You are on page 1of 10

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
Minit Mesyuarat Pengurusan
SJK(T) Ladang Lambak, 86000 Kluang
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Bil 4 / (2014)

Tarikh

: 01.10.2014 (Rabu)

Masa

: 1:30 tengah hari

Tempat

: Perpustakaan

Pengerusi

: Pn. A. Pugunasvari (Guru Besar)

Kehadiran

: 1. Pn. A. Pugunasvari
2. En. P.Albert Paul ( PK 1)
3. En. Mohd. Taufik
4. Pn. R. Manjulah
5. En. A. Siva Piragash
6. Cik. K. Saraswathy
7. Pn T. Malini
8. Pn. T. Rajeswary
9. Pn. P. Anita
10. Pn. N. Vimala
11. Cik M. Devi

1.

Perutusan Pengerusi
1.1

Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat


pengurusan KSSR dan PBS.

1.2

Beliau menyatakan bahawa ada perkembangan dan


penambahbaikan dalam Pentaksiran Berasaskan sekolah ini.

1.3

Beliau menekankan PPPM iaitu Panduan Perkembangan


Pembelajaran murid yang perlu dilaksanakan bagi murid tahap satu
dan DSKP bagi murid Tahun 4.

1.4

Beliau mengucapkan tahniah kepada para guru yang telah berjaya


memuat turun bahan PPPM dari laman web Lembaga Peperiksaan

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Malaysia. Beliau turut meminta guru-guru agar sentiasa mengikuti


perkembangan PBS dari semasa ke semasa.
1.5

Beliau turut meminta guru-guru agar kemaskini pencapaian murid


dalam aplikasi Excel sendiri untuk membuat pelaporan murid secara
offline.

2.

Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


2.1

Setiausaha KSSR dan PBS Cik.K.Saraswathy telah membentangkan


minit mesyuarat yang lalu. Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan
oleh Pn.T. Rajeswary. Disokong untuk pengesahan oleh En. Albert.

3.

Perkara berbangkit
2.1 Tiada perkara berbangkit.
Makluman : Semua guru

4.

Pembentangan Pemantauan PBS oleh Jemaah Nazir


4.1

Guru Besar telah membentangkan maklumat-maklumat terkini


yang telah dibincangkan pada 15 September 2014 dalam taklimat
khas PBS untuk guru-guru besar dan pengetua-pengetua daerah
Kluang. Berikut adalah isu-isu yang telah dibincangkan:
4.1.1 Pemantauan Jemaah Nazir akan dijalankan mengikut 3 fasa.
i) Fasa Pertama ialah pada 7-12 September 2014
ii) Fasa Kedua ialah pada 28 September - 3 Oktober 2014
iii) Fasa Ketiga ialah pada 12 17 Oktober 2014

4.1.2 JNJK akan memilih sebanyak 160 buah sekolah pada setiap
fasa untuk membuat pemantauan PBS.
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.1.3 4 komponen khas PBS JNJK terbahagi kepada 4 bahagian


iaitu:
i)

Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Pusat


(PP)
dan Pentaksiran Sekolah (PS).

ii) Kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran


Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK)
4.1.4 Para guru boleh menggunakan pelbagai instrumen pentaksiran
yang sesuai untuk menilai tahap penguasaan muridmurid dalam sesuatu matapelajaran. Contoh instrumen yang
boleh digunakan untuk menilai tahap penguasaan murid-murid
ialah pemerhatian, soal jawab, kuiz, lembaran kerja, amali,
senarai semak, tugasan, ujian bertulis, persembahan, soal
jawab, portfolio dan sebagainya.
4.1.5 PAJSK dan Pentaksiran Psikometrik akan dijalankan hanya
untuk murid-murid Tahun 4. Guru-guru yang menjalankan
pentaksiran PAJSK dan pentaksiran Psikometrik perlu
melengkapkan borang-borang yang telah disediakan dan
failkannya dengan baik.
4.1.6 Tuan guru besar mengingatkan semua guru agar memuat
turun Panduan Perkembangan Pembelajaran murid dari portal
Lembaga Peperiksaan mengikut mata pelajaran yang diajar dan
menyediakan sistem pelaporan offline untuk tahap penguasaan
murid. Guru-guru juga boleh memuat turun sistem pelaporan
yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pelaporan ini adalah untuk Tahap
satu iaitu murid Tahun 1, 2 dan 3.Bagi murid Tahun 4 pula beliau berkata guru-guru
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

perlu menggunakan garis panduan DSKP untuk membuat pelaporan offline yang
diberikan semasa guru menghadiri kursus penyebaran KSSR Tahun 4 pada
tahun 2013.
4.1.7 Eviden pentaksiran perlu disimpan dengan selamat untuk
memudahkan pemantauan oleh guru besar, guru-guru penolong
kanan dan pegawai-pegawai.
4.1.8

Semua guru yang mengajar dari Tahun 1 hingga Tahun 4 perlu


mencatitkan impak dengan jelas. Jika seseorang guru itu
menjalankan PBS pada hari tersebut, maka guru tersebut perlu
merekodkannya dalam buku rekod pengajaran dan pembelajaran
masing-masing. Tahap penguasaan murid perlu dicatatkan
dengan jelas. Guru-guru boleh menggunakan pen dakwat merah,
biru atau boldkan jika PBS dijalankan.

5.

Hal-hal lain
5.1

UPSR
5.1.1 Peperiksaan UPSR diteruskan KBAT. Item komponen KBAT
perlu disediakan dan melatih murid-murid supaya menjawab
soalan-soalan KBAT. Para guru dinasihatkan untuk merujuk
kepada buku panduan pembinaan soalan KBAT.

6.

Penangguhan Mesyuarat
6.1

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

...................................................
(SARASWATHY A/P KRISHNAN)

(ALBERT PAUL A/L M.PALANI )

Setiausaha KSSR/ PBS

Penolong Kanan 1

Tarikh :

Tarikh :

Disahkan oleh,
....................................................
Tarikh :

PK 07/3
Minit Mesyuarat Pengurusan
SJK(T) Ladang Lambak, 86000 Kluang
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Bil 3 / (2014)
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Tarikh

: 17.08.2013 ( Ahad )

Masa

: 1:00 tengahari

Tempat

: Bilik Guru

Pengerusi

: Pn. A. Pugunasvari (Guru Besar)

Kehadiran

: 1. Pn. A. Pugunasvari
2. En. P.Albert Paul ( PK 1)
3. En. Mohd. Taufik
4. Pn. R. Manjulah
5. En. A. Siva Piragash
6. Cik. K. Saraswathy
7. Pn T. Malini
8. Pn. T. Rajeswary
9. Pn. R. Geetah
11. Pn. P. Anita
12. Pn. N. Vimala

1.

Perutusan Pengerusi
1.1

Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat


pengurusan KSSR dan PBS kali ketiga dan mengucapkan ribuan
terima kasih kerana sudi menghadirkan diri.

1.2 Belaiu menyatakan bahawa Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan


PBS dilakukan melalui Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan
Pengesanan oleh personel di peringkat Kementerian Pendidikan
Malaysia

(KPM),

Jabatan

Pendidikan

Negeri

(JPN),

Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. Penjaminan Kualiti PBS


dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau
secara informal mengikut keperluan KPM/JPN/PPD/Sekolah.
1.3

Beliau menyatakan bahawa aktiviti pementoran dijalankan sebelum,


semasa dan/atau selepas pelaksanaan PBS. Pementoran boleh
dijalankan secara formal ataupun informal.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

1.4

Pemantauan pentaksiran yang dijalankan semasa pengajaran dan


pembelajaran
Beliau juga berkata taklimat penyelarasan ialah memastikan guru

1.5

faham dengan panduan penskoran dan meningkatkan kompetensi


guru untuk memastikan pemeriksaan hasil kerja murid dijalankan
berdasarkan panduan penskoran.
1.6

Beliau juga turut berkata pengesanan ialah satu proses untuk


menilai instrumen pentaksiran. Pengesanan memastikan menepati
dokumen kurikulum , sesuai dengan konstruk yang diukur, menepati
prinsip pembinaan item, sesuai dengan tahap penguasaan murid,
menggunakan laras bahasa yang sesuai, masa yang
diperuntukkan mencukupi dan kebolehtadbiran dan
kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran

2.

Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


2.1

Setiausaha KSSR dan PBS Cik.K.Saraswathy telah membentangkan


minit mesyuarat yang lalu.
Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh En.A.Siva Piragash
Disokong untuk pengesahan oleh En. Mohd. Taufik.

3.

Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.
Makluman : Semua guru

4.

Isu isu Pelaksanaan PBS


4.1

Penyelaras KSSR dan PBS Cik. Saraswathy mengalu-alukan para


hadirin dan membentangkan perkara-perkara berikut :

4.1.1 Beliau menyatakan bahawa PBS merupakan satu pentaksiran yang


bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum


Kebangsaan.
4.1.2 Beliau juga berkata komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu
akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada
Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS). Kategori
bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
4.1.3 Guru guru perlu melaksanakan PBS mengikut jadual pengoperasian
PBS yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
5.

Perbincangan pelaporan murid PBS


5.1

Para guru boleh menggunakan pelbagai instrumen pentaksiran yang


sesuai dengan konstrak yang ditaksir dalam sesuatu matapelajaran
yang digunakan. Contohnya pemerhatian, soal jawab, kuiz, lembaran
kerja, portfolio dan sebagainya.

5.2

Beliau juga meminta semua guru menyediakan laporan murid bagi


setiap matapelajaran yang diajar dan meminta simpan laporan dalam
fail.

5.3

Guru-guru juga boleh menyediakan fail murid bagi mata pelajaran


masing-masing untuk memasukkan bahan-bahan atau lembaran yang
mereka gunakan semasa P dan P.

Pentaksiran PAJSK
6.1 PK Kokurikulum En. Mohd Taufik menerangkan tentang pentaksiran
aktiviti, jasmani, sukan dan kokurikulum. Beliau juaga berkata PAJSK
adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan
serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam
pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

6.2 Beliau menyatakan bahawa penyertaan , penglibatan dan pencapaian


murid semuanya diambil kira dalam pentaksiran dan semua dokumen
berkaitan pentaksiran hendaklah disimpan dalam fail.
6.3. Guru yang menjalankan pentaksiran PAJSK perlu menerangkan kepada
murid dan ibu bapa tentang pelaksanaan PAJSK sebagai pendedahan
awal tentang kepentingasn aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah.
6.4 Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks
skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan .
6.5 Beliau berkata bahawa borang yang telah diisi hendaklah ditandatangani
murid dan disahkan oleh guru penasihat dan penganjur.
7

Pentaksiran Psikometrik
7.1

Guru bimbingan dan kaunseling PN.R.Manjulah telah menerangkan


PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan
kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi mengukur
kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh
(acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.

7.2

Beliau menyatakan bahawa komponen PPsi yang diuji di peringkat


menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti.

7.3

Pelaksanaan Ujian Aptitud khusus dilaksanakan kepada murid


tahun 3 dan Instrumen Ujian Aptitud disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan. Ujian ini ditadbir oleh guru bimbingan dan kaunseling.

8.

Hal-hal lain

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

8.1 Tiada
Makluman : Semua guru
9.

Penangguhan Mesyuarat
9.1

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...................................................

(SARASWATHY A/P KRISHNAN)

(ALBERT PAUL A/L M.PALANI )

Setiausaha KSSR/ PBS

Penolong Kanan 1

Tarikh :

Tarikh :

Disahkan oleh,
....................................................
Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like