You are on page 1of 42

BIODATA

NAMA

: MOHD RIZAL BIN ABDUL HAMID

TARIKH LAHIR

: 05 NOVEMBER 1972

NO.KAD PENGENALAN : 721105-08-6403


E - MAIL

: ikhlas851@gmail.com

NOMBOR TELEFON

: 012-2213175

TEMPAT BERTUGAS

: SK. ULU TAWAR , 09700 KARANGAN , KEDAH.

PROGRAM

: PPG AMBILAN FEBRUARI 2012

SEKAP
UR
Bersyukur kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua
rakan seperjuang yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru Fasa 3 sehingga
berjaya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang

telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan

program

BIG ini. Dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak maka

program ini dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.


Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Encik Ng Kheng
Loon selaku

pensyarah penasihat BIG Peringkat 2

kerana beliau banyak

meluangkan masa dan tenaga dalam membimbing kami dalam semua aktiviti yang
telah kami jalankan. Saya memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kesilapan yang tidak disengajakan telah saya lakukan sepanjang program ini.
Akhir kata, saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman
yang diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri

dengan

pelbagai ilmu sehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang
dan terbilang kelak.
Sekian , terima kasih.

PENDA
HULUA
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
diwajibkan kepada semua

guru pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus

perguruan dan telah mula diolaksanakan sejak 2001.

Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu
didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama,
nilai dan akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan
perkembangan program.

MATLA
MAT
1.

Membersihkan kawasan sekolah dan mengemaskini struktur binaan rimbunan


pokok hiasan di sekitar sekolah.

2.

Mengeratkan silaturrahim di antara guru-guru dan para ibubapa.

3.

Menggalakkan kerjasama di antara ibubapa dan para guru untuk sama-sama


menyediakan tempat menuntut ilmu yang selesa kepada pelajar.

4.

Memastikan kawasan persekitaran sekolah selamat daripada ancaman


haiwan berbisa dan serangga beracun.

5.

Menanam semangat tanggungjawab di kalangan pelajar , guru dan


ibubapa.

OBJEKT
IF
1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada
ajaran agama.
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat ,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
3. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta
perpaduan masyarakat.
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan berkesan.
6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
7. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan
mengendalikan sesuatu program dengan baik.

LAPORAN BERTULIS
PRA PERLAKSANAAN
Satu mesyuarat telah diadakan pada

12 Jun 2013, 01.30 petang di

Bilik Mesyuarat Khas SK Ulu Tawar, Karangan , Kedah untuk membincangkan


tentang aktiviti- aktiviti yang akan dilaksanakan bagi Program Bina Insan Guru ( BIG )
Fasa 3. Aktiviti bagi Program BIG kali ini meliputi aktiviti gotong-royong
kemasyarakatan selama dua hari dalam tempoh 8 jam.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh peserta PPG iaitu saya sendiri , guru-guru SK
Ulu Tawar dan AJK PIBG selaku wakil para ibubapa.Guru Besar juga hadir ke
mesyuarat tersebut selaku penasihat progam gotong-royong
kemasyarakatan.Sepanjang mesyuarat ini, kami telah membuat perbincangan
berkaitan dengan :
1.

Penentuan tarikh perlaksanaan

2.

Penentuan masa perlaksanaan

3.

Penentuan kawasan gotong-royong

4.

Pengedaran senarai AJK Kerja dan penerangan tugas

5.

Jadual perlaksanaan

6.

Masalah yang akan timbul

Oleh kerana masalah kekangan masa, setiap jawatankuasa diminta


menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa mesyuarat kali kedua. Saya selaku
setiausaha/penyelaras bagi program ini diberi tanggungjawab untuk menyelaras
segala aktiviti , makan minum dan alatan yang diperlukan untuk bergotong-royong.
Bagi tujuan melicinkan pembahagian tugas, saya telah melantik ketua dan ahli bagi
setiap tugasan kecil untuk menguruskan makanan, pembuat brosur , alatan , siaraya
dan lain-lain tugasan.

PERLAKSANAAN
Hari Pertama ( 16 Jun 2013 )
Perlaksanaan gotong-royong yang melibatkan masa dua hari amat mencabar
pelaksana iaitu saya sebagai penyelaras.Ini kerana keletihan hari pertama boleh
membunuh semangat hari kedua. Semua peserta diwajibkan mendaftarkan diri
sebagai tanda menghadiri gotong-royong kemasyarakatan yang diadakan di sekolah.
Selepas para peserta mendaftar, taklimat ringkas diberikan oleh penyelaras
mengenai tugas dan kawasan yang telah dibahagikan mengikut jumlah ahli dan jenis
alatan.Segala peralatan gotong-royong seperti mesin pemotong rumput , sabit ,
parang dan tajak dibawa oleh para wakil ibubapa yang hadir. Pihak sekolah hanya
menyediakan alatan ringan seperti penyakar, penyapu , pongkes , cangkul dan kereta
tolak.
Semua peserta iaitu guru-guru dan para ibubapa amat bersemangat
memulakan kerja bergotong-royong.Sasaran hari pertama ialah membersihkan
kawasan di sekitar bangunan sekolah, longkang-longkang dan mengemaskini pokokpokok hiasan yang merimbun.

Para ibubapa menjadi nadi utama dalam gotong-royong ini kerana kelebihan
alatan yang dibawa oleh mereka.Kelebihan ini membolehkan mereka memotong
rumput , memangkas rimbunan pokok hiasan dan membersihkan ranting pokok
berskala besar di sekitar bangunan sekolah. Pihak guru-guru hanya menjadi
pembuang sisa pangkasan , rumput dan mencuci longkang. Ada juga pelajar yang
datang bersama-sama ibubapa mereka turut sama bergotong-royong.
Aktiviti gotong-royong hari pertama tamat pada pukul 6.30 petang. Para peserta
gotong-royong berhenti berehat pada pukul 5.30 petang untuk menikmati jamuan
ringan. Selepas selesai jamuan ringan , para peserta megemas peralatan dan pulang.

Hari Kedua ( 17 Jun 2013 )


Cuaca hari kedua sangat baik , langit membiru dengan sedikit awan. Terasa
hembusan angin sepoi-sepoi bahasa berlegar-legar di sekitar sekolah.Sesi ini juga
dimulakan dengan pendaftaran peserta gotong-royong .Kehadiran ramai peserta
ibubapa bersama alatan dan anak-anak menunjukkan reaksi positif seterusnya
memastikan kejayaan program gotong-royong yang akan berjalan pada hari kedua.
Para guru sememangnya hadir sepenuhnya kecuali yang cuti sakit. Ini kerana gotongroyong diadakan pada sesi petang iaitu selepas waktu persekolahan.
Target hari kedua ialah memotong rumput di padang , membersihkan kawasan
sekitar padang dan mengutip sampah sarap di padang. Walaupun kehadiran para
ibubapa tidak seramai hari pertama tetapi pertambahan kehadiran pelajar telah
melicinkan proses gotong-royong yang diadakan.
Sebelum gotong-royong bermula, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh
saya selaku penyelaras tentang pembahagian tugas , jadual dan juga kata-kata
motivasi. Semua peserta di dalam keadaan kurang ceria kerana keletihan gotong-

royong pada hari pertama. Namun begitu , setelah diberi sedikit kata-kata semangat,
para peserta kembali pulih dan bersemangat untuk meneruskan kerja membersihkan
padang sekolah.Pujian diberi kepada pelajar yang turut serta kerana menjalankan
tugas mengutip sampah dengan komitmen yang penuh.
Hanya para ibubapa yang memotong rumput kerana alatan seperti mesin
pemotong rumput dalam jumlah yang terhad. Para guru lelaki dan perempuan
mengumpul rumput , ranting dan dahan reput untuk di buang dari kawasan
padang.Ada juga peserta gotong-royong yang terjumpa ular berbisa semasa
membersihkan semak samun berhampiran dengan padang. Demi keselamatan pelajar
dan staff sekolah, ular tersebut terpaksa di bunuh dan ditanam.Aktiviti gotong-royong
tamat awal kerana memberi laluan kepada majlis penutup dan jamuan makan.Saya
sebagai penyelaras mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang
terlibat dalam gotong-royong kemasyarakatan yang mencapai sasaran sepenuhnya.
LAPORAN BERGAMBAR

Memotong rumput di antara bangunan

Guru bertungkus-lumus membersihkan sisa pangkasan

Membersihkan sisa potongan rumput dan pangkasan ranting

Para ibubapa sedang berehat menikmati jamuan selepas tamat gotong-royong

Peralatan
gotong-royong
Penduduk
kampung Ulu Tawar

Pembersihan sekitar padang


sekolah

Memotong rumput

Beberapa kumpulan murid sedang mengutip


sampah dan membersihkan daun kering

Mengutip sampah di sekeliling


padang

Membersihkan longkang

REFLEKSI

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana


dengan taufik dan izin Allah dapatlah saya menjalani program Bina Insan Guru
Peringkat 2 Fasa 3. Program BIG pada kali ini merupakan program yang biasa dibuat
iaitu gotong-royong kemasyarakatan yang telah dijalankan di SK. Ulu Tawar , 09700
Karangan , Kedah. Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 16 dan 17
Jun 2013 jatuh pada hari Ahad dan Isnin. Sepanjang menyertai program ini, saya rasa
sangat beruntung kerana mendapat pelbagai pengalaman baru iaitu mentadbir sebuah
program melibatkan dua pihak yang berbeza.Saya menganggap ini sebagai
persediaan diri untuk menempuh masa hadapan.
Sebelum menjalani program ini, kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas
sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan
melakukan Progam BIG kali ini, saya telah mengadakan mesyuarat yang membantu
rakan guru dan ibubapa untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG
dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Tukang kebun sekolah juga
membantu menyediakan peralatan serta barang-barang yang perlu untuk digunakan
sepanjang program tersebut. Saya sedar peranan ketua sangat penting untuk
menggerakkan ahli-ahlinya agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya
berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan
dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.

Semasa menjalankan program ini, kami telah dipantau oleh Ketua Kampung
Ulu Tawar , Guru Besar , Imam Masjid dan juga para ibubapa yang bekerjasama
dengan kami menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut. Mereka juga turut serta
dalam gotong-royong selama dua hari. Bergotong-royong bersama banyak memberi
pengalaman baru kepada saya. Aktiviti seperti memangkas / mengemaskini rimbunan
pokok hiasan misalnya, memberi pengalaman baru yang sangat seronok di samping
memberi latihan kepada saya sebagai persediaan untuk menjadi guru siswazah kelak.

Program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang sangat berharga
kerana menjalankan gotong-royong selama dua hari berturut-turut kepada saya.
Aktiviti gotong-royong yang dijalankan selama dua hari bukan sahaja menjimatkan
masa membersihkan kawasan tetapi juga jalinan keakraban di antara guru dan waris
semakin bertambah. Kebanyakan guru telah mendapat jawapan persoalan mengenai
sikap dan akhlak pelajar. Ini kerana perbualan secara tidak langsung dengan ibubapa
telah mendedahkan apakah yang berlaku sebenarnya di rumah.
Pada pendapat saya, amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu
gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat.
Apabila mengajar di sesuatu komuniti , guru haruslah berkejasama dengan
masyarakat dalam apa pun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat
disekeliling. Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap murni dan harus diaplikasi
oleh semua guru.
Setelah menjalani program ini, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan dan
kelebihan yang ada pada diri saya. Dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan
kemahiran dan kekreatifan melalui kekangan masa serta cubaan dan dugaan, ia
mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan sikap. Saya
cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat pengalaman
berguna seterusnya dapat merealisakannya secara berterusan.

Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah menjalani
program BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna yag
sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru . Saya berharap program ini bukanlah
merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu diteruskan pada
masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan dan bekalan kepada diri
saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pemimpin
yang disegani kelak.

AJK GOTONG-ROYONG KEMASYARAKATAN


SK ULU TAWAR, 09700 KARANGAN , KEDAH
TARIKH

: 16 dan 17 Jun 2013

MASA

: 2.00 petang - 6.00 petang ( setiap hari )

TEMPAT

: Sekitar Bangunan dan Padang Sekolah

8. JAWATANKUASA KERJA
I.

Penasihat

En Mohd Yusoff bin Ishak ( Guru Besar )

II.

Pengerusi

Puan Norsita bt Basrah

III.

Tim. Pengerusi 1

Puan Noor Sakinah bt Abdul Rahman

IV.

Tim. Pengerusi 2

Puan Rohani bt Mad Saad

V.

Setiausaha

Puan Fazlina Yusof

VI.

Bendahari

Puan Shofiah bt Othman

VII.

AJK

Pendaftaran

Pn. Siti Zarah bt Mohamad Sayuti


Pn. Zuliyani bt Mustapai

Jemputan Waris

Encik Razif bin Saliman

Makanan dan

Puan Horiah bt Yahya

minuman

Puan Saerah bt Ismail

Jurugambar

Encik Suhaimi bin Yusof


Encik Othman Wahab

Dokumentasi

VIII.

Puan Fazlina bin Yusof

LOKASI
1. Lokasi A -

Hadapan Bilik Guru


Penyeliaan : En. Ahmad Naib Pengerusi PIBG Skut.
Guru

:
1. Noor Sakinah Abd Rahman
2. Merlina Mohamed Daud
3. Shamsyul Halit
4. Umi Kalsom Mohd Yatim
5. Azainizan Aziz
6. Syazana Mansor

2. Lokasi B

- Kawasan Persekitaran Rumah Hijau


Penyeliaan : En Wan Anuar ( Sekuriti )
Guru

:
1. Rohani Mohd Saad
2. Mohd Razif Saliman

3. Fazlina Yusof
4. Saerah Ismail
5. Mohd Syah Mohd Rafi
3. Lokasi C - Belakang Blok Pejabat
Penyeliaan : En Jamaludin
Guru

:
1. Norsita Basrah
2. Yuslina Yusob
3. Horiah Yahaya
4. S.S Rao
5. Wan Mohd Aminuddin

4. Lokasi D - Dataran Padang ( rumput )


Penyeliaan : En. Marzuki Mustafa
Kaum Bapa

:
1. Mohd Zahir Mat
2. Abdul Khidir Jusoh
3. Muhamad Sofian Junid
4. Mahiran Kamis
5. Ahmad bin Jasin

5. Lokasi E - Sempadan Padang Dengan Bukit ( lalang )


Penyeliaan : En. Ishak Mat Saad
Guru

:
1. Azainizan Aziz
2. Mohd Qusyairi Samsudin

3. Mohd Affendi Abdul Jamil


4. Yusoff Ishak
5. Razmi Abdul Ghani
6. Lokasi F - Sempadan Padang Dengan Kampung ( lalang , dahan reput )
Penyeliaan : En. Mohd Syah Mohd Rafi Ramle
Guru dan Kaum Bapa

:
1. Zulhazmi Kamaruddin
2. Othman Abdul Wahab
3. Romio Daim
4. Abd Amin Hashim
5. Derani Mohd Mail

TENTATIF PROGRAM

16 Jun 2013
2.00 petang

- Pendaftaran Peserta

2.30 petang

- Taklimat ringkas gotong-royong


- Perasmian oleh Yang Di Pertua PIBG
- Pembahagian lokasi
- Pemeriksaan alatan

- Doa selamat
3.00 petang

- Gotong-royong kemasyarakatan bermula

4.30 petang

- Minum dan jamuan ringan

6.00 petang

- Tamat gotong-royong dan jamuan ringan

17 Jun 2013
2.00 petang

- Pendaftaran Peserta

2.20 petang

- Taklimat dan motivasi


- Pembahagian Lokasi
- Doa selamat

2.45 petang

- Gotong-royong kemasyarakatan bermula

4.00 petang

- Minum dan jamuan ringan

5.50 petang

- Tamat gotong-royong dan jamuan ringan


- Majlis Penutup oleh Guru Besar

6.15 petang

- Bersurai

SEKAP
UR
Bersyukur kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua
rakan seperjuang yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru Fasa 2 sehingga
berjaya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang

telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan

program

BIG ini. Dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak maka

program ini dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.


Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Encik Ng Kheng
Loon selaku

pensyarah penasihat BIG Peringkat 2

kerana beliau banyak

meluangkan masa dan tenaga dalam membimbing kami dalam semua aktiviti yang
telah kami jalankan. Saya memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kesilapan yang tidak disengajakan telah saya lakukan sepanjang program ini.
Akhir kata, saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman
yang diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri

dengan

pelbagai ilmu sehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang
dan terbilang kelak.
Sekian , terima kasih.

PENDA
HULUA
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
diwajibkan kepada semua

guru pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus

perguruan dan telah mula diolaksanakan sejak 2001.

Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu
didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama,
nilai dan akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan
perkembangan program.

MATLA
MAT
1.

Menjelaskan secara terperinci tentang karier guru yang bersangkut-paut


dengan menjalani hidup sebagai insan mulia.

2.

Mengupas mengenai sikap insan mulia dan cara menjalani kehidupan.

3.

Menerangkan tentang kualiti peribadi dan profesionalisma seorang guru.

4.

Mengupas mengenai pembelajaran seluas hayat dan cara-cara


mengaplikasikan sepanjang kehidupan.

5.

Menanam semangat kerjasama di kalangan guru-guru SK Ulu Tawar


melalui majlis ceramah.

OBJEKT
IF
1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada
ajaran agama.
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat ,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
3. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan mental dan rohani dalam
menghadapi situasi kritikal dalam kehidupan.
4. Meningkatkan kualiti peribadi guru dan menguasai kemahiran profesionalisma
seorang guru.
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan berkesan.
6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
7. Menerapkan kemahiran menjalani pembelajaran seluas / sepanjang hayat.

REFLEKSI 1
Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,
memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang
mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guryang baik dan cemerlang. Apa
yang penting, keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu
sendiri.
Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk
ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa
memandang tinggi guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di
dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas.
Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan
bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka.
Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada
perubahan di kalangan masyarakat.
Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman
memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri
dan dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik
permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui proses
menjadi guru hendaklah memahami domain pembangunan diri yang seimbang,
seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memahami
konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang insan guru
dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap profesion
keguruan itu sendiri.
Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep
akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai
seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.
Guru juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini dan betapa

pentingnya perkhidmatan pendidikan itu dalam proses melahirkan tenaga sumber


manusia yang akan menggatikan generasi sekarang ini. Juga betapa pentingnya
kesedaran sosial dan perkhidmatan guru itu sendiri.
REFLEKSI 2
Seorang guru akan pastinya akan sentiasa berdiri dikhalayak ramai, hadapan
para guru lain, murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri. Dalam proses
mengajar dan memahami murid, guru hendaklah menggunakan kata-kata yang
sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Selain itu, guru juga perlu mengetahui
tahap pemikiran anak-anak murid meraka agar ucapan yang disampaikan boleh
diterima dan dapat aplikasikan kelak, serta menggunakan laras bahasa yang tepat.
Terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi guru yang
cemerlang. Ia termasukah semasa proses pengucapan awam ataupun semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, kesantunan bahasa dalam menyampaikan isi
dan kemahiran mendengar secara efektif. Selain itu, guru juga hendaklah tidak boleh
melupakan tertib di meja makan, terutamanya semasa majlis-majlis formal dan
rasmi, dan juga etika pemakaian, di mana guru hendaklah mengikut tertib dan
pakaian yang betul mengikut tema majlis.
Guru juga hendaklah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan diri.
Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri dalam budaya
masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang baru kelak.
Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri sendiri jika berhadapan dengan
masalah yang baru, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang
positif dan rasional.
Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri
dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh
mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi
diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam
meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang

pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru
yang seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik
kepada anak-anak murid mereka.
Namun begitu, apa yang penting, guru dapat menunjukkan kepekaan mereka
terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan tidak
balas yang rasional. Juga, menunjukkan kemahiran yang baik dan tinggi dalam
bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah dan luar, juga kepada
semua pihak yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada di Malaysia, sama
ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu, komitmen
yang penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru, ataupun tugastugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah ditunjukkan
dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan
ikhlas.
REFLEKSI 3
Dalam proses menjadi seorang guru, terdapat pelabagai ilmu pengetahuan
yang baru, yang diperolehi. Semua itu diperolehi memlalui pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dan juga ketika
menjadi guru pelatih semasa waktu pratikum.
Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana
kerjaya guru yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan
membimbing anak-anak murid agar menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru
juga memainkan peranan penting dalam proses melahirkan generasi akan datang
yang cemerlang dan dalam memimpin negara pada masa akan datang.
Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat
berguna dan perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak.
Potensi yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah
yang betul, mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga

personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya dalam
bidang pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan buruk
kepada saya, dan bidang keguruan itu khasnya.
Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung
hendaklah digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para
pensyarah untuk proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru
kelak adalah sangat penting. Ini kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu
untuk melihat kekurangan yang ada, sebailiknya orang lain yang melihat sudah
pastinya dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada.
Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang dengan
mereka, mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup kelemahan saya
dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita
dapat memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan
akhirnya dapat memberikan pelbagai jalan penyelesaian yang baik.
Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu
mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang
ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar
tidak memberikan kesat buruk kepada diri sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa
mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai
seorang guru.

LAPORAN BERTULIS
Satu sesi ceramah telah diadakan pada 14 Julai 2013 iaitu hari Ahad selepas
sesi persekolahan. Sesi tersebut diadakan pada pukul 2 petang hingga 5 petang di
makmal komputer sekolah.
Sesi ceramah terbahagi kepada dua bahagian . Sesi pertama ialah ceramah
dengan tajuk tiga serangkai iaitu Guru Sebagai Insan Mulia , Kualiti Peribadi Dan
Profesionalisma Seorang Guru dan Pembelajaran Berterusan Seluas Hayat.
Ceramah ini adalah salah satu daripada aktiviti wajib BIG yang telah diberi
kebenaran oleh pentadbiran sekolah untuk mengambil masa selama 2 jam.Ceramah
kedua ialah ceramah perkhidmatan iaitu Sistem Pentaksiran Prestasi Guru
terbaharu. Sesi pertama dikonduk oleh saya sendiri sebagai PPG Ambilan Februari
2012. Sesi kedua dikonduk oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran iaitu
Puan Sakinah binti Mohd Noor.
Peserta ceramah yang diberi oleh saya ialah di kalangan guru-guru sekolah
saya sendiri. Sepanjang masa sesi ceramah yang dikonduk oleh saya, para peserta
memberi komitmen sepenuhnya. Tidak dapat dinafikan, sesi penceramahan waktu
amat mencabar kerana guru-guru telah keletihan dan mengejar masa untuk
menguruskan anak-anak mereka.Ada juga di kalangan peserta terpaksa balik awal
kerana ada agenda penting yang memerlukan tindakan segera. Sesi ceramah
terpaksa diberhentikan beberapa kali kerana memberi laluan guru-guru berehat dan
membasuh muka kerana mengantuk.Namun begitu, saya berasa puas hati kerana
objektif tercapai. Slot soal-jawab telah diadakan dihujung sesi ceramah di mana saya
mendapati para guru telah berjaya mendapat input yang telah diberi.
Memandangkan guru-guru telah keletihan, sesi ceramah kedua telah
dipendekkan kepada setengah jam sahaja.GPK Kurikulum dan Pentadbiran telah
menerangkan cara-cara prestasi guru dinilai. Prestasi dinilai berdasarkan kriteria
keseluruhan bukan sahaja daripada aspek kerjaya tetapi juga personaliti dan kualiti
peribadi seseorang guru. Sesi ceramah tamat pada jam 4.30 petang dan guru-guru
dijemput untuk menikmati jamuan ringan.

TENTATIF PROGRAM

2.00 petang - Pendaftaran peserta


2.15 petang - 1. Ceramah Guru Sebagai Insan Mulia
2. Kualiti Peribadi Dan Profesionalisma Seorang Guru
3. Pembelajaran Berterusan Seluas Hayat
oleh En. Mohd Rizal b. Abdul Hamid
3.45 petang Rehat sebentar
4.00 petang Ceramah Penilaian Prestasi
oleh Pn. Sakinah bt. Mohd Noor
5.00 petang Jamuan ringan dan bersurai

LAPORAN BERGAMBAR

Sesi Ceramah Kedua

Sesi Ceramah Pertama

BINA INSAN GURU ( BIG )


PERINGKAT 2
FASA 2

BINA INSAN GURU ( BIG )


PERINGKAT 2
FASA 3

LAPORAN BERTULIS
DAN
LAPORAN BERGAMBAR

SLIDE CERAMAH

REFLEKSI

You might also like