You are on page 1of 12

ALICE TANG MEE HUONG

PENGGUNAAN BUNGA DARAB DALAM PENGUASAAN SIFIR DARAB


BAGI MURID PEMULIHAN TAHUN DUA
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan sifir darab dalam
kalangan murid pemulihan Tahun Dua dengan menggunakan Bunga Darab.
Kumpulan sasaran terdiri daripada tiga orang murid pemulihan Tahun Dua yang
tidak lulus ujian saringan (LINUS) dan perlu mengikuti program pendidikan
pemulihan. Data dikumpulkan melalui instrumen ujian penguasaan, ujian pra dan
ujian pasca, temu bual, rekod anekdot dan soal selidik.Ujian penguasaan yang
dijalankan sebelum tindakan intervensi menunjukkan penguasaan sifir darab
responden hanya 10.0% hingga 20.0%.Tetapi, hasil temu bual menunjukkan tahap
penguasaan sifir darab responden meningkat selepas tindakan intervensi dijalankan
selama empat minggu. Ini disokong oleh keputusan ujian pasca responden yang
menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya 60.0% hingga 80.0% berbanding
dengan keputusan ujian pra. Dapatan rekod anekdot dan soal selidik pula
menunjukkan murid-murid bersetuju bahawa mereka lebih memahami, seronok
dan berminat untuk mempelajari sifir darab dengan menggunakan Bunga
Darab.Kesimpulannya, Bunga Darab dapat meningkatkan penguasaan sifir darab
dalam kalangan murid pemulihan Tahun Dua.

1.0
1.1

PENDAHULUAN
Pengenalan

Menurut Malaysia Kini (2013), Programme for International Student Assessment


(PISA) 2012 menunjukkan lebih separuh daripada pelajar Malaysia (51.8%) yang
terbabit dalam program penilaian antarabangsa tersebut tidak mempunyai keupayaan
asas yang mencukupi dalam subjek Matematik dan hanya 1.3% pelajar tergolong
sebagai pelajar berpencapaian terbaik.Dalam Trends in International Mathematics
and Science Study (TIMSS) 2011 pula, 35.0% murid Malaysia gagal mencapai tahap
kemahiran minimum bagi subjek Matematik (Berita Harian, 2011).Keadaan menjadi
lebih membimbangkan apabila jurang perbezaan antara Malaysia dan negara-negara
yang berpencapaian terbaik semakin lebar dalam program penilaian antarabangsa
tersebut.Justeru, kerajaan telah melaksanakan Program LINUS 1.0 pada tahun 2010
dan berikutannya, LINUS 2.0 dilancarkan pada tahun 2013.
1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sepanjang sesi praktikum fasa pertama, kedua dan ketiga di dua buah sekolah aliran
Bahasa Cina yang berlainan di daerah Bintangor dan Sarikei, pengkaji mendapati
kebanyakan murid pemulihan tidak dapat menguasai sifir darab.Ini disebabkan oleh
kekeliruan antara konsep tambah dan darab. Soalan-soalan yang melibatkan operasi
darab sering diselesaikan dengan cara tambah. Murid-murid turut mempunyai daya
ingatan yang lemah dan tidak bermotivasi untuk belajar.Dalam usaha mengatasi

masalah murid-murid pemulihan ini, pengkaji mengambil inisiatif untuk membina


satu bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran guru dan murid. Bahan bantu mengajar yang ingin
dihasilkan melibatkan kemahiran berfikir membuat urutan dan pergerakan kinestatik
murid-murid pemulihan. Bahan bantu mengajar tersebut dikenali sebagai Bunga
Darab.
1.3

Refleksi Nilai Pendidikan

Program LINUS mensasarkan 100.0% murid-murid Tahun Tiga menguasai kemahiran


literasi dan numerasi setelah melalui tiga tahun persekolahan tahap rendah iaitu dari
Tahun Satu hingga Tahun Tiga kecuali murid berkeperluan khas. Penguasaan fakta
asas darab merupakan salah satu daripada objektif Program Numerasi. Penglibatan
murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui kepelbagaian
aktiviti-aktiviti dengan menggunakan bahan bantu mengajar dapat menjadikan
suasana pembelajaran lebih efektif dan ceria. Ini sejajar dengan hasrat Malaysia untuk
mencapai Wawasan 2020 di mana KPM berusaha mengubahsuai sistem pendidikan
yang menuntut perubahan dari segi budaya dan amalan yang dipraktikkan di sekolah
rendah dan sekolah menengah (Riduan, 2010).Para pendidik haruslah menggunakan
kaedah pengajaran yang pelbagai dan melibatkan pancaindera murid-murid bagi
menarik minat mereka untuk memberi tumpuan sepanjang sesi interaksi dijalankan.
2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN
2.1
Isu Kajian
Berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap ujian diagnostik bertulis dan lembaran
kerja murid-murid pemulihan serta perbincangan bersama guru pemulihan dan guru
subjek Matematik, didapati bahawa masalah menguasai sifir darab wujud semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah penguasaan sifir darab murid-murid
pemulihan merangkumi memahami konsep darab, mengingat sifir darab dan
menyelesaikan ayat Matematik darab.
Bahan bantu mengajar yang ingin direka cipta ialah Bunga Darab. Bunga Darab
ialah bahan bantu mengajar yang berwarna-warni, mudah ditadbir, mudah dibawa,
boleh diguna pada bila-bila masa dan boleh melatih murid-murid pemulihan untuk
menguasai sifir darab. Rajah 1 menunjukkan Bunga Darab yang digunakan untuk
membantu murid-murid pemulihan menguasai sifir darab.

Rajah 1.Bunga
untuk membantu murid-murid pemulihan menguasai sifir darab.
2.2.1

Darab digunakan

Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Permainan

Bahan bantu mengajar yang digunakan untuk mengajar murid-murid pemulihan


haruslah menarik dan menyeronokkan, iaitu berunsur permainan. Main adalah aktiviti
yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak.Mengikut
Pellegrini (1995, seperti dinyatakan dalam Boon, Noriati A Rashid, & Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad, 2012), konsep main ialah main sukarela, main bermotivasi
intrinsik, main melibatkan penglibatan dan pergerakan fizikal yang aktif serta main
mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi.Main adalah satu saluran atau wahana
untuk kanak-kanak belajar tentang dirinya dan dunia di sekeliling mereka. Jean Piaget
(1952, seperti dinyatakan dalam Christine, 2012) turut menyatakan bahawa dengan
aktiviti dan permainan yang menarik, iamampu memberi pemahaman Matematik yang
lebih berkesan kepada murid-murid.Penggunaan kepelbagaian jenis kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang motivasi pelajar supaya berminat
dengan pengajaran (Ahmad Fadzli Fauzi, 2009).Kaedah bermain merupakan kaedah
yang paling berkesan dalam meningkatkan minat pembelajaran dalam kalangan
kanak-kanak.Oleh itu, bahan bantu mengajar yang berasaskan permainan harus
disarankan.
2.2.2

Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Hands-On

Munir Hussain dan Mumtaz Akhtar (2013)mengatakan bahawa kaedah hands-on


menyediakan pengalaman belajar yang baik kepada murid-murid.Hasil analisis
dapatan beliau juga menunjukkan pencapaian murid-murid dalam subjek Sains
meningkat selepas beliau menggunakan kaedah hands-on dalam pengajaran dan
pembelajaran.Berdasarkan kajian-kajian terdahulu yang menekankan kaedah bermain
dan aktiviti hands-on dalam pengajaran dan pembelajaran, pengkaji
mempertimbangkan penerapan kaedah bermain dan aktiviti hands-on dalam
meningkatkan penguasaan sifir darab.Kemahiran darab merupakan kemahiran yang
penting untuk dikuasai oleh murid-murid kerana kemahiran ini berkait rapat dengan

kemahiran yang lain seperti kemahiran bahagi. Sehubungan itu, pengkaji


menumpukan kajian terhadap kemahiran darab.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
3.1

Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian pengkaji adalah:


3.1.1 Mengenalpasti tahap penguasaan sifir darab dalam kalangan murid-murid
pemulihan Tahun Dua.
3.1.2 Meningkatkan penguasaan sifir darab dalam kalangan murid-murid pemulihan
Tahun Dua dengan menggunakan Bunga Darab.
3.1.3 Mengenalpastiminat murid-murid pemulihan Tahun Dua terhadap penggunaan
Bunga Darabdalam penguasaan sifir darab.
3.2

Soalan Kajian

Penulisan soalan kajian haruslah selaras dan selari dengan objektif kajian (Choong,
2011).Soalan-soalan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah:
3.2.1
3.2.2
3.2.3

4.0

Apakah tahap penguasaan sifir darab dalam kalangan murid-murid pemulihan


Tahun Dua?
Adakah penggunaan Bunga Darab dapat meningkatkan penguasaan sifir
darab dalam kalangan murid-murid pemulihan Tahun Dua?
Adakah murid-murid pemulihan Tahun Dua berminat terhadap penggunaan
Bunga Darab dalam penguasaan sifir darab?

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada tiga orang responden iaitu dua orang
murid lelaki dan seorang murid perempuan Tahun Dua dan berumur lapan
tahun.Mereka tidak lulus Ujian Saringan LINUS dan perlu mengikuti program
pendidikan pemulihan khas.Responden mempunyai daya ingatan yang lemah, aktif
dan mudah rasa bosan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
responden sangat berminat dengan aktiviti yang berbentuk kinestatik.

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1

Prosedur Kajian Tindakan Berdasarkan Model Kemmis &


McTaggart (1988)
Berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1988, seperti dinyatakan dalam Choong,
2011), pengkaji telah merancang prosedur kajian tindakan seperti dalam Rajah 3.
4

1. M eranca ng satu strategi pe ngajar an dan pe mbe lajar an de ngan me nggunaka n 'Bunga Dara b'.

4. P engka ji me mbuat re fleksi be rdasa rka n hasil da patan kajian.

2. M elaksana kan intervensi de ngan me nggunaka n 'Bunga Dara b' ber dasarkan pe ra ncanga n.

3. M emerhati penc apaia n re sponden dan m inat me reka te rhada p pe ngguna an 'Bunga Darab'.

Rajah 2.Prosedur kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1988,
seperti dinyatakan dalam Choong, 2011).
6.0

CARA MENGUMPULDAN MENGANALISISDATA


6.1
6.1.1

Cara Mengumpul Data


Ujian Penguasaan

Ujian penguasaan ialah ujian yang dijalankan sebelum tindakan intervensi bagi
menentukan tahap penguasaan sifir darab responden.Ujian ini disediakan berdasarkan
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah.
6.1.2

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Hasil keputusan ujian pra dan ujian pasca responden digunakan untuk membuat
perbandingan pencapaian sebelum dan selepas penggunaan Bunga Darab dalam
meningkatkan penguasaan sifir darab mereka.Ujian pra dan ujian pasca disediakan
berdasarkan Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah.Keduadua ujian tersebut menggunakan set soalan yang sama.

6.1.3

Temu Bual

Temu bual merupakan suatu kaedah di mana penyelidik mengemukakan soalan-soalan


terbuka kepada seorang atau lebih subjek kajian, merekod jawapan mereka, membuat
transkripsi dan akhirnya menganalisis data tersebut (Choong, 2011).Dalam kajian ini,
pengkaji menjalankan temu bual berstruktur dengan guru pemulihan, guru Matematik
dan responden sebelum dan selepas tindakan intervensi.Temu bual berstruktur ialah
aktiviti perbualan yang dijalankan secara bersemuka di mana kandungan soalansoalan yang ditanya adalah terhad kepada sesuatu tajuk sahaja.
6.1.4

Rekod Anekdot

Choong (2011) mendefinisikan rekod anekdot sebagai pemerhatian bertulis iaitu


menulis perkataan demi perkataan, tindakan demi tindakan tentang apa yang
diperkatakan dan dilakukan oleh responden. Pengkaji memfokuskan rekod anekdot
kepada perkara yang ingin diperhati iaitu tingkah laku responden.Pengkaji mengenal
pastiminat dan keseronokan belajar responden terhadap penggunaan Bunga Darab
melalui tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
6.1.5

Soal Selidik

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik skala Gutman (Ya/Tidak)
untuk mendapatkan maklum balas mengenai minat dan keseronokan belajar
responden terhadappenggunaan Bunga Darab.Analisis dilakukan ke atas borang soal
selidik yang telah dijawab oleh responden.
6.2

Cara Menganalisis Data

6.2.1

Analisis Tahap Penguasaan Sifir Darab Murid Pemulihan Tahun Dua

Bagi menganalisis tahap penguasaan sifir darab murid pemulihan Tahun Dua,
pengkaji menjalankan temu bual berstruktur dan melaksanakan ujian penguasaan ke
atas responden.Pengkaji menggunakan dua cara pengumpulan data yang berbeza bagi
mencapai triangulasi data.
6.2.2

Analisis Peningkatan Penguasaan Sifir Darab Murid Pemulihan Tahun


Dua Dengan Penggunaan Bunga Darab

Tindakan intervensi Bunga Darab dijalankan selama empat minggu bagi membantu
responden menguasai sifir darab.Pengkaji mengutip data melalui dua cara
pengumpulan data yang berbeza iaitu ujian pra dan ujian pasca dan temu bual
berstruktur.Data-data yang dikumpul dianalisis bagi mengetahui peningkatan
penguasaan sifir darab responden selepas tindakan intervensi Bunga Darab.
6.2.3

Analisis Minat Murid Pemulihan Tahun Dua Terhadap Penggunaan


Bunga Darab

Pengkaji menjalankan rekod anekdot dan soal selidik bagi memahami minat
responden terhadap penggunaan Bunga Darab semasa menguasai sifir darab.Rekod
anekdot ialah pemerhatian bertulis ke atas tingkah laku responden bagi mengenalpasti
minat dan keseronokan belajar responden semasa menggunakan Bunga Darab.Soal
selidik pula tertumpu kepada minat dan keseronokan belajar responden terhadap
penggunaan Bunga Darab dalam penguasaan sifir darab.
6.3 Kesahan Instrumen Kajian
Menurut Azizi Yahaya, et al.(2007), kesahan memainkan peranan yang penting dalam
konteks pengukuran dan teknik-teknik pengumpulan data. Dalam kajian ini,
instrumen kajian telah disemak dan disahkan oleh pensyarah pembimbing.Instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan ujian penguasaan, ujian
pra dan ujian pasca, temu bual, rekod anekdot serta borang soal selidik.
6.4

Triangulasi data

Pengkaji turut menggunakan triangulasi data bagi meningkatkan kesahan intepretasi


data dan kesimpulan kajian.Triangulasi data ialah satu pendekatan dalam penyelidikan
yang menggabungkan lebih daripada satu strategi pengumpulan data bagi mencapai
satu imbangan yang dapat membatalkan ralat yang ada pada setiap strategi (Choong,
2011).
7.0

KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7.1

Apakah tahap penguasaan murid-murid pemulihan Tahun Dua semasa


menguasai sifir darab?

Pengkaji telah menjalankan temu bual berstruktur dan ujian penguasaan bagi
mengetahui tahap penguasaan sifir darab murid-murid pemulihan Tahun Dua sebelum
tindakan intervensi dijalankan.Berdasarkan maklum balas daripada guru pemulihan
dan guru Matematik, masalah utama yang dihadapi oleh responden ialah masalah
penguasaan sifir darab.Ini adalah kerana responden mempunyai masalah ingatan
jangka pendek serta kekeliruan antara simbol tambah dan darab. Selain itu, responden
juga tidak dapat menyatakan sifir darab lima secara spontan dengan betul dan
lengkap.
Maklum balas daripada temu bual berstruktur disokong oleh hasil dapatan pengkaji
melalui ujian penguasaanyang dijalankan ke atas responden sebelum pelaksanaan
intervensi Bunga Darab.Jadual 7.1 menunjukkan keputusan ujian penguasaan
responden.

Jadual 7.1
Keputusan Ujian Penguasaan Responden.
7

Responden
Murid A

Bilangan Soalan yang Betul/Jumlah Soalan


10/50

Peratus (%)
20.0

Murid B

5/50

10.0

Murid C

10/50

20.0

Keputusan ujian penguasaan sifir darab responden dalam Jadual 7.1 ditunjukkan
menggunakan graf bar seperti dalam Rajah 6.Tahap penguasaan yang ditunjukkan
oleh responden ialah 20.0% dan ke bawah. Penguasaan ini masih lemah kerana
mereka tidak dapat mencapai markah lulus yang ditentukan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) iaitu 40.0% dan ke atas. Oleh itu, responden amat
memerlukan tindakan intervensi untuk meningkatkan tahap penguasaan sifir darab.
Graf Tahap Penguasaan Sifir Darab Sebelum Tindakan Intervensi
20
15
10
Keputusan UjianKeputusan
Penguasaan(%)
5
Ujian Pra (%)
0

Responden
Rajah 3.Graf tahap penguasaan sifir darab responden sebelum tindakan tntervensi.
7.2

Adakah penggunaan Bunga Darab dapat meningkatkan penguasaan


sifir darab murid-murid pemulihan Tahun Dua?

Pengkaji menggunakan Bunga Darab sebagai intervensi untuk meningkatkan


penguasaan sifir darab dalam kalangan murid-murid pemulihan Tahun Dua. Bagi
mengetahui sama ada responden menunjukkan peningkatan penguasaan sifir darab
selepas pelaksanaan tindakan intervensi Bunga Darab, pengkaji membuat
perbandingan antara keputusan ujian pra dan ujian pasca responden.
Peningkatan penguasaan sifir darab dalam kalangan murid-murid pemulihan Tahun
Dua terbukti wujud.Murid A menunjukkan peningkatan sebanyak 60.0%. Manakala,
Murid B dan Murid C masing-masing menunjukkan peningkatan yang sama iaitu
sebanyak 80.0%. Jadual 7.2 menunjukkan perbandingan antara keputusan ujian pra
dan ujian pasca responden.

Jadual 7.2
8

Perbandingan Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca.


Responden

Murid A
Murid B
Murid C

Peratus kemahiran yang


dikuasai dalam ujian pra
(Bilangan Soalan yang
Betul/Jumlah Soalan)
20.0%
(10/50)
10.0%
(5/50)
20.0%
(10/50)

Peratus kemahiran yang


dikuasai dalam ujian pasca
(Bilangan Soalan yang
Betul/Jumlah Soalan)
80.0%
(40/50)
90.0%
(45/50)
100.0%
(50/50)

Perbezaan
{Peningkatan
(+) /
Penurunan (-)}
+60.0%
+80.0%
+80.0%

Data-data dalam Jadual 7.2 telah ditunjukkan dalam bentuk graf.Rajah 4


menunjukkan perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pascaresponden dalam
penguasaan sifir darab.

Graf Perbandingan Keputusan Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca


100
80
60
Sebelum
Tindakan Intervensi
Peratus
Penguasaan
(%) 40
20
0

Ujian pra
Selepas Tindakan Intervensi
Ujian pasca
Murid A Murid B Murid C
Responden

Rajah 4.Graf perbandingan keputusan antara ujian pra dan ujian pasca.
Hasil dapatan dalam Rajah 4 disokong oleh maklum balas dari guru pemulihan, guru
Matematik dan responden melalui temu bual.Berdasarkan maklum balas dari guru
pemulihan dan guru Matematik, masing-masing mengatakan bahawa responden
menunjukkan peningkatan penguasaan sifir darab dan Bunga Darab dapat membantu
mengatasi penguasaan sifir darab responden.Selain itu, responden turut dapat
menyatakan sifir darab secara spontan dan betul semasa temu bual dijalankan.
Sepanjang pelaksanaan tindakan intervensi, pengkaji menekankan pada kaedah belajar
sambil bermain serta menggalakkan aktiviti hands-on dalam membantu responden
mencapai peningkatan penguasaan sifir darab.Dapatan kajian yang diperoleh dalam
Rajah 4 disokong oleh Munir Hussain dan Mumtaz Akhtar (2013) yang menyarankan
kaedah hands-on dapat menyediakan pengalaman belajar yang baik kepada muridmurid. Hasil analisis dapatan Munir Hussain dan Mumtaz Akhtar (2013)
menunjukkan pencapaian murid-murid meningkat selepas beliau menggunakan
kaedah hands-on dalam pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, dengan sokongan daripada hasil kajian-kajian yang lain, pengkaji
menyimpulkan bahawa penggunaan Bunga Darab yang menekankan pada unsur
9

main dan hands-on sememangnya dapat meningkatkan penguasaan sifir darab muridmurid pemulihan Tahun Dua.
7.3

Adakah murid-murid pemulihan Tahun Dua berminat


penggunaan Bunga Darab dalam penguasaan sifir darab?

terhadap

Pengkaji menggunakan rekod anekdot dan soal selidik dalam mengenal pasti sama
ada murid-murid pemulihan Tahun Dua berminat terhadap penggunaan Bunga
Darab. Fokus utama pada rekod anekdot yang digunakan oleh pengkaji ialah melihat
tingkah laku responden.Pengkaji membuat pemerhatian bertulis ke atas tingkah laku
responden bagi melihat minat dan keseronokan belajar mereka. Menurut Zulzana
Zulkarnain, etal. (2010), minat dan keseronokan belajar mempunyai kaitan dengan
tingkah laku seseorang.Sepanjang pelaksanaan intervensi Bunga Darab, responden
menunjukkan minat dan keseronokan belajar yang tinggi semasa Bunga Darab
digunakan.Responden mendengar arahan pengkaji, membimbing rakan-rakannya
yang lain, menyiapkan kerja rumah dan sebagainya.Bukan itu sahaja, pengkaji juga
mendapati responden jarang meminta kebenaran untuk ke tandas kerana ingin
menggunakan masa untuk belajar sifir darab dengan menggunakan Bunga
Darab.Responden sering mengutarakan soalan-soalan apabila tidak memahami
sesuatu malah berasa gembira dan seronok kerana memahami sesuatu yang selama ini
tidak terungkai jawapannya.
Bagi mengukuhkan lagi hasil rekod anekdot, pengkaji menggunakan analisis soal
selidik untuk menyokongnya.Berdasarkan maklum balas responden dalam soal
selidik, pengkaji mendapati responden menunjukkan minat dan keseronokan belajar
sifir darab yang tinggi dengan menggunakan Bunga Darab.
Sepanjang penggunaan Bunga Darab, pengkaji menekankan pada kaedah
main.Pengkaji memastikan responden berasa seronok semasa belajar sifir darab
dengan menggunakan Bunga Darab.Kaedah pembelajaran yang berasaskan main ini
menepati hasil kajian Ahmad Fadzli Fauzi (2009) yang menyarankan penggunaan
kepelbagaian jenis kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran harus ditekankan
kerana dapat merangsang motivasi pelajar supaya berminat dengan
pengajaran.Justeru, pengkaji menyimpulkan bahawa murid-murid pemulihan Tahun
Dua berminat terhadap penggunaan Bunga Darab dalam penguasaan sifir darab.
8.0

RUMUSAN
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan Bunga Darab dalam
meningkatkan penguasaan sifir darab dalam kalangan murid pemulihan Tahun
Dua.Sememangnya, hasil kajian menunjukkan penggunaan Bunga Darab dalam
pengajaran dapat meningkatkan penguasaan sifir darab murid-murid.Mereka turut
menunjukkan minat terhadap Bunga Darab yang digunakan semasa belajar sifir
darab.Pengkaji menekankan kaedah main dan hands-on semasa melaksanakan
tindakan intervensi.Kedua-dua unsur ini merupakan unsur yang penting dan harus
diberi pertimbangan.Ini selaras dengan apa yang diutarakan oleh Jean Piaget (1952,
seperti dinyatakan dalam Christine, 2012). Beliau menyatakan bahawa dengan
aktiviti dan permainan yang menarik, ia mampu memberi pemahaman Matematik
10

yang lebih berkesan kepada murid-murid. Ini bermakna sekiranya kaedah pengajaran
yang menarik tidak digunakan, murid-murid tidak berminat dalam pengajaran dan
tidak mendapat input yang sepatutnya.
Selain itu, dapatan kajian dari ujian pasca, temu bual, rekod anekdotdan soal
selidik selaras dengan pandangan daripada Noor Azlan,& Nurdalina (2006) yang
menyatakan bahawa pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan
bantu mengajar. Ini boleh mencetuskan minat respondenuntuk belajar kerana bahan
bantu belajar iaitu Bunga Darab yang digunakan oleh pengkaji berfungsi sebagai
penggalak dalam penyampaian pelajaran.
9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Pengkaji berharap kajian ini tidak berakhir setakat ini sahaja sebaliknya kajian
lanjutan boleh dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih bermakna dan
meneruskan kajian ini.Di sini pengkaji telah mencadangkan cadangan kajian lanjutan
yang boleh dilakukan.
Antaranya termasuklah:
i. Menggunakan Bunga Darab untuk mengajar kemahiran lain seperti kemahiran sifir
bahagi.
ii.
Meluaskan pemilihan responden kajian dengan melibatkan murid-murid Tahap
Satu yang mengalami masalah penguasaan sifir darab.
iii.
Lokasi kajian boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.
Pengkaji berharap agar penggunaan Bunga Darab bukan sahaja dapat
menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran murid-murid tetapi juga dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan.
SENARAI RUJUKAN
Ahmad Fadzli Fauzi. (2009). Bagaimana merangsang seronok belajar. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yosof Boon,& Abdul Rahim
Hamdan.(2007).Menguasai penyelidikan dalam pendidikan.Selangor: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Berita Harian. (2011).Jurang perbezaan sistem pendidikan negara dengan negara
luar
membimbangkan.
Diperoleh
dari
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Jurangperbezaansistempendidik
annegaradengannegaraluarmembimbangkan-PPPM/m/mArticle
Boon, P.Y., Noriati A Rashid, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012).Murid dan
alam belajar. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar.

11

Choong, L.K. (2011).Asas penyelidikan tindakan untuk program ijazah sarjana muda
perguruan dengan kepujian.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Christine Laing Anak Agam. (2012).Keberkesanan penggunaan balang batu
berwarna dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membilang nombor 1
hingga 10 dalam kalangan murid prasekolah.Tesis tidak diterbitkan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak, Malaysia.
Malaysia Kini.(2012, Disember 20).Malaysia's education disaster - time for
change.Berita
Harian.
Diperoleh
dari
http://www.malaysiakini.com/letters/217152
Munir Hussain,& Mumtaz Akhtar. (2013). Impact of Hands-on Activities on Students
Achievement in Science: An Experimental Evidence from Pakistan. MiddleEast
Journal
of
Scientific
Research,
16(5),
626-632.
doi:10.5829/idosi.mejsr.2013.16.05.1310
Riduan Dolmat. (2010). Kajian tentang pemahaman murid tentang konsep purata
Tahun 5 dengan menggunakan guli dan gambarajah. Diperoleh dari
http://riduan2010.blogspot.com/2010/10/laporan-projek_13.html
Zulzana Zulkarnain, Mohamed Saim, & Roslina Ab. Talib. (2010). Hubungan antara
minat, sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus cc301 quantity
measurement.Diperoleh
dari
http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/1edusem12.pdf

12

You might also like