You are on page 1of 10

BAHASA MELAYU : BAHASA DAN BANGSA MELAYU

MOHAMAD RIDZUAN BIN ABD RAHMAN


2009

Pendahuluan

“Kecenderungan golongan bukan Melayu yang menganggap


bahasa Melayu tidak sesuai dijadikan bahasa pengantar pendidikan
setaraf dengan bahasa Inggeris”.

Adakah bahasa Melayu tidak layak dijadikan sebagai bahasa pengantar pendidikan? Jika bahasa

ini tidak layak dijadikan sebagai bahasa pengantar pendidikan, masakan bahasa ini diakui

sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.1 Kecenderungan yang wujud

dalam kalangan mastarakat bukan Melayu juga berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu.

Perkara seperti ini berlaku disebabkan faktor penjajahan British yang begitu mengagung-

agungkan bahasa Inggeris sehingga terdapat segelintir masyarakat Melayu yang turut

terpengaruh dengan keagungan bahasa Inggeris. Walaupunbegitu, terdapat juga pejuang bahasa

seperti Za‟ba yang bersungguh-sungguh meyakinkan masyarakat bahawa bahasa Melayu layak

dan sesuai dijadikan pengantar pendidikan:

[Bahasa Melayu]…sesuai untuk semua ilmu undang-undang, ilmu


engineer, ilmu jentera, ilmu siasatan (science), ilmu kejadian
(physics), ilmu kapal terbang, ilmu falak, ilmu falsafah dan
berpuluh-puluh yang lain lagi. Apabila terpaksa diajarkan bahasa
Melayu kelak tidaklah akan menjadi kesusahan kepada bangsa
Melayu memadankan dirinya dengan meminjam atau menempa
perkataan baharu supaya layak ia membawa ilmu-ilmu itu.
(Qalam, April 1954)2
1
Kamal Shukri Abdullah Sani, (2007), Bahasa Melayu : Apa sudah jadi?, Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd, hlm xvi.
2
Adnan Haji Nawang, (1994), Za’ba : Patriot dan Pendeta Melayu, Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu, hlm
157-158.
1
Setelah melihat pandangan Za‟ba, adakah kita masih lagi berasa sangsi dengan keupayaan

bahasa Melayu. Za‟ba menyatakan bahawa bahasa Melayu perlu meminjam istilah bahasa asing

jika ingin terus berkembang?. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa

yang dinamik dan progresif jika perkembangan bahasa ini dijalankan dengan teliti.

Keyakinan Terhadap Bahasa Melayu

Bahasa Melayu pada tahun 1935 tidak begitu diyakini keupayaan sebagai pengantara

antara masyrakat dengan ilmu pengetahuan. Persoalan bahasa turut dikaitkan dengan faktor

kemajuan:

Ada pemimpin Melayu yang berkata bahawa “jikalau orang


hendak maju dalam bidang ilmu, terutama sains dan teknologi,
mereka hendaklah menuntut ilmu itu hendaklah menuntut dalam
bahasa Inggeris bukan dalam bahasa Melayu”.3

Mengapa perlu menuntut ilmu dalam bahasa Inggeris, sedangkan bahasa Melayu begitu diyakini

Za‟ba mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan? Hal ini disebabkan ketaksuban terhadap

bahasa Inggeris yang keterlaluan:

Many of the English-educated Malay elite, as well as the non-


Malay elite, doubted the capacity of the Malay language to meet
the demands of a modern society.4

Oleh sebab itu, bangsa Melayu seharusnya mempunyai kesedaran bahawa bahasa Melayu

juga mampu menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Seperti penulis artikel ini yang menyatakan

bahawa “..bahasa Melayu semakin hari semakin mantap dan mampu menjadi perantara untuk

menyampaikan ilmu pengetahuan seperti juga bahasa Inggeris”. Kepentingan bahasa Melayu

untuk bangsa Melayu adalah seperti berikut:

3
Kamal Shukri Abdullah Sani, (2007), Bahasa Melayu : Apa Sudah Jadi?, hlm xi.
4
William R. Beer dan James E. Jacob, (1985), Languange Policy and National Unity, New Jersey : Rowman &
Allanheld, hlm 158.
2
Kalau orang Melayu tidak menguasai bahasa Melayu, alamat
mereka tidak akan menjadi bangsa yang maju, cemerlang,
gemilang dan terbilang. Sebabnya ialah, mereka tidak akan pandai
berfikir dalam bahasanya sendiri. Akhirnya mereka akan
menggunakan bahasa rojak, bahasa Melayu yang bercampur
dengan bahasa Inggeris. Ragam bahasa seperti ini pasti tidak akan
memajukan fikiran dan ilmu bahasa Melayu.5

Tidak timbul krisis psikologi bahawa berbahasa Melayu ini disifatkan sebagai

kekampungan, malahan salah sekali dengan bercakap menggunakan bahasa Inggeris memberikan
6
simbol moden, maju dan kotemporari. Bahasa Inggeris juga digambarkan sebagai simbol

kemajuan, bagaimana pula dengan bahasa Melayu, adakah digambarkan sebagai simbol

kemunduran? Oleh itu, tidak seharusnya dikatakan isu bahasa mempengaruhi kemajuan atau

kemunduran sesuatu bangsa. Kemajuan atau kemunduran sesuatu bangsa ditentukan oleh usaha

dan kerajinan bangsa itu sendiri. Apabila terlalu mengagung-agungkan bahasa asing, bahasa

Melayu akan dipandang hina dan disifatkan sebagai kekampungan. Menghina bahasa adalah

perbuatan yang sangat keji khususnya oleh bangsa itu sendiri.

Usaha Memartabatkan Bahasa

Bahasa adalah jiwa bangsa. Usaha memartabatkan bahasa dilakukan dengan berbagai-

bagai cara. Usaha ini dilakukan supaya “..bahasa Melayu semakin hari semakin mantap dan

mampu menjadi perantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan seperti juga bahasa

Inggeris”. Bahasa bukan suatu yang pegun, malahan mempunyai kebolehan untuk berkembang

terutama dalam aspek pembinaan kosa kata.

Salah satu usaha yang penting adalah penukaran tulisan Jawi kepada Rumi. Namun

begitu, usaha ini mendapat tentangan golongan golongan agama. Menurut Za‟ba, Mufti Negeri
5
Kamal Shukri Abdullah Sani, (2007), Bahasa Melayu : Apa Sudah Jadi?, hlm xiii.
6
Sidek Baba, (2009), Melayu Perkasa : Berjuang Sudah Pasti, Menyerah Tidak Sekali, Kuala Lumpur : Alaf 21 Sdn
Bhd, hlm 184.
3
Johor telah menfatwakan bahawa perubahan dari tulisan Jawi ke Rumi adalah haram disisi

Islam.7 Za‟ba menjawab pandangan Mufti tersebut dan dikirimkan ke Utusan Melayu untuk

diterbitkan.8 Jawapan Za‟ba adalah manefestasi daripada rasa tidak puas hati terhadap institusi

mufti yang sewenang-wenang mengharamkan usaha ini tanpa melihat kepada kebaikan usaha

penukaran tulisan kepada tulisan Rumi. Usaha ini ditentang oleh golongan yang tidak menyedari

bahawa tulisan Jawi mempunyai beberapa kelemahan khususnya dalam menterjemah bahasa

asing kedalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, usaha ini dilakukan di Kongres Bahasa yang

berlangsung pada 28 Oktober hingga 2 November 1954 di Medan, Indonesia.9

Kongres ini juga melambangkan kerjasama erat antara ahli bahasa antara Tanah Melayu

dengan Indonesia. Satu pertemuan telah diadakan di Gedong Proklamasi Indonesia Jakarta antara

perwakilan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Republik Indonesia pada 1959.10 Kerjasama erat

antara kedua-dua buah negara untuk memantapkan lagi bahasa Melayu dan juga bahasa

Indonesia adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan perkembangan bahasa Melayu

dan bahasa Indonesia adalah terkawal serta tidak bercanggah antara satu sama lain.

Usaha secara berpelembagaan juga dilakukan untuk memastikan bahasa ini menjadi

bahasa kebangsaan untuk Tanah Melayu yang merdeka.

The national language shall be the Malay language and shall be in


such script as parliament may by law…11

Apabila perlembagaan memaktubkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka

secara automatik bahasa ini diakui sebagai layak menjadi bahasa pengantar pendidikan. Oleh

7
Adnan Haji Nawang, (1994), Za’ba : Patriot dan Pendeta Melayu, Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu, hlm
158.
8
Ibid,.
9
T.N.Harper, (2001), The End of Empire and the Making of Malaya, Cambridge : Cambridge University Press, hlm
305.
10
Adnan Hj. Nawang, (2009), Za’ba dan Melayu, Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, hlm
133.
11
Kamal Shukri Abdullah Sani, (2007), Bahasa Melayu : Apa Sudah Jadi?, Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd, hlm xvi.
4
sebab itu, tidak timbul suara-suara sumbang yang mempertikaikan kedudukan bahasa Melayu.

Walaupun bahasa Melayu diletakkan sebagai bahasa Kebangsaan, namun kepentingan bahasa

lain tidak harus diketepikan. Tun Dr. Ismail menjelaskan bahawa bahasa Inggeris telah diterima

sebagai bahasa dunia, adalah logik bagi kita menggunakan bahasa ini untuk dipelajari dan

diamalkan tanpa meletakkan tarafnya sama dengan bahasa kebangsaan.12 Apabila kita berusaha

untuk memartabatkan bahasa Melayu, bahasa inggeris tidak harus dipinggirkan semata-mata

kerana khuatir bahasa Melayu akan mejadi lemah jika bahasa Inggeris diberi keutamaan.

Tanggapan ini salah kerana mempelajari bahasa Inggeris tidak beerti kita akan mengenepikan

bahasa Melayu.

Perkembangan bahasa Melayu pada peringkat awal amat terbatas. Oleh sebab itu, untuk

mengatasi masalah kekurangan kosa kata, penyeragaman bahasa, dan meningkatkan bahasa,

maka Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1959.13 Penulis artikel ini

mempunyai impian supaya wujud sebuah badan seperti“..Balai Pustaka yang telah menerbitkan

beratus-ratus buku berkaitan dengan bahasa Melayu”. Penubuhan DBP telah merealisasikan

impian penulis untuk melihat penubuhan sebuah badan yang menyelaraskan perkembangan

bahasa Melayu. Badan ini berfungsi mewujudkan istilah baru, khususnya dalam bidang saintifik

dan teknologi, termasuk juga pentadbiran kerajaan, akademik, penyeragaman bahasa Melayu,

menterjemah teks kedalam bahasa Melayu dan juga menjalankan kempen dan pertandingan

bahasa. 14 Kewujudan DBP boleh dianggap sebagai permulaan kepada usaha yang agresif untuk

memajukan bahasa Melayu. Usaha ini amat penting kerana perkembangan bahasa Melayu

12
Thajunnisa Mohamed Ibrahim, (2004), Tun Dr. Ismail : Kejora Timur Yang Mengerdip, Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 74.
13
William R. Beer dan James E. Jacob, (1985), Languange Policy and National Unity, New Jersey : Rowman &
Allanheld, hlm 158.
14
Ibid, hlm 159.
5
bergantung kepada daya usaha DBP untuk merancang dan mengembangkan bahasa Melayu

setanding dengan bahasa Inggeris.

Selaras dengan peruntukkan perlembagaan Malaysia (perkara 152), sebagai bahasa rasmi

dan kebangsaan, Penyata Razak (1956) dan Akta Pendidikan (1996), bahasa Melayu dinobatkan

sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia dari peringkat rendah sehinggalah peringkat

universiti.15 Kewujudan dasar-dasar ini amat penting dalam menentukan hala tuju bahasa melayu

dalam bidang pendidikan. Hala tuju bahasa Melayu akan lebih tersusun dan perkembangan

bahasa akan menjadi lebih rancak dengan penerbitan lebih banyak buku-buku teks dalam bahasa

Melayu. Penggunaan secara meluas bahasa ini dari peringkat rendah sehingga peringkat

menengah akan mempercepat proses perkembangan bahasa ini khususnya dinegara ini.

Secara beransur-ansur bahasa pengantar Inggeris ditukar kepada bahasa Melayu mulai

tahun 1972 sehingga tahun 1983 dengan pemansuhan LCE (1978) dan MCE (1980), dengan itu,

sejumlah kira-kira 5.5 juta pelajar (1975-2001) sudah mengikuti mengikuti pendidikan aliran

kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.16 Perkembangan bahasa Melayu

secara-secara beransur adalah untuk memberi ruang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri

dengan perubahan dasar bahasa pengantar pendidikan. Perubahan ini merupakan titik permulaan

untuk bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar pendidikan yang utama dinegara ini. Kredibiliti

bahasa Melayu akan diuji, dan yang paling penting bahasa ini akan terus berkembang khususnya

dalam bidang Kemanusiaan, Sains dan Teknologi.

Pengukuhan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan telah membuktikan bahawa bahasa

Melayu adalah salah satu mata pelajaran yang penting.

15
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007, Bahasa Melayu : Apa Sudah Jadi?, Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd, hlm 167.
16
Ibid, hlm 167.
6
Most importantly, students would have to obtain a credit in Malay
to be awarded the SPM certificate, the prerequisite to obtaining a
tertiary education, government jobs, teacher training opportunities,
and so forth.17

Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai nilai komersil kepada pelajar-pelajar.

Bukan hanya sekadar mata pelajaran bahasa, malahan berperanan sebagai kayu ukur untuk

menilai kemampuan seseorang dalam menguasai bahasa Melayu. Selain itu, peranan lain bahasa

Melayu adalah sebagai bahasa perantara dengan masyarakat bukan Melayu.

The younger generation, who have gone through the common


schooling system, are able to interact very well with the one
another using the Malay language.18

Kedudukan bahasa Melayu dimantapkan lagi, apabila kerajaan membuat keputusan untuk

menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan. Bahasa perpaduan yang dimaksudkan adalah

sebagai bahasa yang dituturkan oleh semua bangsa dan lapisan masyarakat serta mereka

memahami bahasa ini.

The post-1969 Malaysian governments have, therefore, felt it


necessary to create a „new Malaysia‟ whose identity, espoused in
the Rukunegara, will be based on Malay Language and culture but
which will also incorporate aspects of the migrant cultures.19

Bahasa Melayu diakui sebagai bahasa yang mampu menyatupadukan semua bangsa

dinegara ini dan ini memberikan nilai tambah kepada bahasa Melayu. Pengukuhan bahasa

Melayu dalam kalangan bukan Melayu adalah penting supaya perkembangan bahasa ini tidak

tersekat dalam kalangan masyarakat Melayu sahaja, malahan turut dikuasai oleh masyarakat

17
A. Suresh Canagarajah, 2005, Reclaiming The Local In Language Policy And Practice, Lawrence Erlbaum
Associates, Inc Publishers, hlm 128-129.
18
Syed Husin Ali, (2008), Ethnic Relations In Malaysia : Harmony and Conflict, Petaling Jaya : Strategic
Information and Research Development Centre (SIRD), hlm 37.
19
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya,(1982), A History Of Malaya, London : Macmillan Press Ltd,
hlm 304.
7
bukan Melayu. Penguasaan bahasa ini oleh golongan bukan Melayu bukan disebakan terpaksa,

malahan penguasaan bahasa ini amat diperlukan dalam membantu mereka berkomunikasi dengan

masyarakat Melayu.

Bahasa Melayu mestilah dijadikan sebagai pengantar di semua peringkat pendidikan,

dalam pentadbiran dan pemerintahan, kehakiman dan dalam semua lapangan kehidupan.20

Penggunaan bahasa Melayu tidak seharusnya disekat daripada digunakan secara meluas dalam

pelbagai bidang. Perkembagan bahasa Melayu adalah penting kepada bangsa Melayu. Bahasa ini

melambangkan keperibadian mereka, malah juga pemikiran mereka. Oleh itu, apabila bahasa ini

mulai dipalikasikan dalam pelbagai bidang, maka masyrakat Melayu seharusnya berasa bangga

kerana bahasa mereka telah dijadikan sebagai bahasa rasmi. Selain itu, penggunaan bahasa ini

sebagai alat untuk menyemai perpaduan adalah penting kerana melalui bahasa ini adalah bahasa

tanah air kita.

Sebarang kenyataan yang memperlekehkan atau memperkecilkan keupayaan bahasa ini

seharusnya dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap bahasa ini. Bahasa adalah darah daging

bangsa. Jika bahasa dibiarkan tanpa sebarang perancangan untuk memajukan bahasa ini, maka

boleh diibaratkan membiarkan anak bangsa kemiskinan dan kelaparan tanpa sebarang makanan.

Perkembangan bahasa ini adalah ditangan kita sendiri sama memperkembangkan atau

mehancurkan bahasa ini.

20
Adnan Hj. Nawang, (2009), Za’ba dan Melayu, Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, hlm
134.
8
Kesimpulan

Sering kali kita mendengar bahawa bahasa adalah jiwa bangsa, namun sejauhmanakah

pemahaman kita mengenai slogan ini?. Tambahan pula kita dihambat dengan isu nilai ekonomi

sesuatu bahasa.

Because the predominant language of the Internet and


globalization is English, the language appears to have a
disproportionately high economic value compares to other
languages used beyond one‟s borders.21

Kemodenan sedikit-sebanyak telah memberi kesan kesan psikologi kepada perkembangan

bahasa Melayu. Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris semakin penting terutama sekali ketika

negara-negara Barat melaungkan slogan Globalism. Saban hari kita diberitahu bahawa dunia

semakin kecil dan kita diminta berfikir secara global pula.22 Adakah kita terpaksa membuang

bahasa kita sendiri semata-mata untuk berfikir secara global dalam bahasa yang begitu asing

dengan pemikiran kita? Kalau orang Melayu tidak menguasai bahasa Melayu, alamat mereka

tidak akan menjadi bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang.23

Pengukuhan bahasa Melayu adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira bangsa,

keturunan atau negeri. Bahasa Melayu bukan hanya milik Melayu atau puterabumi, tetapi adalah

milik semua lapisan masyarakat yang mendakwa negara ini adalah tanah airnya. Bahasa Melayu

adalah simbol perpaduan dan diyakini mampu menyatupadukan semua lapisan masyarakat.

Pengukuhan bahasa hendaklah dilakukan dalam bidang pendidikan. Jika pengukuhan bahasa

dalam bidang pendidikan semakin mantap, maka bahasa ini akan terus berkembang dan menjadi

bahasa yang setanding dengan bahasa Inggeris. Seperti kata penulis “..bahasa Melayu semakin

21
A. Suresh Canagarajah, (2005), Reclaiming The Local In Language Policy And Practice, Lawrence Erlbaum
Associates, Inc Publishers, hlm 124.
22
Laurent Metzger,(2007), Nilai-Nilai Melayu : Satu Sudut Pandangan Orang Luar, Tanjong Malim : Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris, hlm 3.
23
Kamal Shukri Abdullah Sani, (2007), Bahasa Melayu : Apa sudah jadi?, Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd, hlm xiii.
9
hari semakin mantap dan mampu menjadi perantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan

seperti juga bahasa Inggeris”. Pendidikan dan bahasa adalah asas bagi membina kekuatan

negara bangsa.24

24
Abd. Rahim Abd. Rasyid, (2004), Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa, Kuala Lumpur : Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd, hlm 54.
10

You might also like