You are on page 1of 19

Faktor Pencetus Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang telah terpahat
dalam

sejarah

Malaysia

akibat

daripada

ketidaksepaduan

masyarakat

dan

menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa. Banyak faktor yang menyebabkan
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan Pilihan Raya Umum 1969 merupakan faktor
segera berlakunya tragedi tersebut.

Pada 10 Mei 1969, keputusan pilihanraya telah menunjukkan kurangnya


pengaruh daripada Parti Perikatan dalam kalangan rakyat. Kenyataan ini telah
membuktikan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah mendapat tempat di hati
rakyat dan justeru telah berjaya dalam menimbulkan isu perkauman di antara kaum
Melayu dan bukan Melayu.
Parti

Pecahan

Jumlah

Pecaha

Jumlah

undi (%)
48.41

n Kerusi
51

Kerusi
66

Parti

Pertubuhan Kebangsaan

undi (%)
33.67

Perikatan

Melayu Bersatu (UMNO)


Persatuan Cina Malaysia

13.50

13

(MCA)
Kongres India Se-Malaysia

1.24

(MIC)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
13.73
Parti Gerakan Rakyat Maaysia (Gerakan)
8.57
Parti Progresif Rakyat (PPP)
3.87
Parti Islam SeMalaysia (PMIP)
23.75
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
1.24
Calon Bebas
0.34
Jumlah Besar
100.0
Jadual : Ringkasan Keputusan Pilihan Raya Umum 1969 (Sumber:

13
8
4
12
0
0
103

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_1969)
Jadual menunjukkan Parti Perikatan telah kehilangan majoritinya dalam Parlimen
untuk membentuk kerajaan di mana jumlah kerusi yang dimenangi telah menurun
daripada 89 kerusi (tahun 1964) kepada 66 kerusi (tahun 1969). Keputusan Pilihan

Raya Umum 1969 telah menunjukkan kemenangan besar bagi pihak pembangkang
kerana berjaya menyebabkan Parti Perikatan kehilangan dua-pertiga majoritinya dalam
Parlimen. Justeru, pihak pembangkang telah meminta kebenaran daripada pihak polis
untuk mengadakan perarakan bagi meraihkan kemenangan parti tersebut. Pada 12 Mei
1969, perarakan tersebut telah diberi kebenaran dan diketuai oleh Dr. Tan Chee Khoon
(Parti Gerakan).

Perarakan kemenangan pihak pembangkang adalah dari Jalan Campbell dan


Jalan Hale yang menuju ke Kampung Baru telah menyebabkan kesesakan jalan raya
di sekitar Kuala Lumpur di mana Kampung Baru merupakan kawasan kuat UMNO yang
mempunyai lebih daripada 30,000 penduduk kaum Melayu. Lebih kurang 60 orang
penyokong pihak pembangkang (Parti Gerakan) yang menyertai perarakan tersebut
telah mencelah penduduk-penduduk di Kampung Baru untuk keluar daripada kampong
tersebut. Perarakan tersebut telah memperlihatkan ancaman daripada kemenangan
pihak pembangkang.

Melayu balek kampong


Melayu sekarang ta ada kuasa lagi
Sekarang kita berkuasa
(Laungan daripada pihak pembangkang kepada kaum Melayu semasa perarakan
kemenangan 12hb Mei 1969.)
(Sumber: The May 13 Tragedy, A Report by the National Operations Council, October
1969)

Perarakan pihak pembangkang penuh dengan kutukan dan hinaan terhadap


orang-orang Melayu. Semasa perarakan tersebut, telah dikatakan bahawa kemenangan
kaum Cina telah mengikat penyapu pada kenderaan sebagai lambang menyapu bersih

kerusi di Parlimen. Namun, tindakan tersebut telah disalah erti dengan melihat lambang
penyapu sebagai tindakan untuk menyingkir orang-orang Melayu keluar dari Kuala
Lumpur.

Pada 13 Mei 1969, Presiden parti gerakan, Yeoh Tech Chyes telah memohon
maaf kerana tindakan biadap yang ditunjukkan oleh ahli-ahlinya semasa perarakan
tersebut. Namun, permohonan tersebut telah terlambat kerana UMNO telah
mengadakan perarakan pada pagi 13 Mei 1969 yang juga merupakan kemuncak
kepada tragedi berdarah 13 Mei 1969. Rusuhan di antara kaum Melayu dan bukan
Melayu terjadi dan perintah darurat dikeluarkan. Ramai yang telah terkorban dalam
tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak kiralah sama ada kaum Melayu, Cina ataupun lainlain.
Angka Rasmi
Mati
Cedera
Hilang
Ditahan
196
439
39
9,143
Statistik Tidak Rasmi
Melayu
Cina
86 orang
342 orang
(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei)

2.0

Kenderaan Musnah
211
Lain-lain
3 orang

Dasar Inggeris di Tanah Melayu


Wujud-nya keadaan hidup pelbagai kaum di-negara ini sekarang ada-lah
hasil dari dasar ekonomi British sa-belum perang, yang menggalakkan
kemasokan orang bukan Melayu beramai.

(The May 13 Tragedy, A Report by the National Operations Council, October 1969)

Tanah Melayu pada awalnya dijajah oleh Portugis bermula pada 11 September
1509 dan seterusnya perampasan takhta oleh Belanda iaitu pada tahun 1597 dengan
menyerang Kota Portugis dan seterusnya di Johor pada tahun 1606. Namun, British
merupakan bangsa Eropah yang paling lama menjajah di Tanah Melayu iaitu selama
446 tahun.

Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu banyak meninggalkan impak yang


mendalam kepada negara kita pada masa kini. Penjajahan Inggeris yang bermula pada
tahun 1511 hingga 1957 telah membawa perubahan yang besar sama ada dari sudut
yang baik mahupun tidak. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu adalah kerana
beberapa

faktor.

Apabila

pihak

Inggeris

mengalami

perkembangan

Revolusi

Perindustrian di Eropah, maka faktor tolakan pun terjadi dengan menjajah Tanah
Melayu untuk mendapatkan bahan mentah yang murah dan banyak. Manakala faktor
tarikan pula ada kerana kemunduran kuasa Melayu itu sendiri yang penuh dengan
persaingan, peperangan dan pergolakan di antara satu sama lain.

Banyak desakan yang dihadapi oleh pihak Inggeris sehinggakan mereka banyak
mengamalkan dasar-dasar dalam ekonomi, politik, pendidikan dan sosial untuk
mengukuhkan lagi penguasaan mereka di Tanah Melayu dan seterusnya membawa
kebaikan kepada mereka.

2.1

Dasar Ekonomi
Semasa penjajahan pihak Inggeris, mereka banyak mentadbir Tanah Melayu

dengan sistem Pecah dan Perintah (Divide and Rule) di mana ianya lebih
menguntungkan kaum imigran dan seterusnya menjauhkan mereka dengan masyarakat
setempat. Pihak Inggeris tidak campur tangan dalam urusan keagamaan kerana tujuan
utama mereka adalah lebih kepada kekayaan dan kuasa. British pada masa itu amat
memerlukan bahan mentah kerana berlakunya Revolusi Industri di England. Oleh itu,
pihak Inggeris telah mengamalkan dasar ekonomi kapitalis iaitu berfokuskan ekonomi
komersil seperti biji timah, kelapa sawit, getah dan lain-lain.
Tahun
Nilai (paund sterling)
1929
50 785 000
1930
28 208 000
1931
13 806 000
1932
9 077 000
1933
14 253 000
1934
32 557 000
Jadual 1: Jumlah Eksport Getah Tanah Melayu dari tahun 1929-1934 (

Mereka menguasai bidang ekonomi Tanah Melayu dengan mengambil alih


penguasaan ekonomi di Tanah Melayu dan diserahkan kepada pemodal cina serta
syarikat Inggeris. Ramai buruh yang diambil dari luar kerana dikatakan bahawa kaedah

melombong masyarakat setempat sudah tidak sesuai lagi bagi mengeluarkan hasil
yang banyak untuk dieksport dalam jumlah yang besar. Kemasukan buruh dari China
adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan
kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Bagi kemasukan buruh dari India
pula, kemasukan mereka adalah di antara tahun 1857 hingga 1938 melalui sistem
buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani. Apabila buruh-buruh
asing dibawa masuk ke Tanah Melayu bagi membantu dalam menguruskan ekonomi
komersil, maka kaedah yang diguna oleh masyarakat setempat ditolak kerana sudah
tidak sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran. Justeru, masyarakat setempat
hanya mampu menghasilkan pertanian secara kecil-kecilan yang sememangnya tidak
mendapat perhatian daripada pihak Inggeris dan seterusnya menghalang mereka untuk
menjadi lebih maju

Pihak British hanya berniat untuk mengekalkan taraf kaum Melayu sebagai
golongan petani dan disebabkan itulah mereka memperkenalkan Enakmen Tanah Padi
1917. Enakmen Tanah Padi 1917 telah melarangkan penanaman getah di kawasan
penaman padi kerana ingin mengecilkan jumlah penyertaan pekebun terutamanya dari
kaum Melayu untuk berada dalam sector perusahaan Getah. Dari situ, masyarakat
setempat terpaksa menjalankan ekonomi sara diri seperti mencucuk tanam serta
memungut hasil hutan dan menyebabkan mereka sendiri masih lagi berada di tampuk
kemiskinan bahkan menjadi lebih mundur di tanah sendiri.
Tahun
1931

1934

Kegiatan

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Melayu

Cina

India

Lain-lain

ekonomi
Perikanan

(%)
35438

(%)
13628

(%)
454

(%)
128

(%)
41429

(%)
17646

(%)
565

(%)
148

Pertanian

(71.4)
589199

(27.4)
295672

(0.9)
220488

(0.3)
15895

(69.3)
646861

(29.5)
332973

(0.9)
178178

(0.3)
19287

Perlombonga

(52.5)
1380

(26.4)
79395

(19.7)
6672

(1.4)
505

(55.4)
4436

(28.5)
30824

(15.3)
4342

(0.9)
235

n dan Kuari
Perdagangan

(1.6)
19130

(90.3)
98750

(7.6)
23637

(0.6)
1749

(11.1)
25804

(77.4)
103405

(10.9)
22459

(0.6)
1367

dan

(13.4)

(69.0)

(16.5)

(1.2)

(16.9)

(67.6)

(14.7)

(0.9)

Kewangan

Jadual 2: Komposisi penduduk mengikut kaum yang terlibat dengan perikanan,


pertanian, perlombongan dan kuari, dan kegiatan-kegiatan perdagangan dan
kewangan, tahun1931 dan 1947. (Sumber:

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Peratusan (%)

Melayu
Cina
India
Lain-lain

Kegiatan Ekonomi Mengikut Kaum Pada Tahun 1931

90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Peratusan (%)

Melayu
Cina
India
Lain-lain

Kegiatan Ekonomi Mengikut Kaum Pada Tahun 1947

2.2

Dasar Politik

Kedatangan British telah membawa pelbagai perubahan yang ketara kepada sistem
politik di Tanah Melayu. British telah bercampur tangan secara rasmi di negeri-negeri
Melayu selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Untuk meleluaskan kuasa,
British telah memperkenalkan sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik
tradisional tempatan. Sistem Residen telah diperkenalkan di Perak, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan. Negeri-negeri inilah juga diletakkan sebagai negeri naungan
British. Mengikut Sistem Residen, sultan dikehendaki menerima seorang pegawai
British sebagai penasihat dalam urusan pentadbiran negeri kecuali hal-hal yang
berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Oleh itu, Residen berkuasa
untuk melantik hakim, mengurus kutipan cukai, melantik penghulu dan lain-lain.
Semasa

penjajahan

British,

pihak

British

bertindak

sesuka

hati

dengan

memperkenalkan beberapa cukai baharu seperti cukai padi, perahu, atap, senjata,
bayaran permit untuk membalak dan lain-lain. Dalam konteks ini, jelasnya menunjukkan
bahawa kedudukan raja-raja dan pembesar Melayu masih dikekalkan, tetapi bidang
kuasa mereka telah dikurangkan. Hal ini kerana segala nasihat yang diberikan oleh
Residen sebenarnya merupakan arahan yang dipaksa untuk dilaksanakan, raja dan
pembesar tidak berhak untuk menentang. Bukan sahaja itu, tindakan British
menghapuskan amalan perhambaan yang merupakan adat turun-temurun dalam
masyarakat Melayu tradisional dianggap telah melampaui bidang kuasa mereka.

Walau bagaimanapun, sebenarnya British telah bercampur tangan dalam


pentadbiran di negeri Melayu dari awal lagi di mana British menjadikan Melaka, Pulau
Pinang dan Singapura sebagai Negeri-Negeri Selat. Di negeri-negeri ini, British
berkuasa penuh terhadp negeri-negeri tersebut, yang bezanya ianya ditadbir oleh
seorang Gabenor NNS dengan bantuan Residen Konsuler.

Persekutuan 1896 turut merupakan salah satu taktik British untuk menguasai
sistem pentadbiran politik di Tanah Melayu. Menurut Perjanjian Persekutuan yang

ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah
disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Ibu Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu pula terletak di Kuala Lumpur yang juga telah menjadi pusat pentadbiran
kerajaan. Sebenarnya, usaha British untuk membentuk NNMB adalah untuk
mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas
negeri-negeri

Melayu.

Pembentukan

Persekutuan

telah

menyebabkan

kuasa

pentadbiran dipegang oleh Residen Jeneral. Beberapa jabatan seperti Jabatan


Kehakiman, Jabatan Kewangan serta Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awan
telah ditubuhkan oleh kerajaan pusat, tetapi jabatan-jabatan tersebut adalah diketuai
oleh pegawai British dan penglibatan orang Melayu adalah dihadkan. Seperti dalam
Sistem Residen, sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua
urusan kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selain
mengambil alih kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri, Residen Jeneral juga
berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.

Seterusnya, British meluaskan kuasanya di Negeri-Negeri Melayu Utara melalui


Perjanjian Bangkok 1909. Oleh itu, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu terpaksa
menerima penasihat British. Penasihat British akan memberikan nasihat kepada sultan
dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat
Melayu. Perubahan pentadbiran dan peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British
telah mengugat kuasa raja-raja di Negeri-Negeri Melayu Utara. Misalnya, penasihat
British di Kedah, George Maxwell telah menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran
Kedah di mana bahasa Inggeris perlulah digunakan dalam penulisan surat rasmi dan
perundangan. Di Perlis pula, Kapten Meadowe Frost telah menguasai Jabatan
Kewangan sebagai strategi untuk menguasai pentadbiran Perlis.

Campur tangan British dalam sistem politik Tanah Melayu diteruskan lagi dengan
penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) pada tahun 1909. MPP dibentuk
pada

11

Disember

1909

selepas

persetujuan

menandatangani

perjanjiaan

Perlembagaan Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan Gabenor NNS iaitu john


Anderson. Dalam MMP, kuasa raja-raja Melayu semakin berkurangan, malah taraf
sultan diturunkan sehingga menjadi ahli biasa sahaja. Oleh itu, sultan tidak berhak
untuk mempengerusikan mesyuarat atau membatalkan sebarang usul dalam MMP.
Namun, MMP boleh mengadakan mesyuarat walaupun ketiadaan sultan kerana semua
perkara yang diusulkan akan diluluskan oleh pesuruhjaya tinggi.

2.3

Dasar Pendidikan
Apabila keadaan fizikal (tempat tinggal) ketiga-tiga kaum ini telah dibahagikan

secara jelas mengikut kawasan masing-masing, maka ianya sekali gus memberi kesan
kepada tahap pendidikan mereka yang juga dikawal oleh pihak Inggeris. Sistem
pendidikan yang diperkenalkan semasa penjajahan Inggeris telah mengambil alih
sistem pendidikan tradisional di Tanah Melayu. Pihak Inggeris telah mengamalkan
dasar laiserz-faire dan menyebabkan kewujudan sekolah bernakular ataupun empat
aliran sekolah mengikut kaum seperti sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Setiap satu aliran sekolah ini mempunyai jenis kurikulum mereka yang tersendiri.
Matlamat pendidikan sekolah Melayu hanya menekankan tiga aspek iaitu membaca,
mengira dan menulis (3M). Ini kerana pihak Inggeris hanya ingin melatih masyarakat
setempat sebagai petani ataupun nelayan iaitu sekadar lebih baik sedikit dari ibu bapa
mereka. Sekolah-sekolah Melayu pula kurang mendapat perhatian dan menyebabkan
masalah dari segi tenaga pengajar dan juga bahan belajar. Sekolah aliran cina telah
dibiayai oleh saudagar-saudagar dari China. Bahasa perantaraan yang digunakan oleh
mereka adalah dialek mereka masing-masing manakala buku, sukatan pelajaran dan
tenaga pengajar adalah dibawa dari China. Bagi sekolah India pula, pihak Inggeris
menyediakan pendidikan Tamil untuk di kawasan bandar manakala sekolah Tamil di
kawasan ladang dibiayai oleh pihak pengurusan ladang. Sekolah Inggeris pula hanya
dibuka kepada kaum Cina dan India yang tinggal di kawasan bandar.
Bilangan Sekolah Rendah Aliran di Tanah Melayu (tahun 1938)
Aliran
Sekolah
Pelajar
Guru

Melayu
788
56904
2810
Inggeris
271
41917
2350
Cina
996
86147
3556
Tamil
607
26271
864
Jadual 3: Bilangan Sekolah Rendah Aliran di tanah Melayu pada tahun 1938 (Sumber:

Justeru, apabila wujudnya empat aliran sekolah yang berbeza, maka tidak ada
berlaku intergrasi kaum kerana telah dibahagikan secara jelas melalui dasar Inggeris.
Diskriminasi pihak Inggeris terhadap kaum Melayu menyebabkan mereka bertanggapan
kurang baik terhadap kaum Cina dan India yang selama ini dianggap sebagai imigran
yang ingin merampas tanah mereka.
Kaum
1938
1947
Eropah dan Serani
944
2954
Melayu
2540
11 233
Cina
7169
37 355
India
4507
18 917
Lain-lain
235
1409
Jumlah
15 395
71 868
Jadual 4: Bilangan murid Sekolah-sekolah Inggeris Negeri-negeri Melayu Mengikut
kaum (Sumber: Cheah Book Kheng, Abu Talib Ahmad, (1990), Kolonialisme di Malaysia
dan Negara-negara Lain, Selangor: Peter Chong Printers Sdn. Bhd.)

2.4

Dasar Sosial
Akibat daripada pengenalan pertanian eksport yang memerlukan tenaga kerja,

maka ramai orang Cina dan India yang diambil dari luar untuk dijadikan sebagai buruh
di lombong bijih dan ladang getah yang banyak dibuka di Tanah Melayu. Buruh asing
yang dibawa masuk oleh pihak Inggeris telah menambahkan jumlah penduduk di Tanah
Melayu pada awal abad ke-20. Kesan kemasukan tenaga buruh ini telah mengurangkan
peratusan penduduk Melayu di Tanah Melayu dari 52 peratus (tahun 1871) ke 41
peratus (tahun 1891) dan seterusnya 25 peratus (tahun 1931) (Sumber: Zulhilmi Paidi,
Rohani Abdul Ghani, (2003), Pendidikan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Percetakan
Cergas (M) Sdn. Bhd.)

Pihak Inggeris telah menempatkan tiga kaum utama di Tanah melayu pada
masa itu mengikut kelas masing-masing di mana orang Cina di kawasan bandar untuk
menguruskan bidang perniagaan, orang India di ladang getah dan orang Melayu
(masyarakat setempat) di kawasan kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian kecilkecilan.
Jumlah
Tahun

Cina

Peratus (%)
India
Melayu

Lain-lain
Penduduk
1911
608,000
65.0
12.9
17.8
4.3
1921
921,000
66.6
13.8
16.0
3.6
1931
1,284,00
65.4
14.8
15.9
3.9
1947
2,054,000
68.3
11.4
17.4
2.9
Jadual 6 : Komposisi kaum penduduk bandar semenanjung Tanah Melayu (termasuk
Singapura) 1911-1947 (Sumber: Mardiana Nordin, Hasnah Husiin, (2011), Malaysian
Studies, Selangor: KHL Printing Co Sdn. Bhd.)

Tujuan utama pihak Inggeris menjauhkan jurang di antara ketiga-tiga kaum ini
adalah supaya mereka tidak dapat bersatu dan dengan itu jajahan pihak Inggeris akan
lebih kukuh. Penempatan tempat tinggal setiap kaum mengikut kelas masing-masing
telah memperlihatkan niat pihak Inggeris untuk terus mengekalkan ekonomi dan taraf
hidup orang Melayu di tahap yang rendah dan seterusnya berlaku ketidakseimbangan
dari segi sosio-ekonomi. Disebabkan itulah, tidak ada persefahaman di antara kaum
Melayu, Cina dan India kerana masing-masing hanya berada di kawasan mereka tanpa
mempunyai sebarang hubungan dengan kaum lain. Cara hidup berkelompok yang
diperkenalkan melalui dasar Pecah dan Perintah ini berlanjutan sehingga menyebabkan
masyarakat di Tanah Melayu saling menyimpan perasaan tidak puas hati antara satu
sama lain sehingga berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Tahun
Negeri

1931
Melayu

Cina

1947
India

Melayu

Cina

1957
India

Melayu

Cina

India

Penang

115,721

176,518

58,020

136,163

247,411

57,356

165,081

327,287

69,031

Melaka

92,038

65,179

23,238

120,334

96,144

19,718

143,252

120,690

23,248

Perak

208,159

325,527

159,152

360,631

444,509

140,755

484,878

539,368

178,480

Selangor

64,436

241,351

155,924

187,334

362,755

147,149

291,393

488,634

201,047

N. Sembilan

80,109

92,371

50,100

110,560

114,411

39,053

151,426

149,911

54,428

Pahang

90,914

52,291

14,820

135,772

97,329

12,744

179,133

108,140

21,832

Johor

113,247

215,076

51,038

323,682

354,788

55,618

444,907

392,425

71,002

Kedah

279,897

78,415

50,824

377,075

115,928

51,471

475,747

143,833

66,986

Kelantan

327,097

17,612

6,752

412,918

22,938

4,982

463,292

28,816

5,642

Terengganu

163,955

13,254

1,371

207,874

15,864

1,761

256,349

18,069

2,742

Perlis

39,716

6,500

966

55,185

11,788

1,684

71,268

15,763

1,547

Jumlah

1,601,009

1,286,777

572,582

2,427,853

1,884,647

535,092

2,726,726

2,332,936

696,165

(46.26%)

(37.18%)
3,460,368

(16.54%)

(50.08%)

(38.87%)
4,847,592

(11.03%)

(47.37%)

(40.53%)
5,755,827

(12.09%)

(Peratus)
Jumlah
keseluruhan

Termasuk jumlah bilangan penduduk dari lain-lain bangsa/ kaum.


Jadual 7 : Taburan penduduk mengikut kaum, tahun 1931, 1947 dan 1957. (Sumber:
Sidang Pengarang ILBS, ( ), Malaysia Kita, Kuala Lumpur: International Law Book
Services)

60%
50%
40%
30%
Jumlah Peratusan Mengikut Kaum di Tanah Melayu
20%
10%
0%
1931
Tahun

Melayu
Cina
India

2.2

Dasar pendudukan Jepun di Tanah Melayu


Selain daripada jajahan pihak Inggeris, kesan pendudukan Jepun di Tanah

Melayu juga menyumbang kepada berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Jepun telah
menduduki Tanah Melayu selama 3 tahun 8 bulan iaitu bermula dari 15 Februari 1942
hingga 15 Ogos 1945. Jepun menduduki Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan
keperluan perindustrian dan juga ketenteraan. Bagi membebaskan Tanah Melayu
daripada kuasa British, propaganda Asia untuk orang Asia telah digunakan bagi
meningkatkan kesedaran dan juga semangat nasionalisme masyarakat Tanah Melayu.
Jepun telah melancarkan dasarnya yang tersendiri semasa menduduki Tanah Melayu
tidak kira sama ada dari aspek politik, ekonomi, pendidikan mahupun sosial, namun
ketegangan hubungan di antara kaum semasa tragedi 13 Mei 1969 banyak dipengaruhi
dari sudut sosial kesan daripada dasar yang diguna oleh Jepun.

2.2.1 Dasar ekonomi


Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menukarkan sistem ekonomi bebas
kepada sistem ekonomi kawalan dan seterusnya menyebabkan perdagangan dengan
dunia luar tersekat. Ini kerana Jepun tidak menginginkan urusan perdagangan dengan
pihak luar dan hanya ingin menguasai ekonomi Tanah Melayu sepenuhnya. Jepun pada
dasarnya hanya ingin memonopoli sumber alam Tanah Melayu untuk kepentingan
negaranya sendiri seperti galian besi dan bauksit untuk senjata perang dan kegunaan
industri. Namun, hasrat Jepun tidak tercapai kerana perang yang berlanjutan dan
menghadapi sekatan ekonomi Barat. Selain itu, semasa pengunduran pihak Inggeris,
banyak jalan perhubungan darat yang dimusnahkan melalui dasar bumi hangus. Oleh
itu, taraf hidup masyarakat setempat merosot kerana hubungan dengan pasaran
antarabangsa disekat.

Pada tahun 1943, Jepun telah memperkenalkan catuan beras kerana


pengeluaran barangan makanan yang tidak mencukupi. Oleh itu, masyarakat setempat

perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan
beras di mana setiap bulan satu keluarga hanya boleh mendapatkan dua gantang
beras. Justeru, pihak Jepun telah mengambil tindakan dengan memperkenalkan
rancangan ekonomi pertanian bagi mengatasi masalah kekurangan beras. Rancangan
ekonomi pertanian yang diperkenalkan adalah rancangan tiga tahun sara diri dan juga
padi dari Taiwan yang mampu membantu dalam penanaman padi dua kali setahun.
Masyarakat setempat terpaksa bercucuk tanam seperti ubi kayu, keledek dan keladi
untuk mengatasi kekurangan makanan.

Bagi menambah penggunaan wang baharu, pihak Jepun telah mencetak mata
wang Jepun iaitu Wang Pokok Pisang. Namun, inflasi telah berlaku kerana pihak Jepun
telah mencetak Wang Pokok Pisang tanpa kawalan. Wang sejumlah 65 juta telah
diedarkan dalam masa dua bulan dan 285 juta keping wang kertas telah diedarkan
sehingga Februari 1943. Inflasi berlaku kerana barang keperluan utama yang kurang,
harga barangan yang semakin meningkat justeru tidak seimbang dengan pengeluaran
peredaran wang kertas dalam jumlah yang besar dan tidak terkawal.

Contoh Wang Pokok Pisang yang dikeluarkan oleh Jepun.

2.2.2 Dasar Politik

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu corak pentadbiran tentera


yang bercorakkan militer (ketenteraan) telah diperkenalkan dengan pengawasan
seorang Jeneral. Pentadbiran Tanah Melayu pada masa itu telah dibahagikan kepada
dua iaitu Negeri-negeri Selat di mana ianya di bawah pemerintahan seorang Gabenor
manakala ibu pejabatnya pula terletak di Singapura. Singapura pada masa itu pula
telah ditukarkan nama kepada Syonan (cahaya Selatan) dan pemerintahan seorang
Presiden atau Gunseikan di Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, Jepun juga telah
memberi semula kuasa yang diambil alih oleh Inggeris kepada Sultan di Negeri-negeri
Melayu. Namun, pengembalian kuasa tersebut hanya mengehadkan sultan sebagai
ketua negeri dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua agama Islam
dalam negeri masing-masing. Namun, tujuan pihak Jepun mengembalikan kuasa
kepada sultan hanya untuk mendapat sokongan daripada kaum Melayu dengan
harapan Jepun mendapat ganjaran di sebalik pengembalian kuasa tersebut.

Dasar politik Jepun di Tanah Melayu sebenanya ingin mengekalkan Tanah


Melayu sebagai tanah jajahan. Pemimpin-pemimpin nasionalis yang telah ditahan oleh
pihak Inggeris telah dibebaskan seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Hj. Muhammad.
Justeru, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditubuhkan semula oleh pihak Jepun dan
melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin. KMM telah berbertindak secara sulit untuk
meningkatkan lagi fahaman anti-Inggeris dalam kalangan kaum Melayu. Namun, dalam
diam KMM sebenarnya juga bersikap anti-Jepun. KMM telah dibubarkan oleh pihak
Jepun kerana telah mengesan unsur anti-Jepun dalam KMM dan seterusnya
menubuhkan Pembela Tanahair (PETA) di mana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada
kaum Melayu serta diberikan latihan ketenteraan.

2.2.3 Dasar Pendidikan


Pihak Jepun pada dasarnya tidak mengubah sistem pendidikan di Tanah Melayu
tetapi hanya menambahkan beberapa unsur. Pihak Jepun meneruskan sistem sekolah
Melayu dan sekolah vernakular India yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris tetapi

ditambahkan lagi unsur Jepun ke dalamnya seperti bahasa Jepun dan pendidikan yang
berorientasikan Jepun. Namun, bagi sekolah-sekolah Cina dan Inggeris, pihak Jepun
telah menggantikan sekolah-sekolah tersebut dengan sekolah Nippon-Go. Di dalam
pengajaran sekolah Nippon-Go, nyanyian lagu rakyat Jepun dan cara hidup masyarakat
Jepun diterapkan di dalam sistem pembelajaran bagi pendidikan sekolah rendah.
Banyak sekolah yang ditutup pada masa itu seperti sekolah menengah yang ditutup
dan digantikan dengan sekolah maktab dan sekolah teknik.

Infrastruktur sekolah di bahagian bandar pula telah dijadikan sebagai tempat


penyimpanan, pusat perniagaan dan ibu pejabat bagi pentadbiran pihak Jepun. Pihak
Jepun telah menjalankan pelbagai langkah untuk mengukuhkan pendidikan Jepun di
tanah Melayu. Guru-guru telah diberikan latihan untuk mengajar bahasa Jepun supaya
mereka dapat mengajar bahasa Jepun. Selain itu, pihak Jepun juga telah mengadakan
kelas-kelas Jepun untuk orang-orang dewasa. Surat khabar pada masa itu juga telah
dimasukkan sudut khas untuk pengajaran Bahasa Jepun. Dapat dilihat tindakan Jepun
terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu yang banyak menerapkan unsur Jepun
tidak pernah bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat tetapi lebih kepada
penerapan bahasa dan gaya hidup masyarakat Jepun.

2.2.4 Dasar Sosial


Semasa pendudukan Jepun, kehidupan masyarakat setempat adalah susah dan
kesihatan mereka juga merosot. Ramai yang terpaksa berpindah randah kerana
kehilangan tempat tinggal. Selain itu, tahap pendidikan juga merosot dan seterusnya
menyebabkan banyak sekolah yang ditutup. Masyarakat Cina mendapat kesan yang
hebat sekali kerana sikap anti Jepun mereka. Justeru, Jepun telah mengamalkan dasar
Sook Ching iaitu pembersihan etnik. Tujuan utama Jepun melaksanakan dasar proMelayu adalah supaya mendapat sokongan dan kerjasama daripada kaum Melayu dan
secara tidak langsung menghalang kaum Melayu daripada bekerjasama dengan kaum
Cina untuk menentang pihak Jepun.

Jepun telah memberikan layanan yang berbeza mengikut kaum semasa


pendudukannya di Tanah Melayu. Kaum Cina mendapat layanan yang terburuk semasa
pendudukan Jepun berbanding dengan kaum Melayu dan India yang mendapat layanan
istimewa dari pihak Jepun. Layanan buruk terhadap kaum Cina di Tanah Melayu adalah
kerana Jepun masih lagi dibayangi peperangan dengan Negara China. Perang ChinaJepun pada tahun 1937 menyebabkan kedua-dua negara ini saling membenci antara
satu sama lain. Pihak Jepun mengambil kesempatan ini untuk memberi layanan yang
kejam dan tanpa belas kasihan terhadap kaum Cina. Justeru, ketidakpuashatian
terhadap kaum Cina di Tanah Melayu amat jelas kelihatan dilakukan oleh pihak Jepun
hasil daripada peperangan yang masih lagi terpahat dalam minda mereka.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun banyak melihat


kepentingan setiap kaum kepadanya dan melancarkan dasar pendudukan yang
berbeza mengikut kaum di Tanah Melayu. Kaum Melayu mendapat layanan istimewa
kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan daripada kaum Melayu yang mempunyai
hak ke atas Tanah Melayu. Seterusnya kaum India pula digalakkan untuk berpolitik dan
mendorong mereka dalam menubuhkan Liga Kemerdekaan India. Jepun membantu
kaum India adalah kerana ingin mempergunakan mereka untuk menentang pihak
Inggeris. Namun, bagi kaum Cina pula, mereka berasa tidak puas hati kerana kaum
Melayu dan India diberikan keistimewaan sedangkan mereka (kaum Cina) tidak diberi
peluang untuk mendapat sebarang jawatan semasa pendudukan Jepun.

Kaum

Cina

sememangnya

mendapat

layanan

yang

buruk

sepanjang

pendudukan Jepun di Tanah Melayu kesan daripada dendam yang disimpan oleh pihak
Jepun. Selepas kekalahan pihak Inggeris, orang Cina dibunuh oleh tentera Jepun sama
ada mereka bersalah ataupun tidak. Tambahan pula tentera Jepun kebanyakkannya
berada di kawasan bandar dan secara kebetulan pula kaum Cina merupakan penduduk
di kawasan bandar. Oleh kerana itu, kaum Cina terpaksa melarikan diri ke pinggir hutan

kerana gagal mendapatkan pekerjaan dan untuk mengelak daripada kekejaman yang
dilakukan oleh tentera Jepun. Justeru, apabila kaum Cina mula membuka kawasankawasan baru, maka berlakulah pertembungan budaya dengan kaum Melayu yang
berada di kawasan kampung. Pada masa itu juga ramai di antara kaum Cina telah
menganggotai Malaysia People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan berkerjasama
dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu, apabila tentera Jepun yang pada masa
itu kebanyakan terdiri daripada kaum Melayu menyerang MPAJA, maka bertambahlah
ketegangan dan juga perselisihan di antara kaum Melayu dan kaum Cina. Perasaan
benci di antara satu sama lain juga bertambah kerana kaum Cina berpendapat kaum
Melayu bekerjasama dengan Jepun untuk menentang mereka.

You might also like