You are on page 1of 12

Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah

9 Januari 2009 at 12:09 am (Kertas Kerja, Tarbiyyah)


Tags: Kertas Kerja, Tarbiyyah, Usrah

Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah


MUQADDIMAH
Semua pihak dari kalangan anggota Harakah Islamiyah di seluruh dunia berpendapat
betapa besarnya peranan tarbiyah dalam menjamin kemurnian dalam memenuhi
matlamat dan cita-cita Islam sepanjang zaman.

Ini kerana tarbiyah menanam dan memperkukuhkan pergantungan yang kuat dari aspek
aqidah dan memenuhi syarat-syarat kemenangan kepada janji Allah s.w.t.:
Maksudnya:
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan
kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifahkhalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah
menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa;
dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang
telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka
keamanan

setelah

mereka

mengalami

katakutan

(dari

ancaman

musuh).Merekaterus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu


yang lain denganku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka
mereka itulah orang-orang yang derhaka. Dan dirikanlah kamu akan sembahyang
serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasulullah; supaya kamu beroleh
rahmat. (Al-Nur: 55 56)
Walaupun urusan yang silih berganti dan berlakunya pasang surut dalam arena
sejarah dan perkembangan umat Islam, namun Islam tetap dipelihara dan
terpelihara mengikut sunnatullah dan harapan kemenangan tetap akan berlaku.
Oleh itu, kita mestilah mempunyai harapan dan percaya janji kepada Allah s.w.t.
yang akan memberi kemenangan kepada Islam, walaubagaimana besarnya cabaran

yang akan dihadapi oleh perjuangan Islam, dan walaubagaimana ketat dan
ganasnya tindakan musuh, namun kerana kebesaran Islam itu adalah dari Allah
s.w.t. Yang Maha Besar, maka tidak mungkin menghalang janjiNya yang pasti
ditunaikan di dunia dan di akhirat.
Kita juga mestilah menyedari bahawa pertarungan di antara iman dan kufur, Islam
dan jahiliyah itu terus-menerus berlangsung mengikut carapada zaman masingmasing.
Maka, perubahan zaman dan cara inilah memerlukan berlakunya tajdid dalam
Harakah Islamiyah, bagi berdepan dengan cara, taktik dan strategi yang sentiasa
diubah oleh penentangnya.
Fahaman sekular yang menjadi senjata berbisa dengan pelbagai ideologinya yang
telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke dalam roh, akal, budi dan
tindak-tanduk umat Islam melalui serangan pemikiran (ghazwu al-fikri) yang
meminda

caranya

dari

pemisahan

agama

dan

politik

secara

total,

kepada

menghormati arus kebangkitan Islam yang berlaku di mana-mana supaya tidak


menongkah secara berdepan.
Sebaliknya mereka telah menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya setempat
untuk memesong umat Islam dari landasannya.
Dengan cara ini mereka telah berjaya menipu kalangan cerdik pandai, ahli politik
dan ahli akademik termasuk para ulama sehingga mereka tidak bersimpati kepada
perjuangan Islam yang tulen melalui parti Islam di mana-mana dengan berbagai
anggapan yang direka-reka.
Bekas Perdana Menteri Mesir, Dr. Mustafa Khalil pada tahun 1981, bersama Menteri
Luarnya pada masa itu, Dr. Butros Ghali menghadiri satu forum bersama beberapa
orang professor Yahudi di Israel yang pakar mengenai politik Asia Barat itu pernah
menyatakan:
Saya ingin menerangkan kepada saudara-saudara sekalian, bahawa kami di Mesir
tetap memisahkan di antara kepentingan agama dan kepentingan kebangsaan, dan
kami tidak menerima sama sekali kepimpinan politik yang berlandaskan kepada

kepercayaan agama.
Profesor Tpi Yafut dari kalangan Yahudi Israel menjawab:
Menjadi satu kesilapan besar kalau diteruskan usaha memisahkan agama dan
kepentingan kebangsaan. Rantau Asia Barat menjadi tempat kelahiran agamaagama samawi bukanya tempat fahaman nasionalisme.
Begitulah kepekaan musuh Islam tentang reality dan menyedarkan pemimpin negara
umat Islam seperti Mesir tentangnya. Sebenarnya, itulah yang akan dialami oleh
seluruh dunia Islam, termasuk rantau kita, dengan perubahan teknik dan strategi
yang selaras dengan kebangkitan Islam yang berlaku.
Maka, musuh dari dalam dan luar mempunyai rancangan dan taktik serta strategi
yang sentiasa diperbaharui.
Bagi

menjuruskan

perbincangan

tentang

tarbiyah,

apakah

cabaran

dan

persiapannya? Sukacita ditegaskan bahawa perlunya kita melakukan tajdid, bagi


membina fahaman kita sendiri dan masyarakat yang mejadi sasaran, manakala
bidang-bidang yang lain seperti peneranganm pilihanraya dan sebagainya boleh
disediakan dan dilakukan tindakannya oleh pihak lain.
Pembahagian perbincangan tersebut adalah seperti berikut
Tajdid dalam Perkara Aqidah
Dalam pengajian Aqidah Islamiyah yang sebenar, kita tidak boleh berganjak
daripada prinsip aqidah yang telah dinaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran di
zaman seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul sehingga Hari Kiamat. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah,
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh
yang

tidak

akan

putus. Dan

Mengetahui. (Al-Baqarah: 256)

(ingatlah),

Allah

Maha

Mendengar, lagi

Maha

Al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan secara jelas dan terperinci
cabaran penentang aqidah dari kalangan musyrikin yang dilihat dengan nyata
amalan syiriknya, golongan ahli kitab yang memahami ajaran agama memainkan
peranan yang sangat mengelirukan dan golongan munafiqin yang mengadakan
projek Islam Masjid Dhirar untuk mengelirukan sahaja tanpa matlamat Islam.
Tajdid dalam memahami dan menerangkan perkara aqidah mestilah mengikut
cabaran semasa. Golongan musyrikin tidak lagi berupa Firaun yang mengaku
menjadi tuhan atau abu Jahal dan pengikutnya yang menyembah berhala.
Tetapi ianya diperbaharui dengan fahaman maddiyah yang menjadi berhala baru
yang

dipuja,

sehingga

mempengaruhi

matlamat

hidup

dunia

dan

akhirat,

kepercayaan dalam perkara rezeki dan kepentingan yang amat menjejaskan aqidah
umat dan menggugat bukan sekadar di kalangan umat Islam secara umum, bahkan
para pendakwah dan pejuang Islam juga akan turut tergugat.
Penyelewengan ahli kitab bukan sekadar di kalangan penganut ahudi dan Nasrani
yang menjual agama Allah dengan dunia dan kemewahan yang dikejar, tetapi juga
wujud di kalangan umat Islam iaitu para ulama jahat (ulama su) yang boleh
dipergunakan oleh musuh.
Dalam memahami cabaran ini, kita perlu meneliti sejarah peranan para sahabat r.a.
dan generasi ulung umat Islam. Walaupun tanpa penyertaan Rasulullah s.a.w.
kerana kewafatan baginda, namun mereka dapat memahami setiap perkembangan
semasa mengikut zamannya.
Mereka menyambung jihad menegakkan negara Islam dan mempertahankannya
tanpa dapat digagalkan oleh kuasa besar Parsi yang mempertahankan syirik dan
Rom yang mempertahankan ahli kitab serta golongan riddah yang masih mengucap
dua kalimah syahadah, melaungkan azan, mendirikan sembahyang dan perkaraperkara lain tetapi hanya menafikan hukum wajibnya zakat sebagai salah satu
daripada rukum Islam dan hukum Islam di samping menolak agama secara
menyeluruh.
Generasi selepasnya boleh menghadapi cabaran kelahiran perpecahan dalam
masyarakat Islam kerana kesan daripada perkembangan politik dalam masyarakat

Islam sendiri sehingga melahirkan fahaman Syiah dan Khawarij.


Di zaman Abbasiyah pula, melalui saluran perterjemahan ilmu asing secara silap
tanpa penapisan lahir pula golongan Muktazilah, Jabariyah dan sebagainya. Namun,
kemurnian aqidah negara dan umat dapat dipertahankan walaupun rupanya
berbeza.
Tetapi gerakan tajdid yang berlaku dalam perkara aqidah ini dapat mempertahankan
fahaman yang istiqamah dan memahami segala penyelewengan aidah yang dipinda
caranya.
Kini, kita masih lagi berdepan dengan anggapan bahawa tidak menjejaskan aidah
bukan sahaja dalam menganut ideology bukan Islam, tetapi juga menolak hukum
yang dinaskan di dalam al-Quran dan hadith seperti qisas dan hudud, dan
mempersendakan amalan caraIslam seperti memisahkan kaunter pembayaran lelaki
dan wanita dengan berbagai-bagai alasan.
Sedangkan

kitab-kitab

aqidah

menegaskan

bahawa

iman

terbatal

dengan

mempersendakan ajaran Islam walaupun dalam perkara sunat, makruh dan


harus. Ini menunjukkan pengajian Islam sebenarnya tidak diselaraskan denga tajdid
dalam memahami Aqidah Islamiyah dan pengajiannya.
Oleh itu, maka tarbiyah dalam perkara aqidah melalui huraiannya dalam pengajian
dan penerangan mestilah dengan penuh kebijaksanaan untuk memahamkan perkara
ini dalam konteks semasa, reality dan situasinya.
Tajdid Dalam Perkara Amal
Kita tidak perlu menjelaskan di sini dalam memahami amal fardhu ain dan fardhu
kifayah, fardi dan jamaI, yang sudah ada nas yang jelas pada prinsipnya dan
huraiannya serta khilafiyah dalam perkara furunya oleh para ulama dalam semua
mazhab di dalam kitab-kitab yang telah dikarang.
Seperti perkara-perkara sembahyang lima waktu, sembahyang sunat, sembahyang
berjamaah, sembahyang jenazah dan urusannya, haramnya riba, judi, arak dan
lainnya, wajib berjihad apabila negeri telah diserang oleh musuh Islam secara

bersenjata. Dalam perkara ini masyarakat Islam sangat kaya dengan penulisan dan
lisan.
Apa yang menjadi masalah ialah mengajak beramal untuk turun ke dalam
gelanggang masyarakat yang telah diharu-birukan oleh gejala-gejala akhlak,
kefahaman dan sikap berkecamuk kesan daripada serangan pemikiran moden
melalui politik, ekonomi, pendidikan, media massa dan berbagai-bagai aktiviti yang
boleh menjejaskan aqidah dan amal Islam.
Amal yang memerlukan angkatan penyelamat yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.:
Maksudnya:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104)
Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w. perlunya amal fardi (individu) secara
fardhu ain dengan sabdanya:
Maksudnya:
Hadith Abu Said r.a. : Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a. katanya: Orang
pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan
ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya
hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya
kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu said berkata: Orang
ini

benar-benar

telah

membaalkan apa yang

menjadi

ketentuan

kepadanya

sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa di antara


kamu melihat kemungkaran, maka di ahendaklah menegah kemungkaran itu dengan
tangannya

iaitu

lidahnya.Kemudian

kuasanya. Jika
kalau

tidak

tidak

mampu,

mampu

juga,

hendaklah

ditegah

dengan

hendaklah

ditegah

dengan

hatinya.Itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)


Di samping secara jamai (organisasi) sebgaimana ayat yang tersebut dan ayat-ayat

yang lain dan beberapa hadith Rasulullah s.a.w., di antaranya ialah peristiwa Baiah
al-Aqabah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas
dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) dimasa susah
dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun
untuk menegakkan agama Allah s.w.t. tanpa mengendahkan celaan orang yang
mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu
dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri
kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga. (Riwayat
Ahmad)
Hadith ini menjelaskan amal Islami dalam konteks sikap individu sehinggalah
tuntutan ke peringkat mendirikan negara dan masyarakat Islam dengan besedia
memenuhi tuntutan dan mengahdapi segala cabarannya seperti yang kita mahu
lakukan dalam parti kita, Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Bagi memperincikan sifat-sifat yang perlu ada dalam setiap pejuang Islam, ianya
merupakan buah daripada iman yan ikhlas iaitu:
1.Ketaatan secara mutlak kepada Allah s.w.t. dan RasulNya
2.Ketaatan kepada kepimpinan
3.Keikhlasan
4.Pengorbanan
5.Jihad
Sifat-sifat yang perlu dihindari pula ialah:
1.Derhaka

2.Tidak ikhlas
3.Pemalas
4.Bakhil
5.Penakut
Perkara Persekitaran
Kita keluarkan dahulu dari perbincangan kita, mereka yang berada dalam anggota
masyarakat yang bernama Islam yang tidak peka dan tidak mempunayi kesedaran
langsung dalam perkara ini yang lebih cenderung menjadi pencabar agama Allah
s.w.t. daripada menjadi Ansarullah (penolong Allah).
Ramai mereka yang memilih iman yang lemah iaitu sekadar membenci di dalam hati
walaupun mempunyai kemampuan. Ada pula yang melibatkan diri secara sambil
lewa, tidak menyeluruh dan teragak-agak.
Samada secara individu atau menubuhkan kumpulan Islam dengan memberi
penekanan dalam perkara dakwah sahaja ke arah mengajak kepada Islam secara
borong tanpa memahami cara yang sepatutnya diberi kepada Islam dan meletakkan
Islam di tempat yang sewajarnya.Ada pula yang memberi penekanan dalam aspek
tertentu tanpa mengikut kesempurnaan yang ada dalam ajaran Islam.
Samada kerana kejahilan atau pengecut dan tidak bersedia menghadapi kesukaran
dan

memberi

pengorbanan

kepada

amal

Islam.Allah

s.w.t.

sahajalah

yang

mengetahui apa yang tersirat di dalam hati mereka yang menjadi sebab-sebab dan
punca yang mengganggu perjalanan kebangkitan Islam dan boleh memesong
perjalanannya.
Kita sangat-sangat mengalu-alukan mereka yang menjadi pembantu kepada kerjakerja Islam dan menjadi salah satu daripada mata jamaah Islam yang lebih besar
dan menyeluruh.
Kita mestilah memungut sebanyak mungkin dari kalangan mereka, orang-orang
yang boleh menjadi ahli kita atau pengikut atau bersimpati kepada perjuangan kita

dan mengambil jalan tidak bermusuh dengan mereka sehingga meramaikan lagi
jumlah musuh, atau terdapat mereka yang boleh diambil kesempatan oleh musuh
sehingga boleh menjadi alat untuk menentang kita.
Perkara Dalaman
Terdapat juga perkara dalaman parti yang masih belum selesai. Adapun perkara
individu ahli seperti tidak ikhlas, ujub, riak, hasad, tamak dan lain-ain terpulanglah
kepada diri masing-masing untuk membuat muhasabah dan membaiki diri sendiri.
Perkara ini sangat perlu kerana perjuangan PAS tidak ada elaun dan upah
kebendaan (maddiyah) yang ditetapkan.
Terpulang kepada masing-masing membetulkan diri sebelum mati.Penekanan perlu
diberi kepada perkara dalaman parti, yang masih belum selesai sebelum kita
menghadapi pilihanraya tahun-tahun yangakan datang.
Masih ada yang seperti tidak faham bahawa di dalam amal jamai ada perkarperkara yang dinaskan oleh al-Quran, al-Hadith, ijma para ulamak dan Qias yang
nyata menjadi hukum tertinggi menurut undang-undang tubuh PAS.
Adapun perkara yang tidak dinaskan seperti keputusan-keputusan yang diambil
dalam perkara urusan pentadbiran, pengurusan dan beberapa tindakan dalam
perkara-perkara taktik dan strategi diputuskan oleh kepimpnan secara individu atau
secara syura yang telah menjadi keputusan yang wajib dipatuhi mengikut prinsip
ketaatan dan berbaiah kepada parti.
Walaupun begitu, masih ada yang tidak mematuhi secara individu atau kumpulan
sehingga memerlukan adanya tindakan disiplin yang tegas perlu diambil walaupun
tindakan disiplin adalah penyelesaian terakhir, demi kepentingan parti kerana ianya
boleh menghalang kelancaran dan penyelarasan perjalanan organisasi.
Semua perkara ini adalah menjadi perkara dalaman yang menjadi cabaran yang
berterusan, yang kadang-kadang boleh melambatkan kemenangan atau tidak layak
mendapat janji kemenangan dari Allah s.w.t. Yang Maha Penyayang kepada

perjuangan Islam dan penyokongnya.


Maka suatu kajian perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya dikenalpasti adakah
kerana kelemahan dalam proses tarbiyah yang tidak mencecah kesedaran dan
kefahaman ahli atau kelemahan daripada mereka sendiri. Dengan kajian ini,
tindakan

yang

komprehensif

dan

terancang

rapi

mampu

diwujudkan

untuk

menyelesaikan segala kelemahan yang wujud.


Tajdid Dalam Perkara Taktik Dan Strategi
Dalam menangani perkara ini kita perlu mengambil kira hal-hal yang tersebut di atas
yang wujud dalam parti atau masyarakat Islam yang boleh menganggap parti Islam
ini asing daripada mereka. Maka, gerakan parti yang dilakukan di semua peringkat
seperti dewan-dewan dan lajnah-lajnah disusun dan diselaras dengan rapi di
samping peranan melalui bidang masing-masing.
Semuanya mempunyai hubungan yang erat supaya program-program tarbiyah parti
pada masa akan datang manjadi lebih berkesan di samping melihat kepada tindak
tanduk pihak kerajaan yang mahu bermusuh dengan kita samada dengan perangai
lama atau baru muncul seperti melaksanakan undang-undang dan tindakan yang
telah sedia ada atau melaui perkembangan lebuh raya maklumat, di mana semuanya
menjadi cabaran padahari-hari yang akan datang.
InsyaAllah, banyak lagi program tarbiyah yang telah sedia ada wajib diteruskan
kerana keberkesanannya yang nyata dalam mempertahankan kewibawaan parti dan
meningkatkan prestasinya dan boleh menghadapi segala cabaran tersebut.
Dalam persediaan individu kita perlu meningkatkan diri dengan mengambil contoh
sifat-sifat wajib bagi Rasul s.a.w. iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Sifatsifat ini adalah keperibadian unggul dalam mencapai cita-cita dakwah dan
ketahananya dalam menghadapi segala cabaran.
Maka setiap ahli akan menjadi anggota parti yang dijalin dengan ikatan yang teguh
sehingga

membina

kemenangan.

kekuatan

jamaah

yang

mampu

mencapai

dan

mengisi

Program Tarbiyyah
Dalam merealisasikan tarbiyah Islamiyah yang menepati prinsip aqidah dan
mencapai matlamatnya, maka dicadangkan program-program berikut:
1.Tarbiyah Dalaman
Penekanan

kepada

aqidah

dan

membentuk

Syakhsiyah

Islamiyah

Harakiyah

Jamaiyah. Program berkaitan yang boleh dijalankan adalah:


a)Kelas-kelas pengajian
b)Usrah
c)Tamrin dan daurah tadribiyah
d)Liqa al-fikri
Program ini disasarkan kepada kepimpinan di beberapa peringkat danjuga ahli-ahli di
semua peringkat, dewan ulama, pemuda, muslimat dan pelajar-pelajar.
2.Tarbiyah Untuk Masyarakat Umum
Ia bertujuan

memberi

kesedaran

Islam

dan

kefahaman

yang

betul

kepada

masyarakat umum sehingga menyertai PAS atau menjadi penyokong. Antara aktiviti
yang sesuai dijalankan untuk sasaran ini adalah seperti berikut:
a)Pengajian umum
b)Program pengajian ILHAM dan lain-lain
c)Sekolah
d)Pusat pengajian yang dikendalikan oleh ahli-ahli PAS
e)PASTi

Antara masalah yang perlu diatasi adalah:


a)Manhaj tidak sampai ke bawah
b)Trend luar
c)Secara persendirian
d)Keberkesanan
e)Kelembapan
Penutup
Demikianlah secara ringkas tajuk ini disediakan huraiannya untuk menjadi bahan
perbincangan mudah-mudahan diberi manfaat, taufiq, hidayah dan istiqamah.

You might also like