You are on page 1of 21

PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini
sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj
Omar (1986) mengatakan; bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alatalat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit
dan pita suara. Menurut Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau
pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyibunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala
sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi
kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan
melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal,
dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, menurut Dr. Lufti Abas (1985). Daripada
pendapat beberapa tokoh di atas, jelaslah bahawa fonetik merupakan fenomena yang
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa melalui fungsi organ-organ sebutan manusia.
Konsep penting sesuatu bahasa yang dipersetujui oleh ramai ahli bahasa ialah bunyi.
Aspek kajian bunyi dalam bahasa diwakili oleh dua komponen utama linguistik deskriptif, iaitu
fonetik dan fonologi. Bidang kajian ilmu bahasa ini juga sebagaimana kajian linguistik yang lain,
melibatkan banyak teori, prinsip, konsep dan unsur-unsur linguistik. Fokus kajian fonetik dan
fonologi sebagai salah satu daripada cabang ilmu linguistik adalah meneliti dan menganalisis
pelbagai sudut dan selok-belok bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan
dan berkaitan fungsinya dalam sistem bahasa. Asal usul perkataan fonetik menurut Siti Hajar
Abdul Aziz (2011), adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone
yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia.

1.0 KONSEP FONETIK

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu
bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya. Bunyi-bunyi yang seakan- akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi
lain ataupun bunyi-bunyi selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi
menyerupai bunyi bahasa manusia, termasuk bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang
bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara
penghasilannya bukan diucapkan oleh alat pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin
dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk,
bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi dengkuran, sendawa dan yang seakan dengannya
bukanlah dalam penelitian fonetik.
Justeru itu, fonetik bermaksud meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
organ sebutan manusia dalam pertuturan mengikut cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa.
Fonetik juga merangkumi penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Fonetik merangkumi
tiga aspek iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat
pertuturan manusia atau lebih dikenali sebagai fonetik artikulasi. Aspek yang kedua ialah
penelitian penyampaian bunyi bahasa atau juga dikenali sebagai fonetik akustik. Aspek
yang ketiga ialah penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, termasuk nada,
kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui
rangsangan fizikal yang didengarinya yang juga dikenali sebagai fonetik auditori.

1.1 FONETIK ARTIKULASI


Fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara
sesuatu bunyi dilafazkan. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi
melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran udara
yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu
lafaz. Manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang
terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa.

Kajian ini melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,iaitu cara
penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan
bunyi yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan
dideskripsikan. Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasi
masing-masing. Semuanya berbeza dan setiap satu menghasilkan perbezaan bunyibunyi yang diucapkan. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan untuk menghasilkan
bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi.
Perbezaan daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah
yang menimbulkan penamaan binyi-bunyi seperti letupan bibir bersuara atau tak
bersuara,sengauan bibir, geseran lelangit keras bersuara atau tak bersuara, geseran
gusi dan sebagainya. Secara terperinci, kita dapat melihat grafik saluran vokal seperti
berikut :

1.2 FONETIK AUDITORI


Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar
melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses
yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang
bersifat mujarad. Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling
diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang
lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana
tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

1.3 FONETIK AKUSTIK


Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di
sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini
dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat
yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan
amplitud.

2.0 KONSEP FONOLOGI


Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji
sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas
daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematic organization
of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been
called phonology.
Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem
bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi
barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu
bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan
pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa
yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain,
fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.
Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu
bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan
dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu
unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku.
Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis
dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh
sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan
mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara
berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal

3.0 ALAT ARTIKULASI


Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa.
Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang
4

terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi
bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat
artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang
tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan
pita suara.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Hidung
Bibir bawah
Gigi atas
Gigi bawah
Gusi
Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Hujung lidah
Hadapan lidah

11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

3.1 FUNGSI ALAT ARTIKULASI


3.1.1 Lidah

Tengah lidah
Belakang lidah
Akar lidah
Epiglotis
Pita suara
Rongga tekak
Rongga Hidung
Rongga mulut
Rahang
Tenggorok

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar
tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima
bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung
lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.
Belakang lidah

: bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan


dengan lelangit lembut

Tengah lidah

: bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan

langit keras dan lelangit lembut


Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi.
Hujung lidah
: bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi.

3.1.2 GIGI
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi
bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan
sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.
Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.
3.1.3

BIBIR
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga
mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain
itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga
berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

3.1.4 GUSI

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke


bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan
dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
3.1.5 LELANGIT
Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga
ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian
hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut
akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila
diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui
rongga hidung.
3.1.6 RONGGA HIDUNG
Rongga Hidung terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh
lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan
sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
3.1.7 PITA SUARA
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting
dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping
selaput nipis berkenaan.

3.2 DAERAH ARTIKULASI


Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan
bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan
dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila
7

menyentuh daerah artikulasi yang berlainan. Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah


berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang
disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian
belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi
yang dihasilkan adalah bunyi [t]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara
kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta merta dengan tidak
menggetarkan pita suara. Dalam hal ini, pita suara menentukan sama ada bunyi yang
dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara sebaliknya pula jika tidak bergetar, maka
bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tidak bersuara.

4.0 BUNYI BAHASA DAN BUKAN BAHASA


Bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita
suara, rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Pada umumnya bahasa dapat
dikaji dalam tiga bentuk, iaitu dalam bentuk bahasa pertuturan, bahasa tulisan dan bahasa
isyarat. Ketiga-tiga bentuk bahasa tersebut mempunyai cara penyampaian dan sistem yang
berbeza. Bahasa pertuturan digunakan kebanyakan orang, yang mana didominasikan oleh
sistem bunyi. Manakala bahasa tulisan pula berasaskan kepada sistem tulisan satu-satu
bahasa. Bahasa isyarat adalah bahasa yang berasaskan pada sistem bahasa isyarat iaitu
berbentuk

visual

yang

digunakan

oleh

masyarakat

yang

mempunyai

kecacatan

pendengaran. Memahami perbezaan antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa akan
memudahkan manusia untuk mentaksir sebarang bentuk bunyi yang dikeluarkan sama ada
mempunyai makna tertentu atau pun tidak.
8

Berdasarkan kepada pemahaman mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa
telah memudahkan urusan komunikasi manusia. Hal ini adalah kerana, sebarang bunyi
yang dihasilkan dan mempunyai makna tertentu membolehkan manusia memahami hasrat
yang cuba disampaikan oleh penutur yang lain. Manakala bukan bunyi bahasa yang tidak
memgambarkan apa-apa makna tidak akan ditafsir oleh manusia dan hanya dianggap
sebagai lumrah kejadian alam. Perbezaan pemahaman antara bunyi bahasa dan bukan
bunyi bahasa juga dapat mengelakkan kejadian salah tafsiran dan sebagainya.
4.1 BUNYI VOKAL
Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau
sekatan (Abdul Hamid Mahmood, 2007). Arbak Othman, 1983 pula menyatakan
bahawa vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru
keluar berterusan tanpa mengalami gangguan, sekatan auat himpitan yang boleh
menimbulkan bunyi-bunyi geseran.
Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan
bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang
digetarkan. Penggetaran pita suara ini tidak menghalang arus udara yang keluar
melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas
daripada bunyi konsonen. Dengan ini peranan pita suara, bibir atas dan bawah,
lidah, rongga korongkong dan rongga mulut mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan
frekunsi yang tertentu.

Rajah 4.0 : Kedudukan vokal

Berdasarkan rajah 4.0, keratan rentas lidah manusia boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu lidah depan, lidah tengah dan lidah belakang. Berdasarkan rajah
di atas, bahagian sebelah kiri merupakan bahagian depan lidah, manakala bahagian
di sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah. Bahagian tengan rajah pula
adalah bahagian tengan lidah. Garis melintang yang terdapat pada rajah merupakan
gambaran ketinggian lidah apabila membunyikan vokal-vokal tersebut. Hal ini kerana
bunyi vokal dapat dibezakan mengikut tinggi atau tendah lidah diangkat ketika
membunyikan vokal tersebut.
4.1.1

VOKAL DEPAN
Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [a] . Alat rtikulasi yang terlibat
dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut

dan

bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah

lelangit keras.
Vokal depan sempit [ i ]
Lidah, rongga mulut dan bibir merupakan alat artikulasi yang
terlibat

dalam

menghasilkan

bunyi

ini.

Manakala

lelangit

keras

merupakan daerah artikulasi yang terlibat.

Bibir dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan setinggi


mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu,
udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
awal

tengah

10

akhir

Ikan [ #ikan# ]
Iman [ #iman# ]

4.1.2

Bila [ #bila# ]
Sila [ #sila# ]

Tali [ #tali# ]
Padi [ #padi# ]

VOKAL TENGAH
Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai
rongga mulut. Bibir terbuka, tetapi tidak luass. Udara melalui rongga mulut
menghasilkan bunyi vokal [ ].

Bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Tengah lidah


dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lalangit
keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu,
udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

4.1.3

awal

tengah

Emak [ #mak# ]

Lelah [ #llah# ]

VOKAL BELAKANG
Bunyi vokal belakang adalah [u], [o]. Alat artikulasi yang terlibat
semasa menghasilkan bunyi ini adlah lidah dan lelangit lembut. Rongga
mulut dan saiz bukaan mulu menentukan kadar bukaan luas. Daerah
artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.

11

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan


separuh tinggi ke arah

lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit lembut. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui hidung. Oleh itu,
udara keluar melaui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
awal
Ombak [ #omba# ]

tengah
Sorak [ #wsora# ]

Akhir
Soto [ #wsowto# ]

4.2 KONSONAN
Konsonan ialah bunyi selain bunyi vokal. Bunyi konsonan dihasilkan dengan
melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.
Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian
atau hentian sekejap-sekejap. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan seperti
sekatan, sempitan dan geseran oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Ada
konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama
ada pita suara digetarkan atau tidak. Dalam Bahasa Melayu konsonan terbahagi
kepada dua iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli Bahasa
Melayu merupakan konsonan sedia ada dan diguna oleh penutur Bahasa Melayu
tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam Bahasa Melayu terdapat
lapan belas bunyi konsonan asli dan sembilan konsonan pinjaman. Cara-cara
menghasilkan bunyi-bunyi konsonan dapat diklasifikasikan mengikut cara dan
daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut
Carta Konsonan Melayu

12

Daerah Sebutan
Cara
Sebutan

Bibir

Gigi-gusi

Lelangit

Letupan
Letusan
Sengau
Geseran
Getaran
Sisian
Separuh
vokal

p b
M
fv
w

td
N
s
r
l
-

keras
cj
(ny)
y

4.2.1

Lelangit
lembut

Glottis

k g
(ng)
-

H
-

KONSONAN LETUPAN
Letupan ( plosif ) merupakan bunyi yang terhasil kerana udara
yang disekat itu dilepaskanserta merta. Konsonan yang dihasilkan oleh
letupan ini terdiri daripada bersuara dan tidak bersuara, letupan tidak
bersuara

menunjukkan

keadaan

pita

suara

yang

terbuka

dan

tidak tersekat, manakala letupan bersuara pula menunjukkan keadaan pita


suara yang dirapatkan. Antara bunyi letupan ialah [p, b, t, d, k, g]

Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara[ p ]


Untuk menghasilkan letupan dua bibir tidak bersuara ialah dengan
merapatkan dua bibir untuk menghalang udara daripada paru-paru yang
keluar ke rongga mulut, kemudianlelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan ke dinding tekak supaya udaradapat disekat dan tidak
keluar melalui rongga hidungada keadaan ini kedudukan pitasuara adalah
di renggangkan, kemudian udara dari paru-paru keluar ke rongga
mulut tanpa menggetarkan pita suara, dengan itu terhasillah bunyi
konsonan letupan bibir tidak bersuara [ p ]
Awalan
padat, pukau, pusing

Tengah
tapai, tepuk, tepat

13

Akhiran
Dakap, suap,gelap

4.2.2

KONSONAN GESERAN
Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada
arus udara. Ketika ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.
Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita udara lalu terhasillah bunyi [s]. Bunyi [h] yang
dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan apabila
udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut
berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal. Rajah di bawah
menunjukkan konsonan geseran [h].

4.2.3

KONSONAN GETARAN
Apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui
antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu
dinaikkan.

Bunyi

yang

terhasil

dinamakan

bunyi

bersuara.Rajah 2.4 menunjukkan konsonan getaran [r].


14

getaran

gusi

4.2.4

KONSONAN SISIAN
Bagi menghasilkan bunyi sisian gusi bersuara [l] hujung lidah
dinaikkan ke gusidan lauan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan
pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah.Rajah di
bawah menunjukkan konsonan sisian [l].

4.2.5

KONSONAN SENGAUAN
Ada empat bunyi nasal dalam Bahasa Melayu. Bibir bawah
dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak
dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang
dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung
sambil pita suara digetarkan.

Awalan

pertengaha
n
15

akhiran

mantan

4.2.6

semak

selam

KONSONAN LETUSAN
Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit
lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Kemudian,
udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan
tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan
lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta
dengan menggetarkan pita suara.

Awalan
[jambu]

4.2.7

Pertengahan
[laju]

Akhiran
[kolej]

SEPARUH VOKAL
Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak
dapat dihasilkan dalam keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak
dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan
berlaku sekatan kepada aliran udara. Semasa pengucapannya,
kedudukan lidah sama seperti ketik melafazkan bunyi vokal tetapi

16

keadaan ini berlaku separuh jalan sahaja. Dua bunyi separuh


vokal ialah [w], [y]

[W]
kawan
wayang

[y]
yang
tayang

5.0 KEPENTINGAN ILMU FONETIK DAN FONOLOGI


Kaedah

fonetik

dianggap

sebagai

kaedah

pengajaran

bahasa

yang

saintifik. Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedah Reform atau Kaedah Lisan. (Raja
Mukhtaruddin, 1980). Melalui kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran
dengan latihan mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut
susunan iaitu bunyi kepada perkataan, kemudian kepada rangkaikata, dan seterusnya
kepada ayat. Kemudian, semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog dan ceritacerita. Melalui kaedah fonetik, tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan
karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca.
Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh
pelajar dalam pembelajaran bahasa baharu. Kaedah ini membandingkan persamaan
dan perbezaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah
dipelajari daripada segi bentuk-bentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi
perbandingan daripada segi bentuk dan fungsilah yang lebih diutamakan. Kaedah ini
menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar untuk mempelajari bahasa baharu
daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan perbandingan antara
tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui.
Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa
pertuturan. Isi dan bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan
penyelidikan dan perbandingan antara bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang
diajar. Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar kepada pelajar disesuaikan
dengan keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar. (Nik Hassan Basri
Nik Ab. Kadir)
Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsifungsi bahasa kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan

17

bahan-bahan pengajaran yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur. Oleh kerana
penyediaan bahan-bahan pengajaran disediakan lebih awal oleh guru, maka kanakkanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi mengenal atau memahirkan bentukbentuk atau corak-corak ayat yang tertentu. Dengan demikian, murid-murid mendapat
asas bahasa yang kukuh. Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari
dengan jelas dan tepat.
Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa
yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa ibunda mereka sendiri.
Dalam bidang pendidikan, ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu guruguru untuk membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid
yang gagap semasa bertutur. Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang
membantu murid untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti
gagap, sengau, sumbing dan sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi
pertuturan

ini,

antaranya

ialah,

pertama

melatih murid

menguasai

kemahiran

tertentu. Sebagai contoh, jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid
menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik
dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.Ia

membantu murid

menghasilkan bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu
murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan murid
yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami
oleh orang lain. Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan
bunyi bahasa yang lebih bermakna

18

REFLEKSI
Setelah selesai melaksanakan tugasan ini, banyak faedah dan manfaat yang saya dapat
daripadanya. Melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut
dan terperinci tentang cara menghasilkan bunyi konsonan bahasa Melayu. Apabila selesai
membuat tugasan ini, barulah saya mengetahui bahawa terdapat banyak cara untuk
menghasilkan bunyi dalam bahasa Melayu.
Di samping itu, tugasan ini juga turut menekankan kepada aspek keilmuan. Saya berkata
begitu kerana melalui tugasan ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan baru tentang
maklumat-maklumat yang saya perolehi semasa membuat kerja kursus. Contohnya, saya dapat
banyak ilmu dalam membincangkan tentang alat artikulasi, daerah artikulasi , bunyi vokal dan
konsonan. Ini kerana tugasan yang diberikan berpandukan peringkat-peringkat tersebut. Ianya
juga dapat mencungkil idea daripada minda saya sendiri untuk menghurai setiap aspek
tersebut. Tugasan ini dapat membiasakan saya dengan pencabahan ilmu atau idea yang baru
dalam melaksanakan sesuatu tugasan pada masa yang akan datang. Sebelum ini saya tidak
mengetahui secara mendalam tentang fonetik dan artikulasi, tetapi sekarang ianya menebal di
dalam minda saya. Maksudnya di sini, saya dapat menerangkan semula tanpa merujuk buku
untuk menerangkan kepada orang lain tentang hal-hal yang berkaitan dengan perlembagaan.
Secara tidak langsung, saya dapat memperbaiki dan menambah baik dari segi pengetahuan am
saya dan seterusnya dapat menjadi seorang individu minda kelas pertama.

Di samping itu, manfaat yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah
saya dapat merancang masa yang ada dengan baik. Hal ini demikian kerana, saya perlu
menggunakan masa yang diberikan dengan baik supaya dapat menyiapkan tugasan pada
masa yang ditetapkan dan dapat menghasilkan tugasan dengan lebih berkualiti. Oleh itu, saya
perlulah menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya dan alhamdullillah kerana saya
mempunyai masa yang mencukupi hasil daripada perancangan masa yang dilakukan. Malah,

19

dengan masa yang diberikan ini juga memberikan saya peluang untuk mencari maklumat yang
pelbagai dari berbagai bahan sumber seperti pusat sumber, internet, buku rujukan dan
sebagainya. Tambahan lagi, pensyarah dan rakan-rakan banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Melalui kolaborasi dengan pensyarah, saya dapat gambaran dan caracara untuk menghasilkan tugasan yang terbaik yang mengikut format-format yang telah
ditetapkan.
Tugasan ini juga turut mengajar saya untuk menghargai masa yang ada dan tidak
membazirkan masa yang ada untuk perkara yang tidak berfaedah. Ini penting terutamanya saya
sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang agar menepati masa yang telah ditetapkan
dan selalu bersikap berdisiplin agar dapat menjadi contoh kepada murid-murid.
Akhir sekali, cadangan saya, sebagai bakal cikgu Bahasa Melayu. Saya perlu mengetahui
secara lebih mendalam dalam bidang fonetik dan fonologi ini. Hal ini kerana, sebagai seorang
guru, ilmu inilah yang akan menjadi panduan saya ketika mengajar di sekolah kelak. Secara
tidak langsung, ketika bertungkus-lumus dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya juga telah
mendapat ilmu yang bermanfaat terutamanya ilmu falsafah pendidikan itu sendiri yang bakal
saya jadikan panduan ketika turunkan ilmu kepada anak murid saya pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, tugasan ini membawa banyak faedah kepada saya dalam
pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih peka dalam pembelajaran. Tambahan
lagi, tugasan ini amat berjaya bagi saya. Ini kerana saya telah faham sepenuhnya tentang isi
tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Saya harap ilmu yang saya perolehi ini tidak saya
persia-siakan begitu sahaja. Saya akan menfaatkan ilmu ini untuk di curahkan kepada bakal
anak-anak murid saya kelak.

20

RUJUKAN

Indirawati bt. Zahid & Mardian Shah bt. Omar (2006),Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Paitoon M.Chaiyanara (2006). Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka,
Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam ,(1985),Kajian Bahasa. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd

21

You might also like