You are on page 1of 3

MENGENAL PASTI NILAI-NILAI POSITIF YANG ADA PADA

PELAJAR YANG BERMASALAH


1.

Pendahuluan
Menurut

Kerlinger (1973), penyelidikan atau kajian merupakan suatu usaha

menganalisis data melalui kaedah saintifik dengan cara formal dan sistematik.
Tujuannya adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan atau masalah. Ferman dan
Legin (1975) pula mentakrifkan penyelidikan sebagai suatu proses mengumpul
maklumat dan menjawab soalan tentang sifat realiti sosial dan politik. Rumusannya,
penyelidikan atau kajian ialah suatu tatacara untuk memperoleh jawapan mengenai
sesuatu masalah yang hasilnya boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi dan
seterusnya menambahkan ilmu ilmu pengetahuan pihak yang berkenaan.
1.1

Definisi Pelajar yang Bermasalah


Pelajar yang bermasalah ialah pelajar yang sering terlibat dengan pelbagai

perbuatan salah laku, terutama di sekolah, termasuklah tidak mematuhi peraturan


sekolah, misalnya ponteng kelas atau ponteng sekolah, merokok, membawa barangan
yang terlarang, sengaja tidak menyiapkan tugasan, melawan guru, dan bergaduh. Isu
pelajar yang bermasalah agak serius di sekolah-sekolah tertentu dan sering
diperkatakan oleh pelbagai pihak. Masalah ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana
dipercayai akan menjejaskan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan juga sahsiah
pelajar.
Nilai-nilai positif pula ialah amalan yang dianggap baik yang ada pada individu,
misalnya berani, bertanggungjawab, kreatif, tidak mudah putus asa, dan lain-lain.
Walaupun terdapat segelintir pelajar yang digolongkan dalam kumpulan pelajar yang

bermasalah tetapi ada pandangan yang mengatakan bahawa pelajar yang bermasalah
itu juga memiliki nilai-nilai positif tertentu. Dalam konteks kajian, pandangan tersebut
boleh dianggap sebagai suatu hipotesis yang perlu dibuktikan melalui kajian.
Sehubungan dengan itu, kajian perlu dijalankan untuk membuktikan hipotesis tersebut
dan seterusnya mengenal pasti nilai-nilai positif yang dimaksudkan itu, jika ada.
2.0

Pelaksanaan Penyelidikan

2.1

Proses Memperoleh Data


Terdapat dua jenis data untuk menjalankan kajian, iaitu data sekunder dan data

premier. Bagi maksud kajian ini, pengkaji akan menggunakan data sekunder. Menurut
Zainal Mat Saat (2003), data sekunder bermaksud data yang telah dikumpulkan dan
diterbitkan oleh orang perseorangan atau agensi-agensi tertentu dengan tujuan untuk
penyelesaian masalah yang sedang dikaji. Ertinya, pengkaji akan memanfaatkan data
sekunder, iaitu data yang telah selesai dikumpulkan, diproses, disusun dan diterbitkan
oleh orang perseorangan atau agensi-agensi yang berkenaan untuk meneliti nilai-nilai
positif yang ada dalam kalangan pelajar yang bermasalah.
Penggunaan data sekunder dianggap wajar kerana kos yang digunakan untuk
mendapatkan data tersebut adalah murah. Selain itu, pengumpulan data sekunder juga
memerlukan sedikit tenaga kerja. Secara tidak langsung, kos yang melibatkan tenaga
kerja dapat dikurangkan. Masa yang digunakan untuk mengumpulkan data sekunder
juga dapat dipendekkan berbanding dengan pengumpulan data primer yang lebih
banyak tertumpu pada kerja-kerja lapangan. Data sekunder juga pada beberapa ketika
memberikan jawapan atau maklumat yang lebih tepat berbanding dengan data

primier. Berdasarkan rasional inilah, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan data


sekunder lebih sesuai bagi kajian ini.
Dari aspek yang lain pula, data sekunder memberikan maklumat yang
mencukupi untuk menyelesaikan masalah yang dikaji. Dalam kajian ini, data kajian
boleh diperoleh daripada pelbagai sumber, antaranya adalah daripada Badan Disiplin di
sekolah, di Unit Disiplin Pejabat Pelajaran Daerah atau di Jabatan Pelajaran Negeri.
Data sekunder juga mampu bertindak sebagai sumber idea yang berharga dan idea
tersebut kelak dapat dikembangkan atau dihalusi melalui data kaji selidik.
Selain itu, dengan melihat kaedah pengumpulan data sekunder oleh penyelidik
terdahulu, penyelidik dapat menilai kelemahan teknik yang digunakan dan seterusnya
mencadangkan teknik yang lebih sesuai. Data sekunder juga dapat memberikan
maklumat awal yang berkaitan dengan populasi, pemilihan sampel, dan dapat
menentukan parameter-paramerer yang akan dikaji. Data sekunder juga berupaya
bertindak sebagai asas rujukan untuk membandingkan kesahihan maklumat yang
diperoleh daripada data primer. Berdasarkan alasan di atas, maka kajian ini
menetapkan penggunaan data sekunder.

You might also like