secara dua-hala. Tahap perkembangan pengikut adalah kritikal, kurang
bermotivasi, tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi bagi melaksanakan
tugas. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di samping perlu banyak dorongan
dan bimbingan.
iii.Mengambil bahagian (participating)
Pemimpin perlu banyak memberikan dorongan dan galakan kepada pengikut. Berkongsi
idea dengan membuat keputusan bersama-sama, memberikan jawatan atau ganjaran berdasarkan
penghasilan tugas pengikutya.
iv.Menurunkankuasa (delegating)

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


Pemimpin yang liberal dan autonomi, mendelegasikan tugas dan tanggungjawab kepada
pengikut. Pengikut proaktif, banyak pengetahuan dan berkemahiran kreatif serta inovatif, hanya
perlu perhatian dan bimbingan minimum daripada pemimpin. Pemimpin tidak lepas tangan.
Pemimpin yang berkesan mestilah seorang pemimpin yang boleh berubah dalam memilih
gaya yang paling sesuai dalam sesuatu situasi yang tertentu. Ada ketikanya seorang pemimpin itu
perlu bersifat autokratif mirip instruksional manakala dalam keadaan yang lain perlu lebih kepada
transformasi dan pada ketika-ketika yang lain perlu lebih liberal.
Pemimpin situasi memilih stail kepimpinan berasaskan kepada kompetensi dan komitmen
seseorang pengikut lebih daripada pilihan pemimpin itu sendiri.Melalui pengamatan guru besar
yang teliti guru-guru yang tahap komitmennya rendah akan dibekalkan dengan suatu senarai
tugasan yang konkrit, meliputi objektif atau apa yang hendak dicapai, jangka masa pelaksanaan
dan strategi atau plan operasi yang lengkap.Cikgu Norman perlu memantau perkembangan
pelaksanaan tugasnya dan menegur mengarah untuk membaiki atau menambahbaik bahagianbahagian tertentu dalam tugasan yang ditetapkan.
Kemahiran komunikasi dua hala amat penting dalam menentukan target atau sasaran kerja
bersama dengan mereka di samping menunjuk ajar pada perkara-perkara tertentu yang mereka
tidak mempunyai kemahiran. Contoh bagaimana guru besar iaitu Cikgu Norman boleh merangsang
dan membimbing guru-guru ini dalam meningkatkan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Akhirnya, setelah guru-guru mempunyai kemahiran dengan bimbingan dan arahan yang
semakin berkurangan arasnya, mereka menjadi lebih baik dengan komitmen dan kompetensi yang
tinggi.
Dalam menyelesaikan sesuatu tugasan, guru-guru seperti ini diberi peluang membina
modul-modul tersendiri dengan mengambil kira kompetensi yang mereka miliki. Guru besar tidak
perlu menentukan cara atau kaedah yang digunakan tetapi matlamatnya mestilah dapat dicapai
dengan tepat. Cikgu Norman juga patut memberi sokongan kepada guru-guru dalam bentuk
moral ataupun material.
Delegasi iaitu mengamanahkan atau menurunkan tanggungjawab kepada orang lain
contohnya daripada guru besar kepada penolong kanan. Dalam proses delegasi, perkongsian
tanggungjawab dan tugas antara subordinat dilakukan oleh mereka melalui peranan masing9

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


masing untuk menyumbangkan buah fikiran, idea bernas, dan tenaga terhadap kejayaan sekolah .
Setelah guru besar mengenal pasti subordinat yang layak dan sesuai untuk diberikan tugasan yang
spesifik seperti penolong kanan penolong kanan yang ada, tugasan akan diberi secara yang
spesifik dan jelas kepada mereka di sekolah.
Guru besar juga perlu

melakukan proses penurunan kuasa (empowerment) supaya

subordinat merasakan mereka diberi kepercayaan, kerja sama dan kerja berpasukan dan budaya
kolaborasi wujud di sekolah. Tanpa penurunan kuasa, sukar untuk pihak subordinat mempamerkan
keunggulan dalam proses pengurusan mereka. Kepercayaan yang diberi, kuasa, akauntabiliti dan
perasaan kepunyaan akan mendorong subordinat melaksanakan tugas mereka dengan baik.
Pengiktirafan sebegini akan memberikan kepuasan hati dan menjadi satu motivasi atau pendorong
ke arah kecemerlangan.
Selaku guru besar, Cikgu Norman

perlu menggalakkan guru-guru sentiasa berbincang

tentang Pengajaran dan pembelajaran dan perkembangan potensi murid. Memimpin mesyuarat
panitia dan melengkapkan keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh
panitia.Cikgu Norman juga perlu membuat pencerapan dan memberi cadangan penambahbaikan,
dan mengaktifkan program perkembangan staf , mewujudkan suasana kerja yang seronok di
kalangan guru dan mendekati murid dengan secara mesra dan penyayang agar mereka dapat
mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Dalam melaksanakan pemantauan pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Norman wajar
memastikan guru-guru yang baru mengajar atau baru bertukar ke sekolahnya diberi taklimat
panduan dan bimbingan yang

jelas. Bagi guru-guru yang tahap kompetensinya rendah tetapi

mempunyai komitmen yang tinggi dalam tugasannya diberi banyak motivasi, bertukar-tukar fikiran
sambil sama-sama merangka hala tuju yang jelas untuk dikongsi kejayaannya secara bersama.
Dalam masa yang lain arahan-arahan yang jelas dan tegas dikenakan kepada kumpulan guru yang
tahap komitmennya rendah dan tidak bermotivasi.
Dalam usaha untuk mewujudkan kepimpinan membimbing guru besar memahami dan
mengamalkan segala garis panduan, surat pekeliling dan arahan dari Kementerian Pelajaran.
Sebagai seorang guru besar juga mampu berkomunikasi secara berkesan dengan mana-mana
warga sekolah dan mengadakan aktiviti peningkatan profesionlisme untuk semua tenaga pengajar
secara berterusan sepanjang tahun. Semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru sentiasa
10

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


dipupuk dan motivasi sentiasa ditiupkan bagi memastikan guru-guru sentiasa mempunyai disiplin
dan self regulation yang tinggi.
Bagi memastikan kecemerlangan kurikulum Cikgu Norman perlu berusaha membentuk
warga guru yang

mempunyai kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran.Melengkapkan

guru-guru di sekolahnya dengan kemahiran ICT,mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran


matematik, sains dan teknikal dalam bahasa Inggeris. Arahan, bimbingan, sokongan dan delegasi
yang berterusan menjadi amalan untuk mempastikan matlamat dapat dicapai..
Dalam aspek pemantauan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran pula, Cikgu
Norman memberi perhatian terhadap pemantauan dan pencerapan guru di bilik darjah, memeriksa
buku latihan dan nota pelajar ditetapkan secara terancang dengan dibantu oleh guru penolong
kanan dan guru kanan. Memberi teguran positif selepas pencerapan untuk penambahbaikan dan
memberi bimbingan kepada guru-guru secara individu dalam situasi tertentu agar kepimpinan
berkesan.
Teori situasi mengutamakan sifat kefleksibilan apabila berhadapan dengan subordinat yang
berbeza dalam situasi yang berbeza stail kepimpinan yang utama ialah membimbing, adakalanya
menyokong, mengarah dan mendelegasi. Pemimpin situasi sentiasa bersedia dan berani memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru di samping mewujudkan hubungan dua hala yang
baik agar dapat mengubah kometmen guru dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

3. Sebagai seorang guru di sekolah Cikgu Norman bagaimana saya boleh membantu beliau
meningkatkan kualiti keberhasilan murid seperti yang dihasratkan
dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai lima
keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Inilah yang dimaksudkan keberhasilan yang diharapkan oleh
rakyat Malaysia, terutamanya setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Dalam bahasa pendidikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, maksud
keberhasilan ialah kemenjadian murid. Kemenjadian murid, murid perlu cemerlang dalampelbagai
bidang iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah.Untuk mencapai keberhasilan murid saya boleh
membantu Cikgu Norman melalui beberapa tindakan antanya ialah:
11

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


3.1 Bekerjasama dalam Panitia Mata Pelajaran
Panitia adalah sekelompok guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Aktiviti atau
program Panitia Mata Pelajaran akan dilaksanakan secara bersama oleh barisan guru yang berada
dalam Panitia tersebut.Berbagai aktiviti yang berkaitan dengan akademik dijalankan seperti pidato,
perbahasan, choral speaking, bercerita akan meningkatkan kualiti keberhasilan murid.
3.2 Menghadiri Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran
Setiap panitia bagi mata pelajaran disarankan bermesyuarat setiap empat bulan untuk
mebincangkan aktiviti atau sebarang perkara yang timbul dalam panitia masing-masing.
Perbincangan juga akan meliputi teknik yang berkesan untuk mengajar di kelas atau pelajar yang
bermasalah. Mesyuarat ini akan turut dihadiri oleh salah seorang pentadbir sekolah yang akan
membawa sebarang permasalahan yang perlu kepada pihak atasan untuk diambil tindakan
sewajarnya. Sikap saling bekerjasama antara panitia dan pihak pentadbir organisasi sekolah juga
mampu meningkatkan kualiti keberhasilan murid.
3.3 Kursus Dalaman (In-house Training)
Saya dan rakan guru yang menghadiri sebarang kursus perlu menyampaikan isi kandungan
kursus kepada guru-guru lain dalam bidang yang berkaitan. Keberkesanan sistem penyampaian ini
dapat mempastikan bahawa sebarang maklumat yang diperolehi semasa berkursus dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak.
3.4 Penglibatan dalam Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
Peningkatan kualiti

keberhasilan murid di sekolah sentiasa memerlukan sokongan dan

penglibatan para ibubapa atau waris pelajar. Kajian oleh Coleman(1993) telah mendapati bahawa
berbagai kelebihan telah dikesan apabila para waris turut terlibat dalam pembelajaran anak-anak
mereka. Kajian sekolah berkesan oleh Mortimore (1988) telah mendapati salah satu daripada
sebelas faktor untuk mewujudkan sekolah berkesan adalah perkongsian dan permuafakatan ibu
bapa dan sekolah (home-school partnership).
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah telah memainkan peranan yang aktif untuk
memajukan sekolah terutamanya untuk meningkatkan kualiti

keberhasilan murid. Banyak

sumbangan yang telah PIBG berikan terhadap warga sekolah ini terutamanya para pelajar.
Kebanyakan aktiviti yang diberi penekanan adalah yang boleh mendorong peningkatan sahsiah
12

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


dan prestasi akademik para murid. Hubungan ibu bapa dan guru juga bertambah erat untuk
kejayaan sesebuah sekolah.
3.4 Pengajaran dan Penilaian yang Sistematik
Selain bergiat cergas dalam PIBG untuk meningkatkan kualiti keberhasilan murid saya perlu
memberi fokus kepada pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan perlulah sistematik. Ini
disokong oleh Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan menyatakan sekolah berkesan berdasarkan
pendapat Edmonds(1979) . Maka sebagai guru perlu membuat rancangan dan persiapan awal
agar pengajaran lebih menarik dan berkesan untuk meningkatkan kualiti keberhasilan murid.
Pembelajaran merupakan tugas murid. Perkara asas yang mendorong pembelajaran murid
adalah motivasi. Motivasi mungkin lahir daripada minat dalaman mereka terhadap aktiviti
pembelajaran ataupun datangnya daripada insentif luaran seperti kata-kata pujian, penggredan
dan lain-lain lagi. Penggunaan insentif yang berkesan dapat mendorong murid untuk lebih
bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan.
3.5 Penerapan Nilai-Nilai Murni.
Keberhasilan murid bukan diukur pada kejayaan akademik dan kokurikulum sematamata.Sekolah dikatakan berhasil dalam kemenjadian murid atau keberhasilan dalam sahsiah atau
tingkah laku. Jadi nilai murni amat penting dalam keberhasilan murid.Sekolah dan guru
memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai
murni. Melaluinya, murid dididik supaya berakhlak, berrnoral dan mengamalkan budaya hidup.
Sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai - nilai murni dengan
mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif.
Dalam menjayakan aspek penerapan nilai murni dan penghayatan nilai murni, guru
merupakan orang yang penting dalam melaksanakan tugas ini. Saya sebagai seorang guru
hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai murni hendak diajar. Guru haruslah
menunjukkan sikap yang positif dalam diri murid bagi menanamkan sikap yang positif dalam diri
murid. Selain itu, sifat keprihatinan guru terhadap murid juga adalah penting dalam pembentukan
sahsiah murid. Sifat keprihatinan guru boleh ditunjukkan melalui sifat bersimpati dan menjaga
kepentingan mereka dalam proses pendidikan. Maka saya sebagai guru perlulah mengambil satu
inisiatif iaitu memperbaiki diri terlebih dahulu.

13

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


Secara keseluruhanya, bagi meningkatkan nilai murni dalam diri murid, pihak sekolah dan
guru perlu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan nilai murid. Kepelbagaian jenis
dan budaya sekolah yang wujud haruslah menekankan ke arah pembentukan nilai murni murid.
Guru yang mengajar dari pelbagai mata pelajaran murid dan, pengalaman mengajar dan
personaliti guru haruslah berperanan memberi kesedaran tentang nilai dan moral kepada murid di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran

4.0 Penutup
Dalam

memastikan

keberhasilan atau kemenjadian murid yang dihasratkan iaitu

mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi dan berupaya
bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain serta memastikan keseronokan murid semasa
belajar dan menjalankan tugas, guru perlulah

menjadi seorang contoh terbaik bagi murid-

muridnya. Guru perlu menambah ilmu pengetahuan serta menggunakan ilmu yang ada padanya
bagi mencapai matlamat ini.
Kejayaan sekolah adalah bergantung kepada kepimpinan pengetua dan guru besar.
Pengetua dan guru besar perlu peka kepada perubahan , memahami konteks dalaman dan luaran
sekolah, menentukan arah, bijak dalam membangunkan manusia dan menstruktur organisasi
sekolah. Kecemerlangan sesebuah sekolah perlukan kerjasama semua pihak iaitu,pemimpin
sekolah,guru-guru dan ibu bapa (PIBG).
Berjaya atau gagal perubahan itu bergantung kepada guru besar sesebuah sekolah
(Hussein, 2008).Guru besar mesti bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan melaksanakan
perubahan demi kecemerlangan organisasi sekolahnya.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar boleh mempengaruhi orang bawahan
supaya menjadi pengikut setia bukanlah suatu perkara yang mudah. Seseorang pemimpin
hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai
dengan memadankannya dengan keadaan-keadaan tertentu.

14

EDU3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional

15

You might also like