You are on page 1of 5

KEMAHIRAN ABAD KE-21

Salah satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan


masyarakat sekarang ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21
adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk
berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan
dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini.

Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat


dan komunikasi (ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada
masa sekarang. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan
kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi
membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan
literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing
pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih
perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan
bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah
dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek
(project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik
tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi
sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber seperti google.

Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan


komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat
mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas
talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau
blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai
akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh
memuat turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih
menarik minat pelajar untuk belajar. Sumber terbaik bagi membina
kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi,
semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk
teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar,
connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti
Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal
perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Kemahiran teknologi maklumat dan inovasi turut melahirkan pelajar


kreatif dan inovatif yang dapat mengembangkan pemikiran mereka dan
amat berguna apabila berada di dunia pekerjaan. Dengan adanya aspek
ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan
berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar. Misalnya, dengan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar dapat
mengakses maklumat tanpa had dengan hanya menggunakan enjin carian

seperti google atau yahoo mereka dapat memperoleh banyak maklumat


dengan hanya menggunakan hujung jari.

Antara elemen-elemen yang turut terkandung dalam kemahiran teknologi


maklumat dan inovasi adalah kreativiti dan inovasi (creativity and
innovation), pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (critical thinking
and problem solving), komunikasi dan kolaborasi (communication and
collaboration), literasi maklumat (information literacy), literasi media
(media literacy), literasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ICT
(Information, Communications and Technology) Literacy), fleksibiliti dan
mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (flexibility and adaptability),
berinisiatif dan mempunyai haluan diri (initiative and self-direction) serta
kemahiran sosial dan antara-budaya (Social and Cross-Cultural Skills).

Sebelum kemahiran yang melibatkan ICT dikuasai, pelajar abad ke-21


perlu menguasai kemahiran 3M yang meliputi Membaca, Mengira dan
Menulis. Penguasaan kepada 3M ini adalah asas kepada perkembangan
pendidikan abad ke-21 dan bilangan masyarakat Malaysia yang buta huruf
dapat dikurangkan sekiranya penguasaan terhadap 3M dapat ditingkatkan
dan seterusnya kemahiran yang melibatkan ICT turut dapat ditingkatkan.
Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilakukan agar tidak wujud lagi masalah
penguasaan 3M. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
perlu untuk meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid. Antaranya
mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa,
latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan
penempatan kaunselor di setiap sekolah.

Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum


mampu memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan
kemahiran 3M di kalangan murid terbabit. Dalam sesetengah keadaan,
kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan
murid tergolong dalam kategori yang gagal mencapai matlamatnya.
Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan
lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka
kemudian hari. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah
lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya.

Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan


kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah
dan ibu bapa. Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif
menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya
sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara


maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,

yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan


memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi masa depan dan merupakan salah satu
kemahiran abad ke-21. Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk
warganegara kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya
sains dan teknologi.

Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri


seperti bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat
terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata dan tepat
serta menghargai sumbangan sains dan teknologi. Warganegara
sedemikian dapat dibentuk sekiranya pendedahan awal kepada sains dan
teknologi diberikan. Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu
pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian
masalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu
rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam
sekeliling mereka.

Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid
jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat
pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia
ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.
Sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah, sains dapat
memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di
samping mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga
memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang
positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan semangat ingin tahu,
kreativiti, berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap hidupan dan
menghargai alam sekitar. Sains di peringkat sekolah rendah membolehkan
murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui
pengalaman dan juga penyiasatan.

Di samping itu, kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga


termasuk dalam kemahiran abad ke 21. Kemahiran interpersonal merujuk
kepada kebolehan seseorang itu untuk berkomunikasi dengan orang lain
yang melibatkan penyelesaian masalah. Manakala kemahiran
intrapersonal pula ialah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.
Komunikasi ini dibentuk dalam diri seseorang dalam proses untuk
menyampaikan maklumat. Menurut Capstone (2001) maklumat yang
dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi intrapersonal terbahagi
kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan maklumat
yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan
ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Kedua-dua
kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam menuju pendidikan abad ke 21. Walaupun terdapat
perbezaan karakter bagi kedua-dua kemahiran ini. Namun, kemahiran

yang mereka gunakan berkesan untuk diri mereka dalam proses


pembelajaran.

Kemahiran komunikasi juga merupakan perkara penting dalam


kemahiran abad ke 21. Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada
beberapa elemen iaitu:

kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan


dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan
dan dengan peserta komunikasi yang berlainan, kebolehan menyampaikan
idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan
dan bertulis.

Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan


memberi maklum balas.

Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh


keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.

Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.

Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.

Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang


mempunyai budaya berlainan.

Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.

Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

Kemahiran-kemahiran ini penting bagi membentuk perhubungan di


kalangan pelajar. Melalui kemahiran komunikasi ini, pertukaran pemikiran
dan idea menerusi lisan dan tulisan akan berlaku sebelum perkongsian
idea berlaku untuk kepentingan bersama.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang


mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu
komited dalam :

Menguasai pelbagai bidang

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu


bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang
berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu
pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada
satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam,
seseorang guru itu perlu berani mencuba sesuatu yang baru seperti
menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam
(Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu
mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah
mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti

perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia


menghadapi pelbagai cabaran.

Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.

Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti


perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar
serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak
kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah
berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang
berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang
berkualiti dan berkemahiran.

Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran & Pembelajaran).

Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan


generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan
seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan
pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan
lapuk tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung
kepada guru (teachers-centered). Bagi melahirkan modal insan yang
mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu wajib mencuba
untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P
contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan
dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan
memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

Menggunakan Teknologi Terkini.

Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil


peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta
bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi
maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja
dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran
tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.

Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).

Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha


pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara. Di samping pendedahan kepada teknologi,
seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban
dan tatasusila di dalam hubungannya sesama rakan sekerja.

Kemahiran yang diwujudkan dalam kemahiran abad ke-21 ini sejajar


dengan perkembangan yang dialami oleh negara dalam bidang
pendidikan. kemahiran ini penting dalam menuntut kemajuan yang dapat
mencapai matlamat pendidikan pada alaf 21 yang merangkumi pelbagai
aspek.

You might also like