You are on page 1of 7

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LANJAN (ASLI)


BANDAR DAMANSARA PERDANA
47820 PETALING JAYA, SELANGOR
MINIT MESYUARAT INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
______________________________________________________________________________
Bilangan Mesyuarat :
BIL. 1 TAHUN 2015
Tarikh
:
30 JUN 2015 (SELASA)
Masa
:
2.00 PETANG
Tempat
:
BILIK MESYUARAT
______________________________________________________________________________
HADIR:
Bil.
Nama
1.
Pn. Rohani bt. Othman
2.
En. Abdul Aziz b. Abu Bakar
3.
En. Ahmad Fuad b. Sebon
4.
Pn. Noor Hidayah bt. Maskuri
5.
En. Mohd Adha b. Mohd Yasir
6.
Pn. Suzianah bt. Abd. Talib
7.
8.
9.
10.

Pn. Siti Zakiah bt. Ismail


Pn. Rusmawati bt. Mhd Yusuf
En. Emir Din b. Baharudin
En. Muhammad Azwan bin
Mohd Zain

Jawatan
Penolong Kanan Kurikulum
Penolong Kanan Pendidikan Khas
KP Bahasa Malaysia / Guru Kelas Tahun 2 Jukerah
S/U HEM, KP Sains / DST
KP Pendidikan Agama Islam
S/U Kurikulum, KP Muzik & PSV / Guru Kelas Tahun
5 Jenang
KP Bahasa Arab
KP Pendidikan Moral
Pen. Setiausaha Kurikulum
KP PJPJK & KT / Sivik / Guru Kelas Tahun 4 Menteri

TIDAK HADIR DENGAN MAAF:


Bil.
Nama
1.
En. Khairul Anuar b. Abdul Azid
2.
En. Suhaidi b. Sapuan
3.
En. Ridzuan b. Othman
4.
En. Shah Ban b. Abd Hamid
5.
Pn. Rajamah bt. Hassan
6.
En. Azizul b. Abd. Aziz
7.
Pn. Nor Azlina bt. M. Kajaan
8.
Pn. Siti Zunaidah bt. Abu Hassan
9.
Pn. Nuridatul Azminie
10.
En. Mohd Shahrizal b. Md Nasir

Jawatan
Guru Besar
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras ICT / PROTIM / DATA / KP TMK
KP Bahasa Inggeris / Guru Kelas Tahun 6 Batin
S/U Koku, KP Matematik
Guru Perpustakaan
Guru NILAM
SUP / Guru Kelas Tahun 1 Belandas
Guru PAI / Guru Kelas Tahun 3 Jenang

URUS SETIA:
Bil.
Nama
1.
En. Hamdan b. Kiplie

Jawatan
GPM / KP Sejarah

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
01
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan
1 FEBRUARI 2014

SPSK PK 07/3

1.0

2.0

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1

KATA ALU-ALUAN
1.1.1 Pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan menyampaikan
salam dan meminta semua guru yang hadir membaca Umul Al-Kitab
surah Al-Fatihah.

1.2

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH


1.2.1 Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan
kakitangan sekolah kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Induk
PSS kali yang pertama bagi tahun 2015.

1.3

MEMAKLUMKAN ISU ATAU PERKARA HASIL MESYUARAT LAIN


1.3.1 Tiada.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

Tiada
Makluman

3.0

PERKARA PERKARA BERBANGKIT


3.1

Tiada
Makluman

4.0

PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1

JAWATANKUASA PSS 2015.


4.1.1 Pengerusi telah meminta semua ahli mesyuarat merujuki lampiran
senarai organisasi jawatankuasa PSS bagi sesi 2015 seperti Jawatankuasa
Induk, Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa NILAM dan Jawatankuasa
Pengawas Pusat Sumber Sekolah (Rujuk Lampiran)
4.1.2 Beliau juga memaklumkan bahawa bagi Jawatankuasa Pengawas PSS,
murid-murid Tahun 5,4 dan 3 yang dipilih akan dikekalkan bagi sesi 2016
akan datang.
4.1.3 Pn. Rohani turut memaklumkan bagi pengurusan mesyuarat induk PSS,
GPM akan menjadi urus setia manakala bagi mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Guru Perpustakaan iaitu Pn. Nor Azlina akan menjadi urus setia.
4.1.4 Manakala bagi mesyuarat Jawatankuasa Pengawas PSS akan
dipengerusikan oleh GPM.
4.1.5 Semua mesyuarat mesti dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
Makluman

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
01
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan
1 FEBRUARI 2014

SPSK PK 07/3

4.2

PROGRAM NILAM
4.2.1 En. Hamdan telah menerangkan bagi pihak Guru NILAM bahawa program
NILAM telah dilancarkan pada bulan Januari dan segala dokumentasi
telah pun difailkan oleh Pn. Siti Zunaidah.
4.2.2 En. Hamdan turut membentangkan dapatan data jumlah bacaan buku
oleh murid-murid SK Bukit Lanjan sehingga Mei 2015 sebelum Pn. Siti
Zunaidah cuti bersalin (Rujuk Lampiran).
4.2.3 Pn. Rohani turut mengingatkan bahawa guru-guru yang terbabit dengan
perlaksanaan Program NILAM khususnya muri-murid Tahap 1 perlu
membimbing dan mengajar mereka bagaimana untuk mengisi Buku
Rekod Bacaan NILAM.
4.2.4 En. Hamdan turut memaklumkan bahawa jumlah guru-guru yang
membawa murid ke PSS semasa masa NILAM amat mendukacitakan.
4.2.5 Beliau juga meminta persetujuan mesyuarat untuk memaklumkan jadual
dan guru yang sepatutnya membawa murids ke PSS melalui aplikasi
Telegram rasmi sekolah.
4.2.6 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.
Tindakan : Guru-guru yang terlibat dengan Program NILAM

4.3

ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS (ABM)


4.3.1 Pn. Rohani meminta En. Hamdan membentangkan jumlah dan
penggunaan semasa PCG PSS.
4.3.2 En. Hamdan membentangkan jumlah PCG yang diterima dan yang telah
digunakan sehinggan Jun 2015 (Rujuk Lampiran) dan menyatakan setiap
tahun PCG PSS dibelanjakan mengikut Anggaran Belanjawan Mengurus
(ABM) PSS.
4.3.3 Berdasarkan pecahan melalui ketetapan oleh pihak PKG Subang, PCG PSS
perlu dibelanjakan mengikut pecahan seperti berikut;
4.3.3.1
60% = Bahan Buku
4.3.3.2
40% = Bahan Bukan Buku
4.3.4 Beliau juga menyatakan bahagian 40% termasuk juga boleh membeli
mesin pencetak tetapi tidak boleh digunakan untuk membeli komputer.
4.3.5 Pn. Rohani turut meminta semua KP turut membentang wang PCG
masing-masing mengikut format borang yang digunakan oleh PSS
4.3.6 En. Hamdan memaklumkan akan mengemel kepada semua guru format
borang tersebut.
Tindakan : GPM

4.4

BROUCHER PSS
4.4.1 Pn. Rohani meminta penjelasan mengenai status penggunaan broucher
PSS.

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
01
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan
1 FEBRUARI 2014

SPSK PK 07/3

4.4.2 En. Hamdan memaklumkan telah menyiapkan broucher tersebut tetapi


masih belum dicetak lagi kerana terdapat beberapa penambahbaikan
dari segi gambar keadaan PSS terutama selepas kerja menaiktaraf.
Makluman

4.5

BUKU REKOD DAFTAR STOK


4.5.1 Pn. Rohani turut mengingatkan semua bilik khas yang mempunyai Buku
Perolehan dan Buku Penggunaan Bahan perlu dihantar kepada beliau
untuk dibuat semakan.
4.5.2 En. Muhammad Azwan bertanya bagaimana jika beliau sendiri sahaja
yang menggunakan perlatan di dalam bilik Kemahiran Hidup dan Pn.
Rohani menyatakan mesti direkodkan juga.
4.5.3 Pn. Rohani memaklumkan semua KP yang membeli peralatan melalui
PCG perlu dimaklumkan kepada En. Hamdan bagi tujuan pengrekodan
stok.
4.5.4 Setelah direkodkan, KP akan menjaga setiap perlatan dibeli.
4.5.5 Nombor perolehan akan diberikan setelah direkodkan.
4.5.6 En. Hamdan turut memaklumkan setakat ini hanya baru menerima satu
salinan SAP daripada KP Bahasa Inggeris.
Tindakan : Ketua Panitia dan guru-guru bilik khas

4.6

PORTAL PSS
4.6.1 Pn. Rohani meminta GPM perlu menyediakan sebuah blog / portal
mengenai PSS.
4.6.2 Beliau juga mengingatkan portal tersebut mestilah dikemaskini dan
dimasukkan semua borang-borang yang berkaitan.
4.6.3 Pn. Suzianah telah mencadangkan supaya menyediakan blog yang
mempunyai link dengan VLE FROG sekolah.
4.6.4 En. Hamdan memaklumkan bahawa di dalam VLE FROG sekolah telah
mempunyai satu link yang khas untuk PSS yang telah disediakan oleh
En. Shah Ban tetapi belum lagi dikemaskini.
Tindakan : GPM

4.7

BULETIN DAN PAPAN KENYATAAN PSS


4.7.1 Pn. Rohani turut mencadangkan bahawa Unit PSS perlu menyediakan
satu tempat untuk menyampaikan maklumat mengenai PSS seperti
Buletin dan Papan Kenyataan PSS.
4.7.2 Beliau juga menerangkan di dalam bahagian Buletin tersebut boleh
digunakan untuk memberitahu perkara-perkara yang terkini terutama
melibatkan PSS.

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
01
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan
1 FEBRUARI 2014

SPSK PK 07/3

4.7.3 Di sampingkan papan kenyataan juga boleh diletakkan analilsis jumla


pembaca paling ramai di sekolah.
4.7.4 En. Hamdan memaklumkan atas sebab kekangan dana PSS, perancangan
untuk menyediakan dari segi meterial Buletin dan Papan Kenyataan akan
terbantut.
Makluman

4.8

FAIL KUASA DAN FAIL MEJA


4.8.1 Pn. Rohani meminta GPM menghantar Fail Kuasa dan Fail Meja untuk
dibuat semakan.
Tindakan : GPM

4.9

SUDUT-SUDUT YANG MELIBATKAN PSS


4.9.1 Pn. Rohani meminta GPM supaya menyediakan sudut-sudut seperti
Sudut PSS, Sudut Pengunjung Bertuah Ke PSS, Sudut Laman Gemilang,
Sudut Mahligai Kerajaan, Sudut Sejarah Sekolah dan Sudut Tokoh
Sekolah.
4.9.2 Sekali lagi En. Hamdan memaklumkan bahawa perancangan untuk
membina sudut-sudut tersebut memang ada tetapi atas kekangan
kewangan telah membantutkan perancangan tersebut.
4.9.3 Pn. Rohani mencadangkan supaya GPM merujuki Tuan Guru Besar untuk
berbincang dari segi punca kewangan untuk membuat sudut-sudut
tersebut.
Tindakan : GPM

4.10

BUKU SUMBANGAN
4.10.1 En. Hamdan telah memaklumkan terdapat beberapa kelas telah pun
mengambil buku-buku sumbangan yang telah siap direkodkan di dalam
bilik kendiri sebagai bahan bacaan di dalam kelas di samping
mewujudkan mini perpustakaan.
4.10.2 Namun, masih terdapat juga beberapa kelas yang belum mengambil
buku-buku tersebut.
4.10.3 Pn. Rohani meminta buku-buku tersebut dikelaskan mengikut kelas.
4.10.4 En. Hamdan memaklumkan mengikut arahan Tuan Guru Besar setelah
buku-buku tersebut dicap dan direkodkan, setiap guru kelas akan
memilih dan mengambil buku tersebut.
Tindakan : Guru Kelas

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
01
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan
1 FEBRUARI 2014

SPSK PK 07/3

4.11

PERANAN PENGAWAS PSS


4.11.1 Pn. Rohani memaklumkan bahawa beliau ada bertanya beberapa orang
pengawas PSS dan terdapat lagi yang masih belum mengetahui cara-cara
proses buku.
4.11.2 En. Hamdan menjelaskan bahawa pengawas telah pun diberi penerangan
tetapi belum lagi secara menyeluruh.
4.11.3 Beliau juga memberitahu bahawa salah aktiviti dalam Program Lawatan
Ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam adalah membimbing pengawas
PSS bagaimana memproses buku dengan cara asas.
4.11.4 Pn. Rohani juga bertanya mengenai status perlantikan pengawas PSS dan
watikah pelantikan.
4.11.5 En. Hamdan menjelaskan perkara tersebut akan diambil tindakan segera.
Tindakan : GPM

5.0

HAL HAL LAIN


5.1

PELAN STRATEGIK PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


5.1.1 Pn. Rohani meminta En. Abd Aziz menyiapkan kadar segera Pelan
Strategik Pendidikan Khas.
5.1.2 En. Abd Aziz menyatakan tindakan segera akan diambil sebelum
pemantauan daripada pihak PPDPU dan JPNS.
Tindakan : En. Abd Aziz b. Abu Bakar

5.2

MINGGU PANITIA AGAMA ISLAM


5.2.1 En. Adha memaklumkan beliau tidak dapat turut serta sepanjang Minggu
Panitia Agama Islam kerana menghadiri kursus.
5.2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang terlibat.
Makluman

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
01
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan
1 FEBRUARI 2014

SPSK PK 07/3

6.0

PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi kepada semua ahli yang hadir dan tarikh mesyuarat akan
datang akan dimaklumkan pada suatu tarikh baharu kelak.

Disediakan oleh;
Urus Setia
Mesyuarat Induk Pusat Sumber Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan
Bertarikh

: 3 Julai 2015

Disemak oleh,

..

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
01
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan
1 FEBRUARI 2014

You might also like