You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KATEGORI SEKOLAH


RENDAH PERINGKAT DAERAH SELANGAU 2015
Diumumkan ketibaan Yang
Pendidikan Daerah Selangau.
Alu-aluan

Berusaha

____________________Pegawai

Sk sungai sepiring empunya gelanggang


Sekolah Harapan Impian bersama
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka bicara.
Selamat Pagi ,salam 1 malaysia,salam selangau pegari, salam fly
kenyalang fly, fly high.

Sapaan
Yang Berusaha
Encik _________________ Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat
Pendidikan Daerah Selangau, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah
Selangau.
Yang Berusaha
Guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Sepiring, Encik Jemat ak Agan,
selaku tuan rumah.
Guru besar-guru besar, Penolong penolong kanan,barisan juri
pertandingan, guru-guru pengiring, para peserta, tuan-tuan dan puanpuan serta hadirin hadirat yang saya muliakan.
Puji dan syukur kepada tuhan, kerana dengan izinNya dapat kita samasama berkumpul pada pagi yang indah ini di dalam majlis Perasmian dan
penutupan - PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN
SEKOLAH RENDAH/MENENGAH PERINGKAT DAERAH SELANGAU 2015.
Nyanyian
lagu
Negaraku

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, Majlis mempersilakan para hadirin
dan hadirat berdiri tegak untuk sama-sama menyanyikan lagu kebesaran
negara kita Negaraku

Bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.Hadirin


dipersilakan duduk.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput
saudara __________________untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(bacaan doa)

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.


Hadirin sekalian,
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH
RENDAH PERINGKAT DAERAH SELANGAU pada kali ini disertai oleh 12
buah pasukan mewakili 12 buah sekolah daripada 22 sekolah di daerah
selangau.
Ucapan
perasmian
penutupan
oleh ppd

Hadirin sekalian,
Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan Perasmian Penutupan
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH
RENDAH PERINGKAT DAERAH SELANGAU
Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Yang berusaha Encik
_________________Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat
Pendidikan Daerah Selangau untuk menyampaikan ucapan seterusnya
menyempurnakan penutupan rasmi PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH
SELANGAU.
Dengan penuh takzimnya dipersilakan.
Setelah selesai ucapan .....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang berusaha
Yang berusaha Encik________________________Ketua Unit Pembangunan
Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Selangau , atas ucapan dan
kesudian beliau menutup rasmi PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB
DAN PERSATUAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SELANGAU itu
tadi.

Penyampaia
n hadiah

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah


kepada peserta kem motivasi.
Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan upacara penyampaian hadiah,
sijil, dan cederamata kepada para pemenang.
Bagi menyempurnakan majlis, dengan penuh takzimnya majlis
mempersilakan Yang berusaha Encik _________________________ Ketua Unit
Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Selangau
dengan diiringi Encik Jemat ak Agan ,Guru Besar sk sg sepiring untuk
menyampaikannya.
Majlis mempersilakan.

Dimulakan dengan pemenang tempat ketiga ialah dari pasukan


______________________.
Manakala,Naib Johan dimenangi oleh pasukan_________________________
Pemenang PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SELANGAU TAHUN 2015 ialah
disandang oleh pasukan dari sekolah_____________________.
Selepas selesai ....
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Encik
____________________________ Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat Pendidikan Daerah Selangau atas kesudian menyampaikan
hadiah kepada para pemenang
Penyampaia
n
Cenderamat
a kepada Juri
pertandingan

Seterusnya,
Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Encik
__________________________ diiringi Encik__________-untuk menyampaikan
cenderamata kepada Juri-juri pertandingan .
Dengan itu, dijemput............
*****
Terima Kasih di atas penyampaian cenderamata tersebut.

Nyanyian
lagu
Negaraku

JAMUAN/BER
SURAI

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis mempersilakan sekali lagi para hadirin dan hadirat berdiri tegak
untuk sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan negeri Sarawak, ibu
pertiwiku dan lagu tema pendidikan negeri Sarawak FLY KENYALANG
FLY,FLY HIGH
Hadirin dipersilakan duduk.
Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada pagi ini telah sampai ke
penghujungnya.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Dengan bismillah kita mulai ,
Alhamdulillah wassala tanabi,
Dengan takdir Illahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.

Sekian sahaja saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabilahi..


Majlis mengumumkan Yang berusaha Encik ______________________________
untuk berangkat pergi menghadiri Jamuan ringan yang disediakan oleh
penganjur.
Sekian, terima kasih.

You might also like