You are on page 1of 2

REFLEKSI PROGRAM REHLAH ILMIAH TESL 4

Disediakan oleh: Ilham Izzat bin Adnan

Pada 23 hingga 25 Julai yang lepas, saya bersama rakan-rakan dari 6PISMP TESL 4
telah menyertai Program Rehlah Ilmiah yang bertempat di Pulau Perhentian, Kuala Besut,
Terengganu. Program selama 3 hari 2 malam tersebut diadakan bagi memenuhi keperluan
syarat kursus WAJ3131 Ko-Kurikulum Persatuan. Kami seramai 13 orang telah diiringi oleh
pensyarah penasihat kami, Tuan Haji Wan Mohd Zil bin Wan Salleh.
Sebelum bergerak ke destinasi yang dituju, saya bersama rakan-rakan perlu
merancana pergerakan dan keperluan kami sebaik mungkin. Hal ini penting bagi
mengelakkan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kami di
sana. Selain itu, kami juga menyediakan senarai semak peralatan dan pembahagian tugas
bagi melancarkan kerja-kerja kami. Ini mengunjurkan betapa perlunya buat kami untuk
mengadakan pembahagian tugas yang sistematik dan adil buat semua ahli.
Aktiviti pertama yang kami lakukan di sana adalah aktiviti snorkelling. Sebelum aktivti
snorkelling dijalankan, kami terlebih dahulu perlu melakukan ativiti keyakinan air. Perkara ini
perlu ditekankan bagi mengelakkan kami daripada panik apabila menjejakkan kaki ke dalam
air dalam. Ini juga merupakan persediaan yang penting bagi melatih kami mendapatkan
keseimbangan dan kestabilan di dalam air. Usai sahaja aktiviti keyakinan air, kami pun
melakukan aktiviti snorkelling. Semasa aktiviti ini dijalankan, saya berasa sangat gembira
kerana dapat melihat keindahan ciptaan Yang Maha Esa dengan mata saya sendiri. Ini
sekaligus dapat membentuk saya menjadi seorang guru yang sentiasa bersyukur dan
menghargai rezeki dikurniakan kepada saya.
Selain dari aktiviti snorkelling, saya juga mendapat peluang untuk melihat
persekitaran Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Berbeza dengan kehidupan yang saya
lalui di Kota Bharu, saya dapati bahawa gaya seharian para murid di Pulau Perhentian amat
berlainan sekali. Kemudahan yang ada di sekolah tersebut amat terbatas dan serba
kekurangan. Sebagai contoh, sekolah tersebut tiada kemudahan padang sekolah dan akses
internet. Ini sedikit sebanyak membataskan penguasaan dan perkongsian ilmu buat para
murid di situ. Namun begitu, saya bertekad, seandainya saya diberi peluang untuk bertugas
di sekolah tersebut, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menabur bakti buat anak
pulau tersebut.

Secara kesimpulannya, Program Rehlah Ilmiah ini telah banyak memberikan ilmu
yang berguna buat saya sebagai bakal guru. Jika diberi peluang untuk saya mengikuti lagi
aktiviti seperti ini, saya akan memberikan komitmen saya sepenuh mungkin.

You might also like