You are on page 1of 4

KESAN PENCEMARAN

Disediakan oleh : LEE POH WAI ( 205660 )


Kesan Pencemaran
Pencemaran udara terhadap kesihatan manusia

Akibat daripada pencemaran udara, kesihatan manusia turut terjejas. Misalnya,


penggunaan kereta kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding dahulu.
Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan
banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan
hidupan semulajadi.Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun boleh
membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup. Sejenis lagi unsur yang
boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis
bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak
terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada
masa ini. Antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran
udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di
dalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui
trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan
cemar seperti Nitrogen Oksida (NO2 ) boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Bahan cemar gas ozon (O 3 ) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk, asap,
kavus, wap atau bahan-bahan lain juga menjejaskan mata manusia dan menghalang
penglihatan mereka.

Pencemaran air terhadap kesihatan manusia


Kesan-kesan daripada pencemaran air juga menimbulkan banyak masalah terhadap
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri., Bahan-bahan
toksid yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air,
hidupan air seperti rumpair akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air
yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika
mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat
penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang
tercemar itu. Sebagai contoh, kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman akan
menyebabkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.
Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan
bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air juga
menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan
di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.Selain itu, seperti yang berlaku di Teluk
Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom
kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul.
Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Simptom
yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga
nelayan. Ia dikenali sebagai penyakit Minamata.

Pencemaran Air terhadap Hidupan Akuatik


Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi serta perladangan menyebabkan
pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta
peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan
kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah sungai.
Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang dna beberapa sungai
mengalirkan berbagai-bagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke
dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama-kelamaan lenyap, sama ada disebabkan
oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak,
pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi
kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan termasuklah
manusia sendiri.

Pencemaran Udara terhadap Atmosfera


Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah
mengurangkan jarak penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang
berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah
Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuklah
Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut
meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat dalam kalangan
para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida
bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000.
Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah
selsius, dan kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

Pencemaran Udara terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang


melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorokarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman
udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Penipisan lapisan ozon berlaku
kerana bahan-bahan pencemar seperti CFC bertindak balas dengan lapisan ozon
sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini menyebabkan lebih banyak
sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya
matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan
juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya
pencairan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya hujan asid. Hujan


asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida
dengan air hujan. Ia berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO 2) dan oksida-oksida
nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindak balas dengan wap air yang terdapat
di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di
dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dna membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang
terdapat di dunia. Ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh
menghakis pakaian, kertas dna bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga
meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya
tidak subur. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam
tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.

You might also like