You are on page 1of 3

Latar Belakang

Skim Insurans Murid Sekolah SPAD adalah skim perlindungan insurans kemalangan
berkelompok takaful untuk murid-murid sekolah (Pra-Sekolah hingga Tingkatan 6)
yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Dan
menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (S.P.A.D.) bagi Semenanjung dan Lembaga Pelesenan Kendaraan Perdagangan
(LPKP) bagi Sabah dan Sarawak. Skim ini ditanggung sepenuhnya oleh S.P.A.D.

Kriteria Utama Skim:


1. Murid-murid sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dimana termasuklah:
- Warganegara atau bukan warganegara
- Bersekolah di sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
- Bersekolah di sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM
- Pra-sekolah hingga tingkatan 6
2. Menaiki bas sekolah berlesen dengan S.P.A.D. (untuk Semenanjung) atau
LPKP (untuk Sabah & Sarawak) dimana termasuklah:
- Bas/van sekolah berwarna Amber yang memiliki lesen pengendalian bas
sekolah
- Bas/van yang didaftarkan dibawah KPM
- Pengangkutan murid sekolah yang diluluskan SPAD/LPKP

Manfaat Skim
Jadual manfaat skim insurans adalah seperti berikut:
-

Kematian (kemalangan)
: RM100,000.00
Hilang keupayaan kekal
: Sehingga RM100,000.00
Bayaran perubatan
: Sehingga RM5,000
Elaun hospital
: RM150/sehari
Khairat kematian
: RM2,500.00

Prosedur Tuntutan:
1. Ibupada/penjaga/waris memaklumkan kejadian kemalangan bas sekolah
kepada S.P.A.D. melalui talian telefon 03-2726 7000 (Skim Insurans) atau
email kepada insurans@spad.gov.my
2. Ibubapa/penjaga/warid memuat turun/dapatkan borang tuntutan SIMS
melaui:

3. Isi
-

Laman web S.P.A.D. (www.spad.gov.my)


Laman web KPM (www.moe.gov.my)
Pejabat-pejabat Wilayah atau Negeri S.P.A.D
Pejabat PPD/JPN/Sekolah
dan lengkapkan bahagian:
Bahagian 1: Butir-butir Murid
Bahagian 3: Butir-butir Pemilik Syarikat Bas Sekolah
Bahagian 5: Jenis Tuntutan Yang Dikemukakan
Bahagian 7: Maklumat Pembayaran Manfaat
Bahagian 8: Borang Kredit Terus*
Nota: *Kredit terus 24 Jam untuk tuntutan Khairat Kematian
4. Mendapatkan pengesahan dan perakuan pihak berkenaan:
- Bahagian 2: Pengesahan & perakuan pihak Sekolah
- Bahagian 5 & 6: Pengesahan & perakuan pihak Hospital
5. Hantar borang yang disahkan beserta dokumen yang diperlukan kepada Ibu
Pejabat S.P.A.P melalui pos atau serahan tangan.
Pasukan Operasi Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS), Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Blok D, Plantinum Sentral, Jln Stesen
Sentral 2, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur.
6. Pihak S.P.A.D. akan membuat keputusan dan pembayaran akan dilakukan
selewat-lewatnya 14 hari bekerja selepas tarikh penyerahan dokumen
lengkap.
Proses Tuntutan
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Makluman Awal Kejadian Kemalangan kepada Syarikat Takaful Malaysia


Berhad (STMB) melalui Telefon, Surat atau E-Mail dalam Tempoh 30 Hari
Mencetak Borang
Melengkapkan Semua Bahagian dan Menyediakan Semua
Dokumen/Laporan Berkaitan
Pihak Sekolah Meneliti dan Mengesahkan Dokumen Tuntutan
Menghantar atau Pos Borang Tuntutan yang telah Lengkap dan Disahkan
oleh Sekolah ke Alamat di Bawah atau Mana-mana Pejabat STMB
Pihak Sekolah Hendaklah Menyimpan Satu Salinan Tuntutan sebagai
Rekod
Dalam proses membuat tuntutan, pihak sekolah hendaklah membantu sebaik
mungkin pihak ibubapa/penjaga/waris

You might also like