You are on page 1of 1

_______________________________________

_______________________________________

Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PADANG SUKAN SEKOLAH.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengelola Sekolah SJK(T) Bandar
Springhill melaksanakan projek Pewujudan Padang Sekolah. Hasil usaha Lembaga
Pengelola Sekolah (LPS) dan PIBG, kini sekolah megah dengan keluasan tanah
sekolah dari 2 ekar kepada 6 ekar.
3.
Keluasan tanah yang mencukupi memberi iktibar kepada pihak LPS untuk
menyediakan kemudahan padang kepada warga sekolah . Oleh yang demikian pihak
LPS membuat keputusan untuk mewujudkan sebuah padang yang kondusif untuk
aktiviti sukan sekolah dan aktiviti komuniti bandar springhill.
4. Anggaran Projek Pewujudan Padang Sjkt Bandar Springhill adalah. RM 542,515.20
5.

Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) percaya dengan keprihatinan pihak-pihak

berwajib, syarikat koporat mahupun orang perseorangan, hasrat untuk mewujudkan


padang di SJKT Bandar Springhill

akan menjadi kenyataan. Sumbangan bolehlah

dibuat melalui cek atas nama LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SJK (T) BANDAR
SPRINGHILL ataupun melalui akaun Lembaga Pengelola Sekolah 8004571080 (CIMB).

Borang sumbangan disertakan dengan surat ini.


Diharapkan dengan adanya sumbangan dari pihak tuan, padang sekolah dapat
diwujudkan dalam masa yang terdekat. Segala kerjasama dan keprihatinan yang
diberikan oleh pihak Tuan amat kami hargai. Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Yang benar,
_______________________
(M.SASASEY ANS,PMC,PJK)
Pengerusi ,
Lembaga Pengelola Sekolah.

You might also like